Anda di halaman 1dari 10

KARANGAN CONTOH BERKAITAN SUKAN

FOKUS KELUARGA:Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan.
Huraikan pendapat anda.
Karangan Contoh
Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti
sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang
bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama
semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral, sudah pasti
matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu seperti peribahasa Melayu, di
mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita akan dikenali dan digeruni di
peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.
Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara
membelikan anak-anak mereka peralatan sukan. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang
lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa
perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang
diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat
anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka
diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan
negara.
Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif.
Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum
seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan
badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah
melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut
perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di
persada dunia.
Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke
tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih bersemangat
untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan
anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah
perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai
kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan
berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.
Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Hal ini
demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius.
Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalahmajalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah
sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi
ahli sukan yang berjaya.
Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk menggalakkan
anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang
sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya
mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada
anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring
sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah,
1

"genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin
akan kejayaan.
FOKUS NEGARA:Mutu sukan negara sudah jauh berubah berbanding dengan era 60an atau 70an.Pelbagai pihak mula
mempamerkan rasa tidak senang mereka dengan situasi sebegini.
Huraikan tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk memajukan sukan di negara ini.
Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada lagi kejayaan yang diraih
seperti awa tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama
peminat sukan di negara ini. Media massa pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk
menangani masalah sukan di negara ini tanpa hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik yang boleh
dilakukan oleh semua pihak.
Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka terhadap sukan. Anggapan
bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada prospek ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan
sama juga seperti kerjaya lain jika dilakukan dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan
sumber kewangan yang lumayan kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan paradigma masyarakat
hendaklah berubah selaras dengan perubahan zaman yang mengutamakan sukan di peringkat global.
Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang berjaya di dalam
kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian
latihan berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih
baik lagi. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak
untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan
perlulah wujud dan usahlah kita menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan
sukan negara.
Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti pembinaan kemudahan sukan
ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan padang menjadikan acara sukan lebih mudah dan murah
untuk disertai oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas
sukan itu sudah dimiliki oleh masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih negara
apabila tiba masanya. Sesungguhnya, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu
kelompok ahli sukan yang berwibawa.
Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini. Penganjuran
sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk bersaing dengan ahli-ahli sukan dunia yang
sememangnya lebih baik. Persaingan yang hebat ini menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan menyedari
kelemahan serta mampu meningkatkan kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka,
lebih banyak penganjuran acara sukan dunia di negara ini, semakin bertambahlah mutu ahli sukan kita.
Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar
berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini
mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka
berpengalaman. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih
tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi,
jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan kita.
Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuan-persatuan sukan untuk
melihat secara positif dan masalah konflik dalaman persatuan yang menyebabkan mutu sukan kita terus
menjunam. Masyarakat sudah muak dengan alasan demi alasan yang diberikan setiap kali ahli sukan kita
2

mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari' membuktikan betapa kita banyak menyalahkan orang lain tanpa
mahu berubah.

FOKUS NEGARA (LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA)


