Anda di halaman 1dari 19

VERSI GURU

PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI

SAINS
TINGKATAN 1
VERSI BAHASA MELAYU

45 MINIT
Arahan
Baca setiap soalan dengan teliti dan jawab sebaik mungkin. Jika anda kurang
pasti tentang jawapan sesuatu soalan, pilih atau tulis jawapan yang anda fikirkan
terbaik dan teruskan ke soalan yang berikutnya. Anda diberi masa 45 minit untuk
menjawab semua soalan dalam latihan ini. Tuliskan jawapan anda di ruangan
yang disediakan.

Bagi soalan aneka pilihan, anda hendaklah memilih jawapan yang terbaik dan
bulatkan jawapan tersebut seperti contoh berikut.

Di antara berikut, yang mana satukah mamalia?

A. Katak
B. Burung
C. Kambing
D. Ikan
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

UNIT 1: MIRROR-MIRROR ON THE WALL!

Rajah 1 Rajah 2

Teknologi awal penciptaan cermin sebagai medium perawakan diri adalah sama pentingnya dengan
penciptaan roda malah ianya lebih bersifat universal. Manusia meluangkan masa berjam-jam di
hadapan cermin, keadaan yang sama juga akan berlaku sekiranya peluang yang sama diberi
kepada haiwan, kecuali bagi spesis Burung Merak. Sekiranya sebuah kereta Proton X70 berwarna
biru yang berkilat diparkir berdekatan burung merak ini, ia akan mematuk pada permukaan kereta
yang berkilat kerana beranggapan ia sedang berdepan dengan musuh atau mungkin juga
pasangannya!
Pantulan pada cermin memberi gambaran tentang diri kita secara langsung dan secara psikologi.
Namun apakah yang difahami tentang cermin berdasarkan pantulan yang dilihat? Apakah cermin
sebenarnya?...dan apakah sifat-sifat yang dipamerkan oleh imej yang terbentuk?
Kamera menghasilkan imej nyata. Imej boleh dirakam di dalam filem dan media elektronik.Imej yang
terbentuk pada cermin satah dapat dilihat selagi objek masih berada pada kedudukan. Sekiranya
objek beralih dari kedudukan asal, imej tidak akan kelihatan. Keadaan ini menjelaskan tentang imej
maya dan imej nyata.

1
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 1: MIRROR-MIRROR ON THE WALL!

Perhatikan Rajah 1 dan Rajah 2. Dalam rajah 1, imej lelaki terbentuk pada cermin, manakala pada
rajah 2, imej tiga orang wanita yang sedang berdiri terakam pada kamera digital. Pilih respon yang
betul.

A. Kedua-dua imej mempunyai sifat yang sama.


B. Imej yang terbentuk pada cermin satah adalah nyata kerana ia boleh dilihat
C. Imej yang terbentuk pada kamera adalah maya kerana imej 3 orang wanita tersebut sama
seperti imej pada cermin.
D. Imej yang terbentuk pada cermin adalah maya kerana cermin tidak boleh merakam dan
menyimpan imej.

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan Soalan Pilih jawapan yang menunjukkan imej sebenar dan


imej maya bagi optik
Kompetensi Menerangkan fenomena secara saintifik
Pengetahuan Kandungan
Konteks Setempat/Negara
Aras Kognitif Mudah
Format Item Aneka Pilihan

PANDUAN PENSKORAN

Kredit Penuh:
Kod 1: D

Tiada Kredit:
Kod 0: Respon lain
Kod 9: Tiada respon

ITEM 2: MIRROR-MIRROR ON THE WALL

Bulatkan “Ya” atau “Tidak” untuk setiap pernyataan di bawah.

Stimulus Ya atau Tidak?

Ketinggian lelaki di dalam cermin adalah sama dengan


Ya / Tidak
ketinggian sebenarnya.
Sekiranya lelaki itu berjalan ke arah cermin, imejnya akan
Ya / Tidak
menjauhi cermin tersebut.
Imej swafoto yang dari sebuah telefon bimbit adalah imej nyata
Ya / Tidak
sebelum butang kamera ditekan.

2
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan Soalan Pilih jawapan untuk sifat imej yang terbentuk secara
pantulan.
Kompetensi Menerangkan fenomena secara saintifik
Pengetahuan Kandungan
Konteks Setempat/Negara
Aras Kognitif Mudah
Format Item Respon kompleks pelbagai

PANDUAN PENSKORAN

Kredit Penuh:
Kod 2 : Ya, Tidak, Tidak (mengikut turutan dari atas ke bawah)

Kredit Separa:
Kod 1 : Mana-mana dua respon yang betul

Tiada Kredit:
Kod 0 : 1 atau tiada respon yang betul
Kod 9 : Tiada respon

ITEM 3: MIRROR-MIRROR ON THE WALL

Sekiranya seorang lelaki berlari menjauhi cermin pada kelajuan 1.50ms-1 , berapakah kelajuan imej
menjauhinya?

A. 0.75 ms-1
B. 1.50 ms-1
C. 2.25 ms-1
D. 3.00 ms-1

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan Soalan Memahami tentang kelajuan relative antara objek dan imej
pada pantulan cermin.
Kompetensi Menerangkan fenomena secara saintifik
Pengetahuan Kandungan
Konteks Setempat/negara
Aras Kognitif Sederhana
Format Item Aneka pilihan mudah

PANDUAN PENSKORAN

Kredit Penuh
Kod 1: D
Tiada Kredit
Kod 0: Respon lain
Kod 9: Tiada respon

3
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

ITEM 4: MIRROR-MIRROR ON THE WALL

Berdasarkan rajah 1, pilih Ya atau Tidak bagi sifat-sifat pantulan di bawah

Stimulus Ya atau Tidak?

Imej pantulan menghasilkan imej songsang. Ya / Tidak


Imej pantulan mempunyai saiz yang sama dengan objek. Ya / Tidak
Imej pantulan yang terbentuk pada cermin satah adalah imej
Ya / Tidak
nyata kerana ia dapat dilihat.

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan Soalan Murid perlu memahami sifat-sifat imej pantulan.


Kompetensi Menerangkan fenomena secara saintifik
Pengetahuan Kandungan
Konteks Setempat/Negara
Aras Kognitif Sederhana
Format Item Aneka pilihan kompleks

PANDUAN PENSKORAN

Kredit Penuh:
Kod 2 : Ya, Ya, Tidak (mengikut turutan dari atas ke bawah)

Kredit Separa:
Kod 1 : Mana-mana dua respon yang betul

Tiada Kredit:
Kod 0 : 1 atau tiada respon yang betul
Kod 9 : Tiada respon

4
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 5: MIRROR-MIRROR ON THE WALL

Pantulan perkataan POLICE dilihat dalam cermin satah seperti yang ditunjukkan di bawah.
Lukiskan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan yang menghasilkan imej yang
terbentuk

A. C.

B. D.

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan Soalan Murid perlu menggambar dan merasakan apa yang


dimaksudkan tentang songsang sisi.
Kompetensi Menerangkan fenomena secara saintifik
Pengetahuan Kandungan
Konteks Setempat/Negara
Aras Kognitif Sederhana
Format Item Aneka Pilihan Mudah

PANDUAN PENSKORAN

Kredit Penuh
Kod 1: C
Tiada Kredit
Kod 0: Respon lain
Kod 9: Tiada respon

5
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

UNIT 2: SATU MENJADI BANYAK

Jika cacing pipih (Planaria) dipotong kepada beberapa bahagian, setiap bahagian boleh
berkembang menjadi cacing dewasa yang sempurna. Pembiakan aseksual ini dinamakan sebagai
penjanaan semula.

6
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 1: SATU MENJADI BANYAK


Adakah pernyataan di bawah menerangkan kelebihan pembiakan aseksual?
Bulatkan “Ya” atau “Tidak” bagi setiap pernyataan.
“Adakah ini kelebihan pembiakan aseksual?” Ya atau Tidak?
Terdapat kepelbagaian genetik pada anak yang terhasil Ya / Tidak
Ia membenarkan kelangsungan spesis Ya / Tidak
Keperluan tenaga bagi pembiakan ini adalah rendah daripada Ya / Tidak
pembiakan seksual

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan soalan Memilih jawapan tentang kelebihan pembiakan


aseksual.
Domain Kandungan Biologi
Domain Kognitif Pengetahuan
Konteks Global
Aras kognitif Sederhana
Format Item Aneka Pilihan Kompleks

PENSKORAN

Kredit Penuh:
Kod 1 : Tidak, Ya, Ya

Tiada kredit :
Kod 0: Respon lain
Kod 9 : Tiada respon

Item 2 : SATU MENJADI BANYAK


Apakah organisma lain yang juga membiak secara penjanaan semula?
A. Kucing
B. Hydra
C. Tapak Sulaiman
D. Buaya

7
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan soalan Pilih satu jawapan untuk mengenal pasti apakah


organisma lain yang membiak secara penjanaan
semula.
Domain Kandungan Biologi
Domain Kognitif Pengetahuan
Konteks Global
Aras kognitif Sederhana
Format Item Aneka Pilihan Mudah

PENSKORAN

Kredit Penuh:
Kod 1: C

Tiada kredit:
Kod 0: Respon Lain
Kod 9: Tiada Respon

Item 3 : SATU MENJADI BANYAK

Bakteria boleh membiak secara aseksual melalui kaedah belahan dedua. Bakteria membahagi
secara aseksual setiap 45 minit.
Sebuah pring petri mengandungi lima bakteria.
Berapakah anggaran bagi jumlah bakteria yang terhasil selepas lima jam di dalam piring petri
tersebut?
A. 20 bakteria
B. 25 bakteria
C. 40 bakteria
D. 80 bakteria

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan soalan Untuk mengira bilangan bakteria yang terdapat di


dalam piring petri selepas jangka masa tertentu.
Domain Kandungan Biologi
Domain Kognitif Penaakulan
Konteks Global
Aras kognitif Sukar
Format Item Aneka Pilihan Mudah

PENSKORAN

Kredit Penuh:
Kod 1: D

Tiada kredit:
Kod 0: Respon Lain
Kod 9: Tiada Respon

8
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 4 : SATU MENJADI BANYAK


Kultur tisu merupakan kaedah yang digunakan untuk menghasilkan bilangan sel yang
banyak di dalam persekitaran buatan. Persekitaran buatan membolehkan sel tunggal
bermandiri dan membiak secara aseksual.
Apakah yang terkandung di dalam persekitaran buatan?
A Sumber nutrien
B Sumber hormon pertumbuhan
C Permukaan pejal untuk pertumbuhan sel
D Gabungan sel jantan dan sel betina

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan soalan Pilih jawapan untuk mengenal pasti bahan yang


digunakan oleh kultur tisu di dalam persekitaran
buatan.
Domain Kandungan Biologi
Domain Kognitif Pengetahuan
Konteks Global
Aras kognitif Mudah
Format Item Aneka Pilihan Mudah

PENSKORAN

Kredit Penuh:

Kod 1: A

Tiada kredit:
Kod 0: Respon Lain
Kod 9: Tiada Respon

Item 5: SATU MENJADI BANYAK


Apabila sel tunggal digunakan untuk menghasilkan sel yang banyak melalui kultur tisu, semua sel
tersebut adalah klon. Klon merupakan satu populasi sel yang seragam secara biologi.
Mengapakah klon dikenali sebagai satu populasi sel yang seragam secara biologi?

9
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan soalan Murid perlu menerangkan mengapa klon dikenali


sebagai satu populasi sel yang seragam secara
biologi.
Domain Kandungan Biologi
Domain Kognitif Aplikasi
Konteks Global
Aras kognitif Sukar
Format Item Respon Konstruktif Terbuka

PENSKORAN

Kredit Penuh:
Kod 1:
i. Semua sel mempunyai kandungan genetic yang sama / nucleus yang sama
atau
ii. Semua sel berasal dari sel yang sama
atau
iii. Semua sel berasal daripada induk yang sama

Tiada kredit:
Kod 0: Respon Lain
Kod 9: Tiada Respon

10
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

UNIT 3: RESPIRASI VS FOTOSINTESIS

Tumbuhan akuatik menjalani fotosintesis dan pernafasan selular seperti tumbuhan darat.
Eksperimen dijalankan menggunakan lumut Java (Vesicularia Dubyana) yang biasanya ditanam di
akuarium air tawar untuk mengkaji proses fotosintesis dan respirasi sel. Dua set eksperimen untuk
mengkaji hubungan antara proses fotosintesis dan pernafasan selular kepada jumlah oksigen
terlarut.

Ref : https://www.vernier.com/innovate/aquatic-photosynthesis-and-cellular-respiration/

Item 1: RESPIRASI VS FOTOSINTESIS

Apa yang berlaku apabila Lumut Java menjalani respirasi selular?


A Tenaga dari cahaya matahari digunakan untuk membolehkan proses berlaku
B Glukosa bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan karbon dioksida
C Glukosa terhasil untuk membolehkan proses berlaku
D Oksigen yang dibebaskan larut dalam air

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan Soalan
Kompetensi Biologi
Pengetahuan Pengetahuan
Konteks Tempatan
Aras Kognitif Rendah
Format Item Aneka Pilihan Mudah

11
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

PENSKORAN

Kredit Penuh
Kod 1 : B

Tiada Kredit
Kod 0: Respon lain
Kod 9: Tiada Respon

ITEM 2: RESPIRASI VS FOTOSINTESIS

Antara pernyataan berikut yang manakah menerangkan graf di atas?


Bulatkan jawapan anda

Adakah ia berlaku semasa eksperimen? Ya atau Tidak?


Oksigen terlarut di dalam air berkurang apabila Lumut Ya/Tidak
Java terdedah kepada cahaya.

Oksigen terlarut dalam air kekal sama bila Lumut Ya/Tidak


Java diletakkan ditempat yang gelap.

Lumut Java hanya menjalankan fotosintesis bila Ya/Tidak


terdedah kepada cahaya.

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan Soalan Pilih jawapan yang menunjukkan pemahaman


mengenai graf.

Kompetensi Biologi
Pengetahuan Pengetahuan
Konteks Tempatan
Aras Kognitif Sederhana
Format Item Aneka Pilihan Mudah

PENSKORAN

Kredit Penuh
Kod 2: Tidak, Tidak, Tidak

Kredit Separa:
Kod 1: Mana –mana 2 respons yang betul

Tiada Kreditt:
Kod 0: 1 atau Tiada repons yang betul
Kod 9: Tiada respon

12
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

Item 3: RESPIRASI VS FOTOSINTESIS

Apa yang berlaku kepada Lumut Java bila diletak ditempat gelap dalam tempoh masa yang
panjang?

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan Soalan Pilih jawapan yang menunjukkan pemahaman


mengenai graf.

Kompetensi Biologi
Pengetahuan Aplikasi
Konteks Global
Aras Kognitif Tinggi
Format Format Aneka Pilihan Kompleks

PENSKORAN

Kredit Penuh
Kod 2 : Mana-mana dua jawapan:
• Jumlah oksigen terlarut akan terus dikurangkan
• Java Moss tidak boleh melakukan fotosintesis
• Java Moss menggunakan oksigen terlarut untuk pernafasan

Kredit Separa
Kod 1: Mana-mana jawapan yang diberikan

Tiada Kredit
Kod 0: Respon lain
Kod 9: Tiada Respon

Item 4: RESPIRASI VS FOTOSINTESIS

Mengapa jumlah oksigen terlarut dalam cahaya lebih tinggi daripada jumlah oksigen yang terlarut
dalam gelap?

