Anda di halaman 1dari 10

Bintang

SITI ZALEHA
M.HASHIM
Kandungan
1 Maksud Rangkap 2 Tema

3 Persoalan 4 Gaya Bahasa

5 Nilai 6 Pengajaran
Rangkap Pertama
Suatu malam aku duduk
di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang
aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu
ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya .

Maksud
Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumah
sambil melihat keliauan bintang-bintang di langit.
Penyajak ingin terbang ke sana dan mengutip bintang-
bintang itu untuk dibawa pulang ke rumah agar cahaya
bintang itu dapat menggembirakan ibu dan
membahagiakan ayah .
Rangkap Kedua
Tetapi kata ibu
itu tidak perlu
ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu

Maksud
Ibu penyajak tidak bersetuju dengan tindakan
penyajak yang ingin membawa bintang itu. Ibu  dan
penyajak meluahkan bahawa penyajak merupakan
bintang hati yang menerangi hidup dan jiwa mereka.
Tema
Kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibubapanya .
Demi kasih sayang yang mendalam terhadap ibu dan ayahnya ,
penyajak ingin mengambil bintang - bintang di langit untuk
dihadiahkan kepada ibu dan ayahnya bagi menerangi rumah
mereka . Namun begitu , ibu penyajak mengatakan bahawa
penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana penyajak
merupakan bintang hati ayah dan ibunya .
Persoalan
1 ) Kasih Sayang yang mendalam sesama ahli keluarga .
2 ) Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tidak terkira
nilainya .
3 ) Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan
ibu bapanya .
4 ) Kebahagian ibu bapa terhadap anak taat dan
bertanggungjawab .
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Anafora tentu ibu gembira
(perulangan perkataan pada awal baris) tentu ayah bahagia
begitu juga ibu
begitu juga jiwa mereka

Epifora Tetapi kata ibu


(perulangan perkataan pada akhir baris) begitu juga ibu

Responsi tentu ayah bahagia
(perulangan perkataan di tengah baris) bintang hati ayah dan ibu.

Sinkope kulihat cantiknya bintang-bintang


Simpulan  bahasa bintang hati ayah dan ibu.
Nilai
Bertanggungjawab Penyajak sebagai seorang anak
perlu membahagiakan dan
menggembirakan ayah dan
ibunya .

Kasih Sayang Penyajak amat menyayangi


ayah dan ibunya .

Kejujuran Ayah dan ibu penyajak


mengatakan bahawa penyajak
tidak perlu memetik bintang di
langit .
Pengajaran
Kita mestilah mengamalkan sikap kasih sayang
Na d a
dalam ahli keluarga .

Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang R O M A N T


IS
banyak berbudi kepada kita .

Kita seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk


menyatakan kebenaran .

Kita haruslah taat akan ajaran dan perintah kedua-


dua ibu bapa yang membesarkan kita sejak kecil .
Terima Kasih kerana
sudi mendengar !

Anda mungkin juga menyukai