Mengembalikan Kegemilangan Sukan Negara Menuntut Komitmen yang Lebih
Oleh: Khairul Aisyam Hidayat
Pasukan bola sepak antara kontinjen yang akan pulang awal dari Sukan Asia di Doha. Kenyataan tersebut
adalah sebahagian daripada reaksi mudah terhadap kelemahan pasukan bola sepak negara di persada
antarabangsa. Berdasarkan ranking FIFA, pasukan bola sepak Malaysia berada di tangga ke-159. Tangga
corot tersebut membuktikan bahawa ngauman bola sepak negara semakin tidak bertaring dan tidak berkuku.
Jika dalam dekad 70-an dan 80-an, Malaysia sering digeruni sebagai pasukan terkuat di Asia, kini segalagalanya telah berlalu. Sebenarnya, badi yang mula menimpa pasukan bola sepak kebangsaan itu mula
mererbak kepada beberapa pasukan sukan yang lain seperti, olahraga, renang, dan badminton juga. Gergasi
baru seperti Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi telah mencuri kehebatan Malaysia. Kemerosotan pasukan
negara itu hendaklah dilihat dalam pelbagai perspektif di samping mewujudkan usaha-usaha tersusun
mengembalikan maruah sukan tanah air.
Secara rambang, banyak pihak berpendapat bahawa para pemain Malaysia kini sudah tidak patriotik lagi.
Mereka bermain untuk pasukan negara sekadar melepaskan batuk di tangga . Mereka lebih mengutamakan
kepentingan diri mengatsi kepentingan negara. Oleh itu, usaha mengembalikan semangat keramat tersebut
perlu dijalankan. Banyak pihak yang mencuba membanding-bandingkan para pemain dalam dekad 70-an
dan 80-an seperti Shukur Salleh, Datuk Soh Chin Aun, Santokh Singh, dan Allahyarham Mokhtar Dahari
dalam sukan bola sepak. Begitu jugak kehebatan seperti Rabuan Pit, Marina Chin, Datuk Dr. M. Jegathesan,
dan Junaidah Aman dalam sukan olahraga. Jika hendak dikatakan kita tidak memiliki kekuatan, barisan
nama seperti yang disebutkan tadi sudah membuktikan bahawa Malaysia tidak kurang hebatnya di persada
antarabangsa. Namun demikian, sejak akhir-akhir ini semangat melonjakkan nama negara melalui sukan
semakin pudar dalam kalangan atlet. Malu dengan hakikat yang terpaksa ditelan apabila pasukan negara
sentiasa menjadi pasukan belasahan, justeru Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak seharusnya duduk
diam dalam perkara ini. Pihak terbabit dan termasuk juga persatuan-persatuan sukan hendaklah menerapkan
unsur patriotik yang kukuh agar keyakinan atlet dapat ditingkatkan dan mutu sukan negara dapat diletakkan
pada landasan yang sepatutnya.
Mengambil contoh pasukan bola sepak kebangsaan, krisis dalaman dalam badan induk pasukan negara itu
turut juga menyumbang masalah hingga menurunnya reputasi pasukan negara. Para pengendali dalam
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan terlalu kebal terhadap segala teguran dan komen yang
dilemparkan. Selain itu, insiden perebutan jawatan yang berlaku dalam organisasi ini turut menggugat
reputasi bola sepak tanah air. Sebagai akibatnya, tiada perubahan ke arah mempertingkatkan mutu pasukan.
Oleh hal yang demikian, usaha perlu dilakukan oleh persatuan sukan dan pihak KBS dalam menyelesaikan
masalah dalaman yang dihadapi oleh kebanyakan persatuan sukan yang banyak mempengaruhi prestasi atlet
di bawah naungannya.
Sebagai kementerian yang berkuasa penuh terhadap kemajuan sukan negara, KBS wajar bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap kemerosotan tersebut. Jika dibandingkan dengan jumlah ongkos yang dibelanjakan,
prestasi yang ditunjukkan amat mengecewakan sekali. Oleh itu, kementerian hendaklah lebih bertegas
dengan menggubal suatu dasar baru yang lebih komprehensif tentang matlamt dan hala tuju sukan negara.
Bukan sumber kewangan yang banyak sahaja disuntik ke dalam organisasi sukan, sebaliknya prestasi
pasukan dan pemain perlu diutamakan. Keluhan banyak pihak tentang kebajikan pegawai dan orang kuat
persatuan lebih istimewa dan terjaga daripada pemain sendiri hendaklah dipandang serius. Sikap melebihkan
mangkuk daripada sudu seperti itu hanya boleh memudarkan semangat juang para peserta sahaja.
3

Seandainya parut dan kudis seperti ini berjaya dikesan tidak mungkin tiada satu pun pasukan negara yang
gagal menyerlah di peringkat antarabangsa.
Selain itu, faktor stamina dan skil yang tidak seimbang dalam kalangan atlet Malaysia turut menyumbang
kelemahan pasukan. Berbanding dengan pasukan-pasukan elit dunia, keyakinan atlet kita cepat luntur
apabila percubaan demi percubaan dapat dipatahkan dengan mudah oleh pasukan lawan. Dalam bidang
sukan tidak dinafikan lagi ketahanan fizikal dan skil merupakan modal besar jika mahu berjaya. Oleh hal
yang demikian, KBS dan persatuan-persatuan sukan mestilah lebih dinamik dalam merancang pembangunan
kemahiran dan stamina atlet. Justeru, untuk menyelesaikannya maka pemilihan jurulatih hendaklah bersifat
jangka panjang dan pelbagai. Tidak mungkin seseorang jurulatih mampu melatih semua aspek kemahiran
dalam tempoh yang tertentu. Selain untuk meningkatkan kemahiran atlet, pihak KBS hendaklah lebih
banyak menubuhkan akademi sukan yang dapat membentuk pelatih pelapis. Dalam menangani masalah ini,
kita perlulah berpegang pada peribahasa sediakan payung sebelu hujan.
Selain itu, usaha mencungkil bakat-bakat baru wajar dilaksanakan oleh KBS dan persatuan sukan tanah air.
Hakikatnya, sikap suka bergantung pada seorang dua yang menyerlah tidak boleh dijadikan sandaran. Hal ini
demikian kerana bidang sukan sememangnya tidak dapat lari daripada diburu usia dan kudrat yang makin
terhad. Oleh itu langkah pasukan MyTeam yang berusaha mencari bakat baru dalam pasukan bola sepak
harus menjadi inspirasi kepada pasukan sukan yang lain untuk melaksanakan pelbagai pendekatan bagi
mencari bakat-bakat baru. Pelbagai usaha boleh dilakukan jika kita sentiasa memikirkan usaha tersebut
sebagai suatu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Daripada memikirkan perkara yang mewahmewah, pihak yang terbabit dalam bidang ini hendaklah turun padang untuk mencungkil bakat sukan yang
masih bertaburan di serata pelosok negara.
Selaras dengan era profesional, para atlet hendaklah mempunyai wawasan sendiri untuk mencapai tahap
tertinggi. Inspirasi yang ditunjukkan oleh jaguh-jaguh dunia seperti Ronaldhinho, Tiger Wood, Michael
Schumacher, Fernando Alonso, dan sebagainya hendaklah menjadi cabaran besar kepada mereka. Di negara
kita sendiri, beberapa personaliti sukan seperti Shalin Zulkifli dan Nicol Ann David boleh dijadikan ikon
atlet yang berjaya. Kejayaan mereka yang banyak ditunjangi oleh daya usaha sendiri dan sokongan keluarga
mereka wajar dijadikan contoh. Dalam hal ini, persatuan-persatuan sukan perlulah berusaha memberikan
motivasi dan sokongan kepada atlet untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Walau sehebat mana latihan
yang diberikan, walau sebanyak mana dana yang diperuntukkan, tetapi jika atlet tidak mempunyai wawasan
untuk mencapai tahap yang tertinggi, maka usaha untuk memulihkan mutu sukan negara tidak akan tercapai.
Oleh itu, segala-galanya terletak pada kesungguhan untuk mengharumkan nama negara bak kata pepatah
hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
Sesungguhnya kita yakin, prestasi sukan negara tidaklah seburuk seperti yang dipersembahkan sekarang.
Masih ada ruang yang boleh diperbaik untuk mengembalikan imej Malaysia di persada antarabangsa
terutama dalam beberapa acara sukan yang tertentu. Semuanya hendaklah bermula secara terancang seperti
mengaji daripada alif, membilang daripada esa, kata berpangkal, dan hujan berpokok

Contoh 4.
Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan untuk memastikan semua murid
terlibat dalam bidang sukan.Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti
sukan dalam kalangan murid.
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan
sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk
beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari
kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang,
permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang
murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?
Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan
demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan
dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam
sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya.
Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk disiplin murid tersebut.
Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan demikian
kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid
yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang
mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan
sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk
memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang
menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang
aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.
Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan
demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi
dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal
meraih pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid
yang berfikiran positif.
Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih
bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak
berminat bermain computer game dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat belibelah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa
dengan lebih bermanfaat.
Intihanya, jelaslah di sini bahawa melibatkan diri dalam sukan banyak membawa faedah kepada murid. Oleh
itu, pihak kerajaan perlu menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan di sekolah. Ibu bapa pula patut
menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Begitu juga dengan guru-guru mereka perlu melengkapkan diri
dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai
lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa, asalkan kita tidak melakukannya
hanya hangat-hangat tahi ayam.
Karangan di atas disedut daripada blog. guru bahasa Melayu. Terima kasih.
5

Karangan Usaha-usaha meningkatkan mutu sukan


Tajuk:
Sukan banyak mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara. Nyatakan usaha-usaha untuk
meningkatkan mutu sukan negara.
Sukan merupakan salah satu aktiviti yang menjadi tumpuan utama masyarakat, khususnya atlet-atlet dan
peminat sukan di Malaysia. Sebenarnya bidang sukan banyak memberikan manfaat kepada bangsa dan
negara. Sebenarnya, bidang sukan terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu sukan tempatan seperti Sukan
Malaysia (SUKMA) dan sukan di arena antarabangsa, yakni Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan
Sukan Olimpik. Malangnya, mutu sukan tempatan masih belum boleh kita banggakan malah saban hari
kelihatan seolah-olah prestasi para atlet negara kian menurun.
Sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab, kita haruslah berikhtiar untuk meningkatkan mutu
sukan tempatan. Pertama sekali, kita haruslah berfikiran positif dalam usaha mengimport jurulatih sukan dari
luar negara untuk melatih atlet-atlet negara kita. Sebenarnya, jurulatih dari luar negara mempunyai
kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang sukan, khususnya sukan di peringkat antarabangsa dan
dunia. Pengalaman dan ilmu kepakaran yang dimiliki oleh mereka dapat memberikan tunjuk ajar yang
bermanfaat kepada atlet kita.Selain menyusun program latihan yang sewajarnya untuk atlet-atlet kita,
khidmat bakti jurulatih luar negara seperti Li Mao (badminton), Sid Allen (boling), dan sebagainya amat
diperlukan untuk memberikan nafas baharu dan pengalaman yang berguna kepada barisan pemain
badminton, boling dan sukan-sukan yang lain untuk memperoleh kejayaan dan kecemerlangan di buana
sukan serantau dan antarabangsa.
Peranan ibu bapa dan institusi pendidikan, yakni sekolah amat diperlukan untuk mendedahkan anak-anak
kepada pelbagai jenis sukan dan permainan sejak di bangku sekolah rendah lagi bak kata peribahasa
melentur buluh biarlah dari rebungnya.Dalam hal ini, lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan
Bukit Jalil perlulah diwujudkan dan disebarluaskan ke seluruh pelosok tanah air dala usaha untuk mengenal
pasti dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam pelbagai bidang sukan dan permainan. Biasanya, sekolahsekolah sukan yang terkenal akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan prasarana sukan. Murid-murid
yang berbakat ini berpeluang untuk menggunakan pelbagai kemudahan sukan ini untuk berlatih bersungguhsungguh selain menelaah dan mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang kurikulum. Dengan usaha yang
berterusan, latihan rapi yang sistematik di bawah bimbingan jurulatih yang profesional maka tidak hairanlah
pada suatu hari nanti akan lahirlah barisan atlet negara yang berpotensi untuk mewakili negara dan
memenangi beberapa banyak kejuaraan di peringkat serantau dan antarabangsa.
Seterusnya, usaha-usaha yang berkesinambungan amatlah perlu untuk menghantar atlet-atlet negara yang
berpotensi ke luar negara untuk menjalani sesi latihan, sama ada sesi latihan jangka pendek atau sesi latihan
jangka panjang..Sesi latihan seumpama ini bertujuan untuk mendedahkan mereka kepada teknik latihan yang
terkini di samping memberikan peluang kepada atlet negara berlatih bersama-sama atlet-atlet handalan dari
luar negara. Dengan cara ini, mereka dapat menimba ilmu dan kemahiran baharu sekali gus membaiki setiap
kelemahan dan kekurangan dalam diri mereka demi kecemerlangan diri dan sukan tanah air. Misalnya,
penghantaran ratu renang negara, Nurul Huda Abdullah ke Australia untuk menjalani sesi latihan dalam
sukan renang telah menelurkan hasil akhirnya apabila beliau telah berjaya memenangi beberapa butir pingat
emas dalam temasya Sukan Asia Tenggara dan Sukan Asia.
Akhirulkalam, kerajaan dan pihak swasta haruslah senantiasa berganding bahu untuk membangunkan dan
memartabatkan mutu sukan negara di samping iltizam dan kesungguhan masyarakat majmuk Malaysia
6

