Anda di halaman 1dari 2

SAJAK BINTANG

Suatu malam aku duduk


di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang
menghias langit yang terbentang
aku ingin terbang ke sana
membawa pulang bintang-bintang
tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.

Tetapi kata ibu


itu tidak perlu
ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.

Melihat rumah ini


Penuh dengan cahaya

1. Baris sajak di atas boleh membawa pelbagai maksud, kecuali


A. Kesepian
B. Ketenangan
C. Kegembiraan
D. Kebahagiaan
2. Mengapakah ibu tidak memerlukan bintang yang bercahayat>
A. Cahaya bintang tidak akan kekal lama
B. Ibu sudah memiliki bintang hati iaitu penyajak
C. Keluarga sudah dianggap cahaya yang sebenarnya.
D. Kebahagiaan dianggap cahaya yang sudah dimilikinya.

3. Berdasarkan sajak tersebut, penyajak seorang yang _______________ terhadap


ibu bapanya.
A. angkuh
B. pemarah
C. penyayang
D. mementingkan diri

4. perulangan perkataan yang sama pada akhir ayat dalam baris :kulihat cantiknya
bintang-bintang” dan “membawa pulang bintang-bintang” merupakan
penggunaan gaya bahasa
A. metafora
B. sinkope
C. anaphora
D. epifora

5. Pada pendapat anda, apakah bentuk kebaktian yang perlu dilakukan oleh anak-
anak terhadap ibu bapa yang telah tua?
A. Selalu memberikan ibu bapa wang
B. Memberikan tempat tinggal yang selesa
C. Memastikan ibu bapa dalam keadaan sihat
D. Terus memberikan perhatian sepanjang hayat mereka

Anda mungkin juga menyukai