Anda di halaman 1dari 3

Cikgu Roslan Daud

USAHA MEMAJUKAN PERUSAHAAN MAKANAN DIPROSES

Standard Pembelajaran
3.5.2 Menulis untuk mengolah dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan penulisan dan
bahan grafik dengan menggunakan ayat gramatis dan penanda wacana yang sesuai.

Maklumat di bawah berkaitan dengan perusahaan makanan diproses.


Huraikan pendapat anda tentang perusahaan makanan diproses.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

PERUSAHAAN MAKANAN DIPROSES

BENGKEL PENYEDIAAN MAKANAN SEJUK BEKU


Satu dana khas bakal diwujudkan bagi membantu perusahaan Anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
kecil dan sederhana (PKS) dalam pasaran industri halal. [FAMA] dengan kerjasama Kolej Komuniti Selayang
Industri halal mempunyai peluang dalam pertumbuhan dan Tarikh : 24 & 25 Julai 202__
semakin berkembang tetapi pada masa yang sama, industri Tempat : Kolej Komuniti Selayang
ini turut meningkatkan persaingan dengan negara lain. Saiz Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
pasaran halal global dijangkakan berkembang tiga kali ganda
Kelebihan menyertai bengkel ini:
pada 2025 berbanding dengan AS$1.2 trilion pada 2010.  Pembelajaran secara praktikal
Dipetik dan diubah suai daripada  Harga yang berpatutan
‘Dana khas bantu PKS industri halal’  Mengetahui proses penyediaan pelbagai makanan sejuk
oleh Alzahrin Alias, beku seperti kuih-muih sejuk beku, bebola, nuget,
Berita Harian Online, 20 Jun 2019 sosej, dan ayam pandan

Anda berminat? Daftar sekarang! Hubungi 019-267 XXXX

Aktiviti Menarik Disediakan


 Jualan produk lebih daripada 500 usahawan tempatan
 Bengkel ‘Saya Mahu Jadi Usahawan Produk Halal’
 Temu bual dengan usahawan tentang produk
 Demonstrasi masakan oleh Cef Wan
 Persembahan selebriti tanah air
 Cabutan bertuah

Analisis Soalan (IsTuDiF)


1. Isu : ______________________________________________________________________________
2. Tugasan : ______________________________________________________________________________
3. Dimensi : ______________________________________________________________________________
4. Format : ______________________________________________________________________________

1
Cikgu Roslan Daud

Anda boleh menggunakan kerangka karangan di bawah untuk menulis karangan.

Ayat Rangsangan perusahaan makanan diproses semakin berkembang pesat – bak cendawan tumbuh selepas hujan
Ayat Huraian permintaan yang tinggi kerana kekangan masa / masyarakat menggemarinya kerana banyak pilihan
Ayat Contoh Ramly Burger mengeluarkan produk seperti bebola / nuget / daging burger / ayam burger
Ayat Arah usaha-usaha memajukan perusahaan makanan diproses

Ayat Topik menyediakan dana khas


Ayat Huraian mengurangkan beban kewangan pengusaha yang menantikannya – orang mengantuk disorongkan bantal
Ayat Contoh kerajaaan menyediakan Geran Khas Prihatin / menyediakan Skim Lestari Bumi sebanyak RM300 juta
Ayat Kesan mengurangkan beban hutang

Ayat Topik mengadakan / menyertai bengkel penyediaan makanan sejuk beku


Ayat Huraian memberikan ilmu pengetahuan – ilmu itu pelita hati
Ayat Contoh FAMA mengadakan bengkel penyediaan makanan sejuk beku kepada bakal usahawan muda
Ayat Kesan meningkatkan pendapatan

Ayat Topik menganjurkan / menyertai ekspo


Ayat Huraian memperkenalkan produk usahawan tempatan – tak kenal maka tak cinta
Ayat Contoh kerajaan mengadakan Ekspo Halfest untuk memperkenalkan produk makanan halal, termasuk diproses
Ayat Kesan melebarkan sayap perniagaan

Ayat Kesimpulan usaha memajukan perusahaan makanan diproses


Ayat Cadangan semua pihak perlulah menyokong produk makanan diproses
Ayat Harapan pengusaha mempromosikan produk mereka lebih agresif supaya dikenali
Ayat Peribahasa jangan lakukan usaha dengan tidak bersungguh-sungguh – hangat-hangat tahi ayam

Tahukah anda bahawa banyak kepentingan memajukan industri perusahaan


kecil dan sederhana (PKS)?

Negara dapat meningkatkan ekonomi ke tahap yang lebih baik

Negara dapat mengekalkan imej baik di persada dunia

Negara dapat memajukan bidang teknologi penyelidikan

Masyarakat dapat menjanakan pendapatan sendiri

Masyarakat dapat menjaga kualiti makanan yang bersih dan halal

Masyarakat dapat merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan

Kraf tangan Makanan diproses Inap desa

2
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN

Analisis Soalan (IsTuDiF)


1. Isu : perusahaan makanan diproses
2. Tugasan : usaha-usaha memajukan perusahaan makanan diproses
3. Dimensi : kerajaan / pihak swasta / pengusaha
4. Format : tiada [huraian/pendapat]

Contoh Karangan Lengkap


Karangan Patah perkataan

Dewasa ini, perusahaan makanan diproses semakin berkembang pesat bak cendawan tumbuh
selepas hujan. Hal ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi kerana kekangan masa. Contohnya, Ramly 38
Burger mengeluarkan produk seperti bebola dan nuget. Persoalannya, apakah usaha-usaha memajukan
perusahaan makanan diproses?

Satu daripada usaha memajukan perusahaan makanan diproses ialah kerajaan perlulah
menyediakan dana khas. Hal ini dapat mengurangkan beban kewangan pengusaha yang menantikannya
seperti peribahasa orang mengantuk disorongkan bantal. Sebagai contoh, kerajaaan menyediakan 43
Geran Khas Prihatin kepada pengusaha yang layak. Kesannya, pengusaha dapat mengurangkan beban
hutang.

Selain itu, pengusaha hendaklah menyertai bengkel penyediaan makanan sejuk beku. Umum
mengetahui bahawa bengkel dapat memberikan ilmu pengetahuan kerana ilmu itu pelita hati. Misalnya, 40
FAMA mengadakan bengkel penyediaan makanan sejuk beku kepada bakal usahawan muda. Impaknya,
pengusaha dapat meningkatkan pendapatan pengusaha.

Seterusnya, pihak swasta haruslah menganjurkan ekspo. Seperti yang kita ketahui, ekspo ini
dapat memperkenalkan produk usahawan tempatan kerana tak kenal maka tak cinta. Umpamanya, 38
kerajaan mengadakan Ekspo Halfest untuk memperkenalkan produk makanan halal, termasuk diproses.
Implikasinya, pengusaha mampu melebarkan sayap perniagaan.

Kesimpulannya, terdapat 1001 usaha memajukan perusahaan makanan diproses. Oleh itu, semua
pihak perlulah menyokong produk makanan diproses. Moga-moga, pengusaha mempromosikan produk 39
mereka lebih agresif supaya dikenali. Akhir kata, jangan lakukan usaha dengan tidak bersungguh-
sungguh seperti peribahasa hangat-hangat tahi ayam.
Jumlah patah perkataan 198

Anda mungkin juga menyukai