Anda di halaman 1dari 5

SULIT

BAHAGIAN A (PEMINDAHAN MAKLUMAT)

Tema 2 : Bersih Selalu, Sihat Sentiasa


SP : 3.2.1 : menulis untuk mengemukakan pendapat yang rasional tentang sesuatu
perkara yang dibaca, didengar dan ditonton menggunakan ayat yang gramatis.

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan.

CARA-CARA PENJAGAAN GIGI

 menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.


 makan makanan yang mengandungi kalsium.
 mengurangkan pengambilan makanan bergula.
 menjalani pemeriksaan gigi.

mulakan hari anda dengan senyuman!

(
[15 Markah]
SULIT

Bahagian B
(Pemindahan Maklumat)

Tema 6 : Integriti Tinggi, Sahsiah Terpuji.


SP : 3.5.1 : menulis dan menyusun maklumat serta membuat ringkasan daripada pelbagai
bahan prosa menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang faktor-faktor berlakunya rasuah. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Rasuah bukanlah satu fenomena baru yang wujud dalam kalangan


masyarakat moden. Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu dan
masalah ini berlaku dalam semua lapisan masyarakat sejak manusia mengenal erti
peradaban. Rasuah boleh diertikan sebagai penyuapan, pemerasan atau
penyelewengan dalam apa-apa juga bentuk kuasa sama ada melibatkan kewangan
atau perkhidmatan untuk sesuatu kepentingan.
Salah satu punca yang menyebabkan kegiatan rasuah ini terus berleluasa
adalah kerana sikap segelintir masyarakat yang ingin mengejar kemewahan hidup.
Kurang didikan agama dan penghayatan terhadap nilai-nilai murni juga menjadi punca
seseorang itu mudah tertewas dengan tuntutan hawa nafsu ini. Apabila diri telah
dikawal oleh nafsu, akhirnya jadilah dia seorang yang lemah, mudah dikaburi wang
ringgit, tamak, iri hati, dengki, tidak suka melihat kesenangan orang lain dan tidak
berasa puas hati dengan apa-apa yang dimiliki olehnya.
Seterusnya, rasuah berlaku disebabkan oleh kegagalan pegawai penyelia
memantau pekerja-pekerja di bawah tanggungjawabnya. Terlalu banyak penurunan
kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasan juga membuka banyak
ruang berlakunya perbuatan rasuah. Hal ini akan memudahkan individu tertentu
mengambil peluang untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan
rasuah. Bagi menyelesaikan masalah ini komitmen dan sokongan daripada semua
pihak khususnya anggota masyarakat sangat diperlukan. Selain itu, sikap hidup yang
suka bermegah-megah seperti kata orang Perak “biar pape asal bergaye” menjadi
amalan yang menyebabkan berlakunya rasuah.
Lebih-lebih lagi, rasuah juga disebabkan kelemahan kepemimpinan dalam
sesuatu institusi yang berkaitan. Di samping itu, rasuah berlaku disebabkan oleh
pemahaman bahawa perbuatan itu bukan satu kesalahan tetapi lebih merupakan
ganjaran atas bantuan atau perkhidmatan yang diberikan. Keadaan ini berlaku kerana
keuntungan yang diperoleh daripada kegiatan rasuah itu adalah jauh besar berbanding
risiko yang bakal dihadapi. Oleh sebab itu, amalan rasuah di negara-negara dunia
ketiga didapati lebih serius berbanding negara-negara lain.
Secara totalnya, rasuah merupakan gejala yang boleh merebak dan berjangkit
sehingga menjadi rangkaian kejahatan yang besar. Apabila keadaan ini berlaku, usaha
untuk membanteras rasuah akan menjadi lebih sukar. Memang tidak dinafikan rasuah
tidak akan berlaku tanpa adanya dua pihak iaitu pemberi dan penerima.
SULIT

(Dipetik dan diubah suai daripada


‘Memerangi rasuah hingga ke akar umbi’
Oleh Haji Samad bin Buang,
Dewan Siswa, Jun 2011)

[15 markah]
SULIT

Bahagian C - Karangan Respons Terhad


[10 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Arahan : Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek


yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Aku sepasang Kasut Sekolah

dipasang di kilang - berjenama - diperbuat daripada kanvas

dihantar ke kedai kasut - dipamerkan

dibeli oleh remaja

bagai menatang minyak yang penuh

2019 dasar baharu - kasut hitam - disimpan di dalam almari


SULIT

Bahagian D - Karangan Respon Terbuka


(90 markah)
(Masa dicadangkan : 45 minit untuk satu soalan)

Teliti semua soalan karangan yang berkait dengan tema yang diberikan di bawah ini.
Kemudian JAWAB KETIGA-TIGA soalan tersebut dan tulis karangan yang
panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan bagi setiap karangan.

TEMA
SEMANGAT KEJIRANAN

(i) Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin


longgar.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil
supaya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat dapat
ditingkatkan.

(ii) Rukun Tetangga kawasan kediaman anda telah menganjurkan Hari


Keluarga pada 1 Mei 2019. Anda sekeluarga telah menyertai dalam
Sambutan Hari Keluarga tersebut.
Ceritakan pengalaman anda.

(iii) Anda akan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat


daerah. Tajuk syarahan yang telah anda pilih ialah “Kepentingan
Semangat Kejiranan”
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai