Anda di halaman 1dari 3

Kaedah Pengajaran Kemahiran Menulis

- April 30, 2018

Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin

Kemahiran menulis merupakan kemahiran bahasa yang kompleks. Kemahiran tersebut


dikuasai oleh murid setelah menguasai kemahiran lisan dan kemahiran membaca.
Kemahiran menulis diajarkan secara berperingkat-peringkat. Untuk memastikan objektif
pengajaran kemahiran menulis, guru boleh menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu
seperti yang di bawah:
•       Pendekatan Terkawal
•       Pendekatan Berpandu
•       Pendekatan Bebas
•       Pendekatan Proses
•       Pendekatan Komunikatif
•       Pendekatan LEA

Pendekatan Terkawal

Pendekatan  terkawal merupakan satu pendekatan yang digunakan bagi membantu murid


menimba pengalaman mengarang supaya mereka biasa dengan struktur karangan. Selain
itu, pendekatan ini dapat mengelakkan murid daripada melakukan kesalahan baik dari segi
bahasa mahupun dari segi isi. Murid menulis karangan dengan berpandukan sepenuhnya
kepada bahan yang disediakan oleh guru. Anatara aktiviti yang sesuai dilaksanakan
menurut pendekatan ini ialah menulis karangan berdasarkan gambar bersiri, menyusun
ayat sehingga membentuk perkataan lengkap dan sebagainya.

Pendekatan Berpandu

Pendekatan berpandu merupakan pendekatan menulis di mana guru memberikan isi


karangan kepada murid sebagai panduan dalam menulis. Antara contoh aktiviti yang
signifikan dengan pendekatan ini ialah murid membina ayat berdasarkan perkataan atau
rangkai kata yang telah diberikan oleh guru. Selain itu, murid mengisi tempat kosong
dengan menggunakan perkataan mereka sendiri bagi melengkapkan perenggan. Bagi
memudahkan murid dalam penulisan, guru boleh menyediakan bahan bantu mengajar
seperti kad imbasan dan kad perkataan. Murid mengolah isi berdasarkan pendahuluan dan
pengakhiran cerita yang diberikan oleh guru. Penggunaan pendekatan berpandu ini dapat
meminumkan murid daripada melakukan sebarang kesalahan dalam penulisan. Menurut
pendekatan ini, murid terlebih dahulu didedahkan dengan latihan memadankan ayat.
Sekiranya murid telah mahir dalam aktiviti tersebut, aras latihan akan ditingkatkan.
Penulisan karangan boleh dilakukan dalam bentuk grafik sebelum ditulis dalam bentuk
wacana yang lengkap.

Pendekatan Bebas

Pendekatan bebas merupakan pendekatan yang relevan dilaksanakan untuk kumpulan


murid yang sudah menguasai aspek penulisan dengan baik. Murid menulis karangan
berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. Dalam penghasilan karangan, murid mencari
isi karangan sendiri tanpa bantuan guru. Setelah mencari isi, murid menyusun isi dan
membuat rangka karangan. Berdasarkan pendekatan ini, guru boleh memberikan beberapa
perkataan atau rangkai kata tertentu bagi membantu murid memantapkan lagi pengolahan
murid. Penggunaan peribahasa amat digalakkan menurut pendekatan ini.

Pendekatan Proses

Pendekatan proses tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh
murid-murid. Pada peringkat permulaan, murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang
diberikan oleh guru. Pengumpulan bahan tersebut boleh dilakukan secara berkumpulan
atau individu. Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio. Bahan-bahan
daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang
diberikan kepada mereka. Penggunaan sumber bahan berasaskan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) adalah digalakkan. Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke
dalam folio untuk kegunaan bagi tajuk karangan yang lain. Setelah itu, murid menyusun isi
karangan yang diperoleh daripada bahan tersebut. Dalam peringkat menyusun isi, murid
berbincang dengan guru. Isi yang telah disusun ditulis dalam bentuk karangan. Rangka
karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan yang lengkap. Murid mengedit
karangan yang telah disiapkan dan melakukan mpembetulan terhadap sebarang kesalahan
dalam penulisan. Setelah selesai melakukan pengeditan dan pembetulan, karangan
tersebut dihantar kepada guru untuk dinilai. Berdasarkan pendekatan ini, tumpuan guru
adalah terhadap proses mengarang yang dilalui oleh murid bermula daripada proses
mengumpul bahan, menyaring bahan, menyusun bahan, mengolah bahan ke dalam bentuk
pemerengganan yang sesuai, mengedit penulisan dan menghantat hasil penulisan kepada
guru.

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikatif merujuk kepada penulisan berdasarkan fungsi bahasa sebagai alat
perhubungan. Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam
mengungkapkan isi cerita dan kurang memberi fokus terhadap aspek penstrukturan
karangan. Murid diberikan laihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea.
Murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan autentik. Menurut
pendekatan ini, bentuk penulisan murid lebih kepada bentuk melaporkan sesuatu kejadian
dalam konteks dan suasana kejadian sebenar. Penggunaan bahan rangsangan seperti
bahan multimedia dapat membantu murid dalam mengemukakan penceritaan.

Pendekatan LEA (Language Experience Approach)

Menurut pendekatan LEA, guru meransang perbincangan berkaitan tajuk yang dipilih. Murid
digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita. Perkataan tertentu yang akan
digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru. Murid diminta membina
ayat berdasarkan idea yang mereka berikan. Setelah itu, guru membimbing murid memberi
tajuk cerita. Guru menulis ayat untuk membina cerita bertulis. Setelah cerita selesai ditulis,
guru membaca cerita tersebut membaca secara nyaring untuk didengar oleh murid. Murid
menyalin teks cerita yang ditulis oleh guru. Murid menggariskan perkataan yang mereka
tahu. Kemudian, guru meminta murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam
situasi yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai