Anda di halaman 1dari 2

PUISI TRADITIONAL: PANTUN ALAM REMAJA

Pantun Maksud rangkap


Elok rupanya kumbang jati, Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu
Dibawa itik pulang petang; menyambut ke Pulangan ibu ke rumah.
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.

Dibawa itik pulang petang, Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu


Dapat di rumput bilang-bilang; ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang
Melihat ibu sudah pulang, ke rumah.
Hati cemas menjadi hilang.

Ayam kinantan terbang mengekas, Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat
Hinggap di ranting bilang-bilang; pulang ke rumah.
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.

Kita menari keluar bilik, Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-


Sebarang tari kita tarikan; sama.
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Hanyut batang berlilit kumpai, Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik
Terdampar di ujung Tanjung Jati; yang paling menggembirakan bagi anak-anak.
Bonda pulang bapa pun sampai,
Kita semua berbesar hati.

Ramai orang bersorak-sorak, Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa


Menepuk gendang dengan rebana; membuatkan anak-anak berasa gembira.
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.

Mahulah kami hendak melapun, Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak
Lapun dibawa orang menjaja; yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih
Jangan marah kami berpantun, kecil dan ingin bermanja.
Budak kecil biasa manja.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,


Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
1. Tema
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

2. Persoalan
a) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak.
b) Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka pulang beketia.
c) Pernberian hadiah daripada ibu bapa dapat menggembirakan hati anak-anak.

3. Bentuk Pantun
a) Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
c) Ada pembayang dan maksudnya.
d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata. Contohnya, Kita menyanyi adik-
beradik (3 patah kata) Terdampar di ujung Tanjung Jati (5 patah kata)
e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku kata. Contohnya, Elok rupanya
kumbang jati (9 suku kata) Mendapat baju dengan celana (10 suku kata)

4. Unsur Bunyi
a) Asonansi.
b) Contohnya, • Tidak terkatakan besar hati (perulangan vokal a);
• Menpuk gendang dengan rebana (perulangan vokal e);
c) Aliterasi.
Contohnya, • Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan b)
· Dibawa itik pulang petang (perulangan konsonan p).
c) Rima akhirnya terikat.
Contohnya, • rangkap 1: abab; • rangkap 2: aaaa; • rangkap 3: abab;

5. Gaya Bahasa
a) Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan.
b) Kata ganda. Contohnya, adik-beradik; bilang-bilang; bersorak-sorak.
c) Repetisi. Contohnya, • kita (rangkap 4, baris 1, 2, 3, dan 4)

6. Nilai
a) Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak menjamin kebahagiaan keluarga.
b) Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak-anak.
c) Baik hati. Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang dapat menggembirakan hati penerima.

7. Pengajaran
a) Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga.
b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.

Anda mungkin juga menyukai