Anda di halaman 1dari 28

NOTA GRAFIK KOMSAS

Antologi “Baik Budi, Indah Bahasa”

Puisi Tradisional
1 Pantun Alam Remaja
Maksud

Rangkap 1 Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah.
Rangkap 2 Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.
Rangkap 3 Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.
Rangkap 4 Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.
Rangkap 5 Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling menggembirakan bagi anak-anak.
Rangkap 6 Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.
Rangkap 7 Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil
biasanya manja.

Tema dan Persoalan


Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagiaan
Tema Persoalan kepada anak-anak.

Anak-anak sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu bapa di


rumah.
Kegembiraan anak-anak sewaktu
menyambut kepulangan ibu bapa Pemberian hadiah daripada ibu bapa dapat menggembirakan hati anak-
mereka ke rumah. anak.

Bentuk
9 hingga 10 suku kata dalam 1
Bilangan rangkap 7 Bilangan suku kata
baris

Semua rangkap abab kecuali


Bilangan baris 4 baris dalam 1 rangkap Rima akhir
rangkap kedua aaaa

3 hingga 5 patah kata dalam 1 Bentuk Terikat


Bilangan kata
baris

Unsur Gaya Bahasa


Imej alam Inversi
kumbang jati; itik; rumput; ayam Unsur Gaya Bahasa Elok rupanya kumbang jati; Sebarang
kinantan; ranting; kumpai tari kita tarikan

Unsur Bunyi
Tidak terkatakan besar hati Hanyut batang berlilit kumpai
Asonansi (perulangan vokal a) Aliterasi (perulangan konsonan b)

Nilai
Nilai Kasih sayang Tanggungjawab Baik hati Hormat-menghormati

N1
Pengajaran
Pengajaran
Kita haruslah menghormati ibu bapa
Kita mestilah menyayangi anak-anak
kerana merekalah yang telah menjaga
untuk mewujudkan keluarga bahagia.
kita hingga dewasa.

Kita haruslah bersikap pemurah untuk


Kita mestilah bertanggungjawab
mengukuhkan ikatan antara anggota
terhadap keselamatan anak-anak.
keluarga.

2 Pantun Kiasan
Maksud
Rangkap 1 Perbuatan membazir merupakan amalan yang merugikan.
Rangkap 2 Orang yang merantau selalunya akan merendah diri apabila berada di tempat orang.
Rangkap 3 Sebelum menginginkan sesuatu yang mustahil, ketahuilah tahap kemampuan dan kebolehan diri kita lebih
dahulu.
Rangkap 4 Jangan mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
Rangkap 5 Sikap seseorang yang sombong akan kebolehan diri serta memandang rendah terhadap orang lain.
Rangkap 6 Jangan suka membesar-besarkan kejayaan yang tidak seberapa.
Rangkap 7 Pendirian manusia sering berubah-ubah.
Rangkap 8 Perasaan marah akan segera hilang dengan adanya nilai kesabaran dalam diri.
Rangkap 9 Orang yang merantau akhirnya akan kembali ke tempat asalnya semula.
Rangkap 10 Setiap perkara yang berlaku dan diperkatakan orang tentu ada sebabnya.
Rangkap 11 Menginginkan sesuatu yang besar tetapi tidak mempunyai keupayaan.
Rangkap 12 Jika pengetahuan hanya sedikit, janganlah hendak melawan orang yang lebih banyak pengetahuannya.
Rangkap 13 Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
Rangkap 14 Jika semasa muda sudah malas, apatah lagi setelah usia tua; sedangkan semasa makmur tidak senang, apatah
lagi semasa susah.
Rangkap 15 Seseorang yang inginkan sesuatu di luar kemampuannya.
Rangkap 16 Orang yang melakukan dosa tetapi sudah terlambat untuk bertaubat.
Rangkap 17 Orang yang mempunyai paras rupa yang elok tetapi tidak berbudi bahasa.

Tema dan Persoalan


Sikap membazir sangat tidak digalakkan dalam kalangan
Tema Persoalan masyarakat.
Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di
tempat orang.
Sindiran terhadap segelintir
Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar
anggota masyarakat yang
kemampuan diri.
mengamalkan sikap negatif
sehingga menjejaskan kehidupan Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan
sendiri dan orang lain. kepada diri sendiri.

Bentuk
8 hingga 11 suku kata dalam 1
Bilangan rangkap 17 Bilangan suku kata
baris

Bilangan baris 4 baris dalam 1 rangkap Rima akhir Semua rangkap abab

3 hingga 5 patah kata dalam 1 Terikat


Bilangan kata Bentuk
baris

N2
Unsur Gaya Bahasa
Hiperbola Hujan ribut gunung terbakar; Embun setitik padam apinya
Inversi Gila apakah ikan di laut
Personifikasi Nyawa menangis di pintu kubur
Sinkope Kilat memancar hujan tak lalu; Orang Papua anyam tak sudah; Air dalam kapar tak hanyut
Simile Macam melukut di tepi gantang; Laksana gadis Menteri Bogor; Sungguh laksana bunga dedap
Unsur Bunyi
Asonansi: Aliterasi:
Sangkut terendak dekat beranda Unsur Bunyi Hajat hati nak peluk gunung
(perulangan vokal e) (perulangan konsonan h)

Nilai
Nilai Jimat cermat Rendah diri Rasional Keberanian Kesabaran

Pengajaran
Kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran.

Kita perlulah merendah diri apabila merantau ke tempat orang.


Pengajaran
Kita mestilah banyak bersabar untuk melenyapkan kemarahan dalam diri.

Kita perlulah menghindarkan diri daripada bersikap malas sejak kecil lagi.

3 Pantun Budi
Maksud
Rangkap 1 Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai budi bahasa yang tinggi.
Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Rangkap 4 Sudah menjadi lumrah dalam hidup, kekayaan lebih diutamakan daripada budi bahasa.
Rangkap 5 Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
Rangkap 6 Orang yang berbudi akan dipandang mulia, martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
Rangkap 7 Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan orang yang sama taraf dengannya.

Tema dan Persoalan


Tema Persoalan Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

Sikap mementingkan kekayaan menyebabkan seseorang lupa akan


Masyarakat akan memandang tinggi budi bahasa.
terhadap golongan yang berbudi bahasa
kerana bahasa menunjukkan identiti Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang
sesuatu bangsa. dituturkannya.

Bentuk
5 hingga 11 suku kata dalam 1
Bilangan rangkap 7 Bilangan suku kata
baris

Bilangan baris 4 baris dalam 1 rangkap Rima akhir Semua rangkap abab

3 hingga 6 patah kata dalam 1 Bentuk Terikat


Bilangan kata
baris

N3
Unsur Gaya Bahasa
Anafora:
Hina besi kerana karat; Personifikasi:
Hina manusia tidak berbudi Bijak bertemu dengan jauhari
Unsur Gaya
Bahasa Responsi:
Imej alam:
air, laut; tanjung; bunga melati; bunga Indah tampan kerana budi;
seroja; kali; batu Tinggi bangsa kerana bahasa

Unsur Bunyi
Hina manusia tidak berbudi Biar buruk kain dipakai (perulangan
Asonansi Aliterasi
(perulangan vokal i) konsonan b)

Nilai
Nilai Budi bahasa Mengenang jasa Rendah diri Kebijaksanaan

Pengajaran
Kita mestilah berbudi bahasa agar diri dipandang mulia oleh masyarakat.

Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.
Pengajaran
Kita perlulah mengutamakan budi bahasa daripada kekayaan.

Kita haruslah menjadi orang yang bijaksana agar dapat membantu untuk
membangunkan bangsa dan negara.

4 Pantun Nasihat
Maksud
Rangkap 1 Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak kena pada tempatnya,
dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.
Rangkap 2 Sesuatu yang haram dan memabukkan hendaklah tidak diambil sama sekali.
Rangkap 3 Jangan dibiarkan perasaan sedih dan risau berpanjangan kerana kelak akan membinasakan diri sendiri.
Rangkap 4 Tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar kita tidak menanggung sengsara.
Rangkap 5 Seorang isteri perlulah mengelakkan diri daripada memarahi suami yang sedang letih kerana dikhuatiri dia
akan mencari perempuan lain.
Rangkap 6 Kita hendaklah beradat ketika hidup di dunia ini dan bahasa itu tidak dapat dijual beli.
Rangkap 7 Para perantau dinasihati agar pandai membawa diri di tempat orang.

Tema dan Persoalan

Tema Persoalan Sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.

Melakukan perbuatan haram akan membawa kemudaratan.


Nasihat yang dijadikan
panduan hidup kepada Perasaan sedih dan risau tidak boleh dibiarkan berpanjangan
masyarakat agar mereka kerana dapat membinasakan diri.
sentiasa melakukan kebaikan.
Berhati-hati dalam bertutur kerana jika tersilap berkata-kata
buruk padahnya.

N4
Bentuk
7 hingga 11 suku kata dalam 1
Bilangan rangkap 7 Bilangan suku kata
baris

Bilangan baris 4 baris dalam 1 rangkap Rima akhir Semua rangkap abab

3 hingga 5 patah kata dalam 1


Bilangan kata Bentuk Terikat
baris

Unsur Gaya Bahasa


Anafora: Inversi:
Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali; Suami yang
Buat jahat jangan sekali letih usah dimarah
Unsur Gaya
Bahasa
Imej alam:
Simile:
buah peria; padi; kapas; panas; hujan;
Bagai panas mengandung hujan
pulau; bertih; bunga; pisang

Unsur Bunyi

Asonansi Unsur Bunyi Aliterasi

Batang kapas bertimbal jalan Buat baik berpada-pada (perulangan


(perulangan vokal a) konsonan b)

Nilai
Nilai Baik hati Rasional Ketabahan Budi bahasa Hati-hati

Pengajaran
Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan
kemungkaran.

Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang haram supaya hidup kita tidak
binasa.
Pengajaran
Kita hendaklah tidak terlalu bersedih atas dugaan yang menimpa diri kerana perbuatan tersebut
akan memudaratkan diri sendiri.

Kita haruslah sentiasa menjaga tingkah laku apabila berdagang di tempat orang supaya dipandang
mulia oleh masyarakat.

5 Pantun Kasih Sayang


Maksud

Rangkap 1 Wajah seseorang yang kelihatan berseri-seri kerana senyumannya yang menawan.

Rangkap 2 Harapan yang tinggi terhadap seseorang tetapi akibat tersilap perhitungan, impian tidak kesampaian.

Rangkap 3 Menyimpan impian untuk mendapatkan seorang wanita yang cantik serta tiada bandingannya.

Rangkap 4 Menggunakan muslihat untuk memikat anak gadis orang.

Rangkap 5 Seseorang perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, akan bertemu juga akhirnya.

N5
Tema dan Persoalan
Tema Persoalan Perwatakan yang menarik akan menyebabkan kita disukai oleh ramai
orang.

Perbezaan antara darjat menyebabkan impian seseorang terhalang.


Kasih sayang antara teruna
dengan dara.
Cita-cita untuk memiliki sesuatu yang besar dianggap mustahil
kerana adanya kekurangan diri.

Perpisahan yang berlaku tidak semestinya terpisah untuk selama-


lamanya kerana pada suatu hari nanti pasti akan bertemu semula.

Bentuk
8 hingga 10 suku kata dalam 1
Bilangan rangkap 5 Bilangan suku kata
baris

Semua rangkap abab, kecuali


Bilangan baris 4 baris dalam 1 rangkap Rima akhir
rangkap keempat abcb

3 hingga 6 patah kata dalam 1


Bilangan kata Bentuk Terikat
baris

Unsur Gaya Bahasa

Personifikasi Unsur Gaya Bahasa Simile

Paradoks
Anak udang meniti batang Bagaikan rasa hendak dicapai

Langit tinggi kupandang rendah

Unsur Bunyi

Asonansi Unsur Bunyi Aliterasi

Gula madu kusangka manis Harap hati kepada tuan


(perulangan vokal u) (perulangan konsonan h)

Nilai
Nilai

Kasih sayang Kesetiaan

Rasional Keikhlasan Kegigihan

Pengajaran
Kita haruslah sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.

Kita mestilah bersikap rasional sebelum melakukan sesuatu perkara yang dianggap mustahil.
Pengajaran
Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara dalam kehidupan.

Kita mestilah berusaha dengan gigihnya untuk mencapai cita-cita.

N6
6 Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
Maksud

Rangkap 1 Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan panduan.
Rangkap 2 Ayah berharap agar anaknya akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia.
Rangkap 3 Ayah menasihati anaknya agar tidak bersikap malas.
Rangkap 4 Menurut ayahnya lagi, jika anaknya itu menjadi raja, dia hendaklah bertindak dengan betul dan rajin bekerja.
Rangkap 5 Ayah menasihati anaknya supaya rajin berbuat kebajikan. Pada masa yang sama, hati perlulah ikhlas dan
bersih.
Rangkap 6 Ayah menasihati anaknya supaya tidak malas menuntut ilmu. Ilmu yang dituntut itu mestilah ilmu yang betul
seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
Rangkap 7 Ayah menasihati anaknya agar rajin mengaji dan hal ini perlu diberi keutamaan daripada yang lain. Hukum
syarak pula tidak boleh dilanggar kerana akan menyebabkannya mendapat malu.
Rangkap 8 Sebarang tindakan perlu didasarkan kepada ilmu pengetahuan agar membawa kebaikan. Ayah juga menasihati
anaknya agar berhati-hati dalam melakukan setiap perkara agar tidak terjerumus dalam perkara yang membawa
kemudaratan.
Rangkap 9 Ilmu itu banyak manfaatnya kerana dengan ilmu, perkara yang benar dengan yang tidak benar dapat dibezakan.
Dengan adanya ilmu, pemimpin dapat mengetahui sama ada rakyat benar atau salah dan dapat menjatuhkan
hukuman yang adil kepada mereka.
Rangkap 10 Selanjutnya, jika ilmu pengetahuan itu dianggap remeh, hal ini tentu akan membawa masalah kepada anaknya
jika menjadi pemerintah. Jika ada rakyat yang datang untuk menyatakan masalah, anaknya tidak akan dapat
menyelesaikan masalah tersebut kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
Rangkap 11 Anaknya tidak tahu untuk menjatuhkan hukuman dan tidak mahu pula berdiam sahaja. Anaknya itu cuma
mampu berpeluk tubuh dan menyebut nama Allah SWT.
Rangkap 12 Akhirnya, anaknya tidak dapat berkata apa-apa. Setelah penat duduk dan bangun, anaknya itu akan
menyembunyikan diri di dalam istana.
Rangkap 13 Orang yang ingin mendapatkan pengadilan akan menjadi marah kerana perbicaraan belum pasti dapat
dilakukan.
Rangkap 14 Sebarang hukuman tidak boleh diambil mudah. Jalan yang terbaik ialah kembali merujuk hukum syarak untuk
mendapatkan ketenangan hati.
Rangkap 15 Jika perbicaraan tidak dijalankan mengikut hukum, maka pemimpin pasti akan dikeji oleh rakyat.
Rangkap 16 Jika perbicaraan dijalankan mengikut hukum Allah, maka kejian atau pujian daripada rakyat bawahan tidak
perlulah dihiraukan oleh mereka.
Rangkap 17 Ayah berpesan lagi, jika anaknya menjadi menteri, dia digalakkan untuk berdamping dengan orang yang
berilmu supaya dapat memudahkan segala kerja.
Rangkap 18 Ketua haruslah memerhatikan tingkah laku pegawai bawahannya supaya penyelewengan tidak berlaku.

Tema dan Persoalan


Nasihat bapa kepada anak tentang kepentingan menuntut ilmu
Tema pengetahuan jika anaknya dilantik sebagai raja/menteri.

Setiap pemimpin diwajibkan menuntut ilmu pengetahuan.

Kerja kebajikan harus dilakukan dengan penuh keikhlasan.

Persoalan
Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

Pengadilan dan perbicaraan yang dijalankan berlandaskan ilmu pengetahuan supaya tidak
tersilap dalam menjatuhkan hukuman.

N7
Bentuk

Bilangan rangkap Bilangan suku kata 8 hingga 14 suku kata dalam 1


18
baris

Bilangan baris 4 baris dalam 1 rangkap Rima akhir Semua rangkap aaaa

3 hingga 6 patah kata dalam 1


Bilangan kata Bentuk Terikat
baris

Unsur Gaya Bahasa

Anafora: Responsi:
Hendak menghukumkan tiada tahu, Kerja kebajikan janganlah malas,
hendak diam hati tak mahu, zahir dan batin janganlah culas,
Unsur Gaya
Bahasa
Simile: Sinkope:
seperti air di dalam gelas tak

Unsur Bunyi

Asonansi Unsur Bunyi Aliterasi

Segala perbuatan dengan maka kebajikan boleh bertemu


berilmu (perulangan vokal e) (perulangan konsonan b)

Nilai
Nilai Keadilan Keikhlasan Kepatuhan Kebijaksanaan Kerajinan

Pengajaran
Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh bertindak zalim kepada rakyat.

Seorang pemimpin mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup agar dapat memudahkan
urusan pentadbiran.
Pengajaran
Kita hendaklah menuntut ilmu yang benar dan menghindarkan diri daripada menuntut ilmu yang
sesat.

Kita mestilah rajin melakukan setiap pekerjaan yang telah diamanahkan kepada kita.

Sajak
1 Dalam Persekitaran Kata-kata (Baha Zain)
Maksud
Rangkap 1 Tuhan menjadikan bahasa untuk manusia disertai akal. Manusia menggunakan akal dan bahasa dari zaman ke
zaman, bersesuaian dengan perubahan yang berlaku.
Rangkap 2 Tuhan menjadikan orang Melayu dengan warna kulitnya sawo matang. Bangsa ini menjadi pengembara di
lautan, mengembara jauh ke pulau-pulau dan pantai-pantai.
Rangkap 3 Setiap yang ditemui dalam pengembaraan ialah ilmu, iaitu setiap benda disertai perkataan yang menerangkan
benda itu. Perkataan-perkataan yang sering disebut oleh manusia ialah langit, bumi, laut, gunung, awan, hujan,
dan pohon. Manusia mendapat manfaat daripada kesemua ciptaan Allah dan manusia hendaklah beriman
kepada Allah. Manusia berpeluang untuk menambahkan ilmu dan meningkatkan keimanan melalui pembacaan
kitab-kitab yang dikarang pada masa silam. Kitab-kitab tersebut memuatkan ilmu-ilmu agama.
Rangkap 4 Bahasa ialah alat untuk manusia menambahkan ilmu. Dengan ilmu, manusia dapat memahami kewujudan
alam semesta.

N8
Tema dan Persoalan
Tema Persoalan Bahasa ialah anugerah Tuhan yang penting untuk manusia.

Sesuatu ilmu yang dipelajari bersesuaian mengikut tempat dan


suasana.
Manusia dan alam ialah
ciptaan Allah.
Bangsa Melayu pada masa lalu merupakan bangsa pelayar.

Ilmu akan diperoleh dengan banyak membaca kitab.

Bentuk
7 hingga 13 suku kata
4 Bilangan rangkap Bilangan suku kata
dalam 1 baris

Rangkap 1: aaabc
3 hingga 9 baris dalam 1 Rangkap 2: abccd
Bilangan baris Bentuk Rima akhir
rangkap Rangkap 3: abcaaadda
Rangkap 4: aba

2 hingga 4 patah kata


Bilangan kata Bentuk Bebas
dalam 1 baris

Unsur Gaya Bahasa


Imej alam: Anafora:
samudera; pulau-pulau; pantai-pantai; Unsur Gaya dari tempat ke tempat,
langit; bumi; laut; gunung; awan; pohon; Bahasa dari zaman ke zaman
buah-buahan; alam

Unsur Bunyi

Asonansi Unsur Bunyi Aliterasi

Kami pindahkan makna Engkau beri kami kata-kata


(perulangan vokal a) (perulangan konsonan k)

Nada
Nada Keagamaan

Nilai
Nilai Kesedaran Kebanggaan Keberanian Kerajinan

Pengajaran
Kita hendaklah mempelajari bahasa dengan sungguh-sungguh.

Kita hendaklah berani pergi ke tempat yang jauh untuk mencari ilmu dan rezeki.
Pengajaran
Kita hendaklah memikirkan dan menghayati ciptaan Allah.

Kita mestilah mempelajari ilmu daripada kita-kitab agama.

N9
2 Roti (Ahmad Syahrul Wahid)
Maksud
Rangkap 1 Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera itu bangkit kerana baunya yang harum.
Rangkap 2 Selera untuk makan roti bertambah apabila melihat roti itu dibakar, kemudian melihat roti yang rangup itu
terhidang.
Rangkap 3 Apabila roti sudah dihidangkan di hadapan mata, selera kian meningkat. Protagonis makan roti itu sehingga
kenyang dan bersendawa.
Rangkap 4 Bagi orang yang beriman dan mempunyai sifat perikemanusiaan yang tinggi, selepas berasa kenyang mereka
teringat akan orang miskin yang tidak mendapat makanan seperti mereka. Orang yang beriman memikirkan
tugas untuk membela orang miskin.
Rangkap 5 Jika banyak orang yang beriman, maka berkuranglah orang yang menderita di dunia ini. Orang yang susah
akan bersyukur kerana mereka dibantu oleh golongan yang berada dan beriman.

Tema dan Persoalan


Tema Persoalan Apabila roti dibakar, baunya membangkitkan selera.

Ketika lapar, manusia tidak dapat menahan nafsu makan.


Orang yang beriman ketika
Apabila makan makanan yang sedap, manusia akan makan sampai
kenyang tidak melupakan
kenyang dan bersendawa.
golongan miskin.

Bersyukur apabila mendapat sesuatu merupakan tanda keimanan.

Bentuk
5 hingga 14 suku kata
5 Bilangan rangkap Bilangan suku kata
dalam 1 baris

Rangkap 1: abac
Rangkap 2: aaaaa
4 hingga 5 baris dalam 1
Bilangan baris Bentuk Rima akhir Rangkap 3: aaaaa
rangkap
Rangkap 4: aaaaa
Rangkap 5: aaaaa

2 hingga 6 patah kata


Bilangan kata Bentuk Bebas
dalam 1 baris

Unsur Gaya Bahasa

Hiperbola: Simile:
Unsur Gaya
Nafsu makan pun bergelora; melangit Terhidang seumpama permaidani
Bahasa
damai dirasa. terhampar.

Unsur Bunyi
Bagi pemilik iman di dada (perulangan Bila begitu selamanya (perulangan
Asonansi Aliterasi
vokal i) konsonan b)

Nada
Nada Didaktik

Nilai
Nilai Kesabaran Baik hati Kesyukuran Keimanan Kesederhanaan

N10
Pengajaran
Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu.

Pengajaran Kita hendaklah memikirkan orang lain agar orang lain turut mendapat rezeki.

Kita hendaklah ingat akan keadaan orang lain yang kurang bernasib baik.

3 Kucari Damai di Sini (A. Hamid Jemain)


Maksud
Rangkap 1 Penyajak menyatakan bahawa dia mencari kedamaian di negaranya yang makmur dan merdeka. Kemerdekaan
tersebut dianggap berada antara kenyataan dan impian. Hal ini dikatakan demikian kerana wujudnya perasaan
ketidakpuasan hati antara rakyat. Namun demikian, penyajak menyatakan bahawa perasaan negatif itu perlu
diubati dengan bersangka baik, iaitu dengan menjadikan sejarah persaudaraan untuk membina rasa kemanusiaan.
Rangkap 2 Penyajak menyatakan bahawa kedamaian juga dicari dengan rasa kasih sayang dan dengan keperibadian mulia
rakyat Malaysia. Perasaan kasih-mengasihi yang tulen perlu disemaikan dalam sanubari.
Rangkap 3 Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara kita ada masalah, tetapi kita masih dapat berdamai
dan hidup dengan aman di negara ini. Penyajak berharap agar kemerdekaan yang dicapai akan berkekalan.
Segala masalah perlulah diatasi dengan bijaknya supaya kejayaan yang tercipta menjadi kebanggaan generasi
akan datang.

Tema dan Persoalan


Kedamaian hendaklah diusahakan kerana kedamaian tidak akan
Tema Persoalan
datang dengan sendirinya.

Negara kita ialah negara yang aman dan makmur.


Penghargaan terhadap
kedamaian dan kesejahteraan
Harapan agar kemerdekaan negara kita akan menjadi kebanggaan
negara.
generasi akan datang.

Bentuk
6 hingga 18 suku kata
3 Bilangan rangkap Bilangan suku kata
dalam 1 baris

Rangkap 1: abaccc
4 hingga 6 baris dalam 1 Rima akhir Rangkap 2: aabca
Bilangan baris Bentuk
rangkap Rangkap 3: abbb

3 hingga 8 patah kata


Bilangan kata Bentuk Bebas
dalam 1 baris

Unsur Gaya Bahasa


Paradoks antara realiti dan mimpi
Metafora laman sukma
Hiperbola membebat perasaan kehidupan

Unsur Bunyi
Asonansi: Aliterasi:
dengan sejarah persaudara an Unsur Bunyi Kucari damai di sini
(perulangan vokal a) (perulangan konsonan d)

Nada
Nada Patriotik

N11
Nilai
Nilai Kesyukuran Hormat-menghormati Patriotisme Keinsafan

Pengajaran
Kita mestilah berusaha untuk mendapatkan dan mengekalkan kedamaian.

Kita hendaklah menghargai kemerdekaan negara.


Pengajaran
Kita hendaklah memastikan kedamaian negara terus berkekalan.

Kita perlulah menjaga negara kita dengan baiknya untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

4 Pada Sekuntum Mawar (Mahwa Mohamed)


Maksud
Rangkap 1 Penyajak mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah seorang gadis tercemar, maka ibunya akan
berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.
Rangkap 2 Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan berasa segala-galanya telah musnah. Dia berasa hidupnya
sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga berasa segala-galanya telah musnah dan tidak ada lagi jalan untuk
memperbaik keadaan tersebut.
Rangkap 3 Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak membiarkan maruah mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang
serba mencabar ini, sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.

Tema dan Persoalan


Tema Persoalan Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.

Kehilangan maruah seorang gadis merupakan kemusnahan yang


tidak sanggup diterima oleh seseorang ibu.
Anak gadis mestilah menjaga
martabat atau maruah Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan
mereka sebagai gadis. agama yang kukuh.

Bentuk
5 hingga 14 suku kata
3 Bilangan rangkap Bilangan suku kata
dalam 1 baris

Rangkap 1: abb
3 hingga 6 baris dalam Rima akhir Rangkap 2: abcdee
Bilangan baris Bentuk
1 rangkap Rangkap 3: abcbd

2 hingga 6 patah kata


Bilangan kata Bentuk Bebas
dalam 1 baris

Unsur Gaya Bahasa


Metafora: Simile:
lipatan usia; pintu kehidupan Unsur Gaya Bahasa seperti telah menutup

Unsur Bunyi

Unsur Bunyi Asonansi:


bukan melontar harum indahmu (perulangan vokal u)

N12
Nada
Nada Melankolik

Nilai
Nilai Hemah tinggi Kasih sayang Waspada Kesedaran Rasional Keimanan

Pengajaran
Kita hendaklah menjaga maruah diri dengan baiknya agar tidak tercemar.

Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.


Pengajaran

Kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial.

Kita mestilah mengukuhkan iman dalam diri supaya maruah diri akan terjaga.

Prosa Tradisional
Pelanduk Mengajar Memerang
Tema dan Persoalan
Tema Persoalan Sikap tamak, iaitu mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-
banyaknya tanpa memikirkan nasib pihak lain.

Pengadilan memerlukan saksi.

Balasan terhadap golongan yang


menganiayai golongan lain. Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.

Plot
Binaan Plot
Permulaan Syah Alam di Rimba melawat ke kawasan di wilayah pemerintahannya. Syah Alam di Rimba sampai di sebuah
lubang yang menjadi tempat tinggal memerang. Ada tujuh ekor anak memerang di dalam lubang itu. Anak-
anak memerang itu keluar dari lubang lalu bermain-main. Syah Alam di Rimba bertanyakan tempat mak dan
bapa anak-anak memerang itu pergi. Anak memerang menyatakan bahawa mak dan bapanya pergi mencari
ikan untuk dijadikan makanan. Syah Alam di Rimba terfikir bahawa memerang selalu melakukan penganiayaan
terhadap ikan-ikan di rimba itu. Syah Alam di Rimba runsing memikirkan aduan ikan-ikan itu. Oleh itu, Syah
Alam di Rimba mahu membuat pakatan dengan memerang. Tidak berapa lama kemudian, burung bubut
berbunyi. Syah Alam di Rimba terus bersilat apabila mendengar bunyi itu. Tanpa sedar, Syah Alam di Rimba
telah memijak anak-anak memerang itu sehingga semuanya mati.
Perkembangan Setelah hari petang, mak dan bapa memerang pulang ke lubang. Mak dan bapa memerang melihat semua
anak memerang sudah mati. Mak dan bapa memerang mengetahui Syah Alam di Rimbalah yang membunuh
anak-anak mereka kerana terdapat kesan tapak kakinya di situ. Mak dan bapa memerang berasa sangat sedih
kerana sayang akan anak-anak itu. Pada malam itu, mak dan bapa memerang berbincang. Mak dan bapa
memerang membuat keputusan untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada Nabi Allah Sulaiman.
Klimaks Pada keesokan harinya, mak dan bapa memerang pergi berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman. Mak dan
bapa memerang mengadukan perbuatan yang dilakukan oleh Syah Alam di Rimba terhadap anak-anaknya.
Nabi Allah Sulaiman meminta Sang Belatuk memanggil semua haiwan yang terlibat, iaitu haiwan-haiwan yang
menyebabkan kematian anak-anak memerang itu. Haiwan-haiwan itu ialah Syah Alam di Rimba, Sang Bubut,
Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau. Semua haiwan tersebut bercerita tentang perkara-
perkara yang telah berlaku dengan jujurnya.
Peleraian Setelah Nabi Allah Sulaiman mendengar cerita Sang Sebarau, maka baginda memerintahkan Sang Memerang bercakap
benar. Dengan takut, Sang Memerang mengakui kesalahannya. Nabi Allah Sulaiman memutuskan bahawa Syah Alam
di Rimba tidak bersalah. Kematian anak-anak Sang Memerang disebabkan oleh kesalahan Sang Memerang sendiri.

N13
Teknik Plot

Teknik Plot Pemerian Dialog Monolog dalaman

Latar
Latar masa Pada zaman dahulu; pada waktu siang; pada waktu petang; pada waktu malam.
Latar tempat Di hutan rimba; di dalam lubang; di kota istana; di dalam lubuk
Latar masyarakat Masyarakat haiwan yang tinggal di rimba; masyarakat yang mementingkan diri; masyarakat yang patuh
kepada pemerintah; masyarakat yang cepat bertindak; masyarakat yang bijak menyelesaikan masalah

Watak dan Perwatakan

Pelanduk atau Syah Alam di Rimba: Nabi Allah Sulaiman:


• Menteri yang paling bijak • Bijak menyelesaikan masalah
• Pandai bersilat Perwatakan • Tidak terburu-buru dalam membuat
• Prihatin akan masalah rakyatnya keputusan
• Jujur • Adil
• Tegas

Sang Memerang:
• Ibu bapa yang bertanggungjawab
• Mementingkan diri sendiri
• Taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman

Unsur Gaya Bahasa


Inversi Berjumpalah ia suatu lubang tempat memerang, ada anaknya tujuh ekor.
Sinkope Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari.
Repetisi Kepada fikiran patik tentulah Duli yang Maha Mulia kedatangan musuh yang besar, patik pun bersiaplah
akan perisai patik.

Nilai
Nilai Keberanian Keadilan Kejujuran Kebijaksanaan Kepatuhan Kesedaran

Pengajaran
Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin akan masalah rakyat.

Pengajaran Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman musuh.

Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah.

Cerpen
1 Banjir di Mata Emak (Che Soo Ismail)
Tema dan Persoalan
Kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan
Tema yang mendalam dalam kehidupan seseorang.

Nasib ibu tua yang tidak mendapat Anak-anak yang tidak


perhatian daripada anak-anak. bertanggungjawab.
Persoalan
Rasa simpati yang wujud dalam diri
Kasih ibu tidak berbelah bahagi.
seseorang.

N14
Plot
Binaan Plot

Permulaan Perkembangan

“Saya” hendak menelefon temannya tetapi “Saya” mendail nombor telefon Mak Piah
tersalah menekan nombor telefon rumah Mak tetapi tidak berjawab. “Saya” bimbang akan
Piah. Mak Piah mengadu kepada “saya” yang keselamatan Mak Piah. Hal ini berlaku demikian
disangkakan anak perempuannya, Nana, bahawa kerana Mak Piah tinggal seorang diri dalam
orang menjual ikan dan mamak menjual roti keadaan banjir. Jiran-jirannya sudah berpindah ke
sudah tidak masuk ke kampung kerana air banjir pusat pemindahan mangsa banjir. Akhirnya, Mak
sudah naik ke paras dada. Tanpa sempat “saya” Piah menjawab panggilan telefon “saya”, tetapi
memberikan penjelasan tentang dirinya yang hanya sekejap. Hati “saya” mula resah apabila
sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian memikirkan Mak Piah. “Saya” ingin bertemu
telefonnya. dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan
rindu terhadap ibunya yang telah meninggal
dunia. “Saya” memperoleh alamat rumah Mak
Piah dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi
ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan.
Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan
gembiranya. “Saya” mengajak Mak Piah makan.
Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak
makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar
makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil
tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong. “Saya”
minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang
menziarahi Mak Piah lagi.

