Anda di halaman 1dari 15

BAB 15: DASAR POLITIK

PENGENALAN

Amalan dasar luar negara kita setelah hampir 50 tahun merdeka telah banyak memberi manfaat
kepada negara. Dasar luar yang pragmatik dan berlandaskan keperluan serta kepentingan
negara telah menghasilkan sebuah negara Malaysia yang pesat membangun, dihormati serta
disegani dunia luar. Hari ini, kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-
negara maju dunia. Kita bebas dan bermaruah. Kita tidak rasa tersisih ataupun diketepikan oleh
masyarakat dunia. Suara kita terus didengari di persada antarabangsa.

Dasar luar negara yang pro-aktif dan bervisi adalah mustahak untuk menjamin kepentingan dan
kedaulatan negara. Tanpa dasar luar yang mantap, Malaysia mungkin telah lama hanyut, hidup
mengikut telunjuk kuasa-kuasa besar. Sehubungan itu, penting bagi penggubalan dasar luar
negara mencerminkan keadaan serta keperluan dalaman negara. 

HASIL PEMBELAJARAN

1.            Menerangkan dan membezakan prinsip-prinsip dasar luar berdasarkan era kepimpinan.


2.            Menerangkan latarbelakang dan objektif setiap kerjasama yang dijalinkan secara multi-literal
seperti ASEAN, OIC, PBB, KOMANWEL dan NAM.

14.1    DASAR LUAR PEMIMPIN NEGARA


Dasar luar Malaysia yang telah dibentuk sejak merdeka telah melalui empat tahap oleh
pemimpin yang berbeza. Semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman (1957-1970), dasar luar
Malaysia lebih bercorak pro-Barat dan antikomunis memandangkan negara baharu sahaja
merdeka dan pada waktu ini ancaman komunis masih kuat.[1]

Pada zaman Tun Abdul Razak Hussein (1970-1975), dasar luar Malaysia menitikberatkan
pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak hubungan diplomatik
dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik.

Pada zaman kepimpinan Tun Hussein Onn (1975-1981), penekanan dasar luar adalah
berdasarkan kerjasama pertahanan dan keselamatan negara.

Semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad, dasar luar negara lebih


mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya. Selain itu, soal
keamanan dan keadilan masyarakat antarabangsa juga turut menjadi agenda penting.

Dasar luar di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi, beliau menekankan hubungan
dagangan dengan Negara China, membuka lembaran baru  dalam hubungan antara Malaysia
dengan Singapura di samping meneruskan dasar-dasar pemimpin terdahulu.

Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara luar melalui dua pendekatan iaitu
secara bilateral dan multilateral. Contohnya, hubungan bilateral iaitu hubungan sebuah
negara sahaja, contohnya Malaysia dengan Iran, manakala hubungan militeral pula merupakan
hubungan secara kumpulan seperti Malaysia dengan negara lain melalui PBB, ASEAN, OIC
dan sebagainya.

PERKEMBANGAN DASAR LUAR MALAYSIA

Dasar luar Malaysia telah melalui beberapa perubahan selaras dengan perkembangan di dalam
dan di luar negara. Dasar luar Malaysia terbahagi kepada lima tahap mengikut pemimpin
negara Malaysia yang memerintah pada masa itu[2].

Dasar Luar Dalam Tempoh 1957 – 1969

Dasar luar Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman adalah bercorak Pro-Barat, Pro-
Komanwel dan Anti-Komunis.

1.            Dasar Pro-Barat

i.              Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) dimeterikan pada tahun 1957. Kerajaan British
menajmin bantuan tentera sekiranya tanah Melayu diserang oleh mana-mana negara.
ii.   Mengamalkan dasar perdagangan bebas (laissez–faire). Perjanjian pelaburan ditandatangani
dengan beberapa negara bukan komunis seperti Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Jepun.

  Dasar Anti-Komunis

i.              Tunku Abdul Rahman telah memberi sokongan penuh kepada Amerika Syarikat untuk
membendung perluasan pengaruh komunis di Vietnam Selatan.
ii.                  Melawat Vietnam selatan pada tahun 1958 dan memberi jaminan persahabatan kepada
Presiden Ngo Dinh Diem.
iii.          Tidak mengiktirafkan Republik Rakyat China yang diperintah oleh kerajaan Komunis. Juga
mengutuk pencerobohan China ke atas Tibet pada tahun 1959.

  Dasar Kerjasama Serantau

i.          Menganggotai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama dengan
Negara Thai dan Filipina.
ii.             Menganggotai MAPHILINDO pada tahun 1963.
iii.            Menganggotai ASEAN pada tahun 1967.
iv.           Menganggotai Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
v.            Menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).[3]

Dasar Luar Dalam Tempoh 1970 – 1980

1.         Dasar Berkecuali

i.              Tamat konfrontasi dengan Indonesia.


ii.             Berpegang teguh kepad dasar berkecuali dan ZOPFAN.
iii.            Menggugurkan dasar anti-komunis, mengadakan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat
China, Rusia dan Jerman Timur.
iv.           Menyokong kemasukan China dalam PBB.

2.         Dasar Pro-Barat Yang Semakin Luntur

Corak perniagaan dan perdagangan laissez-faire berubah menjadi campuran. Jadi pelaburan
asing disekat (selaras dengan Dasar Ekonomi Baru)

3.         Dasar Pro-Islam

i.              Aktif dalam Pertubuhan Persidangan Islam OIC.


ii.             Mengeratkan hubungan dengan negara-negara Islam seperti PLO dan negara Arab.

4.         Penglibatan Yang Aktif Dalam PBB

Dasar Luar Dalam Tempoh 1980-an

        Mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur

Merapatkan hubungan dan kerjasama teknikal dan perdagangan dengan negara Jepun dan
Korea Selatan.

2.         Mengurangkan Pergantungan Kepada Barat

Mewujudkan Kumpulan 15 yang terdiri daripada negara sedang membangun.

3.         Mementingkan Semangat Selatan-Selatan

i.          Mengadakan Suruhanjaya Selatan-Selatan dan Dialog Selatan-Selatan.


ii.          Berjuang mewujudkan Order Baru Ekonomi Dunia.

4.            Bergiat Cergas Dalam KOMANWEL

      Menjadi tuan rumah kepada CHOGM pada tahun 1989.

5.         Isu Antartika

Antartika boleh digunakan untuk menggalakkan pelucutan senjata nuklear tetapi mesti bebas
daripada ketenteraan dan senjata nuklear.

Dasar Luar Dalam Tempoh 1990-an


i.              Lantang menyuarakan isu alam sekitar, mahukan negara maju memikul tanggungjawab bersama
(Sidang Kemuncak Bumi).
ii.             Menjadi tuan rumah kepada IFNGO (Persidangan Badan-badan Bukan Kerajaan dalam
Pencegahan dan Penyalahgunaan Dadah).
iii.            Mengemukakan ketidakpuasan cara PBB menyelesaikan isu Bosnia-Herzergovina.
iv.           Menentang ujian nuklear yang dijalankan oleh Perancis di Lautan Pasifik Selatan.
v.            Pada tahun 1996, Tan Sri Razali Ismail iaitu Wakil Tetap Malaysia ke PBB dilantik
menjadi Presiden Perhimpunan Agung PBB.

Dasar Luar Dalam Tempoh 2000-an

i.              Menghantar pasukan tentera untuk menyertai pasukan pengaman PBB di Timor Timur di
Indonesia.
ii.             Menentang keganasan antarabangsa dan menentang pengambilan tindakan ketenteraan untuk
menghapuskan keganasan.
iii.            Menyeru PBB menganjurkan persidangan antarabangsa untuk mengkaji punca-punca yang
menyebabkan munculnya kumpulan pengganas.
iv.           Menjadi Pengerusi NAM dan OIC pada tahun 2003.

14.2  PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)

Logo ASEAN

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Association of South


East Asian Nations (ASEAN) di tubuhkan pada pada 8 Ogos 1967.

Penubuhan ASEAN diisytiharkan melalui Deklarasi Bangkok yang ditandatangani Oleh Tun


Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar
Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar
Thailand) dan N. Romas (Setiausaha Luar Filipina)[4].

Deklarasi Bangkok 1967 ada menyebut bahawa ASEAN bertujuan untuk memperbaiki
kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, Teknologi dan pentadbiran dan
diharapkan dapat mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara.

Penyertaan Malaysia dalam ASEAN merupakan satu keutamaan dalam menentukan arah tuju
dasar luar negara. Malaysia mementingkan pengukuhan ASEAN kerana sekiranya kestabilan
ASEAN terjejas, ini akan memberi kesan negetif terhadap Malaysia, terutama dari segi politik
dan ekonomi.

