Anda di halaman 1dari 81

Disediakan oleh:

Mohd. Harith bin Abdul Rahim

Kedaulatan bermaksud keunggulan atau keagungan.

Kedaulatan ialah kuasa sesebuah negara untuk membuat undang-undang

dan menguatkuasakan undang-undang dengan menggunakan segala kuasa yang ada padanya.
Kedaulatan dikatakan wujud kerana adanya wilayah.
Undang-undang ialah kedaulatan,ini memperlihatkan kepada kita bahawa

aspek undang-undang dengan kedaulatan tidak boleh dipisahkan sama sekali.(John Austin)

Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dan sebagai

sebuah unit dalam masyarakat dunia, ia tidak dapat lari dari mempunyai hubungan dengan negara lain.
Dalam duni baru ini, hubungan antara negara adalah suatu kemestian dan

saling bergantungan dari aspek ekonomi, politik, teknologi dan ekologi.


Hubungan yang tiada sempadan ini penting bagi memastikan keamanan dan

kemakmuran dunia.
Tujuan atau fungsi dari kedaulatan negara adalah untuk memberikan

perlindungan bagi warga negara atau subjek yang patuh. (Hobbes dan Bodin)

Dasar Luar Perkembangan Dasar Luar Ancaman Keselamatan Negara Malaysia dan Hubungan Luar

Merangkumi matlamat, rancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah

negara sehubungan dengan negara lain (pengertian luas).


Mengutamakan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi

mempengaruhi keadaan diluar bidang kuasanya (pengertian terhad).


Dasar luar bukan perkara statik- berubah ikut perkembangan dunia.

Kesinambungan dari dasar dalam bagi melindungi dan menjaga kepentingan

nasional seperti keselamatan dan kesejahteraan ekonomi.


Malaysia mengamalkan dasar berkecuali iaitu adakan hubungan baik

dengan semua negara tanpa mengira ideologi.


Menekankan hubungan erat dengan negara Asia terutama ASEAN tanpa

abaikan negara lain di dunia ini.


Dari aspek ekonomi, Malaysia sentiasa memperluaskan pasaran hasil

eksport dan meningkatkan perlaburan modal asing.

Persekitaran Geostrategik

Sumber Ekonomi Negara

Undang-undang Antarabangsa

Demografi Penduduk

Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Keadaan Keselamatan

Struktur Politik Negara

Terletak di persimpangan laut antara Malaysia memberi keutamaan

Lautan Pasifik dengan lautan Hindi,menjadi satu laluan perdagangan yang utama bagi rantau Asia Tenggara. Selat Melaka terletak di antara Timur Jauh dengan Timur tengah serta India,antara laluan laut yang paling sibuk di rantau ini.

kepada dasar luar yang bebas dan berkecuali. Malaysia konsisten untuk menjadikan rantau ini aman dan terhindar daripada tekanan pengaruh kuasa-kuasa besar.

Mempunyai sumber ekonomi yang kukuh seperti minyak,bijih timah,kelapa

sawit dan getah. Barangan pembuatan seperti elektroik ,kejuruteraan berat dan ringan juga menjadi keluaran penting negara. Malaysia perlu mempunyai rakan dagangan yang kukuh dengan semua negara dunia bagi memasarkan hasil keluaran negara. Malaysia juga berusaha untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi pelancongan.

Mempunyai penduduk daripada pelbagai kaum. Malaysia mengamalkan dasar luar negara yang mementingkan prinsip-

prinsip perpaduan. Malaysia menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan sejak 1961.

Struktur politik negara mempengaruhi pembentukan dasar luar. Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mementingkan

demokrasi,kebebasan dan kemakmuran rakyat. Bukan merupakan negara yang berasaskan ketenteraan jadi seharusnya mempunyai hubungan yang baik dengan semua negara di dunia. Memperjuangkan prinsip-prinsip kebebasan manusia.

Keganasan komunis dan ancaman dadah mempengaruhi dasar luar Malaysia

dengan negara-negara komunis dan negara-negara yang mengeluarkan dadah. Pergolakan politik di Indochina memberi kesan kepada dasar luar.Contoh:Malaysia menentang pendudukan Vietnam di Kampuchea dan menentang usaha kuasa-kuasa besar untuk mengugat kestabilan di Asia Tenggara.

Ahli tetap PBB dan menyokong kuat dasar-dasarnya. Menggalakkan pemeliharaan keamanan dunia dan melindungi hak asasi

manusia. Menganggotai UNESCO serta menghantar unit keselamatan untuk membantu PBB mengekalkan keamanan.

Umumnya,hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara lain adalah

berdasarkan kepentingan politik,ekonomi dan sosial. Hubungan kerjasama sosioekonomi dan politik telah membolehkan Malaysia dikenali di arena antarabangsa. Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan kebanyakan negara dunia yang menganuti pelbagai sisyem politik dan ideologi.

Malaysia berpegang kepada prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam

Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu dan juga undang-undang yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa lain. Peraturan seperti etika tindak-tanduk semua negara,peraturan atau perundangan tentang diplomasi,menghormati keutuhan negara lain,komunikasi dan mekanisme untuk menyelesaikan sebarang pertelingkahan.

