Anda di halaman 1dari 8

Sajak Maksud

BINTANG
Suatu malam aku duduk Pada suatu malam, penyajak duduk di
di halaman rumah halaman rumah sambil melihat
kulihat cantiknya bintang-bintang keliauan bintang-bintang di langit.
menghias langit yang terbentang Penyajak ingin terbang ke sana dan
aku ingin terbang ke sana mengutip bintang-bintang itu untuk
membawa pulang bintang-bintang dibawa pulang ke rumah agar cahaya
tentu ibu gembira bintang itu dapat menggembirakan ibu
tentu ayah bahagia dan membahagiakan ayah.
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.
Ibu penyajak tidak bersetuju dengan
Tetapi kata ibu tindakan penyajak yang ingin
itu tidak perlu membawa bintang itu. Ibu dan
ayah sudah ada bintang penyajak meluahkan bahawa
begitu juga ibu penyajak merupakan bintang hati
rumah sudah bercahaya yang menerangi hidup dan jiwa
begitu juga jiwa mereka mereka.
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.

SITI ZALEHA M.HASHIM


(dipetik daripada sajak “Bintang Hati”,
Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

1
Tema : Persoalan
Kasih sayang antara anak dan
ibu bapa  Tanggungjawab anak kepada ibu
bapa

 Kasih sayang antara ahli keluarga

 Mengagumi keindahan ciptaan


tuhan

Gaya Bahasa Contoh


Anafora tentu ibu gembira
(perulangan perkataan pada awal tentu ayah bahagia
baris)
begitu juga ibu
begitu juga jiwa mereka
Epifora Tetapi kata ibu
(perulangan perkataan pada akhir begitu juga ibu
baris)
Sinkope Ku lihat cantiknya bintang-bintang
Nilai Pengajaran
Tanggungjawab Kita perlu tanggungjawab dalam
kehidupan
Kasih sayang Kita harus kasih sayang terhadap
ahli keluarga
Rendah diri Kita perlu rendah diri dalam
kehidupan.

1. Perkara utama yang ingin disampaikan oleh penyajak ialah


A Bintang merupakan anugerah tuhan yang perlu dihargai.

2
B Anak-anak merupakan bintang hati ibu dan ayah melebihi bintang di langit.
C Kepentingan bintang terhadap kehidupan anak-anak
D Kemsetiaan menggunakan bintang sebagai panduan hidup anak-anak.

2.
Ayah sudah ada bintang
Baris Sajak di atas membaw maksud
A Ayah menganggap anaknya sebagai bintang hati
B Ayah dikurniakan bintang kebesaran.
C Ayah mendapat cahya mata baru
D Ayah menaruh harapan yang besar di hati.

3.
Tentu ibu gembira
Tentu ayah gembira
Melihat rumah ini
Penuh dengan cahaya

Persoalan yang ingin di sampaikan oleh penyajak dalam baris -baris


sajak di atas membawa maksud berikut, kecuali
A Anak-anak yang baik dapat membahagiakan hati ibu dan ayah.
B Anak-anak lebih berharga daripada bintang-bintang di langit
C Anak-anak merupakan harga yang sangat berharga
D Anak-anak perlu mengikut jejak langkah ibu bapa

4.
Aku ingin terbang ke sana
Membawa pulang bintang-bintang

Baris sajak di atas menggambarkan gaya bahasa


A Paradoks
B Personifikasi
C Metafora
D Hiperbola

5. Nada yang telah diguna pakaioleh penyajak dalam sajak ini ialah
A Sinis
B Protes
C Romantis
D Melankolik

Bahan I
Bahasa bermaruah

3
Tidak berbilur bahasa di lidah.

Bahasa berbuah
Tidak kering bahasa diperah.

Bahasa bersejarah
Tidak luput bahasa bertingkah.

Bahasa berwasilah
Tidak putus jambatan ukhuwah.

Bahasa berbudi sudah


Tidak lokek pada ummah.