Klimaks Peleraian

Sekembalinya “saya” dari rumah Mak Piah, “saya” Anak-anak Mak Piah, Nana dan Nubhan berasa
demam panas selama lima hari. Setelah sihat, “saya” sangat sedih atas kematian Mak Piah. Mereka
pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya menyesal kerana tidak pulang menjenguk emak
sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat orang mereka semasa banjir. Emak mereka tergelincir
ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Belum jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak
pun sempat “saya” melangkah masuk ke rumah Mak membersihkan rumahnya selepas banjir. Setelah
Piah, usungan jenazah dibawa keluar. Saya mengiringi tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya
jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan. ditemui jirannya.

Teknik Plot

Teknik Plot Pemerian Dialog Saspens

Latar
Latar masa Empat hari empat malam; ketika banjir; pada waktu zuhur; lima hari; selepas banjir; pada waktu pagi
Latar tempat Di kampung; di rumah “saya”; di rumah Mak Piah; di tanah perkuburan
Latar masyarakat Masyarakat kampung; masyarakat yang prihatin; masyarakat yang tidak bertanggungjawab; masyarakat
yang terlalu merindui ibunya; masyarakat yang taat akan perintah agama

Watak dan Perwatakan


“Saya”: Mak Piah:
• Anak yatim piatu • Mempunyai dua orang anak
• Sensitif Perwatakan • Peramah
• Prihatin • Takut akan ular
• Mudah bersimpati • Kurang pendengaran

N15
Unsur Gaya Bahasa
Sinkope Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk langsung ... tak hirau keadaan mak dalam banjir ni.
Personifikasi Lebih buruk lagi, banjir kali ini telah menelan dua nyawa.
Repetisi Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin!

Nilai
Nilai Kasih sayang Keprihatinan Baik hati Simpati Keinsafan

Pengajaran
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita.

Pengajaran Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap kita.

Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia.

2 Talia dan Raksasa Qadqad (Zaniffa Azzura Abdullah)


Tema dan Persoalan

Tema Persoalan Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.

Kasih sayang terhadap keluarga.


Konflik antara manusia
dengan alam semula jadi.
Sikap tamak segelintir manusia.

Kesusahan masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan


pedalaman.

Plot
Binaan Plot
Permulaan Sewaktu bermain-main di sempadan huma berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah
menjumpai seekor katak raksasa. Bahagian tepi kepala katak itu luka seperti dilibas gergaji. Talia berasa
kasihan akan katak raksasa itu. Dia merawat katak itu dengan menggunakan pucuk daun dalut. Katak
tersebut pulih dan terus menghilang di dalam hutan.
Perkembangan Adik Talia, Jini demam panas. Jini perlu dibawa ke hospital. Sewaktu Dodo dan isterinya hendak ke stesen
kereta api, mereka dijerkah oleh Binjah. Dodo memberitahu Binjah tentang hasratnya yang ingin menumpang
kereta api untuk ke bandar. Binjah memarahi Dodo. Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu Binjah
tentang keadaan di kem balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut berpunca daripada serangan
kumpulan katak raksasa. Tiba-tiba sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari
bertempiaran. Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh kumpulan katak
raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki, dan rambut Talia. Dia
membuat rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah yang berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia
dibenarkan menaiki kereta api tersebut untuk ke bandar. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah
yang mahu melombong di Bukit Ungu. Binjah telah mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut
membawa samseng ke kampung itu.
Klimaks Binjah dan para pengikutnya membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli itu.
Binjah menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok. Dodo dan Sidek menjerit meminta
mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng upahannya membakar pondok tersebut. Penduduk
kampung cuba menghalang perbuatan samseng tersebut. Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah
mereka. Satu daripadanya menembusi lengan kiri Dodo.
Peleraian Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan.
Kumpulan Qadqad itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Banyak yang terkorban termasuk Binjah sendiri.
Penduduk di perkambungan orang asli itu terselamat. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

N16
Teknik Plot

Teknik Plot Pemerian Dialog Imbas kembali

Latar
Latar masa Pada waktu siang; pada waktu tengah hari; tiga hari; pada waktu matahari tergelincir
Latar tempat Di kawasan Bukit Ungu; di kawasan hutan; di rumah Dodo; di stesen kereta api; di kawasan perlombongan;
di hospital; di balai polis
Latar masyarakat Masyarakat orang asli; masyarakat bandar yang tamak dan kejam; masyarakat yang penyayang; masyarakat
yang berkonflik dengan alam semula jadi

Watak dan Perwatakan


Talia Raksasa Qadqad Binjah
Budak perempuan kecil berketurunan Menyerupai katak tetapi lebih besar; Saudagar yang tamak; kejam dan
orang asli; anak kepada Dodo dan mempunyai sepasang tanduk kecil; tidak bertimbang rasa; mementingkan
Misa; bersifat belas kasihan; berani; mempunyai taring; mampu meloncat kekayaan semata-mata tanpa memikirkan
menghormati ibu bapanya tinggi; mengenang budi kepentingan alam semula jadi

Unsur Gaya Bahasa

Simile Unsur Gaya Bahasa Sinkope

Bauran itu tersebar ke seluruh lereng, “Kalau begitu, melombong di pinggir hutan
bagaikan cincin melingkari gunung. saja ... tanahnya ungu juga,” saran Dodo.

Nilai
Baik hati Nilai Tolong-menolong

Kasih sayang Tanggungjawab


Keberanian Kegigihan

Pengajaran
Kita haruslah bersimpati terhadap semua makhluk yang berada di sekeliling kita.

Kita mestilah menyayangi anggota keluarga kita.


Pengajaran
Kita haruslah berani mempertahankan hak kita.

Kita haruslah memberikan pertolongan kepada orang yang berada dalam kesusahan.

3 Menuai Emas (Salina Ibrahim)


Tema dan Persoalan

Tema Persoalan Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan.

Bidang pertanian, iaitu penanaman padi jika diusahakan dengan


betul dapat mendatangkan kemajuan ekonomi.
Kemajuan dalam bidang
pertanian, iaitu penanaman Ilmu, kegigihan, dan ketekunan yang diiringi dengan doa dan
padi. kesabaran akan menghasilkan kejayaan.

Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji sahaja.

N17
Plot
Binaan Plot
Permulaan Alif terkenang akan perbualan dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Menurut ayah Alif, kalau berbudi
kepada tanah, mereka akan menuai emas nanti. Alif terkenang akan kata-kata emaknya pula. Alif
mengucapkan terima kasih kerana emaknya telah mendidiknya tentang makna syukur, sabar, dan reda. Alif
tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk Ketua yang menunggang motosikal
tersebut menyapa Alif. Tuk Ketua bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai. Alif menjawab bahawa
jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun akan dimulakan esok.
Perkembangan Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man. Abang Man dan beberapa
orang pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak
berpuas hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan taman perumahan.
Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing.
Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak
sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man mengatakan bahawa masakan lulusan universiti dalam
bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerja kampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin
Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut. Emak
Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif menyuruh
mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan berunding secara anak-beranak dengan Alif.
Klimaks Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang
Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu dibatalkan. Alif memberitahu bahawa dia hanya berdoa
kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah, Alif meminta Abang Man membuat
laporan polis. Abang Man tergamam apabila mendengar kata-kata Alif itu. Alif juga meminta kebenaran
daripada semua pemilik tanah itu untuk menjadikan petak-petak sawah mereka sebagai estet padi.
Peleraian Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan pelibatan 15 orang tuan tanah itu kini
semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu
hari esok untuk menuai emas.

Teknik Plot

Teknik Plot Pemerian Dialog Imbas kembali

Latar
Latar masa Pada waktu awal pagi; setahun yang lalu
Latar tempat Di petak bendang; di anjung rumah Mak Wan; di petak-petak sawah di Seberang Perak
Latar masyarakat Masyarakat petani; masyarakat yang berilmu; masyarakat yang mempunyai azam yang tinggi; masyarakat
yang agresif; masyarakat yang berhemah tinggi; masyarakat yang mempunyai nilai kepemimpinan yang tinggi

Watak dan Perwatakan


Alif Mak Wan Abang Man

Anak kepada Mak Wan; berwawasan Ibu kepada Alif; penyabar; tegas; teguh Agresif; tidak berhemah; gemar
tinggi; sabar, reda; dan sentiasa pendirian; tidak mudah terpengaruh; menggunakan kata-kata kesat; bersikap
bersyukur; berani menghadapi cabaran sayang akan tanah milik keluarganya terburu-buru; tidak berfikiran jauh

Unsur Gaya Bahasa

Metafora: Sinkope:
Dia cuba memutar pita ingatan semula. Dia seorang saja yang tak beri kata
putus.
Unsur Gaya
Bahasa
Simile: Personifikasi:
Dia berusaha menenangkan hati yang Wajah Abang Man datang mendadak
terasa seperti mahu luruh. menyerang benak.