TUNKU ABDUL RAHMAN DASAR PRO-BARAT 1957 1963 TUNKU ABDUL RAHMAN DASAR PERALIHAN 1964 - 1969 TUN ABDUL RAZAK 1970 -1976 TUN HUSSEIN ONN 1976 -1981 TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD 1981- 2004

TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI (2003 - 2009)

1- Dasar luar yang dilaksanakan haruslah benar-benar merdeka

2- Tunku Abdul Rahman mengemudi Tanah Melayu sebagai sebuah negara merdeka dengan melakukan hubungan baik dengan British dan negara komanwel yang lain.
3- British dianggap bapa dan harus dihormati untuk mengharapkan bantuan dan kerjasama. 4- Untuk menjamin keamanan, Perjanjian Pertahanan Anglo -Malaya (AMDA) ditandatangani kerana sistem pertahanan Tanah Melayu masih lagi lemah. 5- Faktor pergolakan politik serantau seperti di Indo -China dan kemaraan fahaman komunis mengancam keselamatan Tanah Melayu.

6- Perjanjian AMDA tidak mendapat sokongan sebulat suara dari rakyat.

7- Tajudin Ali, seorang ahli UMNO mengecam perjanjian kerana menjejaskan kemerdekaan Tanah Melayu.
8- Pemuda UMNO Johor menuduh perjanjian AMDA melibatkan Tanah Melayu ke dalam SEATO (South East Asia Treaty Organisation) 9- Tunku berjaya mendapat sokongan sebulat suara mengenai perjanjian AMDA di dalam Majlis Undangan Persekutuan 10- Tunku mengemudi negara dengan sifat anti -komunis dan enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia dan China 11- Hubungan luar negara Tanah Melayu terbatas dan hanya melibatkan dengan negara yang mengamalkan demokrasi seperti Thailand,Singapura, Filipina, Indonesia, Australia dan sebagainya.

12- Sewaktu perang Vietnam, Tanah Melayu menyokong tindakan Amerika yang membantu tentera Vietnam Selatan memerangi gerila Vietcong yang ditaja oleh pergerakan komunis. 13- Dalam isu 2 China, Tanah Melayu tidak mengiktiraf Republik Rakyat China yang berteraskan komunis tetapi menjalinkan hubungan peringkat konsular di Kuala Lumpur dengan Taiwan. 14- Dasar pro-barat turut didorong oleh kepentingan ekonomi Tanah Melayu kerana kebergantungan pemasaran hasil bijih timah dan getah kepada British dan untuk menjaga harga pasaran keduanya. 15- Pendirian yang terlalu pro-barat membuatkan Tanah Melayu terpisah daripada menjadi sebahagian negara asia tenggara dan kurang dikenali di peringkat negara-negara dunia ketiga.

1- Dasar luar Malaysia berkisarkan sekitar konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia setelah penubuhan Persekutuan Malaysia 1963. 2- Pada 27 Mei 1961 di Singapura Tunku mengumumkan konsep negara persekutuan dan mendapat reaksi positif dari wakil Indonesia di PBB, Dr. Subandrio.

3- Pada Januari 1963, Indonesia melalui Dr. Subandrio mengubah pendirian menentang Persekutuan Malaysia dan melancarkan dasar konfrontasi.
4- Penubuhan Persekutuan Malaysia dianggap neo-kolonisme barat dan bakal menggugat rantau asia tenggara. 5- Pada Jun 1962, Filipina menuntut Sabah dari Malaysia dengan mengaitkan penguasaan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sebelum kehadiran Syarikat Borneo Utara British dan kerajaan British.

6- Berlakunya pemberontakan A.M Azahari di Brunei yang di sokong Presiden Sukarno untuk memastikan pembentukan Malaysia terkubur.

7- Parti Komunis Indonesia di bawah pimpinan D.N Aidit menggesa tindakan lebih agresif oleh Indonesia kepada Malaysia.
8- Tindakan agresif Indonesia memuncak sewaktu pendaratan dan serangan tentera indonesia di Kukup, Benut dan Pontian hinggalah rampasan kuasa berlaku di Indonesia dan berakhirnya dasar konfrontasi kepada Malaysia. 9- Konflik diantara 3 negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia telah menyebabkan ketiga-tiga negara berusaha untuk mendapatkan pengaruh. 10- Malaysia telah menghantar rombongan muhibbah diketuai Lee Kuan Yew ke 17 buah negara Afrika namun gagal memperbaiki imej negara dan Malaysia tidak dijemput menghadiri Persidangan Negara-negara Berkecuali di Kaherah 1964.

11- Pada Jun 1965, Malaysia dihalang untuk menyertai Persidangan Afro-Asia di Algeria dan Malaysia sekali lagi menghantar rombongan muhibbah ke negara-negara Afrika untuk menjelaskan pertikaian dengan Indonesia. 12- Pada 19 Jun 1965, Malaysia dibenarkan menghadiri persidangan di Algeria namun terpaksa dibatalkan akibat rampasan kuasa di Algeria. 13- Setiausaha PBB ketika itu, U Thant menyifatkan pembentukan Malaysia merupakan sah hasil daripada pungutan suara sukarela dari Sabah dan Sarawak dan memberi kemenangan moral kepada Malaysia.

1- Dasar luar negara berlaku perubahan ketara iaitu daripada dasar pro barat kepada bersifat berkecuali. 2- Dalam Persidangan Negara-Negara Berkecuali di Lusaka, Zambia pada Disember 1970, Malaysia menghantar wakil buat kali pertama. 3- Dalam ucapan di parlimen pada Julai 1971, Tun Razak mengakui perubahan di sekitar asia tenggara menggalakkan penyesuaian dasar luar seperti pengunduran tentera British dari Singapura dan Malaysia setelah kemenangan Parti Konservatif di British. 4- Pada persidangan November 1971 di Kuala Lumpur, Perisytiharan Kuala Lumpur telah dipersetujui untuk menjadikan asia tenggara sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali (Zone of Peace Freedom and Neutrality - ZOPFAN).

5- China menyokong pembentukan ZOPFAN, manakala Rusia tidak berminat dengan ZOPFAN dan menganggap bertentangan dengan hasratnya untuk meluaskan pengaruh di Asia Selatan dan Asia Tenggara,Amerika pula enggan campur tangan. 6- Pada 1971, Malaysia menyokong usul Albania untuk memasukkan China ke dalam PBB dan tidak mengiktirafkan Taiwan sebagai salah sebuah negara PBB. 7- Hubungan baik dengan China banyak memberi faedah kepada Malaysia kerana terdapat beberapa isu yang masih tidak selesai diantara Malaysia dan China. 8- Isu pertama ialah China menarik balik sokongan kepada PKM,memberhentikan siaran Suara Revolusi Malaysia yang dipancarkan ke Malaysia dan isu kerakyatan 220 000 keturunan cina di Malaysia yang belum mendapatkan kerakyatan.

9- Antara tahun 1972 dan 1973, Malaysia mula mengadakan hubungan diplomatik dengan negara blok komunis iaitu Korea Utara, Vietnam Utara, Jerman Timur dan Republik Mongolia. 10- Pada Mei 1974, Tun Abdul Razak menjadi pemimpin Malaysia pertama melawat ke negara China dan berjaya menyelesaikan beberapa isu-isu berbangkit. 11- Disember 1974, Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan menempatkan seorang duta di Beijing.

1- Meneruskan dasar berkecuali di peringkat antarabangsa dan menumpukan perhatian kepada kerjasama keselamatan dan pertahanan negara. 2- Berusaha mewujudkan kawasan bebas, aman dan berkecuali di rantau asia tenggara namun harus menimbangkan mengikut 4 isu utama di rantau asia. 3- Pada 1977, Menteri Luar Malaysia, Tengku Rithaudeen melawat Vietnam bagi mendapatkan jaminan tentang prinsip pengecualian yang dipelopori Malaysia dan diterima menjadi cadangan ASEAN. 4- Pada 1978, Malaysia menerima kunjungan Perdana Menteri Vietnam,Pham Van Dong dan Naib Perdana Menteri China, Teng Hsiao Ping. 5- Pada September 1979, Tun Hussein Onn telah membalas kunjungan ke China dan diikuti Rusia.

Vietnam Menjadi Sekutu Rusia pada 1978 apabila menjadi anggota COMECON

Perselisihan negara

China dan Vietnam

4 ISU UTAMA Persaingan Kuasa Besar Untuk Melebarkan Pengaruh di Asia Tenggara

Vietnam dan Kampuchea Terlibat Dalam Konflik

6- Pada Mac 1980, Tun Hussein Onn mengadakan rundingan dengan Presiden Suharto dan mengeluarkan Perisytiharan Kuantan untuk menyeru China dan Rusia tidak campur tangan isu di Vietnam dan isu tersebut diselesaikan menggunakan rundingan. 7- Pada Oktober 1980, Malaysia mengumumkan kesediaan untuk membantu Thailand seandainya negara itu diserang oleh tentera Vietnam dan Kempuchea 8- Perbelanjaan pertahanan ditambah 56%, pembelian 80 buah pesawat skyhawk dan pembesaran sehingga 3 kali ganda tentera menjelang 1990 untuk mempertahankan negara dari serangan pihak luar. 9- Malaysia terus mengamalkan sikap berhati-hati di peringkat antarabangsa

1- Pengekalan dasar luar yang sedia ada dan penekanan diperkenal tanpa mengubah struktur

2- Tidak menjadikan barat sebagai ikutan namun memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur iaitu Jepun dan Korea Selatan
3- Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Beli Barangan Britain Terakhir kerana Britain masih menganggap Malaysia negara yang lemah dan harus tunduk kepada kamahuannya 4- Dasar itu tidak berpanjangan apabila berlaku pertemuan diantara Tun Dr. Mahathir dengan Perdana Menteri Britain, Puan Margaret Thacher 5- ASEAN telah diletakkan sebagai senarai teratas di dalam keutamaan dasar luar Malaysia kerana untuk menjamin tiadanya serangan oleh negara serantau sewaktu berlakunya konflik di sekeliling Malaysia 6- Telah diadakan rundingan dengan Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) untuk meningkatkan taraf ekonomi negara

7- Tun Dr. Mahathir juga telah menjalinkan hubungan dengan negara -negara islam yang lain dan bertindak mengecam tindakan negara -negara bukan islam di Persidangan PBB yang memendang serong terhadap kebangkitan umat islam. 8- Pada mulanya Dr. Mahathir kecewa dengan perjalanan Mesyuarat Ketua Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan tidak pernah hadir pada persidangan di India 1983 namun mengubah pendirian pada akhirnya. 9- Malaysia juga telah menjalinkan hubungan yang baik dengan negara negara mundur di Selatan Pasifik dan Afrika seperti Malta, Kepulauan Maldives, Tonga dan sebagainya dengan menawarkan program kerjasama teknikal bagi membangunkan negara mereka dan memasarkan produk Malaysia ke negara mereka. 10 -Tun Dr. Mahathir telah mengambil sikap yang tegas di dalam bersuara untuk menaikkan imej Malaysia di mata dunia.

1- Mengekalkan hubungan damai dengan semua negara tanpa mengira taraf ekonomi, ideologi dan sistem politik.

2- Mengambil pendekatan yang bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal diplomatik serantau dan antarabangsa.
3- Membentuk hubungan dan kerjasama ekonomi yang erat dengan semua negara terutama rakan-rakan dalam ASEAN dan serantau.

4- Memajukan keamanan dan kestabilan serantau menerusi program pembangunan kapasiti dan langkah-langkah penyelesaian.
5- Memainkan peranan yang berpengaruh selaku pengerusi NAM & OIC. 6- Terlibat secara aktif & bermakna di PBB, terutama dalam usaha menamatkan ketidakadilan & kezaliman serta mendaulatkan undang -undang antarabangsa. 7- Mengutarakan Malaysia sebagai negara islam contoh yang toleran dan progresif.

2. Pelarian Perang atau Pendatang Tanpa Izin

3. Golongan Pelampau atau Fanatik

1. Komunisme

4. Ancanman Penyalahgunaan Dadah

1. 2.

3.
4. 5.

Pergerakan komunis menjadi ancaman kepada Malaysia kerana bertentangan dengan nilai-nilai negara kita. Parti Komunis Malaya(PKM) sentiasa cuba menjatuhkan pemerintahan yang sah dengan menggunakan keganasan. Dalam tahun 1948-60 keganasan komunis berleluasa dan banyak anggota keselamatan terkorban. PKM menjalankan aktiviti sabotaj,contoh seperti memusnahkan alat-alat jentera untuk kerja-kerja pembinaan lebuh raya. Menggunakan radio yang dikenali sebagai Suara Demokratik Malaya bagi menyebarkan ideologi dan propaganda komunis yang bertentangan dengan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

6.

7. 8.

Pada 2 Disember 1989,keganasan PKM tamat melalui perjanjian antara kerajaan Malaysia ,kerajan Thailand dan Parti Komunis Malaya di Haadyai,Thailand. PKM bersetuju menamatkan keganasan bersenjata selama 41 tahun. Perjanjian itu tidak mengubah status PKM yang masih wujud dan masih merupakan satu parti yang diharamkan di Malaysia.

Langkah-langkah kerajaan mengatasi ancaman komunis: (a)Perang Saraf (b)Tindakan ketenteraan (c)Akta Keselamatan Dalam Negeri,1960

Perang Saraf: 1. Menawan hati nurani rakyat. 2. Meningkatkan taraf hidup dan ekonomi rakyat di kawasan pedalaman. 3. Berusaha mengeratkan perpaduan antara kaum serta menghapuskan kemiskinan. 4. Menganjurkan kursus-kursus sivik untuk menerangkan dasar-dasar serta usaha-usaha pembangunan kerajaan. 5. Skim Rukun Tetangga membabitkan semua rakyat diperkenalkan untuk mengadakan rondaan-rondaan bagi menjaga keamanan dan keselamatan negara. 6. Membentuk Pertubuhan Sukarela seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang bertindak sebagai mata dan telinga.RELA merupakan pelapis ketiga benteng pertahanan negara.

Tindakan Ketenteraan: 1. Melancarkan serangan terhadap komunis-komunis di hutan. 2. Menambahkan bilangan anggota polis dan angkatan tentera serta melengkapkan mereka dengan senjata yang mencukupi. 3. Askar dan polis dilatih untuk melancarkan perang gerila dan serangan hendap terhadap sarang-sarang komunis di hutan. Akta Keselamatan Dalam Negeri,1960: 1. Dikuatkuasakan kerajaan untuk membanteras komunis. 2. Sesiapa yang disyaki mengancam ketenteraman negara atau mempunyai hunbungan dengan pihak PKM boleh dipenjarakan tanpa bukti bagi sesuatu tempoh masa tertentu.

1.

Terdapat beberapa sebab mengapa Malaysia menghadapi masalah kemasukan kumpulan ini: 1. Terdedah kepada keadaan huru-hara politik yang berlaku di beberapa buah negara Asia Tenggara. 2. Wujudnya perbezaan ekonomi antara negara Malaysia dengan negara lain yang menimbulkan keinginan rakyat negara lain untuk datang ke Malaysia. 3. Keadaan sempadan maritim untuk memasuki Malaysia sangatlah mudah. 4. Negara-negara asal tidak mengambil sebarang tindakan positif untuk menghalang rakyat masing-masing lari ke negara Malaysia.Malah ada negara asing yang menggalakkan rakyatnya untuk bermastautin di negara lain.

2.

3. 4.

5.

Malaysia telah membantu masyarakat antarabangsa sejak tahun 1970-an lagi.Malaysia telah menguruskan lebih 500 000 orang pelarian terutamanya pelarian dari Vietnam. Proses pengurusan dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Orang Pelarian (UNHCR). Selain masalah kewangan dan pengurusan.Malaysia terpaksa menghadapi masalah-masalah sosial dan psikologi semasa memberikan perlindungan kepada pelarian-pelarian ini. Masalah utama yang timbul ialah jenayah,pengangguran,hilang peluang kerja di kalangan penduduk tempatan,masalah penyesuaian dan sosioekonomi yang kesemuanya terbit daripada wujudnya kem pelarian yang terpaksa dibina oleh Kerajaan.

1. 2.

3.

4. 5.

Kumpulan pelampau wujud daridapa isi sosial,agama,ekonomi dan politik. Apabila timbul rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara mereka meluahkannya dengan menggunakan isu-isu yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara. Kerajaan telah menetapkan beberapa peraturan untuk mengelakkan timbulnya isu-isu sensitif yang ditimbulkan oleh individu atau golongan tertentu dengan tujuan untuk menggugat ketenteraman awam. Peraturan dan undang-undang boleh mengelakkan masalah ini. Sistem demokrasi amalan negara kita kita telah menyediakan cara rasmi untuk meluahkan segala rasa tidak puas hati.

1.
2.

Bagi Malaysia,ancaman dadah kini dianggap oleh kerajaan sebagai masalah keselamatan yang utama dan serius. Terdapat beberapa sebab yang menjadikan dadah sebagai musuh utama negara: 1. Malaysia terletak berhampiran dengan tempat penanaman dan pengeluaran bahan mentah dadah,iaitu berhampiran kawasan Segi Tiga Emas di sempadan Thailand,Myanmar dan Laos. 2. Perluasan penagihan dadah disebabkan oleh masalah psikologi,sosial,kekeluargaan,kekurangan pendidikan serta masalah yang timbul akibat pengangguran dan desakan hidup,terutamnya dikalangan generasi muda. 3. Wujudnya kumpulan pengedar dadah yang cuba mengambil kesempatan untuk meraih kekayaan.

3. 4. 5.

6.

7.

Kadar peningkatan penagih adalah 10,000 hingga 15,000 orang setahun. Sehingga tahun 2008,statistik penagih dadah yang berdaftar dan tidak berdaftar mencecah 1.12 juta orang. Akibatnya timbul masalah sosial seperti keruntuhan rumah tangga,keruntuhan akhlak,penyakit berjangkit seperti AIDS,jenayah,pengangguran dan kerosakan kepada tenaga kerja. Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak dari segi penguatkuasaan kesihatan,pemulihan dan pendidikan yang terpaksa ditumpukan untuk penyedaran masyarakat akibat daripada penagihan dadah. Dua masalah yang masih belum dapat diatasi: 1. Peningkatan jumlah penagih dadah. 2. Kadar penagihan semula oleh penagih yang telah diberi rawatan masih sangat tinggi.

1.

2.

Memperketatkan undang-undang Antidadah: (a) Memperketat Akta Dadah Berbahaya 1952. (b) Hukuman mati secara mandatori akan dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang bersabit dengan pengedaran dadah mengikut kuantiti tertentu. (c) Pada tahun 1984,akta ini diperketatkan lagi dengan memberi kuasa kepada kerajaan untuk menahan sesiapa yang disyaki mengedar dadah tanpa perbicaraan bagi tempoh sehingga 2 tahun. Menubuhkan Pasukan Petugas Antidadah: (a) Pada tahun 1983, kerajaan telah menubuhkan Pasukan Petugas Antidadah. (b) Tanggungjawab pasukan ini adalah untuk menyelaras, mengawasi dan menggerakkan segala aktiviti memerangi dadah di seluruh negara. (c) Cawangan Antidadah ditubuhkan oleh PDRM. (d) Di peringkat daerah dan negeri, Jawatankuasa Keselamatan Negeri dan Jawatankuasa Keselamatan Daerah memainkan peranan yang penting dalam pencegahan dan pembanterasan dadah.

3.

4.

Mengadakan pusat pemulihan dadah: (a) Sehingga akhir 1990,sebanyak 17 buah pusat pemulihan telah didirikan di seluruh negara. (b) Tujuannya adalah untuk memberi bantuan dan rawatan kepada penagih-penagih dadah. Mencegah penyeludupan dadah: (a) Memperketatkan pemeriksaan kastam di pintu masuk negara. (b) Jabatan Kastam dan Eksais diperlengkapkan dengan teknologi moden untuk mengesan penyeludupan dadah (c) Unit Anjing Pengesan Dadah juga ditubuhkan bagi tujuan yang sama.

5.

6.

Mengadakan Kempen Antidadah: (a) Kempen diadakan secara intensif untuk menanam kesedaran dikalangan orang ramai terhadap bahaya penyalahgunaan dadah. (b) Kempen dijalankan melalui media massa. (c) Mengadakan ceramah, seminar, bengkel, pameran, pertunjukan dan lain-lain bagi menyedarkan masyarakat terutamanya golongan muda. Menggalakkan kegiatan sosial: (a) Penubuhan kelab-kelab dan persatuan-persatuan, penganjuran pesta sukan, pesta kebudayaan, bengkel muzik dan lain-lain untuk golongan belia. (b) Memberi peluang kepada pemuda-pemudi untuk mengisi masa lapang agar mereka menjauhi dadah.

7.

Mengadakan kerjasama di peringkat antarabangsa: (a) Mengadakan kerjasama dengan negara-negara ASEAN serta negaranegara lain seperti Amerika Syarikat dan Britain dalam usaha pembantersan penyeludupan dadah. (b) Menerusi Interpol (Polis Antarabangsa) menumpaskan sindiket dadah di kawasan Segi Tiga Emas di Asia Tenggara. (c) Berusaha menyeragamkan undang-undang dengan beberapa negara lain untuk membolehkan rampasan harta pengedar dadah serta menjatuhkan hukuman ke atas mereka. (d) Malaysia telah dipilih sebagai Pengerusi Persidangan Antarabangsa tentang Pengedaran dan Penyalahgunaan Dadah (ICDAIT),iaitu satu badan antarabangsa di bawah pengawasan PBB.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Pertubuhan Komanwel Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ASEAN Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Negara-negara Islam (OIC) Negara-Negara Berkecuali (NAM) Kerjasama Serantau Isu Antartika G-15

Komanwel ialah pertubuhan bekas negara-negara jajahan Britain kecuali

Amerika Syarikat dan Burma.


Sebanyak 54 buah negara anggota. Objektif Penubuhan:

(a) Merapatkan hubungan antara negara ahli. (b) Kerjasama dalam perdagangan, penyelidikan, ekonomi dan sosial. (c) Membincang dan menyelesaikan masalah bersama melalui persidangan ketua-ketua negara anggota. (d) Memberi kemudahan pendidikan dan biasiswa melalui Rancangan Colombo. (1) Menyediakan pakar dan penyelidik. (2) Menyedikan tempat latihan di universiti-universti. (3) Menyediakan peralatan untuk penyelidikan.

