Anda di halaman 1dari 53

KRONOLOGI DASAR LUAR MALAYSIA

Muhammad Muiz bin Zolkifle Poon Tuck seng Chuah Wui Cuan Chan Weng Wai Aiman Khalil bin Abu Bakar Muhammad Asyrani Nabil bin Azizan Mohd Rahimi Afif bin Mohd Razali Mohd Fadhli Zil Ikhram bin Che Zahri

Tajuk Pembentangan
Definisi dasar luar Objektif utama Prinsip-prinsip dasar luar Faktor-faktor penting pembentukan dasar luar Dasar luar era Pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj (1957 1970) Dasar luar era Pemerintahan Tun Abdul Razak (1972 1976) dan Tun Hussien Onn (1976 1981) Dasar luar era Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1981 2003) Dasar luar pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Definisi Dasar Luar


Definisi dasar luar Negara Menurut chamil Wariya Di dalam bukunya "Dasar Luar Era Mahathir(1989) -dasar luar Negara ialah alat atau instrument yang diperlukan oleh sebuah negara untuk berinteraksi dengan sesebuah Negara lain baik yang berjiran dengannya atau pon yang berada jauh darinya

Menurut Professor Madya Dr Mokhtar Muhammad dalam bukunya "Perhubungan Antarabangsa"-Dasar luar negara merujuk kepada tindakan atau idea yang di buat oleh pembuat dasar untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau membawa perubahan suasana politik antarabangsa

Kesimpulannya,definisi dasar luar negara bermaksud langkah-langkah atau peranan yang di ambil Dan di tentukan oleh pemimpin negara bagi menjaga keamanan,kestabilan politik,ekonomi Dan sosial negara di peringkat antarabangsa.

Objektif Utama
Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak mengikat mana-mana negara dalam membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara-negara atau kuasa-kuasa besar yang lain. Dasar luar juga boleh berbentuk pemencilan atau pengasingan seperti yang diamalkan oleh sesetengah Negara yang mengambil pendirian menyisihkan negara itu daripada pergolakan yang berlaku di luar.

Dasar luar juga boleh mencerminkan sikap memihak kepada negara atau kuasa besar yang mempunyai persamaan dengan negara tersebut dari segi amalan danideologi yang diamalkan. Dasar ini jelas ketara sewaktu berlakunya era Perang Dingin antara Rusia yang mengamalkan faham komunis dan Amerika Syarikat yang mengamalkan faham demokrasi/kapitalis. Negara-negara yang mengamalkan ideologi komunis akan memihak kepada komunis dan sebaliknya, negara yang mengamalkan demokrasi/kapitalis, akan berkiblat kepada Amerika.

Prinsip Dasar Luar Malaysia


Malaysia mempunyai lima prinsip yang menjadi panduan dalam membentuk dan melaksanakan dasar luarnya. Pertama, negara kita terletak dalam kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau Asia-Pasifik. Sebagai sebuah negara yang terletak dipersimpangan dua jalan yang penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber galian seperti minyak, bererti kedudukan negara kita adalah penting dari segi kestabilan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik.

Kedua, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Ketiga, Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapat hidup dengan aman. Berasaskan kepercayaan ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan terhadap PBB melalui penyertaan penuh semangat.

Keempat, Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998. Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya

FAKTOR-FAKTOR PENTING PEMBENTUKAN DASAR LUAR MALAYSIA


Pembentukan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah:

SEJARAH EKONOMI

POLITIK

DEMOGRAFI

GEOGRAFI

FAKTOR SEJARAH
1. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negerinegeri di Kepulauan Melayu. Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang ada pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. 2. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatic dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand. 3. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.

FAKTOR EKONOMI
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan.

Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara yang sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.

FAKTOR POLITIK
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa hadapannnya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

FAKTOR GEOGRAFI
o Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negar di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. o Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.

FAKTOR DEMOGRAFI
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majority beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia meneybabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia.

