Anda di halaman 1dari 9

Kertas 1 Bahagian C

[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan

pelbagai persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa.
Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan
seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus
merosot dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah
menyediakan dan membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan
tanah air supaya mencapai taraf dunia.

Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada

banyak pihak. Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka
mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih
banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi
daripada memberi perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka
sering menunding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila
punca kemerosotan atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan
atlet sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini
disebabkan, mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat
atau visi yang cukup tinggi untuk membantu meningkatkan mutu sukan.

Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan

negara tidak mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem
pendidikan yang lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat
atau ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-
murid sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini
bukan lagi gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah
yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.

Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa
meninjau dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah
dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini
mungkin kerana mereka kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan
pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk
menigkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang
sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak
berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat
diperlukan, ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet
yang manja dan sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet
negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja
memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak yang terlibat demi
mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.
Kertas 1 Bahagian C
[ 15 markah ]

Jawapan

  Rumusan membincangkan punca-punca/ faktor-faktor/sebab-sebab yang

membantutkan pembangunan sukan negara.

Antara puncanya ialah

sikap profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan
pemilihan pemain[S1] 

di samping sikap mereka yang menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari
keuntungan peribadi.[S2] 

Selain itu, mereka menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan diri.
[S3] 

Mereka harus menyedari bahawa kegagalan atlet dikaitkan dengan kelemahan

pentadbiran persatuan sukan[S4] 

di samping sikap mereka sebagai perencang sukan tidak mempunyai visi.[S5] 

Seperkara lagi, sistem pendidikan mementingkan kecemerlangan akademik

membataskan murid-murid daripada menyertai sukan.[S6]

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya supaya

mutu sukan akan terus meningkat maju.
Kertas 1 Bahagian C
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Hutan adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta

memperkaya kehidupan manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang
kompleks, iaitu melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuh-tumbuhan, dan fauna. Hutan
yang terdapat di seluruh dunia dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis.
Antaranya termasuklah hutan hujan tropika, hutan bakau, hutan pokok tirus, hutan
pokok daun luruh, dan sebagainya. Sebahagian besar daripada hutan di Malaysia
ialah hutan hujan tropika. Di Malaysia juga terdapat sebahagian kawasan hutan yang
berada di tanah tinggi yang melebihi 300 meter dari aras laut. Hutan ini dipanggil
hutan tanah tinggi.

Kebanyakan kawasan hutan tanah tinggi di negara ini menjadi sumber bekalan
air bersih. Hutan tanah tinggi menyimpan air bersih dan melepaskannya apabila
kandungan airnya bertambah. Apabila hujan turun, terutamanya sewaktu musim
hujan, hutan tanah tinggi ini akan bertindak menyerap sejumlah besar air melalui akar
pokok. Air yang terperangkap di bawah tanah akan memasuki anak sungai yang
membentuk kawasan bekalan air yang sedia digunakan pada musim kemarau. Hutan
tanah tinggi juga bertindak sebagai penapis semula jadi bagi air hujan. Hutan ini dapat
mencegah hujan daripada terus menimpa tanah dengan terlalu kuat sekali gus dapat
mencegah kerosakan bahagian lapisan atas tanah.

Hutan tanah tinggi yang terdapat di banjaran utama negara kita pula
merupakan kawasan yang dapat membekalkan sumber hutan. Hutan tanah tinggi ini
membekalkan kayu balak dan ramuan ubat-ubatan. Kayu balak dan pelbagai ramuan
ubat tradisional daripada pokok-pokok di hutan ini menjadi sumber rezeki bagi
sesetengah pihak. Malah, hutan ini menjadi sumber kepelbagaian biologi. Hutan tanah
tinggi ini turut berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun.
Di hutan tanah tinggi ini terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun, dan kacang
yang menjadi sumber makanan hidupan. Selain itu, hutan tanah tinggi ini menjadi
habitat bagi beraneka spesies flora dan fauna. Namun begitu, aktiviti-aktiviti manusia
yang tidak terkawal telah menjejaskan ekosistem kawasan tanah tinggi tersebut.
Antara ancaman kawasan hutan tanah tinggi ini termasuklah pengambilan sumber
galian dan pembalakan serta pengambilan spesies tumbuhan penting untuk tujuan
komersial. Kelemahan dalam perancangan pembangunan dan pengurusan serta
penggunaan tanah secara berleluasa turut menjadi ancaman kawasan hutan tanah
tinggi. Ancaman-ancaman ini perlu dikawal untuk mengekalkan sumber hutan negara.

Faedah hutan tanah tinggi yang lain ialah hutan ini bertindak sebagai tempat
rekreasi dan pelancongan. Misalnya, terdapat beberapa buah taman negara yang
terletak di hutan tanah tinggi. Taman negara ini menjadi daya tarikan para pelancong
dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam semula jadi. Di samping
itu, hutan ini juga merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat
bernilai. Pelbagai kajian dan penyelidikan dapat dijalankan bagi mendapatkan imput
baharu untuk meningkatkan kesihatan masyarakat.

Rumusan membincangkan kebaikan/manfaat hutan tanah tinggi di Malaysia.