Nilai

Nilai Keyakinan Ketabahan Kegigihan Keberanian Berdikari

N18
Pengajaran
Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri.

Pengajaran Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan.

Kita mestilah berani mempertahankan hak milik keluarga kita.

Drama
Mahkamah (Awang Abdullah)
Tema dan Persoalan
Tema Persoalan Kemiskinan menghalang seseorang itu mengupah peguam untuk
membela dirinya.

Keadilan mesti ditegakkan dengan apa-apa cara sekalipun.

Keadilan dan kebenaran


ketika membuat sesuatu Isu bahasa Melayu di mahkamah.
keputusan.
Denda akan dikenakan terhadap pihak yang bersalah.

Plot
Binaan Plot

Permulaan Perkembangan

Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih
pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya.
mengangkat sumpah. Pendakwa raya Namun begitu, dia tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan
membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, kematian Mek Teh. Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas
iaitu Bulat bin Leper. Bulat bin Leper dituduh hujah. Peguam bela membangkitkan isu tentang seekor kambing
menyebabkan kematian seorang nenek tua, yang sangat kurus dan lapar. Kambing itu telah makan sisa buangan
iaitu Mek Teh binti Jali yang berumur 99 tahun di dalam tong sampah itu dengan rakusnya. Akibatnya, kulit pisang
di Taman Gagak Putih. Peguam bela dipanggil yang dibuang oleh Bulat bin Leper tercampak ke jalan raya. Ketika
masuk untuk membela Bulat bin Leper. nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh.
Seterusnya, nenek tua itu meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah
bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Akhirnya, hakim membuat
keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah.

Klimaks Peleraian

Tertuduh II dipanggil masuk. Pendakwa raya membaca pertuduhan Hakim memerintahkan Akinomoto
terhadap Tertuduh II, iaitu Akinomoto. Akinomoto telah dituduh memelihara ibu beruk itu sehingga
mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia. Akinomoto selamat melahirkan anaknya. Sebagai
tidak faham akan istilah beruk subsidi. Pendakwa raya memberikan dendanya, Akinomoto perlu menjaga
penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan bahasa anak beruk itu sehingga mencapai umur
Inggeris. Akinomoto semakin tidak faham. Hakim meminta akil baligh dan dia dipaksa memanjat
pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi tersebut dalam pokok kelapa dengan menjadikan anak
bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan beliau dan beruk itu sebagai tuannya.
mengaku bersalah. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu
beruk itu sudah hamil. Dia mahu mengembalikan ibu beruk itu
kepada yang berhak dan dia mahu memelihara anaknya.

Teknik Plot

Teknik Plot Dialog Pemerian

N19
Latar
Latar masa Di mahkamah; di Taman Gagak Putih; di stor JKK Ulu Dungun.
Latar tempat Pada waktu pagi; pada 10 Januari 1988; pada 20 Mac 1988; 1 minit; 2 minit
Latar masyarakat Masyarakat intelektual; masyarakat yang hidup miskin; masyarakat yang baik hati; masyarakat yang
prihatin terhadap haiwan; masyarakat yang tetap pendirian

Watak dan Perwatakan


Hakim:
Pendakwa raya:
Golongan intelektual; pandai
Golongan intelektual; tegas;
bergurau; adil dan saksama;
bertanggungjawab
menjalankan amanah dengan baik
Perwatakan
Peguam bela: Bulat bin Leper:
Tegas; baik hati; pandai mematahkan Orang miskin; dituduh; berani
hujah pendakwa raya; yakin ketika berdepan dengan pendakwa raya;
berhujah; bertanggungjawab bertanggungjawab

Unsur Gaya Bahasa


Sinkope Oh, itu tak jadi masalah; tapi sikit saja, tau.
Repetisi Kalau Bulat tidak membuang kulit pisang; maka kambing tidak boleh mengaisnya ke jalan raya dan seorang
nenek tua tidak akan memijaknya.

Nilai
Keadilan Nilai Keberanian

Tanggungjawab Kejujuran
Ketegasan Keyakinan Rasional

Pengajaran
Kita hendaklah tegas dalam menjalankan sesuatu tugas.

Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar.


Pengajaran
Kita mestilah menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terutamanya dalam
urusan-urusan rasmi.

Kita mestilah berani jika berada pada pihak yang benar.

Novel

Meniti Impian (Osman Ayob)


Edisi: Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Negeri Sembilan
Tema dan Persoalan
Tema Persoalan Kasih sayang dalam keluarga.

Rela berkorban demi keluarga.

Semangat dan Ketabahan dalam menghadapi kesusahan hidup.


kesungguhan pelatih
IKM dalam usaha untuk Kemiskinan penduduk kampung yang tinggal di kawasan pedalaman.
mencapai kejayaan.
Kepentingan pelajaran dalam kehidupan.

N20
Plot
Binaan Plot
Permulaan

Zahar gagal melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam. Hasratnya untuk meneruskan pelajaran di sekolah swasta juga gagal kerana
masalah kewangan. Bapanya sudah meninggal dunia. Emaknya pula sudah tua dan sering sakit. Dua orang adiknya masih bersekolah.
Bagi membantu meringankan beban emaknya, Zahar menolong bapa saudaranya, Pak Yusuf di bengkel pertukangan perabot.

Perkembangan

Permohonan Zahar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pertukangan Perabot di IKM telah berjaya. Ibu Zahar, Mak Kiah
sangat gembira. Zahar berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakannya, Bakar dan Rahim. Bakar menyuruh Zahar memberitahu
Suhaili tentang hal tersebut. Semasa di sekolah dahulu, hubungan Zahar dengan Suhaili begitu rapat. Namun begitu, sejak Suhaili
menyambung pelajaran di ITM keadaan tersebut terus berubah.

Perumitan/Konflik

Zahar menghadapi konflik dengan Suhaili, iaitu bekas teman sekolahnya. Zahar berasa kecewa dan terluka apabila Suhaili
memperlekehkan hasratnya untuk menyambung pelajaran di IKM dalam bidang Pertukangan Perabot. Kata-kata Suhaili membuat
Zahar sedih dan terluka. Kekecewaannya bertambah apabila melihat Suhaili menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh seorang
lelaki yang tampan.

Klimaks

Zahar mendapat tawaran membuat latihan praktikal di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. di Kamunting, Taiping,
Perak. Di sana dia telah bertemu dengan Suhaili yang secara kebetulan turut bekerja di situ. Suhaili cuba memberikan pertolongan
kepada Zahar tetapi Zahar menolak bantuan Suhaili. Suhaili yang telah putus cinta cuba berbaik-baik dengan Zahar tetapi hati Zahar
telah terpikat kepada Norimi. Suhaili berasa malu dan kesal atas kata-katanya terhadap Zahar dahulu. Zahar telah memaafkannya
dan cuba melupakan segala kenangan antara mereka berdua.

Peleraian

Zahar berjaya menamatkan latihan praktikalnya dengan cemerlang. Selepas tamat belajar dia berjaya juga memenuhi impiannya
untuk menjadi pengusaha perabot yang terkenal. Bermodalkan pinjaman daripada MARA dan sumbangan daripada Pak Yusuf,
Zahar akhirnya berjaya membuka sebuah bengkel pertukangan perabot di atas tanah milik emaknya. Bengkel perabotnya menjadi
terkenal selepas rencana tentang bengkel tersebut disiarkan dalam akhbar.

Teknik Plot

Teknik Plot Pemerian Dialog Monolog Imbas kembali Saspens

Latar
Latar masa Pada waktu siang; pada waktu malam; pada hari Selasa; enam bulan; tiga minggu
Latar tempat Di Kampung Caruk Petitih, Sik, Kedah; di bengkel perabot Pak Yusuf; di rumah Zahar; di rumah Pak Karim;
di City Point; di IKM Sungai Petani; di bengkel pertukangan perabot di IKM; di kilang perabot Usaha
Bersatu Sendirian Berhad, Taiping; di bilik Penolong Ketua Unit Pemasaran
Latar masyarakat Masyarakat yang menjalankan kegiatan perniagaan; masyarakat yang berdikari; masyarakat yang ego

Watak dan Perwatakan


Perwatakan

Zahar Pak Yusuf Suhaili

• Tidak mudah berputus asa • Bapa saudara Zahar • Cantik


• Penyayang • Bertimbang rasa • Mementingkan pelajaran
• Setia • Baik hati • Ego

N21
Unsur Gaya Bahasa

Personifikasi Begitu cepat kuntum kegembiraan mengembang dalam hatinya, sekali gus menghalau debaran yang
memukul dada.