Dasar Luar Era Tunku Abdul Rahman

Kerajaan telah mengamalkan beberapa dasar:


Dasar Pro Barat Dasar Anti Komunis Dasar Anti Aparteid Dasar Kerjasama Serantau

Dasar Pro Barat


Tanah Melayu baru memperoleh kemerdekaan dengan mengharapkan bantuan, kerjasama dan hubungan erat dengan British. Tanah Melayu menjalinkan hubungan dengan negara Komanwel. Ini kerana negara-negara Komanwel ialah negara-negara yang pernah berada di bawah jajahan British. Kebanyakan negara-negara itu merdeka dengan restu kerajaan British. Pada tahun 1957, Perjanjian Anglo-Malaya telah ditandatangani di antara pihak British dan Tanah melayu. Dengan perjanjian ini, Tanah Melayu meletakkan tanggungjawab pertahanan kepada pihak British. Terlibat dalam kerjasama-kerjasama yang berasaskan perekonomian bebas seperti negara Jerman Barat, Jepun dan Amerika Syarikat.

Dasar Anti Komunis


Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan negara-negara barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan ideologi yang sama. Tunku Abdul Rahman sangat dikenali dengan sifat anti komunis. Beliau tidak mahu mengadakan sebarang hubungan dengan negara komunis seperti Russia dan China. Oleh itu, hubungan luar Tanah melayu hanya dihadkan kepada negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Amerika Syarikat, British, Thailand, Australia dan Filipina. Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Republik Vietnam pada tahun 1958, beliau telah mengecam dengan kerasnya ancaman fahaman komunis di Vietnam Utara.

Dasar Anti Aparteid


Adalah satu dasar yang mengasingkan taraf diantara orang kulit putih dan orang kulit hitam di Afrika Selatan. Pemimpin Malaysia mengumpamakan sistem ini a system of legal racial segregation. Segala hak-hak politik warga peribumi dinafikan, ditindas, dihina dan tidak boleh berinteraksi dengan warga berkulit putih. Ia umpama sebagai diskriminasi. Tunku Abdul Rahman telah mengutarakan pendapat dan suara beliau lantas menentang dasar ini melalui PBB. Dasar Aparteid berakhir pada tahun 1994.

Dasar Kerjasama Serantau


Salah satu dasar luar yang dilaksanakan ialah berbaik-baik dengan negara-negara luar. Hal ini terjadi kerana timbul krisis dengan negara jiran seperti Indonesia(63-65), Filipina(63-65) dan Singapura(65). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian telah menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA)(61), MAPHILINDO (62) dan ASEAN (67).

Dasar Luar Era Tun Abdul Razak

Tempoh pemerintahan dari Tahun 1970 1976 Malaysia mula mengenalkan dirinya sebagai sebuah Negara Islam. Pada tahun 1970, Tun Abdul Razak mengetuai proses pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) Pada tahun 1970 juga, Malaysia telah menghadiri Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Lusaka, Zambia. Pada tahun 1971, Malaysia telah mengundi negara China untuk diterima masuk ke dalam PBB. Sekitar tahun 1972-1973, Malaysia mula mewujudkankan hubungan yang lebih sihat dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam Utara, Korea Utara dan Jerman Timur.

Pada 1974 pula, Tun Abdul Razak ingin mengasaskan hubungan diplomatik dengan mengadakan lawatan ke negara China. Semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak, beliau sentiasa menguatkan lagi kerjasama serantau dan hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam dan Afrika. Malaysia turut berperanan aktif dalam ASEAN, OIC, NAM dan juga Pertubuhan Negara-Negara Komanwel.

Dasar Luar Era Tun Hussein Onn

Tempoh pemerintahan adalah selama 5 tahun (1976 1981) ASEAN menjadi asas dalam dasar luar negara Malaysia Sidang Kemuncak ASEAN yang pertama diadakan dan Malaysia menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Bali pada tahun 1976

Dasar Luar Era Tun Dr. Mahathir Mohamad 1981 - 2003

Masih lagi meneruskan dasar-dasar sebelumnya Melakukan penambahbaikan Lebih berorentasikan kepada pelbagai aspek :
Kedamaian Keharmonian negara Aspek-aspek ekonomi Aspirasi negara-negara membangun

Memberi penekanan interaksi yang lebih rapat dengan unitunit politik antarabangsa yang lain

Keutamaan Dasar Luar


seperti
ASEAN Negara-negara Islam Negara-negara berkecuali Negara-negara Komenwealth Negara-negara yang tidak termasuk dalam pertubuhan dia atas

Isu Negara Dunia Ketiga


Dr. Mahathir dengan lantang menyuarakan pandangan tentang isu yang berlaku di negara dunia ketiga
Penindasan terhadap orang kulit hitam Penderitaan penduduk Palestine

Malaysia mula bergiat aktif dalam isu-isu antarabangsa.


