Anda di halaman 1dari 11

KUMPULAN 3

KU ANISYA YASMIN
NUR ALYA FARZANA
NUR SHAFIQAH
SANTHIYA
Suatu malam aku duduk
di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang
menghias langit yang terbentang
aku ingin terbang ke sana
membawa pulang bintang-bintang
tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.

Tetapi kata ibu


itu tidak perlu
ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.
RANGKAP 1
Penyajak duduk di halaman rumah pada suatu malam.
Penyajak melihat kecantikan bintang-bintang yang
menghiasi langit. Penyajak ingin ke langit dan
membawanya pulang ke rumah. Penyajak yakin ibu dan
ayahnya pasti gembira apabila melihat rumah mereka
terang dan bercahaya.

RANGKAP 2
Ibu penyajak menyatakan bahawa penyajak tidak perlu
membawa bintang-bintang di langit itu kerana ibu dan
ayah penyajak sudah pun memiliki bintang. Rumah dan
jiwa mereka juga sudah bercahaya kerana penyajaklah
bintaang hati mereka.
Nilai seseorang anak
kepada ibu dan bapanya
melebihi segala-galanya
dan tidak dapat
dibandingkan dengan
apa-apa pun.
Tanggungjawab anak kepada
ibu dan ayah.
Mengagumi kecantikan alam
kurnian Tuhan.
Anak merupakan penyeri
hidup ibu dan ayah.
Sajak ini bernada romantik
kerana penyajak melahirkan
rasa kasih sayang dan
tanggungjawabuntuk
membahagiakan ibu dan
ayahnya.
 Terdiri daripada dua rangkap.
 Setiap rangkap mempunyai jumlah baris yang
berbeza, iaitu rangkap pertama sepuluh baris
manakala kedua lapan baris.
 Bilangan perkataan dalam setiap baris antara dua
hingga lima patah perkataan.
 Bilangan suku kata dalam setiap baris anatara
enam hingga sepuluh suku kata.
 Rima akhirnya bebas.
Gaya bahasa Contoh
Sinkope kulihat…. ( R1, B3)
Kata ganda … bintang-bintang (R1, B6)
Anafora tentu …
tentu… (R1, B7 & B8)
bintang…
bintang… ( R2, B7 & B8)
Simpulan bintang hati… (R2, B8)
bahasa
Unsur Contoh
bunyi
Asonansi Perulangan vokal i seperti dalam
baris
kulihat cantiknya bintang-bintang
(R1, B3)
Aliterasi Perulangan konsonan n seperti
dalam baris
Menghias langit yang terbentang
(R1, B4)
 Kasih sayang
Ibu dan ayah penyajak sayang akan penyajak.
 Bertanggungjawab
Penyajak bertanggungjawab membahagiakan ibu dan
ayahnya.
 Rasional
Ibu dan ayah penyajak menyatakan bahawa mereka
tidak memerlukan bintang yang lain kerana penyajak
merupakan bintang hati mereka.
 Kita hendaklah bertanggungjawab
membahagiakan hidup ibu dan ayah.
 Kita estilah mengagumi kehebatan kuasa
Allah dalam mencipta alam semesta.
 Rasa kasih sayang sesama ahli keluarga
hendaklah sentiasa dipupuk dalam diri.
 Kita mestilah rasional dalam
mengemukakan sesuatu pendapat.

Anda mungkin juga menyukai