Anda di halaman 1dari 7

CONTOH PENDAHULUAN 1ENIS PERSOALAN(5)

SOALAN:Kesihatan merupakan suatu aspek yang harus dititikberatkan oleh masyarakat


demi kelangsungan hidup. Namun, berita tentang pelbagai penyakit berjangkit yang melanda
sesebuah kawasan yang sering menghiasi dada-dada akhbar menimbulkan banyak persoalan.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan masyarakat menghidap
penyakit?

PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN

A1)Kesihatan yang baik merupakan suatu anugerah daripada Illahi yang tidak ternilai
harganya. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adalah mengapakah terdapat
sebahagian besar daripada anggota masyarakat yang tidak menghargainya?
(Isu)

A2)Apakah yang menyebabkan mereka bersikap sedemikian?
(Isu yang berkaitan)

A3)Semua persoalan ini sering bermain-main di dalam kotak Iikiran kita tanpa menemukan
jawapan yang konkrit.
(Ulasan isu)

A4)Apakah punca-punca yang menyebabkan mereka mudah diserang penyakit?
(Hala tuju)

PERENGGAN LENGKAP

Kesihatan yang baik merupakan suatu anugerah daripada Illahi yang tidak ternilai harganya.
Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adalah mengapakah terdapat sebahagian besar
daripada anggota masyarakat yang tidak menghargainya.Apakah yang menyebabkan mereka
bersikap sedemikian?Semua persoalan ini sering bermain-main di dalam kotak Iikiran kita
tanpa menemukan jawapan yang konkrit.Apakah punca-punca yang menyebabkan mereka
mudah diserang penyakit?


55 jumlah perkataan
CONTOH PENDAHULUAN 1ENIS PERSOALAN(2)
Soalan:Masalah merokok dalam kalangan remaja khususnya melibatkan pelajar sekolah
semakin hari semakin meningkat dengan ketara.Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi
masalah ini daripada terus merosakkan tubuh remaja.

(A1)Masalah merokok dalam kalangan remaja semakin menular dari sehari ke sehari.
Persoalannya,mengapakah masalah ini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar?

(A2)Apakah Iaktor-Iaktor yang menyebabkan masalah ketagihan rokok ini semakin
meningkat?

(A3)Semua persoalan ini membelenggu Iikiran kita pada setiap masa.

(A4)Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini daripada terus
membinasakan tubuh mereka?

PERENGGAN LENGKAP

Masalah merokok dalam kalangan remaja semakin menular
dari sehari ke sehari. Persoalannya,mengapakah masalah ini
semakin berleluasa dalam kalangan pelajar?Apakah Iaktor-Iaktor
yang menyebabkan masalah ketagihan rokok ini semakin meningkat?
Semua persoalan ini membelenggu Iikiran kita pada setiap masa.
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah
ini daripada terus membinasakan tubuh mereka?

CONTOH PENDAHULUAN 1ENIS PERSOALAN(1)
SOALAN: Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mulia
anak-anak. Bincangkan.

(A1)Keluarga memainkan peranan yang dominan dalam mencorakkan keperibadian anak-
anak.Adakah institusi keluarga ini telah memainkan peranan masing-masing?

(A2)Apakah peranan yang patut dimainkan oleh setiap ahli keluarga dalam mencorakkan
sahsiah anak-anak?

(A3)Keruntuhan moral dalam kalangan anak-anak semakin berleluasa dewasa ini.

(A4)Bagaimanakah caranya untuk membentuk sahsiah mulia anak-anak yang merupakan aset
terpenting bagi negara kita ini?

PERENGGAN LENGKAP

Keluarga memainkan peranan yang dominan dalam mencorakkan
keperibadian anak-anak.Adakah institusi keluarga ini telah
memainkan peranan masing-masing? Apakah peranan yang patut
dimainkan oleh setiap ahli keluarga dalam mencorakkan
sahsiah anak-anak? Keruntuhan moral dalam kalangan anak-anak
semakin berleluasa dewasa ini.Bagaimanakah caranya
untuk membentuk sahsiah mulia anak-anak yang merupakan
aset terpenting bagi negara kita ini?

CONTOH PENDAHULUAN 1ENIS ISU SEMASA(1)
SOALAN:Sejak akhir-akhir ini mutu sukan bola sepak negara didapati merosot. Berikan
pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan
bola sepak negara ini.

(A1)Sejak kebelakangan ini, kemerosotan mutu sukan bola sepak negara sering dipaparkan
dalam media massa.

(A2)Kemerosotan ini bagaikan tiada kesudahannya.

(A3)Hal ini dapat dilihat apabila pasukan bola sepak negara kita kecundang dalam pusingan
kelayakan Piala Dunia 2010.

(A4)Pihak yang berkenaan haruslah mengambil inisiatiI yang eIektiI bagi meningkatkan
mutu sukan bola sepak negara dan seterusnya memartabatkan nama Malaysia di pentas dunia.

PERENGGAN LENGKAP

Sejak kebelakangan ini, kemerosotan mutu sukan bola sepak negara sering dipaparkan dalam
media massa.Kemerosotan ini bagaikan tiada kesudahannya.Hal ini dapat dilihat apabila
pasukan bola sepak negara kita kecundang dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2010.Pihak
yang berkenaan haruslah mengambil inisiatiI yang eIektiI bagi meningkatkan mutu sukan
bola sepak negara dan seterusnya memartabatkan nama Malaysia di pentas dunia.
Dicatat oleh Azam di 10:13 0 ulasan
Label: Contoh Pendahuluan
CONTOH PENDAHULUAN 1ENIS DEFINISI(3)
SOALAN:Sejak akhir-akhir ini mutu sukan bola sepak negara didapati merosot. Berikan
pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan
bola sepak negara ini.

(A1)Menurut Kamus Dewan, sukan dapat disinonimkan sebagai segala kegiatan yang
memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga.

(A2)Antara sukan yang menjadi teras di negara kita ialah bola sepak.

(A3)Kebelakangan ini,pencapaian pasukan bola sepak negara kita semakin merudum dan
membimbangkan.

(A4)Mahu ataupun tidak, kita perlu mengenalpasti usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
memulihkan kembali imej negara yang tercalar ini.

PERENGGAN LENGKAP

Menurut Kamus Dewan, sukan dapat disinonimkan sebagai segala kegiatan yang
memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga.Antara sukan yang menjadi teras di
negara kita ialah bola sepak.Kebelakangan ini,pencapaian pasukan bola sepak negara kita
semakin merudum dan membimbangkan.Mahu ataupun tidak, kita perlu mengenalpasti
usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memulihkan kembali imej negara yang tercalar ini.
CONTOH PENDAHULUAN 1ENIS DEFINISI(2)
SOALAN: Penggunaan komputer menjadikan manusia lebih maju. Bincangkan pernyataan
ini.

(A1)Komputer dapat ditakriIkan sebagai alat elektronik yang dapat menyimpan dan
memberikan pelbagai maklumat untuk kemudahan manusia apabila diperlukan.

(A2)Penggunaan komputer menjadi semakin meluas apabila lahirnya syarikat gergasi seperti
MicrosoIt` yang diasaskan oleh Bill Gates yang kemudiannya mencipta pelbagai jenis
komputer yang canggih seperti komputer riba,komputer telapak tangan dan sebagainya.

(A3)Hal ini menyebabkan kebanyakan daripada penduduk dunia telah menjadikan komputer
sebahagian daripada kehidupan mereka.

(A4)Secara disedari atau tidak,melalui teknologi ini,kehidupan manusia kini menjadi semakin
maju.

PERENGGAN LENGKAP

Komputer dapat ditakriIkan sebagai alat elektronik yang dapat menyimpan dan memberikan
pelbagai maklumat untuk kemudahan manusia apabila diperlukan.
Penggunaan komputer menjadi semakin meluas apabila lahirnya syarikat gergasi seperti
MicrosoIt` yang diasaskan oleh Bill Gates yang kemudiannya mencipta pelbagai jenis
komputer yang canggih seperti komputer riba,komputer telapak tangan dan sebagainya.Hal
ini menyebabkan kebanyakan daripada penduduk dunia telah menjadikan komputer
sebahagian daripada kehidupan mereka.Secara disedari atau tidak,melalui teknologi
ini,kehidupan manusia kini menjadi semakin maju.
CONTOH PENDAHULUAN 1ENIS DEFINISI(1)
SOALAN: Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mulia
anak-anak. Bincangkan.

(A1)Mengikut Kamus Dewan, keluarga dapat ditakriIkan sebagai seisi rumah tangga yang
terdiri daripada suami isteri serta anak-anak.

(A2)Selain itu, sebuah keluarga juga merangkumi datuk, nenek, bapa saudara dan ibu saudara
yang juga memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga.

