Anda di halaman 1dari 10

Pengajian am 2.4 ERA DASAR LUAR 2.4.

1 Tahap Pertama: Era Pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj (1957 1970) Dasar Luar Malaysia pada tahap pertama ialah dasar pro-Barat dan anti komunis serta serta menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara Komanwel. Sewaktu Malaysia mencapai kemerdekaan, berlaku ketegangan dalam politik antarabangsa yang melibatkan pertentangan antara dua blok, iaitu blok Barat pimpinan Amerika dan blok Timur pimpinan Rusia. Pertelingkahan antara dua kuasa ini telah banyak mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia. Malaysia sebagai sebuah negara kecil sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan. Pertahanan negara pada masa itu amat bergantung kepada Britain. Ini selaras dengan Perjanjian Pertahanan Inggeris-Malaya atau Anglo-Malaya Defence Agreement (AMDA) yang ditandatangani pada tahun 1957 yang menyerahkan tanggungjawab mempertahankan Tanah Melayu kepada Britain, sekiranya Malaya diserang dari luar. Dasar ini jelas ketara sewaktu berlakunya era Perang Dingin antara Rusia yang mengamalkan faham komunis dan Amerika Syarikat yang mengamalkan faham

demokrasi/kapitalis. Negara-negara yang menganuti ideologi komunis akan memihak kepada komunis dan sebaliknya, negara yang mengamalkan demokrasi/kapitalis, akan berkiblat kepada Amerika. Ini bermakna Malaya terpaksa bersifat pro-Barat dalam hubungan luarnya bagi memastikan keselamatannya. Tunku Abdul Rahman amat menyedari bahawa sekiranya Malaya bersifat pro-Rusia atau China ia merupakan satu tindakan yang akan mengancam kedudukan Malaya dari segi keselamatan. Tunku juga berpandangan bahawa fahaman komunis yang mendapat sokongan kuat dari negara Rusia dan China akan mengancam kedudukan Malaya. Beliau berpendirian demikian kerana Malaya telah menghadapi ancaman dari Parti Komunis Malaya sejak dari tahun 1948 sehingga tahun 1960. Berasaskan pendirian ini, Malaya tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia, China dan negara-negara komunis yang lain, tetapi lebih giat mengadakan hubungan diplomatik dengan Britain. Perkembangan dasar luar dari segi politik. Pada tahun 1960an, negara kita telah mengalami ancaman komunis. Tanah melayu pada ketika itu mengamalkan dasar pro barat pada awal kemerdekaan dan menentang komunis. Tanah melayu mendapatkan bantuan Britain dari segi ketenteraan dan mengadakan perjanjian pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) pada tahun 1957.

Pada tahun 1963, pemimpin negara berjaya membentuk Malaysia. Malaysia mengalami ancaman dari Indonesia dan Filiphina serta mencuba mengatasi masalah konfrontasi dengan Indonesia. Malaysia juga mengatasi tuntutan Filiphina ke atas Sabah. Selepas Malaysia ditubuhkan, Singapura yang sebelum ini menganggotai Malaysia telah di pisahkan pada tahun 1965. Malaysia memberi sokongan kepada Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas komunis yang mencuba meluaskan kuasa di Vietnam Selatan. Malaysia juga tidak bersetuju dengan tindakan Republik Rakyat China yang mahu membentuk kerajaan komunis. Malaysia telah terlibat dalam penubuhan ASA(1961), Deklarasi Bangkok dan Penubuhan ASEAN(1976). Malaysia telah mengadakan perjanjian dengan thailand tentang sempadanan negara. Malaysia menganggotai pergerakan negara-negara berkecuali (NAM) melalui Persidangan Afro-Asia 1955 di Bandung,Indonesia. Perkembangan dasar luar dari segi sosial Malaysia dapat mengurangkan detente ((Perancis) pengenduran ketegangan (konflik dll) antara negara-negara dlm hubungan antarabangsa) dan meningkatkan sosial negara melalui hubungan luar negara. Malaysia mengamalkan Dasar Berkecuali atas nasihat Tun DR. Ismail. Pada era kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Malaysia berhadapan dengan masalah perkauman. Peristiwa yang tidak dapat dilupakan pada masa itu ialah Peristiwa 13 MEI 1969. Perkembangan dasar luar dari segi ekonomi Mengadakan perdagangan bebas dengan Jerman, Britain dan Amerika Syarikat. Mengadakan perdagangan AFRO-ASIA. 1) Dasar Pro-Barat a) Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya dimetrai pada tahun 1957 b) Mengamalkan dasar perdagangan bebas khususnya dengan negara-negara Barat c) Aktiviti ekonomi bergantung pada bantuan teknikal dan modal Barat, contohnya Rancangan Columbo 2) Dasar Antikomunis a) Darurat berkuatkuasa di Persekutuan Malaya b) Tidak mengiktiraf Republik Rakyat China c) Tunku Abdul Rahman melawat ke Vietnam Selatan dan menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam Selatan yang menghadapi ancaman komunis dari Vietnam Utara.

3) Dasar Kerjasama Serantau a) Menganggotai Persatuan Asia Tenggara(ASA) pada tahun 1961 b) Menganggotai MAPHILINDO pada tahun 1963 c) Menganggotai ASEAN pada tahun 1967 4) Dasar Anti-Aparteid a) Menentang dasar arparteid di Afrika Selatan sehingga tahun 1993 b) Tindakan ini paling banyak mengubah dasar negara 5) Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) a) Menghormati hak asasi manusia, kedaulatan serantau, dan mengakui persamaan semua ras dan negara b) Mendaulatkan keutuhan wilayah sesebuah negara c) Menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa secara rundingan d) Menghormati hak rakyat sesebuah negara untuk menentukan nasib negaranya 6) Misi Pengaman di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) a) Malaysia telah menghantar tentera menyertai pengaman di Kango antara tahun 1965-1966 2.4.2 Tahap Kedua: Era Pemerintahan Tun Abdul Razak (1972-1976) Malaysia telah mengisytiharkan Dasar Berkecuali iaitu mengadakan hubungan dengan negara luar tanpa mengira ideologi selepas menghadiri persif\dangan negara berkecuali di Lusaka,Zambadia. Malaysia berpegang kepada dasar berkecuali Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOFAN). Tun Abdul Razak telah menentang ideologi komunis di dalam negara. Namun begitu, Malaysia telah mengadakan hubungan dengan negara komunis seperti Vietnam Utara, Korea Utara dan Jerman Timur (sebelum Jerman Timur dan Jerman Barat bercantum menjadi sebuah negara). Beliau telah mencadangkan bahawa China tidak harus diambil sebagai negara anggota dalam PBB pada tahun 1971. Pada tahun 1974 beliau telah melawat negara China untuk mengukuhkan hubungan diplomatik. Beliau telah mengadakan hun=bungan diplomatik dengan negara Timur Tengah, Amerika Latin dan Asia pacifik. Beliau berusaha menjadikan ASEAN sebagai Zon Aman Bebas dan Berkecuali melalui deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971. 2.4.3 Tahap Ketiga: Era Pemerintahan Tun Hussien Onn (1976-1981)

Beliau mengadakan hubungan dengan negara-negara islam, mengadakan hubungan yang erat dengan negara China. Tun Hussein Onn telah menghadiri persidangan ASEAN di Bali pada tahun 1976 dan di Kuala Lumpur pada tahun 1957. Beliau mengeratkan hubungan negara-negara ASEAN selepas kejatuhan Saigon (kini Ho Chin Min) pada tahun 1957.

Beliau juga telah mengadakan pengunduran pangkalan tentera Amerika di Asia Tenggara dan menentang serangan Vietnam ke atas Kemboja. ERA KEPIMPINAN TUN ABDUL RAZAK DAN TUN HUSSEIN ONN 1) Dasar Berkecuali a) Tamatnya konfrontasi dengan Indonesia b) Berpegang teguh pada dasar berkecuali dan ZOFAN c) Menggugurkan dasar antikomunis, mengadakan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, Rusia, dan Jerman Timur d) Menyokong kemasukan China ke PBB 2) Kelunturan Dasar Pro-Barat a) Corak perniagaan dan perdagangan laissez-faire berubah menjadi campuran b) Pelaburan asing disekat (selaras dengan Dasar Ekonomi Baru) 3) Dasar Pro-Islam a) Aktif dalam Pertubuhan Persidangan Negara-negara islam (OIC) b) Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi setiausaha OIC yang pertama c) Mengeratkan hubungan dengan negara-negara Islam 4) Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) a) Konsep yang bermakna sesebuah negara berkuasa sepenuhnya terhadap pengurusan dan eksploitasi kekayaan di kawasan perairan dalam lingkungan 200 batu naukital dari persisir pantai negaranya b) Memberi implikasi bahawa Malaysia dapat mengeksploitasi petroleum di kawasan perairannya c) Tidak dapat menyelesaikan masalah seperti i. Tuntutan terhadap Kepulauan Sparatly (Natuna Ambas) oleh China, Filiphina,Vietnam dan Malaysia ii. iii. Rebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura Tuntutan hak melombong sumber simpanan petroleum di luar persisir pantai Laut China Selatan antara Malaysia dengan Brunei Darussalam 2.4.4 Tahap Keempat: Era Pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003) Memberi keutamaan kepada hubungan luar secara a) Meggangotai ASEAN dan five power defence arrangement ( brsma

Snpore,Britain,Austrlia & New Zealand) b) Negara-negara islam c) Negara-negara berkecuali d) Negara-negara Komanwel

e) Hubungan dengan negara lain selain di atas f) Hubungan berorentasikan ekonomi seperti Dasar Pandang ke Timur

Antara evolusi Dasar Tun Dr Mahathir Mohamad a) Dasar Pandang ke Timur (mengurangkan pergantungan kepada negara barat dan mencontohi Korea dan Jepun) dan meningkatkan mutu kerja QCC b) Isu antartika (warisan sejagat) yang mahukan semua negara mempunyai hak c) Menjadi tuan rumah Dialog Antarabangsa Langkawi (1997) d) Berusaha menyatukan negara-negara islam melalui OIC e) Meningkatkan Pelaburan Imbas kembali penubuhan Kokus Ekonomi Asia Timur (EAEC) f) Mengetuai kumpulan 15 (G-15)

g) Menjadi tuan rumah Persidangan Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pacifik h) Isu alam sekitar i) Hak negara membangun

1. Dasar Pandang ke Timur a) Rapat dengan Jepun dan Korea Selatan b) Kerjasama teknikal dan perdagangan yang lebih erat dengan kedua-dua buah negara tersebut 2. Mengurangkan Pergantungan pada Barat a) Mewujudkan kumpulan 15 yang terdiri daripada negara yang sedang membangun b) Mengadakan Program Kerjasama Teknikal Malaysia untuk membantu negaranegara sedang membangun 3. Kerjasama Selatan-Selatan a) Mementingkan kerjasama antara negara Selatan kerana Dialog Utara-Selatan kurang berhasil b) Mengadakan Suruhanjaya Selatan-Selatan dan Dialog Selatan-Selatan c) Berjuang untuk mewujudkan Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) d) Menghadiri Persidangan Kumpulan 15 di Buenos Aires, Argentina. e) Mengadakan Program Kerjasama Teknikal Malaysia untuk menawarkan kepakaran dalam sektor pertanian dan teknikal serta memberikan khidmat nasihat dalam bidang pendidikan kepada negara-negara sedang membangun seperti Bangladesh dan Maldives 4. Pertubuhan Komanwel a) Menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989

b) Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir muncul sebagai jurucakap dan wira Dunia Ketiga dalam mesyuarat itu 5. Isu Antartika a) Antartika diisytiharkan sebagai kawasan bebas dan khazanahnya menjadi milik bersama b) Keuntungan dari Antartika dikongsi secara sama rata oleh negara-negara di dunia c) Ekologi alam di Antartika hendaklah dipertahankan d) Kerjasama antarabangsa dalam kajian saintifik di Antartika boleh dijalankan e) Antartika boleh digunakan untuk menjalankan kajian nuklear tetapi mesti bebas daripada ketenteraan dan senjata nuklear 6. Misi Pengaman PBB a) Iran-Iraq (1988-1992) b) Angola(1989) c) Namibia (1989) 7. Isu-isu lain a) Berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah politik di Kemboja melalui saluran ASEAN b) Menganggotai Majlis Keselamatan PBB bagi tempoh 1985-1966 dan 1989-1990 c) Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menjadi Pengurusi Persidangan Antarabangsa tentang penyeludupan dadah di Vienna (1985) d) Semakin rapat dengan negara-negara Islam membela nasib Pertubuhan

