Anda di halaman 1dari 3

Jenis susunan dalam corak terancang

Susunan Ulang Sekata


Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi
menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya
menggunakan garisan grid sebagai panduan.

Susunan Berselang Seli


Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di
antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu
menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

Susunan Batu Bata


Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif
seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi
yang bertentangan.

Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama
lain sehingga membentuk corak yang menarik.

Susunan Beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata
atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama
atau berbeza.

Susunan Berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang
dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat,
hexagon, oktagon dan sebagainya.

JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada:
1. Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi
2. Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa
geometri yang lain.
3. Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia
4. Rupa atau bentuk angka dan huruf
5. Rupa atau bentuk kraf tradisional.

TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


1. Perlakuan
a) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.
b) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.
c) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
d) Memilih&mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi
menghasilkan gubahan seni.
e) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.
f) Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan
seni.
g) Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.
h) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.
i) Membezakan jenis corak tertentu.
j) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.
k) Mengatur corak.
l) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.
m) Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam
mencorak.
n) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi
mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.
o) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian
secara terperinci terhadap ciptaan tersebut.

2. Persepsi
a) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding,
penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.
b) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
c) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.
d) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.
e) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.
f) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.
g) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang
baik.
h) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.
i) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.
j) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.
k) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.
l) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan
kaitannya dengan kehidupan mereka.
m) Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan
menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna.
n) Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.

3. Pengetahuan Budaya
a) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.
b) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur
corak kraf tradisional.
c) Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional
pada alat kegunaan harian.
d) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak
kraf tradisional.
e) Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan
kebangsaan.

KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


a) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek
b) Corak sebagai elemen hiasan
c) Corak sebagai nilai estetik

Anda mungkin juga menyukai