dalam bidang sukan dan permainan tempatan. Sesungguhnya, para atlet tanah air mampu dan berkeupayaan
untuk maju dalam bidang sukan sehingga peringkat antarabangsa sekiranya mereka diberi peluang dan
galakan yang berterusan tanpa putus asa selain prasarana, jurulatih yang berketrampilan, galakan dan
pengiktirafan. Dengan cara itu, bakat-bakat atlet handalan dapat dicungkil dan diketengahkan di persada
sukan antarabangsa sejajar dengan slogan Majulah Sukan untuk Negara.
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA
Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kepada pasukan
Singapura serta tumbangnya jagoan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, dalam Kejohanan Badminton
Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Hal ini
belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras yang lain seperti hoki, olahraga, renang, dan
sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau
mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di
negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan
gelaran jaguh kampung, ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat
antarabangsa? Walau apa-apapun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu
diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.
Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk
yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan sukan di Malaysia
dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),
Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin
yang dipilih secara sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari
pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan
program pembangunan sukan dan atlet telah dianaktirikan. Kedangkalan pengetahuan tentang bidang sukan
serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita.
Berkaitan hal ini, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para
pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan
hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini
dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang
bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, persis kata pujangga, hanya
jauhari yang mengenal manikam.
Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru
dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah
menyediakan peruntukan yang cukup untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini
seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan
sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan
sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sabri Chik pernah menegur tentang
cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang
dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara
lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program
berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang
berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
hanya bergantung kepada gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, serta Datuk Lee Chong
Wei. Misi pencarian pelapis baru masih lagi gagal. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi
7

noktah untuk kita terus berusaha. Dengan penggemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya sinar di
hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.
Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara
lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta
menyesuaikan diri dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak
mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah
kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang
berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman
dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian jaguh badminton
negara Datuk Lee Chong Wei dan ratu squasy negara, Datuk Nicole Ann David sehingga membolehkan
mereka berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan
yang aktif dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan
tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, ibarat melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya,
menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan atlet, pihak-pihak berwajib, dan
malahan peminat sukan tanah air.
Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlulah berperanan mencungkil bakat-bakat
muda daripada peringkat sekolah lagi. Kita sedia maklum bahawa para pelajar di seluruh negara begitu
ramai yang mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang sukan. Buktinya semasa kejohanan sukan di
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, kita dapati ramai pelapis muda yang berbakat dan
berpotensi. Namun bakat mereka tenggelam begitu sahaja setelah tamat zaman persekolahan. Oleh hal yang
demikian pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan
serta badan-badan sukan untuk menggilap bakat-bakat muda ini hingga mampu bersaing di peringkat
antarabangsa. Penubuhan sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Sultan Abdul Jalil, Sekolah Sukan
Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar dan merupakan satu alternatif bijak agar kita tidak
ketandusan pelapis dalam bidang sukan negara pada masa akan datang.
Pengambilan jurulatih serta pemain import juga merupakan suatu usaha yang positif ke arah
meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini demikian kerana para atlet serta ahli sukan mendapat
bimbingan serta tunjuk ajar berterusan daripada jurulatih yang berwibawa. Para pemain dapat didedahkan
dengan teknik, serta kemahiran bertaraf dunia agar pemain kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan pemain-pemain di peringkat dunia. Selain itu, para pemain juga akan mendapat rakan pelatih
atau sparing partner yang bertaraf dunia. Dengan pendedahan serta latihan intensif ini sudah pasti para atlet
mampu bersaing atau bertanding di peringkat antarabangsa. Tindakan FAM untuk mengambil pemainpemain import semula dalam Liga Bola Sepak Malaysia merupakan usaha serampang dua mata,iaitu untuk
meningkatkan mutu sukan negara serta menyemarakkan sokongan peminat sukan kepada pasukan pilihan
mereka. Jelaslah bahawa pengambilan jurulatih dan pemain import bukan sahaja meningkatkan prestasi atlet
atau ahli sukan, malahan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.
Konklusinya, kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan berlanjutan kerana hal ini sedikit
banyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara
yang sudah menjangkau angka lima puluh empat tahun, seharusnya telah mematangkan prestasi kita dalam
bidang sukan. Tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun
Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta
mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak bagai aur
8

dengan tebing, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak
Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Peribahasa Melayu ada menyatakan pengayuh sudah ada di
tangan, perahu sudah ada di air, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat
Malaysia. Semoga slogan, Majulah Sukan Untuk Negaradapat diimplementasikan.
Soalan: Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha menggalakkan anak-anak
menceburi bidang sukan.
Oleh : Noor Anis Amirah,Nurul Izwana,Wan Nursyahirah,dan Zarina.
Dasawarsa ini ,rakyat Malaysia terlalu leka dengan pembangunan negara yang semakin gah di
persada dunia.Namun di sebalik itu,kita acap kali tersentak oleh pelbagai permasalahan berkaitan dengan
sukan.Isu ini sering menghiasi dada-dada akhbar arus perdana seperti Berita Harian dan Utusan
Malaysia.Sebagai contoh,kegagalan Malaysia menepati sasaran pingat dalam Sukan Asia di Incheon Korea
Selatan baru-baru ini.Hal ini demikian kerana atlet kita tidak mampu bersaing dengan atlet negara lain yang
lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.Jadi,semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk
mendepani isu ini kerana yang pipih tidak akan datang melayang,yang bulat tidak akan datang bergolek.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, En.Khairy Jamaludin kejayaan Negara China dalam pelbagai kejohanan
sukan dunia adalah kerana latihan bermula di rumah.Hal ini bermaksud ibu bapa memainkan peranan
terawal dalam membentuk atlet berkualiti. Oleh itu,pendekatan ini harus diperkenalkan di
Malaysia.Persoalannya,apakah peranan ibu bapa dalam usaha menggalakkan anak-anak menceburi bidang
sukan?
Pada hemat saya,peranan ibu bapa yang paling efektif ialah menasihati dan memberi motivasi kepada
anak-anak supaya bergiat aktif dalam sukan sejak dari kecil lagi.Hal ini demikian kerana ibu bapa ialah
orang yang paling hampir dengan anak-anak.Oleh itu,minat dalam kegiatan sukan boleh diterap sejak anakanak di bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.Ibu bapa bertanggungjawab
untuk mengasah dan menonjolkan bakat anak-anak yang terpendam dalam bidang sukan.Peranan ibu bapa
sebagai penasihat juga merangkumi aspek aspek pemakanan,jadual aktiviti sukan,masa rehat,tidur yang
mencukupi,kekuatan spiritual,dan peneman yang setia.Dalam hal ini ibu bapa Pandalela Rinong wajar
dijadikan contoh dalam usaha membentuk anak-anak menjadi atlet sukan terjun bertaraf olimpik.Ibu bapa
Pandalila Rinong sanggup menemaninya berlatih di tempat latihan yang sesuai,sanggup mengharungi
perjalanan yang jauh ,mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan tidak mudah menyerah kalah dalam kerenah
birokrasi sukan di Malaysia.Tegasnya,ibu bapa menjadi tulang belakang anak-anak dalam usaha menjadi ahli
sukan yang hebat.
Selain itu,antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan membeli peralatan
sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai
sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah membelikan
anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anakanak mereka seperti raket badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat
dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat
melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara. Ibu bapa
yang menyediakan peralatan sukan untuk anak-anak juga merupakan satu dorongan,perangsang,dan
sokongan untuk terus maju dalam bidang sukan.Pastinya anak-anak akan menghargai pengorbanan ibu bapa
dalam usaha menggalakkan anak-anak menceburi dalam bidang sukan.Tuntasnya,menyediakan kemudahan
peralatan sukan untuk anak-anak merupakan langkah pertama dalam usaha melahirkan atlet berwibawa
seperti yang telah dilakukan oleh keluarga Datuk Sidek sehingga melahirkan jaguh badminton
tersohor,antaranya Misbun Sidek,Rashid Sidek dan Razif Sidek.
Lazimnya,dalam keadaan untuk menggalakkan anak-anak bergiat aktif dalam bidang sukan,ibu bapa
sewajarnya menyediakan sumber rujukan tentang sukan.Ibu bapa boleh menyediakan bahan bacaan seperti
majalah sukan ,video,ensiklopedia sukan,dan bahan rujukan mengenai teori-teori sains sukan.Pengetahuan
9