(A3)Secara tidak langsung, hubungan baik antara ahli keluarga dapat membentuk akhlak
mulia anak-anak.

(A4)Oleh itu, kita perlu mengetahui peranan penting setiap ahli keluarga dalam mencorakkan
keperibadian anak-anak.

PERENGGAN LENGKAP

Mengikut Kamus Dewan, keluarga dapat ditakriIkan sebagai seisi rumah tangga yang terdiri
daripada suami isteri serta anak-anak.Selain itu, sebuah keluarga juga merangkumi datuk,
nenek, bapa saudara dan ibu saudara yang juga memainkan peranan penting dalam sesebuah
keluarga.Secara tidak langsung, hubungan baik antara ahli keluarga dapat membentuk akhlak
mulia anak-anak.Oleh itu, kita perlu mengetahui peranan penting setiap ahli keluarga dalam
mencorakkan keperibadian anak-anak.
CONTOH PENULISAN PELA1AR (PENDAHULUAN)
PENDAHULUAN JENIS DEFINISI

SOALAN: Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mulia
anak-anak. Bincangkan.

(A1)Mengikut Kamus Dewan, keluarga dapat ditakriIkan sebagai seisi rumah tangga yang
terdiri daripada suami isteri serta anak-anak.
(A2)Selain itu, sebuah keluarga juga merangkumi datuk, nenek, bapa saudara dan ibu saudara
yang juga memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga.
(A3)Secara tidak langsung, hubungan baik antara ahli keluarga dapat membentuk akhlak
mulia anak-anak.
(A4)Oleh itu, kita perlu mengetahui peranan penting setiap ahli keluarga dalam mencorakkan
keperibadian anak-anak.

SOALAN: Penggunaan komputer menjadikan manusia lebih maju. Bincangkan pernyataan
ini.

(A1)Komputer dapat ditakriIkan sebagai alat elektronik yang dapat menyimpan dan
memberikan pelbagai maklumat untuk kemudahan manusia apabila diperlukan.
(A2)Penggunaan komputer menjadi semakin meluas apabila lahirnya syarikat gergasi seperti
MicrosoIt` yang diasaskan oleh Bill Gates yang kemudiannya mencipta pelbagai jenis
komputer yang canggih seperti komputer riba,komputer telapak tangan dan sebagainya.
(A3)Hal ini menyebabkan kebanyakan daripada penduduk dunia telah menjadikan komputer
sebahagian daripada kehidupan mereka.
(A4)Secara disedari atau tidak,melalui teknologi ini,kehidupan manusia kini menjadi semakin
maju.

SOALAN:Sejak akhir-akhir ini mutu sukan bola sepak negara didapati merosot. Berikan
pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan mutu sukan
bola sepak negara ini.

(A1)Menurut Kamus Dewan, sukan dapat disinonimkan sebagai segala kegiatan yang
memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga.
(A2)Antara sukan yang menjadi teras di negara kita ialah bola sepak.
(A3)Kebelakangan ini,pencapaian pasukan bola sepak negara kita semakin merudum dan
membimbangkan.
(A4)Mahu ataupun tidak, kita perlu mengenalpasti usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
memulihkan kembali imej negara yang tercalar ini.

PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASA

(A1)Sejak kebelakangan ini, kemerosotan mutu sukan bola sepak negara sering dipaparkan
dalam media massa.
(A2)Kemerosotan ini bagaikan tiada kesudahannya.
(A3)Hal ini dapat dilihat apabila pasukan bola sepak negara kita kecundang dalam pusingan
kelayakan Piala Dunia 2010.
(A4)Pihak yang berkenaan haruslah mengambil inisiatiI yang eIektiI bagi meningkatkan
mutu sukan bola sepak negara dan seterusnya memartabatkan nama Malaysia di pentas dunia.


PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN

SOALAN: Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian mulia
anak-anak. Bincangkan.

(A1)Keluarga memainkan peranan yang dominan dalam mencorakkan keperibadian anak-
anak.Adakah institusi keluarga ini telah memainkan peranan masing-masing?
(A2)Apakah peranan yang patut dimainkan oleh setiap ahli keluarga dalam mencorakkan
sahsiah anak-anak?
(A3)Keruntuhan moral dalam kalangan anak-anak semakin berleluasa dewasa ini.
(A4)Bagaimanakah caranya untuk membentuk sahsiah mulia anak-anak yang merupakan aset
terpenting bagi negara kita ini?

