Anda di halaman 1dari 4

Latihan Karangan SPM 2009 (Tingkatan 5)

Latihan Karangan Berdasarkan Topik dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5

1. Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks m/s 1)

Soalan Contoh

Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah berkesempatan untuk mengunjungi
rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.

2. Pendidikan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 23)

Soalan Contoh

Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan
seseorang itu.
Huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi yang semakin mencabar pada masa ini.

3. Pengangkutan Alaf Ini (Buku Teks m.s. 48)

Soalan Contoh

Masyarakat hari ini digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam kerana banyak
kelebihannya.
Huraikan kelebihan-kelebihan pengangkutan awam kepada masyarakat di negara kita.

4. Bandar Pintar Malaysia (Buku Teks m.s. 75)

Soalan Contoh

Seseorang pembeli rumah akan membuat pertimbangan tertentu sebelum membuat keputusan untuk
membelinya.
Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang pembeli rumah apabila membuat keputusan
untuk membeli sesebuah rumah itu.

5. Alam Pekerjaan (Buku Teks m.s. 101)

Soalan Contoh

Perubahan yang berlaku dalam era globalisasi turut mengubah kerjaya seseorang pada masa depan.
Jelaskan ciri-ciri kerjaya yang akan menjadi budaya pada masa depan.

6. Pendidikan Industri (Buku Teks m.s. 126)

Soalan Contoh
Pendidikan tentang industri memainkan peranan penting dalam era perindustrian masa kini.
Sejauh manakah pendidikan industri ini penting kepada negara?

7. Biolembangan (Buku Teks m.s. 147)

Soalan Contoh

Sektor pertanian perlu dimajukan untuk menjamin keperluan makanan bagi penduduk di negara kita.
Jelaskan usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian di negara kita.

8. Pelaburan (Buku Teks m.s. 167)

Soalan Contoh

Negara-negara yang sedang membangun sangat bergantung pada pelaburan asing untuk
membangunkan ekonominya.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di sesebuah negara.

9. Teleperubatan (Buku Teks m.s. 187)

Soalan Contoh

Pada masa ini, penyakit kanser merupakan penyakit berbahaya yang digeruni oleh segenap lapisan
masyarakat kerana menjadi pembunuh secara senyap.
Huraikan punca-puncanya dan langkah-langkah untuk menanganinya.

10. Sukan Seantero Dunia (Buku Teks m.s. 210)

Soalan Contoh

Negara kita telah berjaya menjadi penganjur beberapa kejohanan sukan pada peringkat antarabangsa
dalam jangka masa beberapa tahun ini.
Bagaimanakah penganjuran sukan tersebut berupaya untuk memberikan manfaat kepada negara kita?

11. Komunikasi Global (Buku Teks m.s. 230)

Soalan Contoh

Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui penggunaan Internet mendatangkan


kebaikan dan keburukan kepada manusia.
Bincangkan pernyataan tersebut.

12. Pelestarian Budaya Warisan (Buku Teks m.s. 249)

Soalan Contoh
Ada pendapat yang mengatakan bahawa sesetengah adat resam sesuatu kaum itu tidak patut
diamalkan lagi pada masa ini.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 – Kebaikan


mengadakan sambutan kemerdekaan negara.

Dengan berdasarkan soalan percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) negeri Perak, isu
yang diketengahkan ialah kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara.

Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri
Perak 2010 daripada blog Cikgu Zaki).

Gambarajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada sambutan kemerdekaan negara. Huraikan


pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara pada
setiap tahun. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
• Hari ulang tahun kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun mempunyai banyak kepentingannya

Isi-isi (Sudah disediakan dalam bahan rangsangan)


• Memupuk semangat patriotik
• Memupuk perpaduan kaum
• Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan

Penutup
• Hari ulang tahun kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat

Karangan Contoh

Hari ulang tahun kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan
kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut
dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk
menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan,
memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut
hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan
mengerti dan menghayati kebaikannya.

Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik
atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan
merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri.
Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari
kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam
sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara
langsung.
Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan
kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama
dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua
kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan
terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan
disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

Melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang
jasa pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta
perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban
harta, nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang
lain, semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita
akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila.

Intihanya, ulang tahun hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara
ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media
massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan ulang tahun tersebut. Hal ini
bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa
ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti
rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

Anda mungkin juga menyukai