Masalah Komanwel:

(a) Tidak berjaya menamatkan dasar aparteid di Afrika Selatan. (b) Negara-negara anggota yang maju kurang memberi perhatian kepada masalah negara-negara anggota yang kecil dan kurang maju.

Ditubuhkan pada 24 Oktober 1945. Malaysia merupakan ahli yang ke-92 dalam bulan September 1957. Beribu pejabat di New York. Objektif PBB:

(a) Untuk mengekalkan perdamaian dunia, terutamanya daripada bahaya peperangan dunia. (b) Untuk menyelesaikan masalah dunia dalam bidang politik, ekonomi, makanan, kesihatan dan lain-lain. (c) Untuk memberi bantuan kepada negara-ngara yang perlu terutamanya dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

Majlis Perhimpunan Agung

Bahagian terpenting di mana persidangan diadakan. Wakil-wakil negara diberi peluang berucap di majlis ini.Tunku Dr. Ismail Abdul Rahman merupaka wakil pertama dari Malaysia.

Majlis Keselamatan

Hanya dianggotai oleh 15 buah negara. Negara anggota tetap ada 5 iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China. Anggota tetap mempunyai kuasa veto.

Majlis Ekonomi dan Sosial

Untuk meningkat dan memberi khidmat taraf hidup penduduk dan negara-negara dunia. Berfungsi melalui cawangan-cawangan seperti UNESCO, UNHCR, WHO dan lain-lain.

Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (Mahkamah Dunia)

Bertempat di The Hague,Belanda. Objektif utama mahkamah adalah untuk membuat keputusan berhubung pertelingkahan antarabangsa. Filipina pernah membawa Malaysia ke mahkamah ini berhubung dengan tuntutan ke atas Sabah.

Jabatan Urusetia

Bertindak sebagai badan penghubung atau seranta antara bahagian-bahagian utama dalam pertubuhan.

ASEAN adalah Association of Southeast Asian Nations. Pertubuhan yang mewakili aspirasi negara-negara Asia Tenggara. Ia ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 berdasarkan Deklarasi Bangkok. Dipersetujui dan di tandatangani oleh Indonesia, Malaysia, Filipina,

Singapura dan Thailand.


Sebelum ASEAN wujud,Malaysia telah menganggotai ASA (Association of

Southeast Asia) dan MAPHILINDO.

Struktur Pentadbiran ASEAN


Persidangan Menteri-Menteri ASEAN (Setahun Sekali) Mesyuarat Menter-Menteri Ekonomi ASEAN (Setahun 2 kali)

Sidang Kemuncak ASEAN (Mengikut keperluan)

Sekreteriat ASEAN (Beribu pejabat di Jakarta,Indonesia)

Jawatankuasa Tetap

Jawatankuasa Tetap Sosial -Jawantankuasa Kebudayaan dan Penerangan, -Jawatankuasa Sains dan Teknologi. -Jawatankuasa Pembangunan dan Sosial

Jawatankuasa Tetap Ekonomi -Jawatankuasa Kewangan dan Urusan Bank. -Jawatankuasa Perindustrian,Galian dan Tenaga. -Jawatankuasa Makanan,Pertanian dan Perhutanan. -Jawatankuasa Perhubungan dan Pengangkutan.

Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan

kebudayaan di rantau Asia Tenggara.


Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik dengan mematuhi prinsip-

prinsip Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu.


Menyediakan bantuan antara satu sama lain dalam bentuk kemudahan-

kemudahan latihan dan penyelidikan.


Hubungan yang erat dan menguntungkan dengan negara serantau yang lain.

ASEAN menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran tetapi dihadapi menerusi

perancangan yang sistematik seperti yang telah dirancang.


Dengan kerjasama erat negara-negara ASEAN dapat mewujudkan pelbagai

aspek yang meliputi ekonomi, politik dan sosial

Kerjasama Politik Kerjasama erat paling awal ASEAN ialah menentang pencerobohan Vietnam di Kampuchea. Kerjasama Ekonomi Kekukuhan ekonomi serantau ASEAN akan menjadi petunjuk kekuatannya ketika menghadapi cabaran dari negara perdagangan besar. Tahun-tahun 1990-an empat buah negaranya telah menjadi negara besar ekonomi Asia yang digelar Harimau Asia

Kerjasama Ekonomi
1)

Kehadiran Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) diharap dapat membuka peluang lebih besar dengan adanya kerjasam erat ASEA dalam ekonomi yang telah lama berlangsung dan pelbagai. Antara kerjasama yang diadakan ialah: Projek-projek Perindustrian ASEAN 1976-lima buah projek perindustrian secara usaha sama telah dilaksanakan iaitu: Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia, Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia, Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura dan Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN (ASEAN Rock Salt-Soda Ash Project) di negara Thai.

2)

Usaha sama Perindustrian ASEAN Skim Usaha sama Perindustrian ASEAN atau ASEAN Industrial Joint Venture-AIJV bagi memupuk kerjasam perindustrian Projek-projek AIJV menikmati keistimewaan PTA sehingga 70%.