Soalan:Masalah merokok dalam kalangan remaja khususnya melibatkan pelajar sekolah
semakin hari semakin meningkat dengan ketara.Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi
masalah ini daripada terus merosakkan tubuh remaja.

(A1)Masalah merokok dalam kalangan remaja semakin menular dari sehari ke sehari.
Persoalannya,mengapakah masalah ini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar?
(A2)Apakah Iaktor-Iaktor yang menyebabkan masalah ketagihan rokok ini semakin
meningkat?
(A3)Semua persoalan ini membelenggu Iikiran kita pada setiap masa.
(A4)Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini daripada terus
membinasakan tubuh mereka?
Perkara yang perlu ada dalam pendahuluan. (Bentuk pendapat /pandangan
tokoh)
(A1) Tentukan isu yang dibincangkan
(A2) Nyatakan pandangan tokoh berkenaan tentang isu tersebut
(A3) Nyatakan ulasan tentang perkara yang dinyatakan oleh tokoh berkenaan
(A4) Nyatakan hala tuju karangan mengikut kehendak soalan

Contoh:

(A1) Kejadian jenayah yang membabitkan remaja pada masa ini amat membimbangkan. (A2)
Demikian dinyatakan oleh Ketua Polis Negara dalam sidang akhbar baru-baru ini. (A3)
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian pembunuhan kejam yang
dilakukan oleh seorang remaja terhadap seorang kanak-kanak baru-baru ini. (A4) Bagi
menangani masalah ini daripada berterusan, pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktiI
bagi mencegahnya.
Perkara yang perlu ada dalam pendahuluan. (Bentuk persoalan)
(A1)Pernyataan isu yang dijadikan asas dalam soalan
(A2)Persoalan-persoalan yang berkaitan dengan isu yang akan dibincangkan
(A3)Ulasan persoalan yang telah dikemukakan
(A4)Hala tuju soalan dalam bentuk persoalan

Contoh:

(A1) Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan
ini. Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adalah mengapakah perkara ini semakin
kerap berlaku? (A2) Apakah yang menyebabkan remaja yang bakal mewarisi kepimpinan
negara ini melakukan jenayah pada usia muda? (A3) Semua persoalan ini menghantui kita
dari sehari ke sehari. (A4) Siapakah pihak yang bertanggungjawab menangani masalah ini
daripada terus menular dan menjadi barah dalam masyarakat kita?
Perkara yang perlu ada dalam pendahuluan. (Bentuk isu semasa)
(A1)Isu semasa yang relevan dengan kehendak soalan
(A2)Ulasan isu yang dijadikan perkara pokok dalam pendahuluan
(A3)Ulasan isu dan kaitannya dengan perkara yang berlaku pada masa ini
(A4)Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan

Contoh:

(A1) Sejak akhir-akhir ini kita sering didedahkan dengan pelbagai cerita salah laku dalam
kalangan remaja.(A2)Kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan kes jenayah kecil
seperti memukul rakan sebaya sehingga kes jenayah berat seperti membunuh. (A3) Semakin
banyak kes yang dilaporkan, semakin kerap berlaku kejadian jenayah dalam kalangan remaja.
(A4) Pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa
perlu memainkan peranan masing-masing bagi menangani masalah ini sebelum menular
menjadi lebih serius.
Menulis Pendahuluan (Karangan Pendapat/Perbincangan)
Soalan:
Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini.
Pada pendapat anda, siapakah bertanggungjawab menangani masalah ini?

Perkara yang perlu ada dalam pendahuluan. (Bentuk deIinisi)
(A1)DeIinisi perkara pokok yang terkandung dalam soalan
(A2)Ulasan tentang deIinisi yang diberikan dan kaitannya dengan isu
yang akan dihuraikan
(A3)Ulasan isu yang telah dikemukakan
(A4)Hala tuju karangan mengikut
kehendak soalan

Contoh:

(A1) Jenayah Remaja` dapat ditakriIkan sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan oleh
remaja yang di bawah usia lapan belas tahun. (A2)Remaja yang melakukan jenayah ketika di
bawah umur akan dibicarakan di Mahkamah Juvana. (A3) Hal ini semakin membimbangkan
kerana kejadian jenayah yang membabitkan golongan remaja yang masih bersekolah semakin
bertambah dari masa ke masa. (A4) Mahu ataupun tidak, kita perlu mengenal pasti pihak
yang bertanggungjawab dalam usaha menangani masalah ini daripada berterusan.

Anda mungkin juga menyukai