13
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan Soalan Pilih jawapan yang menunjukkan pemahaman


mengenai graf.

Kompetensi Biologi
Pengetahuan Menaakul
Konteks Global
Aras Kognitif Tinggi
Format Item Aneka Pilihan Kompleks

PENSKORAN

Kredit Penuh

Kod 1 : Dalam cahaya, Lumat Java menghasilkan lebih banyak oksigen semasa fotosintesis
daripada digunakan untuk pernafasan.

Tiada Kredit

Kod 0 : Respon Lain


Kod 9 : Tiada Respon

14
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

SEBATIAN UNIK
Stimulus 1:

+
sulfur besi

Tidak
dipanaskan

Rajah (a)

sulfur
Dipanaskan

besi

Rajah (b)

Besi dan sulfur adalah elemen yang mempunyai sifat fizik dan sifat kimia tersendiri

15
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

ITEM 1: SEBATIAN UNIK

Adakah setiap pernyataan menerangkan pembentukan campuran dan sebatian?


Bulatkan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ bagi setiap pernyataan.

Pernyataan Ya atau Tidak


Campuran mengalami perubahan kimia Ya/Tidak
Sebatian mengalami perubahan kimia Ya/Tidak

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan soalan Murid dapat membezakan perubahan ciri antara


campuran dan sebatian.
Konten Kimia
Pengetahuan Aplikasi
Konteks
Aras Kognitif Sederhana
Format Item Aneka pilihan kompleks

PENSKORAN

Kredit Penuh
Kod 1: Tidak, Ya dalam susunan yang betul

Tiada kredit
Kod 0: Respon lain
Kod 9: Tiada respon

ITEM 2: SEBATIAN UNIK


Tuliskan persamaan untuk tindakbalas antara besi dan sulfur dalam sebatian

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan soalan Murid dapat menulis persamaan tindak balas antara


dua elemen.
Konten Kimia
Pengetahuan Pengetahuan
Konteks
Aras Kognitif Sederhana
Format Item Respon konstruktif terbuka

16
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

PENSKORAN

Kredit Penuh

Kod 1: Elemen yang betul diisi dalam petak seperti berikut:

besi+sulfur---> besi sulfida

Tiada kredit

Kod 0: Respon lain


Kod 9: Tiada respon

ITEM 3: SEBATIAN UNIK

Bulatkan “Ya” atau “Tidak” bagi ciri-ciri hasil tindak balas pada Rajah (b)

Stimulus Ya atau Tidak

Hasil akhir tindak balas mempunyai sifat kimia yang sama


Ya / Tidak
dengan besi dan sulfur
Hasil akhir tindak balas boleh diuraikan kembali kepada besi dan
Ya / Tidak
sulfur

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan soalan Murid dapat menyatakan perubahan yang


berlaku dalam tindak balas kimia
Konten Kimia
Pengetahuan Aplikasi
Konteks
Aras Kognitif Sederhana
Format Item Aneka pilihan kompleks

PENSKORAN

Kredit Penuh
Kod 1: Tidak, Ya dalam susunan yang betul

Tiada kredit
Kod 0: Respon lain
Kod 9: Tiada respon

17
PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI 2019

ITEM 4: SEBATIAN UNIK

Bagaimana anda mengasingkan sulfur dari campuran besi dan sulfur?

SPESIFIKASI ITEM

Tujuan soalan Murid mengenal pasti cara mengasingkan


campuran besi dan sulfur.
Konten Kimia
Pengetahuan Aplikasi
Konteks
Aras Kognitif Sederhana
Format Item Respon konstruktif terbuka

PENSKORAN
Kredit Penuh
Kod 1: Menggunakan magnet, besi akan diasingkan daripada campuran.

Tiada kredit
Kod 0: Respon lain
Kod 9: Tiada respon

18

Anda mungkin juga menyukai