Anda di halaman 1dari 2

GEOGRAFI TINGKATAN 2 BAB 3 : PENGARUH PERGERAKAN BUMI TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Pengenalan
• Bumi bergerak mengelilingi matahari bersama-sama planet yang lain
• Matahari bertindak sebagai pusat bagi segala pergerakan planet-planet ini.
• Bumi mempunyai satelit semula jadi iaitu bulan yang bergerak bersama-sama bumi mengelilingi
matahari
• Semasa beredar mengelilingi matahari, pada masa yang sama, bumi juga berputar di atas
paksinya

Pergerakan bumi

Putaran
• Bumi berputar mengikut paksinya
• Arah gerakannya adalah dari barat ke timur
• Pergerakan ini menyebabkan bumi mengalami dua kejadian iaitu siang dan malam
• Bahagian yang menghadap matahari mengalami siang, manakala yang membelakangi matahari
mengalami malam
• Putaran bumi yang lengkap mengambil masa 24 jam atau 1 hari

Peredaran bumi
• Bumi bergerak mengelilingi matahari
• Pergerakan ini mengambil masa 1 tahun atau 365 ¼ hari atau 12 bulan
• Kejadian perubahan musim atau kejadian 4 musim sering dikaitkan dengan peredaran bumi
• Terdapat juga pelbagai fenomena yang lain yang dikaitkan dengan pergerakan ini.

Kesan putaran bumi


• Pergerakan putaran akan menyebabkan fenomena
a. Kejadian siang dan malam
b. Kejadian pasang surut air laut
c. Pembiasan angin yang bergerak di seluruh dunia
d. Perubahan arus lautan

Kesan peredaran bumi


• Pergerakan bumi mengelilingi matahari pula menyebabkan fenomena-fenomena ini berlaku
a. Kejadian 4 musim
b. Kejadian siang dan malam yang tidak sama panjang
c. Kejadian matahari tengah malam di kawasan kutub utara dan kutub selatan
d. Gerhana matahari dan gerhana bulan

Anda mungkin juga menyukai