Hiperbola Panahan mata Zahar yang tajam menikam kalbunya.

Sinkope Adakah ini semua kebetulan saja?

Simile Suaranya garau, lantangnya bagaikan mampu membelah bukit; Kata-kata Zahar bagai sembilu menghiris
Nilai kalbunya.

Nilai

Kerajinan Baik hati

Kerjasama Hormat-menghormati

Ketabahan Kesyukuran

Kesetiaan

Pengajaran

Pengajaran

Kita tidak seharusnya menghina orang Kita mestilah gigih berusaha untuk
yang lebih rendah tarafnya daripada kita. mencapai cita-cita.

Kita hendaklah berjimat cermat dan Kita hendaklah setia dalam


tidak boros semasa berbelanja. perhubungan.

Darah Titik di Semantan (Arman Sani)


Edisi: Johor, Sarawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan
Tema dan Persoalan

Perjuangan dalam membebaskan tanah air daripada belenggu


Tema penjajah.

Kerjasama penting dalam perjuangan Ugutan digunakan oleh pihak Inggeris


menentang penjajah. untuk melemahkan orang Melayu.

Persoalan

Sikap segelintir masyarakat yang Fitnah dijadikan sebagai salah satu


sanggup bersekongkol dengan pihak strategi Inggeris untuk menjajah
Inggeris untuk mendapatkan habuan. orang Melayu.

N22
Plot
Binaan Plot
Permulaan

Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad sedang menuju ke Masjid Lubuk Terua. Zahid terkenang akan sikap Datuk
Bahaman yang banyak berubah. Datuk Bahaman berucap tentang Inggeris yang telah menjajah tanah air mereka.

Perkembangan

Inggeris telah membina kubu di Lubuk Terua. Pak Long Abas mencadangkan supaya mereka bertindak tetapi dihalang oleh
Datuk Bahaman dengan alasan persiapan belum cukup. Kira-kira dua minggu kemudian, Zahid ternampak dua buah perahu
yang membawa seorang Inggeris dan diapit oleh tiga orang mata-mata Sikh. Samad hendak menyerang mereka tetapi dihalang
oleh Awang Muhammad.

Perumitan/Konflik

Pada bahagian ini, berlaku pergaduhan antara Zahid dan rakan-rakannya dengan dua orang pemuda Melayu yang cuba
menceroboh isteri Lajis. Datuk Bahaman pula difitnah oleh Inggeris. Inggeris mengatakan bahawa Datuk Bahaman telah
menderhaka kepada sultan. Pak Long Abas, Ismail, dan Samad ditangkap oleh Desborough. Datuk Bahaman telah menyelamatkan
mereka. Sekali lagi, Pak Long Abas dan Ismail ditangkap oleh Desborough. Pak Long Abas dapat menyelamatkan diri tetapi
Ismail tidak dapat menyelamatkan diri. Datuk Bahaman menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Desborough datang
dengan lima puluh orang mata-mata Sikh. Mereka telah ditewaskan oleh pasukan Datuk Bahaman. Peperangan telah bermula.
Rodger mudik bersama-sama dengan sultan dan Tengku Ali. Datuk Bahaman dalam dilema. Perjanjian dibuat antara sultan
dengan Datuk Bahaman. Mengikut perjanjian itu, askar-askar sultan akan menembak ke udara. Perajurit-perajurit Datuk
Bahaman juga akan menembak ke udara.

Klimaks

Askar-askar sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Askar-askar itu meniarap dan menghalakan senapang ke atas. Datuk
Bahaman mengarahkan para pengikutnya menghalakan senapang ke udara. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila tembakan
askar-askar sultan terkena paha Mat Lela. Kemudian, dada Awang Muhammad pula ditembusi peluru askar-askar sultan. Tuk
Muda Bidin dan Imam Perang Weh berlari ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri. Namun begitu, mereka berdua
ditikam oleh ketua askar sultan.

Peleraian

Askar-askar sultan bersorak kemenangan. Datuk Bahaman kecewa kerana sultan telah mungkir janji. Datuk Bahaman sendiri
tetap patuh pada janji. Datuk Bahaman meninggalkan Semantan lalu mudik ke Sungai Lembing. Datuk Bahaman bersatu
dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau.

Teknik Plot

Pemerian Teknik Plot Imbas kembali

Dialog Monolog Monolog dalaman

Latar
Latar

Latar masa Pada waktu zuhur; pada waktu malam; pada zaman penjajahan Inggeris di Pahang

Di Daerah Semantan; di Kuala Semantan, Pahang; di Lubuk Terua; di Lubuk Sengarat;


Latar tempat di Sungai Semantan; di Batu Hampar; di Sungai Tembeling; di rumah Datuk Bahaman;
di Darat Kelubi; di rumah pasung

Masyarakat kampung; masyarakat Melayu yang dijajah; masyarakat yang cinta akan
Latar masyarakat tanah air; masyarakat penjajah Inggeris; masyarakat yang sedang bergolak dalam
kancah peperangan; masyarakat yang mengenang budi

N23
Watak dan Perwatakan
Perwatakan

Datuk Bahaman Zahid (Aku) Awang Muhammad

• Pemimpin yang dihormati • Pembantu Datuk Bahaman • Rakan Zahid


di Semantan • Berjiwa pejuang • Anak bongsu kepada Datuk
• Penyayang • Berani Bahaman
• Berani • Cinta akan negara • Berjiwa pejuang
• Penyabar • Taat akan perintah agama • Berani
• Berpegang pada janji • Cinta akan negara
• Mempunyai ilmu batin • Taat akan perintah agama

Unsur Gaya Bahasa


Simile Burung-burung telah mula menyanyi seolah-olah mengingatkan kaumnya supaya segera bangun memburu rezeki.
Sinkope “Jadi kita hendak biarkan saja mereka menceroboh tanah kita?” Pak Long Abas melenting lagi.
Personifikasi Cahaya bulan sedang bermain di sana sini.

Nilai
Nilai

Pengorbanan Setia kawan

Keberanian Menepati janji


Cinta akan negara

Pengajaran
Pengajaran

Kita hendaklah mencintai tanah air kita


Kita hendaklah menepati janji.
dengan sepenuh jiwa kita.

Kita hendaklah memiliki sifat Kita hendaklah sentiasa berwaspada


kepemimpinan yang baik. dalam bertindak.

Jejak MONPUS (Zulaiha Paikon)


Edisi: Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan

Tema dan Persoalan


Kegigihan seorang mahasiswa dalam membuat penyelidikan untuk
Tema menyelamatkan nyawa manusia yang diancam oleh serangan ulat bulu.

Kepentingan ilmu sains dalam Sikap dendam yang memudaratkan


kehidupan. diri.
Persoalan
Hubungan kasih sayang dalam Ketabahan dan keberanian untuk
keluarga. berjaya.

N24
Plot
Binaan Plot

Permulaan Perkembangan

Zahar mempunyai latar belakang pendidikan Zahar berasa sedih kerana ulat bulunya yang bernama Pus Pus
yang tinggi dalam bidang Biologi, Fakulti semakin tenat dan memaksa Zahar mencari penggantinya. Zahar
Sains Hayat di Universiti Teknologi Malaysia. bersama-sama dengan rakannya, Malcom ke Taman Paya Bakau di
Minatnya amat mendalam terhadap serangga Tanjung Piai untuk mencari spesies ulat bulu tersebut. Kemudian,
terutamanya spesies ulat bulu dan rama-rama. Zahar meneruskan pencariannya di Kem Kaizen bersama dengan
Malcom dan Fikri. Namun begitu, mereka tidak berjaya. Akhirnya,
Zahar dan rakan-rakannya ke Pulau Pisang. Mereka berjaya
menemui spesies Monarch. Cantuman tisu Pus Pus dan Monarch
telah menghasilkan ulat bulu yang cantik. Zahar menamakan
spesies baharu tersebut Morgan.