Objektif Penubuhan ASEAN

Walaupun pertimbangan politik dan strategik merupakan asas penubuhan ASEAN namun
peranan Deklarasi Bangkok amat penting khususnya dalam mewujudkan kerjasama ekonomi
dan kestabilan sosial kawasan serantau. Deklarasi Bangkok telah menggariskan
tujuh matlamat penting penubuhan ASEAN iaitu:

i.              Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, kemajuan sosial dan


pembangunan kebudayaan serantau.
ii.             Mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan menghormati dan mematuhi
peraturan, undang-undang dan keadilan negara-negara kawasan serantau serta mematuhi
prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
iii.            Memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan bersama dalam bidang
ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.
iv.           Membekalkan bantuan dan kemudahan latihan, penyelidikan dan pembangunan dikalangan
negara-negara anggota.
v.            Mewujudkan kerjasama yang lebih efektif dalam penggunaan sumber yang lebih banyak dalam
industri pertanian, memperluaskan perdagangan dan membuat kajian mengenai masalah
perdagangan komoditi antarabangsa, meningkatkan kemajuan bidang pengangkutan dan
perhubungan serta bekerjasama bagi menaik taraf hidup rakyat negara-negara anggota.
vi.           Meningkatkan bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di Asia Tenggara.
vii.          Mengekalkan kerjasama yang erat dan berfaedah menerusi pertubuhan serantau serta
pertubuhan antarabangsa yang telah wujud dan mempunyai matlamat yang sama.

Prinsip- Prinsip Utama ASEAN


Prinsip-prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:
i.              Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional
semua negara.
ii.             Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan
luar.
iii.            Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman.
iv.           Menolak penggunaan ketenteraan.
v.            Kerjasama effektif antara anggota.

Negara-Negara Anggota Dan Tarikh Menyertai ASEAN


Sehingga kini, ASEAN dianggotai oleh 10 buah negara iaitu :
(1)          Malaysia – 8 Ogos 1967
(2)          Thailand – 8 Ogos 1967
(3)          Indonesia – 8 Ogos 1967
(4)          Filipina – 8 Ogos 1967.
(5)          Singapura – 8 Ogos 1967.
(6)          Brunei Darussalam – 8 Januari 1984.
(7)          Vietnam – 28 Julai 1995
(8)          Laos – 23 Julai 1997
(9)          Myanmar – 23 Julai 1997
(10)        Cambodia – 30 April 1999
 Kerjasama Dalam Bidang Politik Dan Keselamatan

Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN pada
peringkat awal penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang melibatkan isu-isu politik
dan keselamatan[5] ialah:

i.              ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971.


ii.             Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976.
iii.            Deklarasi Konkord ASEAN 1976.
iv.           Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994.
v.            Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) 1995.
 Kerjasama Dalam Bidang Ekonomi

Antara kerjasama ekonomi yang dilaksanakana oleh ASEAN ialah:

i.              Projek Industri ASEAN 1976.


ii.             Skim Pelengkap Industri ASEAN 1981.

Kerjasama Dalam Bidang Sosial

Antara kerjasama sosial yang dilaksanakan oleh ASEAN ialah:

  Menganjurkan pesta filem dan pesta lagu ASEAN.


   Pertunjukan kebudayaan ASEAN dan pertukaran radio dan televisyen.
   Kerjasama kesusateraan, sukan dan kesihatan.
iv.           Setiap negara anggota menyediakan tempat di  pusat pengajian tinggi kepada pelajar dari
negara anggota yang lain.
v.            Penubuhan SEAMEO (Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara) untuk memajukan
kerjasama dalam bidang pelajaran, sains dan kebudayaan.
vi.           Kerjasama dalam mengawal penyalahgunaan dadah.
vii.          Usahasama dalam menjalankan penyelidikan ke atas penyakit-penyakit tropika.
viii.         Kerjasama dalam bidang pelancongan dengan mengadakan projek-projek pelancongan secara
bergilir-gilir diantara anggota ASEAN[6].

Rakan dialog ASEAN terdiri daripada China, Jepun, Korea Selatan dan India.