Isi-isi tersurat(Kepentingan)

1. Hutan tanah tinggi menjadi sumber bekalan air bersih. (2 m)

2. Hutan tanah tinggi bertindak sebagai penapis semula jadi bagi air hujan. (2m)

3. Hutan tanah tinggi yang terdapat di banjaran utama negara merupakan kawasan
yang dapat membekalkan sumber hutan. (2m)

4. Hutan tanah tinggi menjadi sumber kepelbagaian biologi. (2m)

5. Hutan tanah tinggi berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang
tahun. (2m)

6. Hutan tanah tinggi menjadi habitat bagi beraneka spesies flora dan fauna. (2m)

7. Hutan tanah tinggi bertindak sebagai tempat rekreasi dan pelancongan. (2m)

8. Hutan tanah tinggi merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat
bernilai.(2m)

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam memelihara hutan tanah tinggi
supaya bencana alam dapat dielakkan. (2 markah)

Kertas 1 Bahagian C
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Secara purata, setiap rakyat Malaysia membuang 2 kilogram sampah sehari.

Kira-kira 45 peratus daripada sampah tersebut ialah sisa makanan, 25 peratus plastik
dan 30 peratus bahan-bahan lain. Hal ini bererti hampir setengah daripada jumlah
sampah di negara kita terdiri daripada sisa makanan. Keadaan ini disebabkan oleh
sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang suka membeli makanan mengikut nafsu dan
bukan mengikut keperluan. Sampah terhasil apabila masyarakat membuang apa-apa
yang tidak perlukan. Apabila sistem kutipan sampah tidak sempurna, sampah mula
bertimbun di tempat sendiri.

Selain itu, terdapat  ramai orang yang gagal menguruskan sampah mereka dan
tidak melupuskannya mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya
longgokan sampah. Selain itu, amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan
pakai buang seperti polisterina dan beg plastik yang semakin berleluasa pada masa
ini turut menjadi penyumbang kepada longgokan sampah sarap. Oleh itu, kerajaan
seharusnya menguatkuasakan larangan penggunaan polisterina dan beg plastik
kerana penguraiannya memakan masa yang sangat lama. Selain itu, terdapat juga
sesetengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menarik minat
pengguna. Namun demikian, bahan pembungkusan barangan yang dibuang begitu
sahaja boleh menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Masalah tersebut
menjadi semakin serius apabila terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk
mengutip dan melupuskan sampah tidak menjalankan tugas secara berkesan.

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa sikap pembaziran dalam

kalangan rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi khususnya semasa musim perayaan.
Masyarakat kita yang gemar membeli barangan baharu dan membuang barangan
lama menjadikan masalah longgokan sampah tiada penyelesaiannya. Perkara ini tidak
akan berlaku jika amalan kitar semula dilaksanakan dalam kalangan rakyat.
Malangnya, amalan kitar semula di negara kita kurang mendapat sambutan. Keadaan
ini diburukkan lagi apabila tempat pengumpulan bahan kitar semula yang ada di
seluruh negara tidak mencukupi. Seharusnya, tong kitar semula disediakan di banyak
tempat dan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskannya secara
berkesan.

Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak ada kesedaran akan pentingnya
menjaga alam sekitar dengan membuang bahan buangan domestik sewenang-
wenangnya turut menyebabkan masalah longgokan sampah yang tidak
terkawal.  Contohnya, penggunaan lampin pakai buang yang menjadi gaya hidup
masyarakat moden telah menambahkan lagi masalah longgokan sampah.
Seharusnya, penggunaan lampin bayi jenis kain yang boleh dicuci menjadi pilihan
kerana lampin pakai buang amat sukar untuk dilupuskan. Sehubungan dengan itu,
masyarakat perlu segera beralih kepada penggunaan bahan mesra alam. Pendidikan
memainkan peranan utama untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bijak demi
kesejahteraan hidup manusia.

Rumusan ini membincangkan punca-punca/sebab-sebab berlakunya longgokan
sampah di Malaysia. 2m

Isi Tersurat [ 4 hingga 12 markah ] : Faktor-faktor berlakunya longgokan sampah

S1 Sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang suka membeli makanan mengikut nafsu
dan bukan mengikut keperluan. 2m

S2 Sistem kutipan sampah tidak sempurna

2m

S3 Ramai orang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskannya

mengikut cara yang betul
2m

S4 Amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang semakin

berleluasa 2m

S5 Bahan pembungkusan barangan dibuang begitu sahaja

2m

S6Pihak yang dipertanggungjawab untuk mengutip dan melupuskan sampah tidak

menjalankan tugas secara berkesan 2m

S7 Masyarakat kita gemar membeli barangan baharu dan membuang barangan lama
2m

S8 Tempat pengumpulan bahan kitar semula yang ada di seluruh negara tidak
mencukupi 2m

S9 Sikap masyarakat tidak ada kesedaran akan pentingnya menjaga alam sekitar
2m

Penutup (2 markah)

K1 Kesimpulannya, semua pihak / anggota masyarakat haruslah bekerjasama

mengatasi masalah longgokan sampah agar dapat menjamin kebersihan persekitaran.
2m

K2 Kesimpulannya, semua pihak / anggota masyarakat haruslah bekerjasama

mempastikan sampah diuruskan dengan sempurna agar dapat menghindari pelbagai
penyakit 2m

Anda mungkin juga menyukai