Pembebasan Palestin (PLO) dan prihatin terhadap pergolakan di Afganistan serta perang Iran-Iraq. 8. Sidang Kemuncak Bumi 1992 dan 1997 Lantang menyuarakan isu alam sekitar dan ingin negara maju memikul tanggungjawab bersama 9. Dialog Selatan-Selatan Malaysia mengetuai Kumpulan 15 10. Dialog Antarabangsa Langkawi a) Menggalakkan perkongsian pintar yang akan menjadi landasan penting kepada negara membangun menimba ilmu pengalaman dan memperjuangkan perdagangan bebas bersama dalam WTO b) Membincangkan masalah dunia yang dihadapi bersama dalam kalangan negara membangun c) Merapatkan komunikasi antara Malaysia dengan negara-negara Afrika

11. Isu Bosnia-Herzegovina dan Kosovo a) Lantang mengemukakan ketidakpuasan cara PBB menyelesaikan isu BosniaHerzegovina dan Kosovo b) Mewujudkan Kumpulan Penghubung OIC dan Kumpulan Mobilisasi Bantuan Bosnia-Herzegovina c) Menerima orang pelarian perang Bosnia ke Malaysia d) Mendesak Serbia menghentikan penghapusan etnik 12. Penyertaan dalam PBB a) Aktif menghantar tentera untuk berkhidmat di bawah panji PBB b) Malaysia dipilih menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1996 (diwakili oleh Tan Sri Razali Ismail) c) Malaysia terpilih untuk menganggotai Majlis Keselamatan PBB untuk kali ketiga bagi tempoh 1999-2000 13. Dasar Keamanan a) Malaysia terlibatdalam penyelesaian pertikaian wilayah dan Ligitan yang meliputi Kepulauan Spratly, Pulau Batu Putih, dan Pulau Sipadan b) Membantu untuk memulihkankeamanan di Kemboja 14. Pertubuhan Komanwel a) Malaysia dilantik sebagai pengerusi Program Kerjasama Komanwel bagi

Pengurusan Teknologi (CPTM) pada tahun 1996 b) Menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel ke-16 SUKOM pada tahun 1998 15. Pertukaian Malaysia dengan Singapura a) Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura hanya dibenarkan untuk mengeluarkan wang caruman mereka dalam Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pusat (CPF) di Singapura selepas mencapai 55 tahun b) Singapura mengheboh-hebohkan kelemahan Malaysia c) Buku memorial Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan YEW, menjejaskan imej bekas pemimpin negara d) Semakan kadar harga air kepada Singapura menemui jalan buntu e) Penambakan pantai di Selat Tebrau dan penebusgunaan tanah di perairan Pulau Tekong yang dijalankan oleh Singapura 16. Penyertaan dalam D-8 (Kumpulan 8 buah negara membangun) a) Kumpulan D-8 diasaskan di Turki pada tahun 1997 dan terdiri daripada lapan buah negara Islam sedang membangun iaitu Malaysia, Turki, Mesir Nigeria, Pakistan, Bangladesh, dan Indonesia b) Bertumpu pada kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial

c) Antara projek yang dilancarkan dalam sidang pertamanya di Turki termasuk penubuhan syarikat pemasaran dan perdagangan antarabangsa, bengkel tentang pembasmian kemiskinan, penubuhan bank dan data perindustrian dan teknologi, pengasasan skim perbankan dan insurans Islam bagi syarikat D-8 dan pembangunan akuakultur persisir pantai dan pedalaman 17. Isu-isu lain a) Menjadi tuan rumah Persidangan Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pacifik (APEC) 1998 di Kuala Lumpur b) Menjadi tuan rumah Persidangan Kumpulan 15 di Kuala Lumpur c) Menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Badan-badan Bukan Kerajaan dalam pencegahan dan Penyalahgunaan Dadah d) Menyertai Persidangan Kemuncak Dunia Solar di Namibia pada tahun 1996 e) Menganjurkan konsep perkongsian bijak dan memakmurkan jiran (kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak) f) Menentang ujian nuklear yang dijalankan oleh Perancis(1996), India dan Pakistan(1998) g) Mengutuk Nigeria yang membunuh aktivis penentang kerajaan h) Bertikai dengan Filiphina tentang Pulau Terumbu Peninjau daan Terumbu Siput Era kepimpinan Tun Dr Mahathir dan Tun abdullah Ahmad Badawi 18. Menghantar pasukan tentera untuk menyertai misi pengaman PBB di Timor Timur yang telah diberikan kemerdekaan oleh Indonesia( nama baru Timor Timur ialah Timur Laste) dan Lubnan 19. Menentang keganasan antarabangsa dan menentang pengambilan tindakan

