Anda di halaman 1dari 6

27/03/2023 ISNIN

KARANGAN 2 : E-MEL

Baca e-mel di bawah ini dengan teliti.


Anda dikehendaki untuk menjawab e-mel di bawah ini. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.
Panjang e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

DARIPADA : aisyahfiz gmail.com


KEPADA : amy@gmail.com
SUBJEK : Cara Berjimat Cermat

Salam sejahtera , Amy.

Apa khabar? Saya berharap agar saudari dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera..
Sekarang situasi ekonomi negara kita berada dalam keadaan yang merosot. Jadi, adalah lebih baik
sekiranya kita sebagai murid berjimat cermat daripada kerap berbelanja.

Saya amat berharap agar saudari sudi berkongsi cara berjimat cermat kerana saya yakin
saudari amat berpengalaman dalam mengurus perbelanjaan kewangan. Tambahan pula, saya ingin
membantu ibu bapa saya supaya dapat mengurangkan beban kewangan mereka.

Saya amat berharap saudari dapat menjawab e-mel saya ini. Sekian terima kasih.

Sahabatmu,
Aisyah

1
Strategi:
1. Baca soalan dan kenal pasti I, F1 dan F
Isu : Berjimat cermat
Fokus Isi :Cara berjimat cermat Format :
E-mel

2. Mencatat isi

Cara berjimat cermat:


1. Murid membawa bekalan makanan dan minuman ke sekolah.
2. Murid mengamalkan budaya menabung.

3. Menulis perenggan PENDAHULUAN:


1. Alamat e-mel pengirim
2. Alamat e-mel penerima
3. Tajuk e-mel
4. Pengenalan (Pendahuluan) – Ayat Format (AF), Ayat Rangsangan (AR),
Ayat Arahan (AA)

Contoh PENGENALAN:

Salam sejahtera sahabatku, Aisyah. / Salam hormat, Aisyah. / Saudari Aisyah,

(AF)(Apa khabar saudari di sana?


(AF) Menemui sahabatku Aisyah yang kini berada di .
(AF) Saya berdoa semoga saudari berada dalam keadaan sihat dan ceria. (AF)
Saya dan keluarga berada dalam keadaan sihat wal afiat.
(AF) Terima kasih kerana sudi mengirimi saya e-mel.

(AR1) Akibat ketidaktentuan ekonomi/ kos sara hidup yang tinggi menyebabkan
masyarakat perlu mengamalkan sikap berjimat cermat
AR2) Amalan berjimat cermat amat penting supaya setiap pembelian dapat
dilakukan dengan berhati-hati.

(AA) Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk berkongsi cara berjimat cermat yang
saya amalkan dalam kehidupan.

2
DARIPADA: amy@gmail.com
KEPADA : aisyahfizi@gmail.com
SUBJEK : Cara Berjimat Cermat

Salam sejahtera sahabatku, Aisyah.

Apa khabar saudari di sana? Terima kasih kerana sudi mengirimi saya e-mel. (AR) Akibat
ketidaktentuan ekonomi, kita perlu mengamalkan sikap berjimat cermat. (AA) Tujuan saya menulis e-
mel ini adalah untuk berkongsi cara berjimat cermat yang saya amalkan dalam kehidupan.

4. Menulis perenggan ISI:(AT, AH, AC, AK, AP)

(AT) Murid membawa bekalan makanan ke sekolah.


(AH) ..................., wang belanja harian boleh ditabungkan untuk perbelanjaan yang lebih
berfaedah.
(AC) ..............,ibu bapa membekalkan makanan kepada anak-anak untuk ke sekolah.
(AK) _______________, murid dapat membantu ibu bapa untuk berjimat.
(AP), ................., murid perlu membawa bekalan makanan ke sekolah --------------- bak kata
pepatah, _____ peribahasa??_____________.

Antara cara berjimat cermat ialah murid membawa bekalan makanan ke sekolah. Hal ini
dikatakan demikian kerana wang belanja harian boleh ditabungkan. Contohnya,/Misalnya, ibu bapa
membekalkan makanan kepada anak-anak untuk dibawa ke sekolah. Kesannya,/Oleh itu, murid dapat
membantu ibu bapa untuk berjimat. Tegasnya, murid perlu membawa bekalan makanan ke sekolah
supaya dapat berjimat cermat bak kata pepatah, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

(AI) Murid mengamalkan budaya menabung.


(AH) ,wang tabungan boleh digunakan untuk atau .
(AC) __________ beli alat-alat tulis – mengurangkan beban kewangan ibu bapa -
(AK) , kita akan membeli barangan mengikut keperluan - tidak berbelanja
mengikut nafsu -
(AP) menyemai amalan menyimpan walaupun sedikit
bak kata peribahasa, sedikit-sedikit, ______.

*** jika masukkan peribahasa pada ‘ayat huraian’ (AH), ayat penegas (AP) tak perlu peribahasa
lagi***

3
Menulis perenggan KESIMPULAN (A.Hrpn), (A.Cdgn), (A. Harapan )
4.
- Pelbagai untuk memupuk amalan berjimat cermat - menjauhi sikap boros dan
amalkan
nilai kesederhanaan dalam perbelanjaan bak kata peribahasa,
.
- Saya berharap/ Semoga cadangan yang diberikan dapat membantu saudari dan keluarga
untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik.

Kesimpulannya, kita perlu berjimat cermat dengan mengamalkan kesederhanaan dalam


perbelanjaan bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri. Saya berharap cadangan yang diberikan
dapat membantu saudari dan keluarga untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik.

Sahabatmu, / Yang benar,


Tandatangan

4
CONTOH KARANGAN E-MEL

5
KARANGAN 2 : E-MEL 4 April 2023

DARIPADA : amy@gmail.com
KEPADA : aisyahfizi@gmail.com
SUBJEK : Cara Berjimat Cermat

Salam sejahtera sahabatku, Aisyah.

Apa khabar saudari di sana? Terima kasih kerana sudi mengirimi saya e-mel. (AR) Akibat
ketidaktentuan ekonomi, masyarakat perlu mengamalkan sikap berjimat cermat. (AA) Tujuan saya
menulis e-mel ini adalah untuk berkongsi cara berjimat cermat yang saya amalkan dalam kehidupan.

Antara cara berjimat cermat ialah murid membawa bekalan makanan ke sekolah. Hal ini
dikatakan demikian kerana wang belanja harian boleh ditabungkan. Contohnya, ibu bapa
membekalkan makanan kepada anak-anak untuk dibawa ke sekolah. Dengan itu, murid dapat
membantu ibu bapa untuk berjimat. Justeru, murid perlu membawa bekalan makanan ke sekolah
supaya dapat berjimat cermat bak kata pepatah, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Selain itu, murid mengamalkan budaya menabung. Hal ini dikatakan demikian kerana wang
tabungan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan. Misalnya, kita menggunakan wang
tabungan untuk membeli alat-alat tulis bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa. Dengan itu,
kita tidak akan berbelanja mengikut nafsu. Justeru, kita perlu menyemai amalan menyimpan walaupun
sedikit bak kata peribahasa,sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Kesimpulannya, kita perlu berjimat cermat dengan mengamalkan kesederhanaan dalam


perbelanjaan bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri. Semoga cadangan yang diberikan dapat
membantu saudari dan keluarga untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik.

( 205 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai