Anda di halaman 1dari 15

Pantun Alam Remaja

Rangkap 1
Pantun Maksud rangkap

Elok rupanya kumbang jati, Anak-anak akan berasa


Dibawa itik pulang petang; sangat gembira sewaktu
Tidak terkatakan besar hati, menyambut kepulangan
Melihat ibu sudah pulang. ibu ke rumah.
Rangkap 2
Pantun Maksud rangkap

Dibawa itik pulang petang, Ketakutan dan


Dapat di rumput bilang-bilang; kerisauan anak-anak
 Melihat ibu sudah pulang, sewaktu ketiadaan ibu
Hati cemas menjadi hilang. akan hilang apabila
melihat ibu pulang ke
rumah.
Rangkap 3
Pantun Maksud rangkap

Ayam kinantan terbang-mengekas, Anak-anak akan


Hinggap di ranting bilang-bilang; berasa sangat
Melihat bonda pulang lekas, gembira jika ibu
Hatiku besar bukan kepalang. cepat pulang ke
rumah.
Rangkap 4
Pantun Maksud rangkap

Kita menari keluar bilik, Adik-beradik


Sebarang tari kita tarikan; menyanyikan
Kita menyanyi adik-beradik, sebarang lagu
Sebarang nyanyi kita nyanyikan. bersama-sama.
Rangkap 5
Pantun Maksud rangkap

Hanyut batang berlilit kumpai, Kepulangan ayah dan


Terdampar di ujung Tanjung Jati; ibu ke rumah
Bonda pulang bapa pun sampai, merupakan detik yang
Kita semua berbesar hati. paling
menggembirakan bagi 
 anak-anak.
Rangkap 6
Pantun Maksud rangkap

Ramai orang bersorak-sorak, Pemberian atau hadiah


Menepuk gendang dengan rebana; daripada ibu bapa
Alang besarnya hati awak, membuatkan anak-
Mendapat baju dengan celana. anak berasa gembira.
Rangkap 7
Pantun Maksud rangkap

Mahulah kami hendak melapun, Ibu bapa tidak


Lapun dibawa orang menjaja; sewajarnya memarahi
Jangan marah kami berpantun, anak-anak yang gemar
Budak kecil biasa manja. berpantun kerana anak-
anak yang masih kecil
dan ingin  bermanja.
Tema
 Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut
kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.
Persoalan
a)      Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan
kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak.
b)      Anak-anak akan sentiasa cemas dan risau
sewaktu ketiadaan ibu dan bapa di rumah.
c)      Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu
menyambut kepulangan ibu bapa mereka pulang
d)     Aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga
dapat mengeratkan hubungan antara adik-beradik.
e)      Pemberian hadiah daripada ibu bapa dapat
mengembirakan hati anak-anak.
Bentuk Pantun
a)      Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b)      Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
c) Ada pembayang dan maksudnya.
d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga
hingga lima patah kata. Contohnya, Kita menyanyi
adik-beradik (3 patah kata) Terdampar di ujung
Tanjung Jati (5 patah kata)
e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara sembilan
hingga sepuluh suku kata. Contohnya, Elok rupanya
kumbang jati (9 suku kata) Mendapat baju dengan
celana (10 suku kata)
f) Pantun ini berbentuk terikat.
Unsur Bunyi
a) Asonansi
• Tidak terkatakan besar hati  (perulangan vokal a)
• Menepuk gendang dengan rebana  (perulangan vokal e)

b) Aliterasi
• Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan  b)
 Dibawa itik pulang petang  (perulangan konsonan p)

(c) Rima akhirnya terikat


rangkap 1: abab; rangkap 2: aaaa; rangkap 3: abab;
rangkap 4: abab; rangkap 5: abab; rangkap 6: abab;
rangkap 7: abab.
Gaya Bahasa
a)Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang
tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

b)Kata ganda. Contohnya, adik-beradik; bilang-bilang;


bersorak-sorak.

(c)Penggunaan unsur alam. Contohnya, kumbang jati; itik;


rumput; ayam kinantan; ranting; dan kumpai.

(d)Peribahasa. Contohnya, besar hati.

(e)Repetisi. Contohnya, kita (rangkap 4, baris 1, 2, 3, dan 4)


Nilai
(a) Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan
anak-anak menjamin kebahagiaan keluarga.

(b) Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab


untuk menjaga keselamatan anak-anak.

(c) Baik hati. Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang


dapat menggembirakan hati penerima.

(d) Pemaaf. Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan orang


lain sewaktu bergurau senda merupakan sikap yang terpuji.

(e) Hormat-menghormati. Contohnya, sikap hormat-menghormati


perlu diamalkan dalam kalangan anggota keluarga.
Pengajaran
(a) Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk
mendapatkan kebahagiaan keluarga.
 (b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap
keselamatan anak-anak.
(c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk
mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.
(d) Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu
saling memaafkan jika berlaku kesilapan sewaktu
bergurau senda.
(e) Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana
merekalah yang telah menjaga kita hingga dewasa.

Anda mungkin juga menyukai