Anda di halaman 1dari 7

CONTOH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan
tentang faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan negara dan
kesan-kesanya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan
pelbagai persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena
antarabangsa. Mutu sukan negara sepatutnya terus berkembang dan
mencapai banyak kejayaan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari semasa ke semasa sedangkan
pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan membelanjakan
peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya mencapai
taraf dunia.
Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca
daripada banyak pihak. Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai
yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam menentukan pemilihan
pemain. Mereka lebih banyak menjadikan persatuan sukan sebagai tempat
mencari keuntungan peribadi daripada memberi perhatian khusus untuk
memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding jari kepada
pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan
atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering
dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini
disebabkan, mereka sebagai perancang pembangunan sukan tidak
mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi untuk membantu
meningkatkan mutu sukan.
Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu
sukan negara tidak mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka
berpendapat sistem pendidikan yang lebih mementingkan kecemerlangan
akademik dan sikap masyarakat atau ibu bapa yang mementingkan
kecemerlangan akademik membataskan murid-murid sekolah daripada
mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi
gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah
yang boleh digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.

Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak


tertentu tanpa meninjau dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita
berada di tahap yang rendah dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi
lawan yang bertaraf dunia. Hal ini mungkin kerana mereka kurang keyakinan
di samping kurang pendedahan dan pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan
tidak bersikap matang dalam usaha untuk menigkatkan prestasi diri. Mereka
tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang sanggup untuk
meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak
berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat
diperlukan, ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara.
Sikap atlet yang manja dan sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk
menggilap atlet negara menjadi ahli sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini
bukan sahaja memerlukan atlet mengubah sikap tetapi juga semua pihak
yang terlibat demi mewujudkan sukan sebagai suatu budaya kehidupan.

Contoh Jawapan Lemah


Petikan membincangkan faktor-faktor yang menghalang pembangunan
sukan di negara kita dan langkah-langkahnya.
Salah satu faktor yang menghalang pembangunan sukan ialah sikap
tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan jurulatih dalam
menentukan pemilihan pemain. Sesetengahnya pula menjadikan persatuan
sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi. Kegagalan atlet pula
sering dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan sendiri.
Pengkritik
sukan
berpendapat
bahawa
sistem
pendidikan
lebih
mementingkan kecemerlangan akademik dan ibu bapa juga mementingkan
pelajar anak-anak mereka. Di samping itu,moral atlet kita dikatakan rendah
dan mengaku kalah.
Kesan yang dialami ialah kemerosotan mutu sukan di peringkat negara
dan juga antarabangsa. Kerajaan juga telah mengalami kerugian kerana telah
membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan tanah air.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah menangani masalah ini dengan
segera.
[123 patah perkataan]

Ulasan Pemeriksa

1.
2.

Pelajar mengemukakan pendahuluan tanpa mengubah arahan atau kata


kunci pertama.
Isi tersurat
-Pelajar hanya mengemukakan 5 isi yang memberi 10 markah.Sewajarnya
pelajar mesti mengemukakan satu lagi isi tersurat
3. Isi tersirat
-Pelajar gagal mengemukakan 2 isi tersirat.Isi tersirat kedua merupakan isi
tersurat. Sewajarnya pelajar menulis sekurang-sekurangnya dua isi tersirat
untuk memperoleh 4 markah.
4. Kesimpulan yang di tulis oleh pelajar tidak lengkap kerana tidak
menggabungkan ayat berbentuk cadangan dengan ayat berbentuk harapan
seperti yang disarankan di samping tidak ada kata hubung agar/supaya.
Jawapan Yang Dibaiki
Petikan membincangkan punca-punca yang membantutkan pembangunan sukan
negara.
Antara puncanya ialah sikap profesional pegawai yang suka mencampuri urusan
jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain[S1] di samping sikap mereka yang menjadikan
persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi.[S2] Selain itu, mereka
menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan diri.[S3] Mereka harus
menyedari bahawa kegagalan atlet dikaitkan dengan kelemahan pentadbiran persatuan
sukan[S4] di samping sikap mereka sebagai perencang sukan tidak mempunyai visi.
[S5] Seperkara
lagi,
sistem
pendidikan
mementingkan
kecemerlangan
akademik
membataskan murid-murid daripada menyertai sukan.[S6]
Antara kesannya ialah mutu sukan semakin merosot di peringkat negara dan
antarabangsa.[T1] Selain itu, atlet tidak dapat menjalani latihan intensif sama ada di dalam
ataupun di luar negara kerana persatuan tidak mempuyai kos untuk membiayai mereka.[T2]
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya supaya mutu
sukan akan terus meningkat maju.
[124 Patah Perkataan]