14.4  PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)

OIC ditubuhkan pada 25 September  1969 di Rabat, Marocco, sebagai menyahut seruan
Almarhum Raja Faysal Ibn Abdulaziz kearah penyatupaduan dunia Islam. Ibu pejabatnya
terletak di Jeddah, Arab Saudi. Malaysia turut menganggotai OIC dan Tunku Abdul Rahman
(bekas Perdana Menteri Malaysia) telah dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama.

Objektif Penubuhan OIC


i.              Tujuan utama penubuhan OIC ialah untuk mewujudkan kerjasama antara negara- negara angota
ke arah memupuk perpaduan umat Islam di dunia.
ii.             Mengeratkan perpaduan dan kerjasama di kalangan negara anggota khususnya dalam bidang
ekonomi, sains, sosial dan kebudayaan.
iii.            Memperkukuhkan kerjasama bagi memelihara kehormatan, kemerdekaan dan hak bangsa.
iv.           Menyelesaikan masalah pertelingkahan yang melibatkan negara Islam.
v.            Menghapuskan sebarang penindasan dan penjajahan bagi mewujudkan keamanan sejagat.

Negara Anggota OIC

Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 buah negara Islam di seluruh dunia. 
Kebanyakannya terdiri dari negara Timur Tengah dan Utara Afrika. Terdapat juga ahlinya dari
negara Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Selatan.[7] Antaranya ialah:

1. Afghanistan             2. Albania                    3. Algeria         4. Azerbaijan


5. Bahrain                    6. Bangladesh             7. Benin           8. Brunei
9. Burkina Faso           10. Cameroon             11. Chad         12. Comoros
13. Guyana                 14. Indonesia               15. Iran            16. Iraq
17. Jordan                   18. Kazakhstan           19. Kuwait       20. Kyrgystan
21. Lebanon                22. Libya                     23. Malaysia    24. Maldives
25. Pakistan                26. Palestine               27. Qatar         28. Saudi Arabia
29. Senegal                 30. Sierra Leone         31. Somalia     32. Sudan
33. Suriname              34. Syria                      35. Tajikistan   36. Togo
37. Cote d’ Ivoire         38. Djibouti                  39. Egypt         40. Gabon
41. Gambia                 42. Guinea                  43. Guinea- Bissau
44. Mali                       45. Mauritania             46. Morocco    47. Mozambique
48. Niger                     49. Nigeria                   50. Oman        51. Tunisia
52. Turkey                   53. Turkmenistan        54. Uganda     55. UAE
56. Uzbekistan            57. Yemen
                       
                                   
Program OIC

i.              Tabung perpaduan Islam yang ditubuhkan selepas Persidangan Kemuncak Islam pada tahun
1974.
ii.             Pengajian Sejarah Tamadun Islam dan bahasa Arab.
iii.            Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa di Malaysia.
iv.           Menubuhkan Universiti Islam di Nigeria.
v.            Simposium atau seminar antarabangsa seperti, Penerapan Syariah Islam di Islamabad pada
tahun 1979, Islam dan Dasar Sosial Dalam Konteks Bentuk Baru Ekonomi Antarabangsa di
Geneva pada tahun 1980, Islam dan Jurusalam di Paris pada tahun 1981, Kongres Islam
Sedunia di Colombo pada tahun 1982.
 Strategi OIC

i.              Pembiayaan pelajaran, kebajikan, penerbitan dan sukan.


ii.             Pembiayaan pembinaan bangunan, membekalkan bahan bacaan dan alat pendidikan dan
menubuhkan ‘fellowship’.
iii.            Bantuan kepada negara Islam Afrika yang menderita termasuk Chad, Gambia, Guinea, Mali,
Maritania, Nigeria, Senegal dan Upper Volta.
iv.           Kerjasama menyediakan dan menghantar doktor dan petugas perubatan sukarela.
v.            Menumpukan kepada pembangunan kerohanian dan kebajikan khususnya belia Islam peringkat
antarabangsa.
vi.           Menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam (IDB) dan menubuhkan IDB di Malaysia pada
tahun 1995.
vii.          Bersepadu menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Peranan Malaysia Dalam OIC

i.              Malaysia telah memainkan peranan aktif dalam usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik
Iran-Iraq melalui OIC. Berikutan pengumuman gencatan senjata antara Iran-Iraq pada bulan
Ogos 1988, sepasukan 15 pegawai tentera Malaysia telah menyertai pasukan tentera
pemerhati PBB.
ii.             Malaysia memberi sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan pertubuhan
Pembebasan Palestin (PLO). Malaysia menjadi tuan rumah pada Persidangan Keserantauan
Asia mengenai ‘Persoalan Palestin’ di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1983. Dan menyokong
hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, termasuk hak mereka untuk mempunyai
sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
iii.            Malaysia juga menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu
oleh tentera Rusia sejak tahun 1979. Malaysia telah membenarkan Mujahidin Afghanistan
membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun 1984.
iv.           Pembinaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Selangor, telah membantu perkembangan
pendidikan tinggi di kalangan negara- negara Islam.
v.            Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia- Herzegovina
vi.           Menganjurkan Musabaqah al- Quran pada tiap- tiap tahun.
vii.          Mengadakan program Nida Ul Islam untuk mendakwah Islam ke seluruh dunia.
viii.         Memberi bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan
mangsa peperangan di Chechnya.

14.4  PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BEKAS TANAH JAJAHAN BRITISH


(KOMANWEL)

                          
Bendera Negara-Negara
Komanwel

Pertubuhan Komanwel
merupakan sebuah
pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan British yang telah
merdeka. Komanwel telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1931 dan dinaungi
oleh Ratu England.

Pertubuhan ini adalah sebagai satu lambang pengaliran rangkaian  persahabatan secara
berkesan untuk mengekalkan tanah jajahan British sebagai sebuah negara yang masih bersatu
bukan sahaja dengan Britain malah dengan tanah jajahan yang lain seperti Australia, New
Zealand, Kanada, United Kingdom (Britain), India dan Sri Lanka.
Negara-negara anggota Komanwel tersebar disetiap benua dan penduduknya terdiri daripada
pelbagai bangsa, agama, bahasa dan kebudayaan. Malahan Komanwel menjelang abad ke-21
ini meliputi kira-kira suku daripada permukaan bumi dan penduduknya melebihi 1000 juta
orang.

Kini anggota Komanwel sudah mencatat 54 buah negara. Kebanyakan negara anggota
Komanwel mempunyai persamaan dari segi politik, ekonomi, pentadbiran dan undang-undang.
Pertubuhan Komanwel bukanlah sebuah persekutuan yang mempunyai Kerajaan Pusat. Ia
tidak mempunyai sebarang ikatan sepertimana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan
tidak mempunyai undang-undang bertulis tetapi hanya Perisytiharan Prinsip Komanwel yang
telah diluluskan sebulat suara pada tahun 1971[8].

Pentadbiran Pertubuhan Komanwel telah dijalankan oleh sebuah sekretariat yang diketuai oleh
Setiausaha Agung Komanwel. Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Komanwel sejak dari
tahun 1957. Negara ini telah memperolehi banyak faedah menerusi penyertaannya dalam
Komanwel terutamanya dalam bidang pertahanan, perdagangan dan pendidikan.

Objektif Penubuhan KOMANWEL

i.              Memberi kemudahan dan faedah kepada negara anggota.


ii.             Mewujudkan hubungan diplomatik antara negara-negara anggota dan bukan anggota.
iii.            Untuk mewujudkan persahabatan diantara negara-negara bekas jajahan British suatu masa
dahulu.

Program KOMANWEL

i.              Kerjasama perdagangan, penyelidikan dan bantuan ekonomi dan sosial.


ii.             Persidangan speaker-speaker Komanwel pada tahun 1987.
iii.            Persidangan ketua-ketua Negara Komanwel pada tahun 1999 di Kuala Lumpur.
iv.           Rancangan Colombo-Program yang paling aktif yang mana ditubuhkan pada tahun
v.            1950 selepas Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negara Komanwel di Colombo, Sri Lanka.
vi.           Rancangan Biasiswa dan Fellowship Komanwel.
vii.          Tabung Komanwel.
viii.         Kerjasama Teknik.
ix.           Isu Antartika sebagai “Warisan Bersama Dunia”.