Skim Pelengkapan Perindustrian ASEAN Pada 1980-Menteri-menteri luar ASEAN tekah menandatangani Perjanjian Asas bagi Pelengkapan Perindustrian ASEAN (ASEAN Industrial Complementation-AIC) Skim ini mesti disertai oleh sekurang-kurangnya empat buah negara anggota iaitu negara ini akan menikmati keistimewaan PTA Antara projek yang telah dijalankan ialah Industri Automatif. 4) Peraturan Perdagangan Istimewa Peraturan Perdagangan Istimewa atau Preferential Trading Arrangements PTA) yang ditandatangani pada 24 Februari 1977 Bertujuan menambahkan perdagangan intra-ASEAN, merangkumi kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan-tarif dan perluasan tarif istimewa.
3)

4)

Pendirian Bersama atas Isu Ekonomi Antarabangsa ASEAN juga jelas kelihatan dalam pendirian bersama atas isu-isu ekonomi antrabangsa. Isu yang dibincangkan antaranya perluasan pasaran bagi barangan eksport ASEAN, kestabilan harga komoditi dan masalah hutang luar negara. Sektor Kewangan ASEAN telah menubuhkan ASEAN Banking Council bagi menyelaraskan kegiatan bank-bank perdagangan. Dengan penubuhan Syarikat Kewangan ASEAN (ASEAN Finance Corporation-AFC) dan MAJLIS urusan Bank ASEAN (ASEAN Banking Council-ABC) di Singapura dalam tahun 1981 dapat memberi kemudahan kewangan kepada projek-projek usaha sama ASEAN manakala ABC bertanggungjawab menggubal dasar-dasar.

5)

Sektor Makanan dan Pertanian 4 Okt. 1979, Menteri-menteri Luar ASEAN telah bersetuju menubuhkan satu Simpanan Makanan Keselamatan ASEAN (ASEAN Food Security Reserve) Berkaitan dengan kerjasama pertanian, ASEAN telah menubuhkanPusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN (ASEAN Agriculture Development Centre) pada tahun 1981 Lain-lain kerjasama dalam bidang pertanian meliputi penubuhan Plant Quanrantine Training Centre and Institude (PLANTI) di Serdang, Malaysia dan ASEAN Centre for Development of Agriculture Coorperative di Indonesia. 7) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) Semua negara bgersetuju mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Iaitu dari segi persediaan menghadapi cabaran perdagangan bebas berbentuk Global oleh Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).
6)

8)

Kerjasama Sosial dan Kebudayaan Suatu proses mengukuhkan kerjasama iaitu termasuk kegiatan sosial. Beberapa usaha yang dilakukan dalam kerjasama sosial ini ialah:

Tabung Kebudayaan ASEAN Dalam mengurangkan jurang nasionalisme dikalangan negara ASEAN rancangan berkaitan hubungan kebudayaan dibuat. Tabung bersama Kebudayaan ASEAN dibuat bagi membiayai kegiatan-kegiatan kebudayaan. Rancangan pertukaran kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dan Pesta Lagu ASEAN Pendidikan Kesihatan Beberapa seminar, program-program latihan dan penyelidikan dalam bidang-bidang tersebut dilaksanakan.

Dialog Dengan Negara-Negara ketiga Mesyuarat-mesyuarat berbentuk dialog sering diadakan dengan

Australia, Kanada, Jepun, Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC), New Zealand, Amerika Syarikat dan United nations development Programme (UNDP).
Dialog ini berbentuk kerjasama ekonomi antara ASEAN dalam

konteks memperluaskan pasaran bagi barangan eksport, menstabilkan harga komoditi serta memperoleh bantuan pengurusan dan kewangan.

Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and

Neutrality.
Diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971. Tujuan untuk menjamin keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara

dengan mengelakkan campur tangan politik dan ketenteraan kuasa-kuasa besar.


Ia juga bertujuan tidak mahu urusan sesebuah negara itu dicampuri oleh kuasa

asing.

Menghormati kedaulatan setiap negara dan menjaga kedamaian antara negara

jiran.
Konsep ini turut melibatkan pengunduran tentera asing dari kawasan Asia

Tenggara.
Semua dasar harus berdasarkan Dasar Berkecuali dan sebarang pertikaian

harus diselesaikan secara aman.


ASEAN tetap berusaha demi mencapai keamanan di Asia Tenggara melalui

konsep ZOPFAN.

Kerjasama politik ASEAN berjaya mengeratkan hubungan persahabatan dan

menunjukkan kata sepakat dalam menghadapi isu-isu politik dan ekonomi antarabangsa.
Sudut Ekonomi- Kawasan perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) iaitu peluang

perdagangan yang lebih terbuka dan memberi ruang kepada banyak pihak.
Menjadikan ASEAN sebagai kuasa ekonomi serantau yang semakin

berkembang.
Segi Sosial- halangan-halangan antara negara sudah banyak dikurangkan dan

kerjasama lebih ketara daripada segi rancangan pertukaran kebudayaan dan lainlain.
ASEAN secara khususnya amat bergantung kepada pengurusan politik yang

cekap dan penuh hikmat.

Manakala kerjasama yang sedia ada dikekalkan dan akan meningkatkan

kemakmuran bersama ASEAN dalam jangka panjang.

ZEE merujuk kepada tuntutan negara-negara terhadap zon ekonomi mereka

di perairan pantai.
Prinsip yang digunakan:

(a) (b) (c) (d)

Berdasarkan Pentas Benua Prinsip Garisan Meridian Prinsip Gugusan Pulau Prinsip 360km dari pantai

Melalui Perjanjian Undang-undang Laut Dunia pada 24 Ogos 1979, negara-

negara berkenaan bersetuju menetapkan ZEE mereka berdasarkan jarak 200 batu dari pantai.
Malaysia amat berpegang kepada sebarang undang-undang yang

dipersetujui antarabangsa berkaitan sempadan perairan negara. Ini kerana Malaysia tidak lepas dari ancaman dan pertikaian pihak asing.