NORAZWIRA MOHD NAWI (L20122009499)30 Disember, 2013 17:06


wsalam...
selalunya terdapat lebih daripada 7 isi tersurat yang diberikan dalam petikan
dan atas sebab itu digalakkan pelajar memberi sekurang-kurangnya 6 isi
tersurat. Sekiranya pelajar ingin memberi nisbah 5:3 tiada kesalahan cuma
dikhuatiri isi tersirat yang diberikan tidak tepat atau dalam komteks yang sama
yang boleh menyebabkan pelajar kehilangan markah yang besar. Isi tersurat
yang diberikan sememangnya tepat dan betul cuma perlu diolah oleh pelajar
agar tidak dikira menyalin bulat-bulat daripada petikan agar pelajar boleh
memperoleh markah penuh untuk isi tersurat. Namun, saya juga turut
menyarankan pelajar untuk menulis 7 isi tersurat selagi tidak melebihi 120
patah perkataan kerana skema yang diberikan kadang kala mengelirukan.
Diharap
dapat
membantu
melalui
penjelasan
ini.
Wallahu a'lam...
1.

Tanpa Nama08 Mac, 2014 15:03


Saya nak tanya sikit macamana kalau kita suda siap isi tersurat selapas itu isi
tersirat buat dekat perangai kedua atau sambung terus,,,,,
2.

NORAZWIRA MOHD NAWI21 Mac, 2014 23:58


para pelajar digalakkan untuk menulis rumusan dalam bentuk perenggan iaitu
perenggan pertama bagi pendahuluan, perenggan kedua bagi isi tersurat,
perenggan ketiga bagi isi tersirat dan perenggan terakhir bagi penutup. hal ini
membolehkan pemeriksa memeriksa dengan lebih mudah dan efektif dari segi
kekemasan.
3.

Tanpa Nama04 November, 2014 02:57


Cikgu saya ada sedikit nak tanya cikgu ni..akibat berdebar sy lupa nk tukar
petikan tadi masa jawas exam..peranan kaunselor dan langkah2 menarik minat
pelajar terhadap kaunselor..saya buat macam ni ..petikan membincangkan
langkah langkah menarik minat pelajar terhadao kaunselor..yg saya nk buatnya
ialah petikan membincangkan tanggujawad kaunselor dan langkah2 menarik
minat pelajar terhadap kaunselor..adakah rumusan saya ditolak atau markah
dipotong??

Tanpa Nama24 Februari, 2014 00:27

Assalmualaikum, saya ingin bertanya bolehkah isi tersurat yang pertama digabungkan pula
dengan isi tersurat yang kedua dan manakala isi ke-3 bersama dengan isi ke-4 dan akhir sekali
isi ke-5 digabungkan dengan isi ke-6?
Balas
Balasan

4.

NORAZWIRA MOHD NAWI22 Mac, 2014 00:02


waalaikumusalam...boleh dan gunakan kata hubung yang sesuai.
5.

Tanpa Nama18 September, 2014 14:56


Assalamualaikum cikgu ,saya nak tanye macam mane kita nk kenal pasti sama
ada isi tersurat yang kita pilih itu tepat ker tidak....
Balas

Anda mungkin juga menyukai