Strategi KOMANWEL

i.              Persidangan di kalangan menteri-menteri berbagai portfolio, ahli-ahli parlimen dan Speaker


Parlimen.
ii.             Rancangan Colombo dilaksanakan untuk:
a.         membekal pakar-pakar latihan dan penyelidikan.
b.         menyediakan tempat latihan di universiti-universiti bagi yang memerlukan bantuan.
c.         menyediakan peralatan bagi penyelidikan dan bantuan.
d.         pembiayaan projek-projek pembangunan fizikal.
e.         bantuan kesihatan, pertanian dan pemasaran.
f.          penentangan terhadap “Isu Aparthied”.
g.         menjadikan isu Antartika sebagai agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

iii.            Melalui bidang ekonomi dan perdagangan, Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan   Komanwel


(CHOGM) yang diadakan di Vancouver, Kanada pada tahun 1987.
iv.           Malaysia diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah bagi sukan kedua terbesar pada tahun
1998 iaitu Sukan Komanwel.[9]

Malaysia Dalam KOMANWEL

i.              Malaysia telah menyertai beberapa aktiviti Komanwel termasuk menjadi pengerusi jawatankuasa
bagi menyemak semula peranan dan arah masa hadapan organisasi ini.
ii.             Malaysia juga pernah menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel
(CHOGM) pada tahun 1989.
iii.            Dua deklarasi diisytiharkan melalui persidangan tersebut iaitu Deklarasi Kuala Lumpur yang
berkaitan dengan Dasar Apartheid dan Deklarasi Langkawi yang berkaitan dengan alam sekitar.
iv.           Melalui Deklarasi Kuala Lumpur, negara-negara Komanwel bertekad untuk memansuhkan Dasar
Apartheid yang di Afrika Selatan yang telah di amalkan sejak 300 tahun dahulu.
v.            Di samping itu,  Malaysia juga turut memberi kerjasama kepada Sekretariat Komanwel bagi
merangka program kerjasama teknikal yang lengkap dan menyeluruh di bawah Tabung
Komanwel bagi Kerjasama Teknik (CFTC).
vi.           Malaysia telah mempengerusikan Kumpulan Perundingan Komanwel mengenai Pengurusan
Teknologi sejak penubuhannya pada tahun 1989. Pada tahun 1995 Malaysia telah
mempengerusikan Gabungan Komanwel bagi Pengurusan Teknologi  (CPTM).
vii.          Perdana Menteri Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mencadangkan supaya konsep
perkongsian pintar yang diilhamkan oleh Malaysia dipraktikkan di kalangan negara-negara
anggota Komanwel.
viii.         Hal ini kerana dalam konsep tersebut, semua pihak mendapat keuntungan. Konsep ini begitu
popular dinegara selatan Afrika.
ix.           Malaysia juga melibatkan diri dalam sukan Komanwel pada tahun 1998 yang mana atlit-atlit dari
seluruh Komanwel dan yang bertaraf dunia akan mengambil bahagian dalam sukan komanwel
yang ke -16 di Malaysia.
           

14.5  PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

Logo NAM
 Pergerakan Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai
lebih 114 negara yang berkecuali (seperti di bawah ) dan tidak memihak kepada mana
mana blok kuasa.

Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah Negara-
negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu
Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade,
Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961[10].

Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan
Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu
Soekarno dan Presiden Ghana iaitu Nkrumah.

Dalam pada masa yang sama, Pergerakan ini terbentuk hasil daripada Perang Dingin (Cold
War) yang berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1990-an. Pergerakan
Negara-negara Berkecuali (Non-Align Movement-NAM) ditubuhkan pada tahun 1961 di
Belgrade, Yugoslavia. Pergerakan ini berpegang kepada prinsip berkecuali iaitu tidak memihak
kepada mana-mana ideologi sama ada Blok Barat (demokrasi) atau Blok Timur (komunis).

Prinsip tersebut menekankan betapa pentingnya sesebuah negara atau kuasa menghormati
kemerdekaan dan kedaulatan negara lain. Pendirian memihak kepada mana-mana blok hanya
akan mewujudkan suasana tegang yang boleh mencetuskan keadaan politik yang tidak stabil.

Negara-negara berkecuali merujuk kepada negara-negara yang tidak memihak kepada mana-
mana blok dunia sama ada Blok Barat (yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan disokong oleh
Britain, Perancis dan negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi-kapitalis)  atau pun
Blok Komunis (yang diketuai oleh Rusia dan disokong oleh Negara China, Jerman Timur dan
negara-negara yang mengamalkan konsep komunisme). Kedua-dua blok ini telah
memperkuatkan tentera masing-masing dan mengadakan konfrontasi secara aman yang
dikenali sebagai “Perang Dingin”.

