Anda di halaman 1dari 62

PERIBAHASA MELAYU

TAK KENAL MAKA


TAK CINTA
Oleh : Haslindar Nor bt Ismail
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur

PENGENALAN
Asal usul peribahasa adalah daripada
pemerhatian orang-orang tua pada zaman
dahulu. Pemerhatian dibuat berdasarkan
fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.

Fenomena yang berlaku di


sekeliling mereka pastinya alam
sekitar. Tamsilannya, sifat sesuatu
tumbuhan, situasi yang berlaku di
hadapan mata mereka dan juga
pengalaman seharian yang dilalui
oleh nenek moyang orang Melayu
dahulu.

Bagai enau dalam belukar,


melepaskan pucuk masing-masing.

Pemerhatian dibuat berdasarkan sifat pokok enau


yang tumbuh di dalam belukar yang hanya akan
melepaskan pucuknya sahaja tanpa menghiraukan
belukar yang berada di bawah.
Maka bersesuaianlah dikatakan maksudnya sifat
pokok enau hanya mementingkan diri sendiri.

POKOK
ENAU

PUCUK
ENAU

Bagai mencurah air ke daun


keladi.

Keladi adalah sejenis tumbuhan yang daunnya kalis air


atau tidak basah jika dicurahkan air ke atasnya. Melalui
pemerhatian ini terciptalah peribahasa ini iaitu membawa
maksud memberi nasihat kepada seseorang dan nasihat
itu sia-sia sahaja kerana tidak pedulikan dan diendahkan.

MENCURAHKAN AIR KE
DAUN KELADI

AIR DI ATAS
DAUN KELADI

Lurus bendul.

Bendul ialah balak (kayu) yang dipasang memanjang pada tiang rumah
atau balak (kayu) yang melintang di bawah pintu.
Buatan bendul ini mestilah lurus dan tidak boleh bengkok. Jika bengkok
sesebuah rumah tidak dapat didirikan. Hatta, dengan sifat bendul ini
maka lahirlah peribahasa ini yang bermaksud orang yang jujur dalam
perbuatannya.

Balak (kayu) yang


dipasang memanjang

BENDUL

Untung sabut timbul untung


batu tenggelam

Situasi ini jelas menunjukkan sifat sabut kelapa yang akan terapung
jika berada di atas air dan batu akan tenggelam jika dicampak ke
dalam air. Lantas melalui situasi ini melahirkan peribahasa ini yang
bermaksud kalau nasib baik, selamat iaitu seperti sabut. Kalau nasib
buruk, malang seperti batu.

AUR

TEBING

Bagai aur dengan tebing

Aur ialah buluh atau bambu.


Aur yang tumbuh di tepi sungai iaitu tebing diandaikan
berkerjasama antara satu sama lain untuk tidak dihakis oleh
air yang mengalir melalui sungai tersebut. Justeru, lahirlah
peribahasa ini yang bermaksud berkerjasama antara satu
sama lain.

Bagai lalang ditiup angin.

Lalang sejenis tumbuhan yang daunnya panjang dan


mudah ditiup angin ke mana-mana sahaja.
Melalui fenomena lalang ini, hatta lahirnya peribahasa
ini yang membawa maksud orang yang tidak
mempunyai pendirian yang tetap iaitu seperti lalang.

Ikut resmi padi,


semakin berisi semakin tunduk.

Sememangnya padi apabila semakin berisi semakin


tunduk tangkainya jika dibandingkan padi yang belum
sepenuhnya berisi.
Pemerhatian daripada kejadian ini maka lahirlah
peribahasa ini yang bermaksud semakin berilmu maka
semakin merendah dirilah seseorang itu.

PADI YANG
BELUM BERISI

PADI YANG TELAH


BERISI, SEMAKIN
MERUNDUK

PEMBETUNG

Bulat air kerana pembetung,


bulat manusia kerana muafakat.

Air yang melalui pembetung akan menjadi bulat.


Jadi disamakan pembetung dan air itu dengan
manusia jika bersatu padu dan berunding dalam
sesuatu hal hatta kata muafakat dapat dicapai.

Pokok
pinang

Bagai pinang dibelah dua

Buah pinang jika dibelah dua dengan menggunakan kapak


atau parang yang tajam akan menghasilkan rupa yang cantik
dan sama padan.
Justeru, maka lahirlah peribahasa ini yang membawa maksud
sama cantik dan sama padan.

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

Nyiru ialah sejenis alat yang dianyam daripada bilah rotan untuk
menampi beras. Apabila seseorang ingin memberikan sesuatu
tetapi tidak cukup tangan ditadahkan maka nyiru tadahkan kerana
nyiru lebih besar daripada tangan. Selain itu, orang dahulu
sentiasa menggunakan nyiru untuk mengisi barang. Melalui
keadaan ini, hatta orang-orang dahulu telah mewujudkan
peribahasa ini iaitu sangat menghargai pemberian seseorang.

Seperti melepaskan batok di tangga.

Batok ialah tempurung.


Peribahasa ini terhasil apabila seseorang yang membasuh kaki di
tangga sebelum naik ke rumah telah mencedok air dengan
menggunakan batok. Arakian, selepas kaki dibersihkan, tanpa
berlengah seseorang akan naik dengan melepaskan batok itu tanpa
menghiraukan batok itu kerana fikiran hanya tertumpu untuk naik
ke atas rumah sahaja. Fenomena melepaskan batok ini
menggambarkan kerja yang tidak bersungguh-sungguh atau
membuat kerja sambil lewa.

Durian dengan mentimun, menggolek


rosak, kena golek binasa.

