Anda di halaman 1dari 6

Latihan Karangan Berdasarkan Topik dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5

1. Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks m/s 1) Soalan Contoh Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah berkesempatan untuk mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia. Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu. 2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 23) Soalan Contoh Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu. Huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi yang semakin mencabar pada masa ini. 3. Pengangkutan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 48) Soalan Contoh Masyarakat hari ini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak kelebihannya. Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita. 4. Bandar Pintar Malaysia (Buku Teks m.s. 75) Soalan Contoh Seseorang pembeli rumah akan membuat pertimbangan tertentu sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang pembeli rumah apabila membuat keputusan untuk membeli sesebuah rumah itu. 5. Alam Pekerjaan (Buku Teks m.s. 101) Soalan Contoh Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi turut mengubah kerjaya seseorang pada masa depan. Jelaskan ciri-ciri kerjaya yang akan menjadi budaya pada masa depan. 6. Pendidikan Industri (Buku Teks m.s. 126) Soalan Contoh Pendidikan tentang industri memainkan peranan penting dalam era perindustrian masa kini. Sejauh manakah pendidikan industri ini penting kepada negara? 7. Biolembangan (Buku Teks m.s. 147) Soalan Contoh Sektor pertanian perlu dimajukan untuk menjamin keperluan makanan bagi penduduk di negara kita. Jelaskan usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian di negara kita. 8. Pelaburan (Buku Teks m.s. 167) Soalan Contoh Negara-negara yang sedang membangun sangat bergantung pada pelaburan asing untuk membangunkan ekonominya. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di sesebuah negara.
2

9. Teleperubatan (Buku Teks m.s. 187) Soalan Contoh Pada masa ini, penyakit kanser merupakan penyakit berbahaya yang digeruni oleh segenap lapisan masyarakat kerana menjadi pembunuh secara senyap. Huraikan punca-puncanya dan langkah-langkah untuk menanganinya. 10. Sukan Seantero Dunia (Buku Teks m.s. 210) Soalan Contoh Negara kita telah berjaya menjadi penganjur beberapa kejohanan sukan pada peringkat antarabangsa dalam jangka masa beberapa tahun ini. Bagaimanakah penganjuran sukan tersebut berupaya untuk memberikan manfaat kepada negara kita? 11. Komunikasi Global (Buku Teks m.s. 230) Soalan Contoh Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui penggunaan Internet mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia. Bincangkan pernyataan tersebut. 12. Pelestarian Budaya Warisan (Buku Teks m.s. 249) Soalan Contoh Ada pendapat yang mengatakan bahawa sesetengah adat resam sesuatu kaum itu tidak patut diamalkan lagi pada masa ini.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim Sumber: http://khirkassim.blogspot.com/2009/07/latihan-karanganspm-2009.html

Latihan Karangan Berdasarkan Topik dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4

1. Senario Masyarakat Kita (Buku Teks m.s. 1) Soalan Contoh Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengekalkan keadaan tersebut. 2. Ambang Remaja (Buku Teks m.s. 23) Soalan Contoh Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai peranan yang penting untuk membangunkan negara ini. Ulas pernyataan di atas. 3. Dunia Semakin Canggih (Buku Teks m.s. 50) Soalan Contoh Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat pada masa ini semakin meluas kerana banyak memberikan kemudahan
4

kepada penggunanya. Huraikan implikasi penggunaan kad kredit kepada masyarakat. 4. Keranamu Malaysia (Buku Teks m.s. 75) Soalan Contoh Banyak kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa negara kita juga setanding dengan negara maju yang lain. Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia pada peringkat antarabangsa. 5. Melestarikan Alam Sekitar (Buku Teks m.s. 100) Soalan Contoh Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengatasi masalah pencemaran alam namun masih kurang berkesan untuk mengatasinya. Jelaskan pendapat anda tentang pernyataan tersebut. 6. Riadah (Buku Teks m.s. 127) Soalan Contoh Aktiviti memancing ikan semakin diminati oleh sesetengah anggota masyarakat pada masa ini. Huraikan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti terebut. 7. Generasi Kita (Buku Teks m.s. 156) Soalan Contoh Remaja pada hari ini perlu diberikan pendidikan yang sempurna kerana mereka merupakan generasi yang akan memimpin negara pada masa depan.

Ulas pernyataan di atas. 8. Gaya Hidup Sihat (Buku Teks m.s. 180) Soalan Contoh Sebagai seorang wartawan majalah terkemuka di negara ini, anda dikehendaki menulis rencana yang bertajuk Budaya Makanan Segera dalam Kalangan Masyarakat . Tulis rencana itu selengkapnya. 9. Kerjaya (Buku Teks m.s. 203) Soalan Contoh Anda berminat untuk menulis rencana tentang masalah mahasiswa yang menganggur dan hanya berminat untuk bekerja makan gaji selepas menamatkan pengajian. Tulis rencana tersebut selengkapnya. 10. Warisan Bangsa (Buku Teks m.s. 223) Soalan Contoh Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. Jelaskan kelebihan-kelebihan bangunan bersejarah tersebut. 11. Industri Pelancongan Malaysia (Buku Teks m.s. 249) Soalan Contoh Industri pelancongan di negara kita merupakan antara penyumbang utama dalam bidang ekonomi dan hal ini penting untuk memajukan negara. Huraikan sumbangan-sumbangan industri pelancongan terhadap kemajuan negara.

Anda mungkin juga menyukai