Sebagai langkah menyekat perkembangan komunisme, Amerika Syarikat telah membentuk


Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) pada tahun 1955 yang ahlinya terdiri daripada
Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Pakistan, Negara Thai dan Filipina. Kebanyakan negara di
Asia dan Afrika yang merdeka dan sedang membangun tidak mahu terbabit dalam Perang
Dingin itu dan tidak mahu menyertai SEATO. Negara-negara tersebut telah mengamalkan
dasar berkecuali dan tidak mahu memihak kepada mana-mana pihak kerana tidak mahu
terbabit dalam sebarang pertempuran antara kedua-dua blok tersebut.

Secara kesimpulannya, Pertubuhan Negara-negara Berkecuali merujuk kepada negara-negara


yang tidak memihak kepada mana-mana blok dunia, sama ada Blok Barat atau Blok Timur.
Yang mana pergerakan ini sangat aktif dan bebas membuat keputusan atau dasar mengikut
pandangan mereka dan sememangnya pergerakan ini menggalakkan kerjasama dalam semua
bidang terutamanya bidang politik, ekonomi dan sosial dikalangan negara-negara membangun.
 
Tujuan Penubuhan NAM

Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah untuk
memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali
dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan
pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan dominasi terhadap kuasa serta kumpulan
politik.
Selain itu dalam  laman web Jabatan Penerangan juga ada membincangkan tentang tujuan
penubuhan NAM. Antara tujuannya ialah :

i.              Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.


ii.             Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
iii.            Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
iv.           Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun.
v.            Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
vi.           Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui rundingan.
vii.          Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.

Secara kesimpulannya, daripada tujuan utama NAM yang dibincangkan telah melahirkan
beberapa prinsip yang digunakan oleh negara-negara anggota NAM ini. Antaranya ialah:

i.              Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan sesebuah negara.


ii.             Mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara.
iii.            Menyelesaikan segala perselisihan antarabangsa secara damai.
iv.           Menghormati hak asasi manusia

Malaysia Sebagai Sebuah Negara Berkecuali

Pada dasarnya, pergerakan ini diasaskan pada tahun 1955 dalam Persidangan Kemuncak
Negara-negara Berkecuali di Bandung, Indonesia yang dihadiri oleh 25 buah negara dari Asia
dan Afrika yang mengamalkan dasar berkecuali.

Kini, pergerakan ini dianggotai oleh lebih 100 buah negara yang sebahagian besarnya terdiri
daripada negara dunia ketiga yang terletak di Asia, Afrika dan Amerika Latin. NAM diasaskan di
Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun istilah ‘berkecuali’ datangnya dari idea Perdana
Menteri India, Jawaharlal Nehru dalam ucapannya di Colombo, Ceylon (Sri Lanka)[11]. Di
Colombo, Nehru memperkenalkan 5 tonggak asas dalam menjalin hubungan antarabangsa di
mana ia turut dikenali sebagai ‘Panchseel’ iaitu:

i.              Hormati kawasan
ii.             Saling tidak menceroboh antara Negara
iii.            Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan
iv.           Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan
v.            Mewujudkan keamanan

Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah diadakan di Bandung dan dinamakan
Persidangan Bandung. Prinsipal ‘Panchseel’ telah mula diperkembangkan dan disinilah
bermulanya pembentukan konsep pengecualian.

Konsep ini menyarankan negara-negara anggota tidak terlibat dalam Konfrontasi Ideologi
Timur-Barat semasa Perang Dingin. Secara tidak langsung negara-negara anggota akan
berusaha untuk mencapai kemerdekaan, pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan.

Malaysia mula menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali pada tahun 1970. Penyertaan
Malaysia ini dibuat berlandaskan beberapa faktor yang menjadi pegangan negara sejak
merdeka iaitu:
i.              Menyelesaikan secara aman terhadap apa-apa pertikaian.
ii.             Menghormati keutuhan dan kedaulatan wilayah negara lain.
iii.            Mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman.
iv.           Tidak campur tangan dalam urusan negara lain, sama ada gerakan subversif atau lain-lain
gerakan sekali pun.

Peranan Malaysia Dalam NAM

Sejak menjadi anggota NAM, Malaysia telah memberi sumbangan yang besar dalam
pertubuhan ini. Antaranya ialah:
i.              Memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan kerjasama antara negara sedang
membangun dengan negara miskin melalui apa yang dikenali sebagai “Kerjasama Selatan-
Selatan”.
ii.             Mempelopori perang penyalahgunaan dan pengedaran dadah di peringkat antarabangsa.
iii.            Memperjuangkan Isu Antartika sebagai hak warisan bersama manusia sejagat.
iv.           Berusaha dalam menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan.
v.            Mempertahankan pendirian pergerakan ini berhubung dengan isu-isu tertentu dalam sidang dan
forum antarabangsa, termasuk persidangan PBB.

