Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN EKSPOSITORI

Cara menulis perenggan ISI


Perenggan isi dibahagikan kepada beberapa ayat yang disusun seperti berikut.
Ayat 1 (A1) isi utama

Ayat 2 (A2) mengapa

Ayat 3 (A3) bagaimana

Ayat 4 (A4) contoh/bukti

Panduan memulakan ayat dalam perenggan isi.


Ayat
A1

A2

Contoh
Faktor pertama berlakunya gejala menagih dadah ialah
Satu langkah yang boleh diambil ialah
Sebab pertama yang menyebabkan remaja
Pertama, perkara ini berlaku kerana
Salah satu cara untuk menangani masalah ini ialah
Tindakan pertama yang boleh diamabil
Hal ini demikian kerana
Keadaan ini wujud kerana
Perkara ini timbul kerana
Hal ini terjadi disebabkan oleh

A3

Tambahan lagi...
Sebagai akibatnya
Oleh itu,
Maka,
Justeru,

A4

Misalannya,
Contoh yang jelas ialah,
Umpamanya,
Buktinya ialah,
Keadaan ini jelas dibuktikan dengan perangkaan yang tinggi

A5

Sebagai rumusan
Oleh yang demikian,
Oleh itu,
Jelaslah bahawa

CONTOH PERENGGAN ISI KARANGAN EKSPOSITORI


Teman-teman memainkan peranan utama dalam mempengaruhi peribadi
seseorang.
Jika kita menyentuh tentang peranan seorang teman, ia penting ketika
seseorang itu sedang meningkat dewasa terutama golongan remaja.

Saya

setuju bahawa teman memainkan peranan penting dalam mempengaruhi


peribadi seseorang. [A1] Seseorang remaja itu sering kali meluangkan masa
2

mereka bersama teman-teman baik di sekolah ataupun pada masa senggang.


[A2] Ini bermakna seseorang itu akan terdedah kepada pelbagai aktiviti bersama
teman-temannya.

[A3] Natijahnya, pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama-

sama akan secara tidak langsung membentuk peribadi seseorang itu.


[A4] Tamsilnya, jika seseorang itu memiliki teman-teman yang suka belajar,
lambat-laun sikap rajin belajar akan terbentuk dalam dirinya juga.

Ini

disebabkan remaja mudah terpengaruh dengan mereka yang ada di sekeliling


terutama teman-teman rapat.

Anda mungkin juga menyukai