Dasar perdagangan yang memihak kepada negara maju Tun Mahathir mula muncul dengan memperjuangkan hak-hak untuk negara dunia ketiga Reformasi sistem PBB yang selama ini berada di dalam dominasi kuasa besar Isu berkaitan kawalan ke atas perdagangan mata wang

Tun Mahathir sering bersikap iconoclastic dalam menyelar dan mengkritik kuasa besar khususnya AS yang bersikap bias dalam isu Palestin Secara amnya, Tun Mahathir selama 22 tahun menerajui Malaysia telah meletakkan isu Palestin ke satu tahap yang tinggi dalam dalam dasar Luar Malaysia. Isu berkaitan penyalah gunaan dadah

Dari segi hubungan antara negara


Malaysia mengadakan hubungan luar dengan negara-negara kecil Pasifik Selatan Fuji dan Tongga

Programe Rancangan Kerjasama Teknikal untuk mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dengan negara-negara kecil Pasifik Selatan, Afrika, Asia Selatan dan Asia Barat

Malaysia amat menitik beratkan kerjasama Selatan-Selatan. Persidangan Selatan-Selatan Kedua di Kuala Lumpur, 1986 Menyertai persidangan alam sekitar di Rio de Jeneiro.

Isu Penentangan Dasar Apertied


Dasar Aparteid adalah dasar kerajaan Afrika Selatan yang diperintah oleh orang kulit putih yang membezakan taraf penduduk negara tersebut berdasarkan warna kulit Berlaku perbezaan layanan yang diberikan oleh orang kulit putih terhadap orang kulit hitam Dr. Mahathir menganggap tindakan tersebut tidak adil dan patut dihentikan

Isu Antartika
Dr. Mahathir juga telah mengetengahkan isu kepentingan Antartika terhadap kesejahteraan manusia sejagat Isu Antartika sebenarnya timbul berikutan keghairahan sesetengah negara mengeksplotasi benua berais di Kutub Selatan untuk kepentingan ekonomi dan politik Negaranegara Beliau juga mendesak agar Benua Antartika diwarisi oleh semua umat manusia berasaskan prinsip milik bersama.

Dasar Luar Era Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pelaburan Keluar Negara Makmurkan Jiran Anda Penswastaan Malaysia Kerjasama Selatan-Selatan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) Dialog Antarabangsa Langkawi

Pelaburan Keluar Negara Makmurkan Jiran Anda


Termaktub dalam RMK-9 iaitu Menggalakkan Pembangunan menerusi Kerjasama Antarabangsa. Melalui Program Kerjasama Teknik Malaysia akan menyokong pembangunan perkongsian pintar bagi menggalakkan semangat berdikari yang lebih tinggi di kalangan negara membangun. Dasar kerjasama pembangunan dan memperkukuh hubungan politik dan ekonomi dengan negara jiran dan negara rakan secara dua hala dan melalui kumpulan serantau seperti ASEAN.

Penswastaan Malaysia
Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Dan Kekesanan Negara Pembahagian Sumber Serta Kecekapan Mempercepatkan Pencapaian Matlamat dasar Ekonomi Baru

Kerjasama Selatan-Selatan
Kerjasama 2 hala. Kerjasama Serantau:
ASEAN APEC ASEM

Kerjasama Pelbagai Hala:


Rancangan Colombo, Komanwel, OIC, NAM dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Untuk meningkatkan kerjasama pembangunan

Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)


Untuk mengeratkan lagi perhubungan Malaysia dengan negaranegara yang sedang membangun. Mempertingkatkan lagi perhubungan perdagangan di antara Malaysia dengan negara-negara yang sedang membangun, seperti perdagangan langsung dan pasaran untuk barangan Malaysia sendiri. Memberi peluang kepada pihak swasta Malaysia untuk menceburkan diri dalam pelaburan di negara-negara tersebut. Untuk membantu negara-negara yang mundur dan yang sedang membangun, diatas dasar perikemanusiaan tanpa mendapat apa-apa balasan.

Dialog Antarabangsa Langkawi


Merupakan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi antara barisan pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara dari benua Afrika. Lokasi di Langkawi. LID menggalakkan berkongsi kepintaran atau perkongsian pintar. Jangan harapkan Barat kerana mereka ada agenda tersembunyi. Jiran yang baik ialah jiran yang membantu.