Buah durian yang berduri akan menyebabkan


mentimun hancur jika buah durian menggolek
di atas mentimum mahupun kena golek oleh
durian. Keadaan ini membawa maksud orang
yang lemah (mentimun) tidak berupaya
menentang orang yang berkuasa (durian)

Enggang sama enggang,


pipit sama pipit.

Enggan ialah sejenis burung yang besar


berbanding burung pipit yang sangat kecil.
Justeru , keadaan ini menggambarkan
hubungan, ikatan atau jodoh yang sama
taraf kedudukannya

Enggang lalu ranting patah

Enggang mempunyai sayap yang besar dan jika


terbang akan mengakibatkan ranting yang
berdekatan akan patah. Keadaan ini membawa
maksud orang yang pernah terlibat dalam jenayah,
kebetulan berada di tempat berlakunya jenayah,
tentulah dia disyaki walaupun tidak
melakukannya.

Laksana bunga dedap, sungguh


merah berbau tidak.

Bunga dedap ialah bunga yang


berwarna merah dan cantik tetapi tidak
berbau. Justeru keadaan ini membawa
maksud orang yang cantik tetapi tidak
berbudi bahasa

Bagai puyu di air bersih

Ikan puyu jika berada di dalam air bersih akan


aktif dan berenang ke sana dan ke mari. Keadaan
ini menggambarkan puyu hidup senang jika
airnya bersih. Hatta, lahirlah peribahasa ini yang
membawa maksud kesenangan hidup seseorang

Tanam padi tumbuhnya lalang

Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan


keuntungan, akhirnya tidak mendapat apa-apa pun

Masuk kandang kambing mengembek,


masuk kandang kerbau menguak

Apabila kita berada ditempat orang, kita hendaklah


mengikut adat resam masyarakat di situ.

Senyum kambing

Senyum yang dibuat-buat

Hujan menimpa bumi

Hujan yang turun dari langit tiada tanah di


bumi tidak basah olehnya. Maka lahirlah
peribahasa ini yang bermaksud tidak dapat
melepaskan diri daripada perintah orang-orang
yang berkuasa

Tangkai jering

Jika teliti, tangkai jering sangat kedekut


dengan buahnya sehinggakan buah jering
bersusun rapat dan bercantum kulit antara
satu sama lain. Keadaan tangkai jering
menggambarkan orang yang kedekut

Nyiur setandan
Nyiur ialah kelapa dan tandan ialah tangkai pada
buah-buah yang bergugus. Nyiur setandan
bermaksud gugusan buah kelapa. Namun dalam
setandan nyiur ini, setiap buahnya berlainan
bentuk, malah ada yang elok dan ada tidak elok.
Keadaan ini mengambarkan ahli dalam sesebuah
keluarga yang tidak sama perangai dan tingkah
lakunya.

Kecil-kecil cili api

Cili api saiznya sangat kecil namun rasanya


sangat pedas. Keadaan ini menggambarkan
bahawa tubuh badan kecil tetapi hebat
kekuatannya

Mata petai

Petai ialah sejenis ulam yang mempunyai banyak


mata dan matanya sedikit terkeluar. Waima banyak
mata, namun mata petai tidak berfungsi untuk melihat.
Fenomena ini boleh disamakan seseorang mencari
sesuatu tetapi tidak menjumpainya walaupun
membesarkan matanya. Justeru, sifat mata petai ini
telah melahirkan peribahasa ini yang bermaksud mata
yang tidak dapat melihat dengan betul.

Pokok
rumbia

Kulit pokok
rumbia ( ruyung)

Kalau tidak dipecahkan ruyung,


manakan dapat sagunya

Pokok rumbia ialah pokok yang mempunyai kulit


yang sangat keras ( ruyung). Di dalam ruyung ini
ada sagu. Sagu ini banyak kegunaanya seperti
menghasilkan tepung sagu dan makanan ayam.
Jadi untuk mendapatkan sagu ini memerlukan usaha
yang gigih untuk memecahkan ruyungnya. Hatta
bersesuaianlah maksud peribahasa ini bersungguhsungguh untuk mendapatkan sesuatu

Licin bagai belut

Belut ialah sejenis ikan yang panjang


seperti ular dan licin yang hidup di dalam
lumpur. Jika dipegang belut ini mudah
melepaskan diri kerana terlalu licin. Maka
keadaan belut ini membawa maksud
seseorang yang tidak mudah ditipu

Alang-alang menyeluk pekasam biar


sampai ke pangkal lengan

Pekasam ialah ikan, daging atau sayur yang diasinkan (dimasamkan)


dan disimpan untuk jangka masa lama di dalam bekas seperti
tempayan. Pekasam ini berbau busuk. Orang orang tua dahulu jika
ingin mengambil pekasam ini menggunakan tangan dengan
memasukkan ( menyeluk) tangan ke dalam tempayan. Justeru, alangalang menyeluk pekasam yang busuk ini biarlah sampai ke pangkal
lengan kerana alang-alang busuk biarlah busuk sampai ke pangkal
lengan. Maka bersesuaianlah maksud peribahasa ini kalau sudah
terlanjur buat jahat biarlah sampai beroleh hasilnya

Katak di bawah
tempurung

Pemerhatian ini dibuat berdasarkan jika seekor


katak yang berada di bawah tempurung akan tidak
dapat melihat apa-apa kerana gelap. Keadaan ini di
samakan dengan orang yang teramat cetek
pengetahuannya

SEKIAN
TERIMA KASIH
BM PASTI A+

Anda mungkin juga menyukai