Bahasa begitu indah


Tidak habis berbahasa bermadah.

Bahan 2

Kesederan untuk memartabatkan bahasa melayu perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.
Dalam hal ini, ibu Bapa dan guru-guru harus memainkan peranan untuk memupuk kesederan (i)
tersebut.Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila
bertutur dengan anak-anak .Para guru pula haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di
negara kita dan juga sejarah bahasa keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15.
Sekiranya kesedrana ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti pepatah, melentur biaralh waktu rebung
sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila

Bahan 1 dan bahan 2 menyentuh tentang pemantapan bahasa melayu.


Nyatakan usaha yang dijalankan untuk mencapai hasrat tersebut. [3M]

(ii) Bahan 2 menekankan kepentingan penggunaan bahasa Melayu yang betul oleh ibu bapa
apabila bertutur dengan anak-anak
Terangkan impaknya apabila ibu bapa menggunakan bahasa Melayu yang betul. [3M]

(iii) Anak muda sekarang lebih suka menggunakan bahasa rojak dan slanga ketika berkomunikasi
di media sosial dan ketika berbual.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini boleh berlaku?

Ujana Tatabahasa – sila rujuk buku teks muka surat 8 dan 9


Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk merujuk manusia, binatang, tumbuhan, benda, tempat atau
konsep secara umum. Contohnya:

4
Manusia Guru cemerlang,anak,anak bangsa,murid.ayah,ibu,doktor,penyanyi,jururawat
Binatang Ayam,kucing,ikan,ular,semut
Tumbuhan Tumbuhan herba,pokok,tuumbuhan herba
Benda Wang,tanah,kayu,tangan,rambut
Tempat Halaman,rumah,taman,sekolah,bilik darjah
Konsep/perkara/abstrak Batasantempat,pemudah cara,masa,jasa,projek,anugerah,pendidikan,pembelajaran

Kata-kata seperti guru cemerlang,pokok hiasan,pokok kulat,batasan tempat,waktu persekolahan,bilik darjah dan
tumpuan pancaindera ialah contoh-contoh kata yang mengalami pemajumukan.
Contoh penggunaan Kata Nama Am
Ingat kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya. Kata nama am hanya ditulis dengan huruf
besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada permulaan ayat Contohnya:
Beliau guru di Sekolah Menengah Bukit Bintang
Guru yang akan menyertai rombingan itu ialah Cikgu Salmi.

Kata nama Khas ialah kata yang digunakan sebagai manusia,haiwan,benda insititusi,negara atau pangkat
secara spesifik. Contohnya:

Manusia Gopal, Adam,Nafeesa,Harleen Kaur


Haiwan Sang Bedal,Lassie,Garfield
Tumbuhan Mussaenda pubescens (Pokok Nusa Indah)
Benda/Perkara Projek Taman Sains,Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT)
Tempat Kelantan , Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Pangkat atau negara Anugerah Inovasi,Guru cemerlang Biologi

Kata nama khas pula ditulis dengan huruf besar pada kesemua pangkal kata dan di mana-mana saja letaknya
dalam ayat. Contoh:
(a) Ayah saya bekerja di Kementerian kesihatan Malaysia (x)
(b) Ayah saya bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia ()
Kata Pinjaman (8 dan 9)
Kata yang diambil daripada bahasa lain untuk membentuk kata baharu dalam bahasa Melayu.

Kata Pinjaman Bahasa Inggeris Makna


Akses Access Cara untuk mendapat sesuatu
Akuatik Aquatic Sasuatu yang tumbuh atau hidup dalam air
Biologi Biology Pengetahuan tentang keadaan
Eksperimen Experiment Ujian untuk penyelidikan
Epifit epiphyte Tumbuhan yang menumpang tumbuhan lain

Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang sesuai.


1. Pasukan tunas puteri yang berbaris secara ____________ dalam perhimpunan rasmi kokurikulum itu
mendpat tepukan gemuruh.

5
A sekata
B seragam
C serasi
D seiram

2.