tentang teori sukan juga amat penting dalam usaha menceburi bidang sukan secara serius.Selain itu,ibu bapa
mestilah berusaha memberi dorongan kepada anak-anak agar memilih sekolah sukan apabila menjejak kaki
ke sekolah menengah.Antara sekolah sukan tersohor ialah Sekolah Sukan Bukit Jalil dan,Sekolah Sukan
Bandar Penawar.Hal ini demikian kerana penguasaan dalam sukan bukanlah kekuatan fizikal semata-mata
tetapi kekuatan mental juga amat penting.Oleh itu ilmu pengetahuan tentang sukan mestilah seiring dengan
bakat yang ada dalam diri anak-anak.Sementara itu, ibu bapa juga mestilah mempunyai ilmu tentang sukan
kerana jurulatih tidak bertauliah terlalu ramai yang memberi pelbagai teori melalui media sosial.
Di samping itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak
mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka lebih
bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan
menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah
tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk
mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung, tinggi lagi harapan kami. Seterusnya,
mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.Keluarga
Byran Lomas misalnya boleh dijadikan contoh tentang penglibatan ibu bapa dalam menemani anak-anak ke
tempat latihan.Ibu Byran Lomas biasanya akan menyediakan pakaian di dalam kereta,menjemput Byran di
sekolah untuk terus ke tempat latihan terjun.Tegasnya ,kesungguhan ibu bapa dalam menyokong penglibatan
anak-anak dalam sukan pasti menjamin kejayaan yang cemerlang,atau melahirkan atlet yang berpotensi
untuk mewakili negara ke peringkat olimpik.
Namun demikian,suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa berperanan dalam
menggalakkan anak-anak mereka bergiat aktif dalam bidang sukan. Dalam hal ini ,ibu bapa yang
berkemampuan boleh mengupah jurulatih untuk meningkatkan prestasi sukan anak-anak.Hal ini dikatakan
demikian kerana pengambilan jurulatih berpengalaman berupaya menyuntik teknik baharu dalam latihan.Hal
ini kerana ,jurulatih berpengalaman mampu melihat kelemahan dan mengatasinya dengan pantas kerana
mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang sukan tersebut.Ibu bapa yang
tidak berkemampuan pula boleh menghantar anak-anak mereka berlatih bawah pengurusan komuniti
setempat seperti Pusat Latihan Sukan Belia Daerah anjuran Kementerian Belia dan Sukan.Selain itu, ibu
bapa boleh menghantar anak-anak mereka ke latihan berpusat untuk mengembangkan bakat dalam bola
sepak seperti program Soccer Kids.Tuntasnya,ibu bapa mestilah peka dan sanggup berkorban masa dan
wang untuk mencari jurulatih atau pusat latihan yang bersesuaian.
Kesimpulannya, minat ibu bapa merupakan asas untuk menggalakkan anak-anak menceburi bidang
sukan secara serius .Ibu bapa juga wajar sedar bahawa sukan juga merupakan suatu bidang pekerjaan yang
menjanjikan pendapatan lumayan.Datuk Lee Chong Wei contohnya memperoleh pendapatan lumayan
dalam setiap kejohanan badminton yang disertai. Mendidik dan membentuk anak-anak agar menceburi
dalam dunia sukan merupakan pelaburan jangka masa panjang,mungkin suatu hari nanti anak-anak menjadi
Tiger Wood ,Messi,Ronaldo,atau menjadi Rashid Sidek dalam sukan badminton. Jika ibu bapa enggan
melibatkan diri dalam membentuk anak-anak kea rah kecemerlangan sukan,maka Negara kita akan terus
tenggelam dalam arena sukan antarabangsa.Anak-anak yang dibiarkan bersendirian dalam sukan akhirnya
memilih jalan pintas untuk memenangi sesuatu kejohanan seperti mengambil steroid,rasuah,atau menjadi
ahli sukan yang tidak berdisiplin.Jelasnya,titik peluh ibu bapa haruslah dimulakan dari sekarang kerana
perjalanan beribu batu bermula dari langkah pertama,kata-kata keramat ini menjelaskan bahawa usaha ibu
bapa untuk menanam minat anak-anak dalam sukan bermula daripada buaian lagi.

10

Anda mungkin juga menyukai