Perumitan/Konflik Klimaks

Beribu-ribu ulat bulu berintik hitam menyerang Kampung Formula ciptaan Zahar hilang. Zahar
Maju Jaya. Penduduk kampung terkena penyakit. Ripin dan Fikri melakukan siasatan. Hasil
dan beberapa orang pemuda kampung datang ke rumah siasatan yang dilakukan, mereka
Zahar. Mereka menuduh Zahar sebagai punca serangan mendapati bahawa Ripinlah yang
ulat bulu itu. Ibu Zahar, Qistina berjanji akan memanggil bertanggungjawab. Zahar dan Fikri ke
pihak Jabatan Kesihatan untuk menyiasat kejadian yang balai polis untuk membuat laporan.
berlaku. Dua hari selepas itu, Unit Kawalan Bawaan Vektor,
beberapa orang pegawai kesihatan, dan pihak polis dari
Unit Forensik datang ke Kampung Maju Jaya. Mereka
menggeledah makmal Zahar tetapi tidak menjumpai apa-
apa selain ulat bulu dan pelbagai jenis rama-rama.

Peleraian

Zahar berjaya mencipta formula MONPUS gabungan ekstrak cecair antara Morgan dengan
Pus Pus. Formula ciptaan Zahar berjaya menghapuskan ulat-ulat bulu di Kampung Maju
Jaya. Ripin pula telah ditangkap oleh pihak polis atas jenayah yang dilakukannya. Zahar
berjaya menerima Anugerah Sains Negara yang disampaikan oleh ayahnya sendiri. Zahar
juga berjaya memperoleh Biasiswa Kerusi Canselor daripada Universiti Oxford London.
Kegembiraan Zahar makin bertambah apabila ayahnya melamar ibunya semula.

Teknik Plot
Teknik Plot

Pemerian Saspens

Dialog Imbas muka


Imbas kembali

Latar
Latar masa Pada waktu pagi; pada waktu petang; pada waktu malam; pada waktu subuh
Latar tempat Di makmal kecil di sebelah rumah Zahar; di rumah Zahar di Kampung Maju Jaya; di Sekolah Menengah
Kebangsaan Sri Yasin; di Kem Kaizen; di Pulau Pisang; di balai raya; di kedai kopi Pak Mail
Latar masyarakat Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan; masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa;
masyarakat yang suka berdendam; masyarakat yang terdiri daripada penuntut universiti; masyarakat yang
percaya kepada bomoh dan perkara tahayul; masyarakat yang mencintai alam sekitar

N25
Watak dan Perwatakan
Perwatakan

Zahar Qistina Ripin

• Anak tunggal dalam keluarga • Ibu kepada Zahar • Kutu kampung yang terlibat
• Amat menyayangi ibunya • Cantik dalam aktiviti menghidu gam
• Gigih • Guru yang dedikasi • Pendendam
• Berani • Penyayang • Kuat cemburu
• Bijak • Pemaaf • Busuk hati

Unsur Gaya Bahasa


Personifikasi Bahang yang mula menggigit membuatkan penghuni yang berada di dalam bangunan yang berupa makmal
kecil itu mulai resah.
Simile Cahaya itu tiba-tiba menebar tak ubah seperti renjatan dalam filem ‘X-Ray, atas – ‘X-Ray’.
Inversi Hampir mabuk mereka menghabiskan udang yang memenuhi pinggan mi udang Wak Sino.

Nilai

Nilai Kasih sayang Keberanian Kerjasama Kesabaran Kebijaksanaan

Pengajaran
Pengajaran

Kita mestilah menyayangi ibu yang Kita tidak seharusnya membuat tuduhan
telah banyak berjasa kepada kita. melulu tanpa bukti.

Kita haruslah bersabar dalam Kita tidak seharusnya menyimpan


melakukan sesuatu perkara. dendam terhadap orang lain.

Jalan ke Puncak (Juri Durabi)


Edisi: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak
Tema dan Persoalan
Kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang berkelulusan
Tema universiti bercita-cita untuk menjadi usahawan muda.

Sikap mengutamakan kerjaya


Kasih sayang dalam keluarga.
sebelum bercinta.

Kepentingan pelajaran dalam Kemiskinan dalam kalangan


Persoalan
kehidupan. masyarakat.

Pengorbanan untuk keluarga. Kegigihan anak muda dalam


melaksanakan pekerjaan.

N26
Plot
Binaan Plot

Permulaan Perkembangan

Laiman pemuda yang rajin. Dia menjalani Laiman berkawan rapat dengan Soniah yang akan
latihan praktikal di sebuah syarikat minyak. melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama,
Laiman melakukan tugas yang diberikan iaitu Kejuruteraan. Soniah menyebut nama Muluk
kepadanya dengan baik. Oleh itu, dia dalam satu perbualan, tetapi kemudian tidak mahu
disenangi oleh pengurus dan kawan-kawan meneruskan cerita tentang Muluk. Hal ini menimbulkan
di tempat kerjanya itu. Sukri yang bertugas tanda tanya dalam fikiran Laiman tetapi dia terpaksa
di situ mengajak Laiman makan bersama- melupakan hal itu memandangkan Soniah benar-benar
sama. tidak mahu bercerita tentang Muluk.

Perumitan/Konflik Klimaks

Tangki minyak terbakar. Tangki minyak itu Muluk ditangkap polis atas tuduhan membakar
baru dibaiki oleh Laiman. Namun begitu, loji minyak. Dia berbuat demikian kerana
kebakaran itu berlaku semasa Laiman cemburu apabila melihat hubungan mesra
pergi ke Kuching. Orang yang melakukan antara Laiman dengan Soniah. Pak Sahok
sabotaj itu tidak tahu bahawa Laiman mengalah dan mengizinkan tanah paya di sebelah
tiada di kawasan syarikat semasa kebakaran tanahnya digunakan untuk projek ternakan ikan
berlaku. Seterusnya, bapa Laiman, iaitu Pak air tawar. Keizinan itu menyebabkan Laiman
Kiassim memarahi Laiman kerana menolak dan kawan-kawannya dapat bekerja keras.
pekerjaan yang ditawarkan. Pak Kiassim Akhirnya, projek ternakan ikan air tawar itu
turut menentang hasrat Laiman yang mahu dianggap sebagai projek contoh.
menjalankan projek sendiri.

Peleraian

Laiman hidup senang kerana usahanya


membuahkan hasil. Laiman memikirkan
perancangan untuk memulakan
hubungannya dengan Soniah.

Teknik Plot
Teknik Plot

Pemerian Saspens

Dialog Imbas kembali


Monolog

Latar
Latar masa Pada waktu siang; pada waktu petang; pada waktu malam; enam bulan; dua tahun; lebih kurang tiga
tahun; pada hari Ahad; tiga bulan
Latar tempat Di syarikat minyak di tepi pantai yang terletak di Sarawak; di rumah Laiman; di rumah Milan; di bandar
Kuching; di kebun tembikai; di bandar Miri; di tanah paya; di Gerai Pitas
Latar masyarakat Masyarakat yang kuat bekerja; masyarakat yang berpelajaran tinggi; masyarakat yang hidup miskin dan
sederhana; masyarakat yang tegas pendirian; masyarakat yang mampu berubah; masyarakat yang kuat
cemburu; masyarakat yang taat akan perintah agama

N27
Watak dan Perwatakan
Perwatakan

Laiman Pak Kiassim Milan

• Anak kepada Pak Kiassim • Bapa kepada Laiman • Sepupu Laiman


• Cinta akan ilmu • Pemaaf • Rajin bekerja
• Bercita-cita tinggi • Bertanggungjawab • Baik hati
• Tabah • Mengambil berat akan masa • Tidak mudah berputus asa
• Jujur depan anak-anaknya • Mempunyai semangat setia
• Taat akan perintah agama kawan yang tinggi

Unsur Gaya Bahasa


Personifikasi Mata pengurus itu menikam lembut wajah Laiman dengan hati yang lega.
Simile Pagi esoknya minyak yang belum diproses tumpah bagaikan air hujan di tepi-tepi longkang; Berita itu seperti
petir yang menyambar hatinya.
Inversi Sebentar lagi dia akan meneruskan kerjanya di luar pula; Di sana dia makan.

Nilai
Nilai Kasih sayang Ketabahan Tanggungjawab Kerjasama Keinsafan

Pengajaran
Kita hendaklah berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Kita hendaklah menerima keputusan orang lain dengan hati yang terbuka.
Pengajaran
Kita hendaklah bersikap jujur dengan rakan sekerja.

Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang kita lakukan.

Kita hendaklah bersyukur atas kejayaan yang kita peroleh.

N28

Anda mungkin juga menyukai