Anak Puan Kadijah ____________ minuman untuk diberikan kepada tetamu mereka.
A menatang
B menghulur
C mengangkat
D memikul

3. “____________ sultan berkenan menerima datuk menghadap,” kata pegawai istana itu kepada Datuk
Temenggung.
A Menatang
B Menghulur
C Mengangkat
D Memikul

4. Rakyat Malaysia mesti bersatu padu dan bertolak ansur ___________ kesejahteraan negara.
A Agar
B Bagi
C Oleh
D Demi

5. Mak Myra berjalan ___________ selepas turun dari feri itu akibat mabuk laut.
A Tersenggok-senggok
B Tergopoh-gopoh
C Terhincut-hincut
D Terhuyung-hayang

6. Nenek yang ___________ itu berjalan perlahan-lahan di belakang rumah sambil memegang tongkat.
A bengkok
B bongkok
C condong
D serong

7. Nufhail berasa ___________ dengan sikap kawan baiknya yang telah menceritakan masalahnya
kepada orang lain.
A Terkilan
B Terkelam

6
C Terkuat
D Terkisah

8. Apabila ____________ sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Dean akan menangis sendirian.
A termangu
B terngiang
C terimbas
D terkenang
9. Nafeesa akan menyertai pertandingan ___________ sotong di Pulau Aman pada minggu hadapan.
A mencandat
B memukat
C memancing
D menyauk

10. Baginda sultan ____________ untuk menghadiri majlis anugerah cemerlang sekolah itu.
A Bersetuju
B Berkenan
C Bersedia
D Bersiap
11.
Sesuatu perhubungan itu akan bertambah teguh dan utuh jika kita
saling membantu, manakala akan musnah jika kita bermusuh sesama
sendiri.

A bersatu teguh, bercerai roboh


B rambut sama hitam, hati lain-lain
C di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
D kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

12.
Bagai mencurahkan air ke daun keladi

Peribahasa Lain Yang Boleh Digantikan Dengan Peribahasa Di Atas Ialah ________.
A Bagai telur di hujung tanduk
B Bagai kacang lupakan kulit
C Bagai mencurah garam ke laut
D Bagai isi dengan kuku

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


13.

7
I. Gulai ikan kering yang dimasaknya semalam sudah basi .
II. Sebelum memasuki universiti, Dev menyediakan wang basi kepada anaknya.
III. Berita yang disampainya itu sudah basi kerana dia sudah mengetahuinya terlebih dahulu.
IV. Budak itu menunggang basi ke sekolah setiap hari.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D II,III dan IV sahaja

14. Pilih ayat yang betul


I. semangat nasionalisme dalam kalangan remaja semakin berkurang.
II. Program E-usahawan ialah konsep urus niaga yang dijalankan tanpa sempadan
III. Pembinaan bangunan pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur dilakukan oleh gabungan kontraktor
Malaysia
IV. Pihak urusan setia program ini hanya menyediahkan pen dan kertas kepada para peserta untuk
pertandingan lukisan.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D II,III dan IV sahaja

15. Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.
Mulan memberitahu Lilian dan adiknya bahawa mereka akan bertolak ke Kuala Terengganu untuk berjumpa
kawan-kawan lama.
A ‘Kita akan bertolak ke Kuala Terengganu untuk berjumpa kawan-kawan lama pada hujung minggu
ini,”beritahu Mulan kepada Lilian dan adiknya.
B Mulan berkata, “Kami akan bertolak ke Kuala Terengganu untuk berjumpa kawan-kawan lama pada
hujung minggu hadapan.”
C “Marilah kita bertolak ke Kuala Terengganu untuk berjumpa mereka pada hujung minggu ini,” pelawa
Mulan kepada Lilian dan Adiknya.
D Mulan mengajak Lilian ,Adiknya dan kawan-kawan lamanya, “Marilah kita bertolak ke Kuala
Terengganu pada minggu hadapan.”

Anda mungkin juga menyukai