ketenteraan untuk menghapuskan keganasan 20. Menyeru PBB menganjurkan persidangan antarabangsa untuk mengkaji punca-punca yang menyebabkan munculnya kumpulan pengganas 21. Menjadi Pengerusi NAM dan OIC pada tahun 2003 22. Mengkritik Amerika Syarikat dan sekutunya kerana melancarkan perang terhadap Iraq pada tahun 2003. Perang itu telah menyebabkan perubahan corak pemerintahan Iraq dan peningkatan kumpulan ekstremis dan militant di Iraq 2.4.5 Tahap Kelima: Era Pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009) Beliau mengadakan hubungan dengan negara islam,menentang penindasan Israil yang di lakukan terhadap Palestin, meningkatkan hubungan dengan Singapura. Selain itu, beliau mengeratkan lagi hubungan dengan negara China dan India dari segi perdagangan dan teknologi dan beliau memperjuangkan keadilan penindasan agama melalui OIC.

2.4.6 Tahap Keenam: Era Pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak (2009-kini)

a) Mengorak langkah dengan menekankan kepada dasar luar yang lebih proaktif dan dinamik b) Membantu mewujudkan ekonomi yang mantap dan mudah alih. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau terutama ASEAN,OIC,NAM dan lain-lain c) Menekankan dengan kepentingan menjalinkan hubungan dua hala dengan negaranegara Trading Partner terutama dalam bidang ekonomi seperti China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan sebagainya d) Pendekatan yang diambil oleh beliau i. Menyelesaikan masalah yang masih belum selesai termasuklah berkaitan tuntutan bertindih dan penetapan sempadan tanah dan maritim ii. Akan merujuk kepada ICJ berkaitan tuntutan pertindihan wilayah sebagai langkah penyelesaian 1. Mengeratkan hubungan dagangan dengan China 2. Membuka lembaran baharu dalam hubungan antara Malaysia dengan Singapura 3. Mewakili NAM memperjuangkan kerjasama multilateral 4. Malaysia tegas menuntut keadilan sejagat 5. Menjalinkan hubungan lebih diplomasi dengan negara-negara anggota ASEAN 6. Mengutuk keganasan dan pencerobohan Israel di Tebing Barat dan Gaza 7. Mewujudkan kerjasama dengan Brunei Darussalam dalam usaha mencari gali petroleum

Soalan Era kepimpinan 1) Bilangan pemimpin yang berjaya melaksanakan dasar luar negara Malaysia ialah a) Enam b) Dua c) Empat d) Lima Berpegang kepada Dasar berkecuali dan Zon Aman, Bebas dan berkecuali (ZOFAN) 2) Dasar luar negara di atas dilksanakn semasa a) Era Tun Abdul Razak b) Era Tun Hussein Onn c) Era Tun Dr Mahathir Mohamad d) Era Daruk Seri Abdullah Ahmad Badawi 3) Antara gugusan pulau yang berikut, yang manakah menjadi rebutan antara Malaysia, Filiphina, Republik rakyat China dan Vietnam a) Kepulauan Spratly b) Pulau Batu Putih c) Pulau Redang d) Pulau Labuan 4) Dasar luar Malaysia kini lebih condong kepada merapatkan hubungan Selatan-selatan kerana a) Kuasa-kuasa besar gagal memulihkan kegawatan ekonomi dunia b) APEC gagal membantu negara-negara Selatan c) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tidak bertindak secara berkecuali d) Dialog Utara-Selatan tidak begitu berkesan dalam membantu negara-negara Selatan Dianggotai oleh Negara-negara sedang membangun di Asia dan Afrika Objektif dan matlamat badan ini ditetapkan dalam persidangan Negaranegara Afro-Asia di Bandung pada tahun 1955

5) Perkara-perkara di atas merujuk kepada a) Pertubuhan Negara-negara Afro-Asia b) Pertubuhan Komanwel c) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) d) Pergerakan Negara-negara Berkecuali
Rujukan : internet, longman,ilmu bakti & LP

Anda mungkin juga menyukai