Malaysia turut berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana wilayah ZEE

yang merangkumi kawasan laut seluas 200 batu dari pantai Laut China Selatan yang dituntutnya turut menjadi rebutan negara-negara lain seperti Brunei, Filipina, Vietnam dan negara China.
Sehingga kini masih menjadi pertikaian dalam perundingan yang dibuat.

Pertubuhan yang dianggotai oleh negara-negara yang majoriti penduduknya

beragama Islam.
Ditubuhkan pada bulan Mei 1971 sebagai Komanwel Islam, kemudian

bertukar menjadi Sekretariat Islam dan akhirnya bertukar menjadi OIC.


Dianggotai oleh 56 buah negara Islam.
Beribu pejabat di Jeddah. Setiausaha Agung yang pertama adalah Tunku Abdul Rahman.

Objektif OIC:

(a) (b) (c) (d)

Untuk mengerat dan mengukuhkan kerjasama di kalangan negara Islam. Untuk mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial. Untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Zionis Israel. Untuk menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara anggota.

NAM adalah satu gabungan longgar negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Prinsip dan objektifnya seperti dalam Persidangan Afro-Asia 1955 di Bandung, Indonesia adalah seperti berikut: (a) Menghormati hak asasi manusia dan pinsip-prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu; (b) Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara; (c) Mengakui persamaan semua ras dan negara; (d) Mengelakkan campurtangan dalam hal ehwal seluruh negara; (e) Penyelesaian semua pertelingkahan antarabangsa secara aman seperti perundingan dan arbitrari; (f) Memajukan kepentingan-kepentingan bersama. Malaysia menyokong kuat dasar-dasar NAM dan aktif menyampaikan pendirian tegas NAM kepada dunia.

Malaysia mengadakan hubungan dan mewujudkan kerjasama antara negara

serantau kerana kestabilan politik dan kemakmuran sesebuah negara bergantung kepada perkembangan persekitaran negara jiran serantaunya.
Telah dimulakan sejak merdeka oleh kebanyakan negara-negara rantau ini

seperti cadangan Tunku Abdul Rahman kepada presiden Garcia (Filipina) dalam bulan januari 1959 supaya menubuhkan sebuah persatuan bukan politik di kalangan negara-negara Asia Tenggara bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan sosial.
ASA ditubuhkan dan dipersetujui oleh Filipina dan Thailand pada tahun 1961

namun tidak kekal lama akibat pertelingkahan daripada kewujudan Persekutuan Malaysia.

Negara terawal menimbulkan isu Antartika di Perhimpunan agung PBB pada

tahun 1982 dengan pendapat Antartika dan sumber-sumbernya merupakan sebahagian daripada warisan bersama manusia.
Menggesa pemantauan Antartika dibuat secara bersama dan bukan seperti

sebelumnya di mana ia dibuat oleh sebilangan negara yang menjadi ahli perjanjian Antartika 1959 dengan tujuan memperoleh hasil galian seperti besi, arang batu, kobalt, uranium, bahan-bahan makanan secara sendirian.
Malaysia tekankan ia harus untuk manfaat manusia sejagat.

Malaysia menekankan Antartika perlu dijaga kerana ia mempengaruhi

ekologi dan cuaca dunia.


Kebanyakan negara yang bukan merupakan ahli Sistem Perjanjian

Antartika menyokong pendirian Malaysia.


Draf ketetapan pertama Malaysia dalam Perhimpunan PBB yang meminta

setiausaha agung badan itu membuat semakan dan memperluaskan lagi kajian mengenai Antartika.
Draf diterima tanpa undi bangkangan dan tahun 1987 resolusi anjuran

Malaysia diterima. Perjanjian Antartika ditandatangani.

G-15 bermaksud kumpulan 15 negara membangun yang sepakat mencari

cara baru untuk menyelesaikan masalah bersama.


Penubuhannya kerana negara blok maju kurang memberi perhatian kepada

masalah mereka.
Ditubuhkan di Bergrade, Yugoslavia pada bulan September 1989. Diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Pengerusi NAM, Dr.

Julies Nyerere.
Negara-negara anggota adalah:

Algeria, Argentina, Brazil, India, Indonesia, Jamaica, Malaysia, Mesir, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Venezuela, Yugoslavia dan Zimbabwe.

Objektif penubuhan:

(a) Mewujudkan kerjasama ekonomi dengan merangkumi semua negara yang tergolong sebagai negara membangun. (b) Berhasrat membantu membangunkan negara miskin dunia. (c) Tidak begitu menaruh harapan sangat kepada bantuan dan helah bantuan daripada negara kaya.

Kedaulatan negara adalah amat penting, dalam bertujuan proses

mempertahankan kedaulatan setiap negara mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan memerlukan perancangan rapi dari pelbagai sudut.
Malaysia seperti negara-negara lain telah menggariskan panduan tertentu

bagi membentuk dasar luar negara yang mantap bagi menjamin keselamatan negara dan pada masa yang sama turut memberi manfaat ekonomi.
Asas kepada dasar luar negara Malaysia adalah dasar berkecualinya dan

hubungan kerjasama serantau dan dengan negara Islam yang erat.


Malaysia memainkan peranan aktif menyertai ASEAN, OIC dan NAM.

Memastikan suara negara dalam memperjuangkan sesuatu kepentingan yang

akan didengar oleh masyarakat antarabangsa.


ASEAN melalui pelbagai kerjasama yang meliputi segala sudut dibuat dan

memberikan manfaat keselamatan, kestabilan politik dan ekonomi.


Keteguhan kerjasama juga membawa manfaat besar kepada Malaysia dalam

pembentukan dasar luarnya bagi menghadapi ancaman globalisasi masa depan

Anda mungkin juga menyukai