Membincangkan masalah dunia yang dihadapi bersama di kalangan negara membangun. Merapatkan komunikasi antara Malaysia dengan negaranegara Afrika yang nampaknya senada dalam isu-isu global dan menghadapi kuasa-kuasa besar. Mempromosikan pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa khususnya dari negara Afrika. Sejak Persidangan CHOGM diadakan di pulau Langkawi pada 1998 dan banyak lagi persidangan antara pemimpin dunia diadakan di pulau itu, matlamat menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber pendapatan semakin berjaya.

Dasar Luar Era Dato' Sri Haji Mohammad Najib

Kerjasama dengan Amerika Syarikat Kerjasama dengan Jepun Najib melawat Singapura Pelaburan Singapura Lawatan Presiden Mahmoud Abbas Lawatan ke Kazakhstan Lawatan ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali

Kerjasama dan Lawatan


Pertemuan dengan rakan sejawatan dari Asean dan keakraban beliau dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono membantu meredakan hubungan dua hala yang bergolak disebabkan pelbagai isu merangkumi pertikaian budaya sehinggalah kepada pekerja Indonesia di Malaysia. Pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Thai, Abhisit Vejjajiva, dan kedua-dua pemimpin menggariskan komitmen mereka untuk membawa keamanan ke wilayah bergolak di selatan Thai dengan melakukan lawatan bersama dan menamakan semula jambatan yang merentasi Sungai Golok sebagai Jambatan Persahabatan Malaysia-Thailand.

Malaysia dan China meraikan ulang tahun ke-35 tahun hubungan diplomatik dengan pemimpin tertinggi kedua-dua negara saling berbalas kunjungan. Lawatan Najib ke Beijing pada awal Jun, iaitu yang pertama di luar Asia Tenggara, menggariskan kepentingan strategik kuasa ekonomi global itu dalam dasar luar negara beliau. Hubungan KL-Washington juga diperkukuhkan menerusi pertemuan yang jarang diadakan antara kedua-dua pemimpin di Washington dan menyusul kemudian, panggilan telefon yang juga jarang diterima, daripada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke KL.

Obama menelefon pada 26 Jun bagi mendapatkan bantuan Malaysia untuk mengusahakan ke arah Semenanjung Korea yang bebas nuklear, memperluaskan dialog antara Washington dan Teheran serta kemungkinan untuk Malaysia menjalankan peranannya dalam proses pembinaan semula Afghanistan. Dalam lawatan pertamanya ke Perancis dan Eropah selaku Perdana Menteri, Najib mengadakan pertemuan dengan Presiden Nicolas Sarkozy serta Perdana Menteri Perancis Francois Fillon, dan kemudian pada 6 Okt, berucap di Persidangan Agung ke-35 Unesco, iaitu yang pertama oleh seorang pemimpin Malaysia.Beliau menggesa kalangan antarabangsa supaya bersama-sama mengatasi tiga cabaran utama -- memastikan keamanan yang berpanjangan, adil dan saksama untuk sepanjang masa, mewujudkan reka bentuk baru kewangan global serta menguruskan perubahan iklim.

Najib ke Eropah untuk menyertai pemimpin dunia pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Copenhagen di mana beliau berikrar bahawa Malaysia akan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40 peratus namun ini tertakluk kepada penerimaan pemindahan teknologi dan pembiayaan yang mencukupi daripada negara maju dan ekonomi perindustrian. Mengetuai delegasi ke Sidang Kemuncak Peringatan AseanRepublik Korea, Sidang Kemuncak Pergerakan NegaraNegara Berkecuali di Mesir, Sidang Kemuncak Asean ke-15, Sidang Kemuncak Asia Timur keempat di Thailand dan Sidang Kemuncak Komanwel di Trinidad and Tobago.

Pada Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ke-17 di Singapura pada November, Najib meninggalkan kesan yang baik di persada antarabangsa melalui pemahaman beliau dalam isu antarabangsa serta ekonomi dan beliau digambarkan oleh banyak pihak sebagai "Bintang Apec". Kuala Lumpur menganjurkan Sesi ke-12 Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) pada November dan negara anggota berikrar untuk meningkatkan perdagangan dan mewujudkan piagam bagi perkumpulan berkenaan.

Rundingan damai yang diusahakan oleh Malaysia antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) diteruskan di ibu negara Malaysia dan berakhir dengan sebuah keyakinan bahawa perjanjian akan dimeterai menjelang awal April bagi menamatkan konflik yang berlarutan sejak beberapa tahun.

Anda mungkin juga menyukai