**Buat huraian untuk nilai dalam nota anda (muka surat 113)
1. Kasih sayang- Contohnya penyajak amat menyayangi ibu dan ayahnya.
2. Mengenang jasa- Contohnya, penyajak ingin menghadiahkan bintang di langit kepada ayah dan
ibunya sebagai membalas jasa mereka.
3. Ketaatan- Contohnya, penyajak membesar sebagai seorang anak yang taat sehingga dia menjadi
bintang hati ayah dan ibunya.
4.Tanggungjawab- Contohnya, sebagai seorang anak,penyajak bertanggungjawab untuk
membahagiakan dan menggembirakan ayah dan ibunya
5. Kejujuran- Contohnya, ayah dan ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu memetik
bintang di langit untuk dihadiahkan kepada mereka kerana penyajak ialah bintang hati mereka.