Secara keseluruhannya, Malaysia telah memainkan peranan yang berkesan dalam Pergerakan
Negara-negara Berkecuali sejak menganggotai pergerakan ini sejak tahun 1970. Sebagai
pengiktirafan terhadap peranan dan komitmen Malaysia yang aktif dalam pergerakan tersebut,
Malaysia telah dipilih menjadi Pengerusi NAM untuk tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2003
hingga tahun 2006[12]. Kesemua ini melambangkan pengiktirafan antarabangsa terhadap
sumbangan Malaysia di peringkat global.

Negara-Negara Anggota NAM

Antara ahli-ahli NAM:

Afghanistan | Algeria | Angola | Bahamas | Bahrain | Bangladesh | Barbados | Belarus | Belize | 
Benin | Bhutan | Bolivia | Botswana | Brunei | Burkina
Faso | Burundi | Kemboja | Cameroon | Cape Verde | Republik Afrika
Tengah | Chad | Chile | Colombia | Comoros | Côte d'Ivoire | Cuba | Republik Demokratik
Congo | Republik Congo | Djibouti | Dominica | Ecuador | Mesir | Equatorial
Guinea | Eritrea | Ethiopia | Gabon | Gambia | Ghana | Grenada | Guatemala | Guinea | Guinea-
Bissau | Guyana | Honduras | India | Indonesia | Iran | Jamaika | Jordan | Kenya | Kuwait | Laos | 
Lubnan | Lesotho | Liberia | Libya | Madagascar | Malawi | Malaysia | Maldives | Mali | Mauritani
a | Mauritius | Mongolia | Maghribi | Mozambique | Myanmar | Namibia | Nepal | Nicaragua | Nig
er | Nigeria | Korea Utara | Oman | Pakistan | Palestin | Panama | Papua New
Guinea | Peru | Filipina | Qatar | Rwanda | Saint Lucia | Saint Vincent dan the Grenadines | São
Tomé dan Príncipe | Arab Saudi | Senegal | Seychelles | Sierra
Leone | Singapura | Somalia | Afrika Selatan | Sri
Lanka | Sudan | Suriname | Swaziland | Syria | Tanzania | Thailand | Timor
Leste | Togo | Trinidad dan Tobago | Tunisia | Turkmenistan | Uganda | Amiriah Arab
Bersatu | Uzbekistan | Vanuatu | Venezuela | Vietnam | Yaman | Zambia | Zimbabwe
Negara-negara pemerhati: Antigua dan Barbuda | Armenia | Azerbaijan | Brazil | Republik
Rakyat China | Costa Rica | Croatia | Cyprus | Dominica | El
Salvador | Kazakhstan | Kyrgyzstan | Mexico | Serbia dan Montenegro | Ukraine | Uruguay
Organisasi pemerhati: Kesatuan Afrika | Liga Arab | Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

14.6  PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)


                                   
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San
Francisco, Amerika Syarikat. Bilangan negara anggota PBB bertambah kepada 191 buah
negara. Matlamat–matlamat utama PBB ialah:

i.              Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia


ii.             Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan
iii.            Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira jaum,jantina atau agama.

Antara program yang dilaksanakan oleh PBB ialah:

i.              Majlis Perhimpunan Agung


ii.             Keselamatan bagi menentukan dan memutuskan isu-isu keselamatan melalui kuasa veto.
iii.            Majlis Ekonomi dan Sosial PBB bagi meningkatkan taraf hidup.
iv.           Bantuan kecemasan kepada mangsa peperangan, terutama kanak-kanak.
v.            Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.

Strategi yang digunakan oleh PBB bagi mencapai matlamat yang telah digariskan ialah:

i.              Persidangan perwakilan negara anggota bagi menyelesaikan masalah pertikaian yang


melibatkan negara-negara anggota.
ii.             Menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia.
iii.            Mengadili sebarang pertikaian antarabangsa.
iv.           Mengendalikan program PBB melalui agensi termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang-Orang Pelarian (UNHCR), Rancangan
Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNICEF).
v.            Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk berlindung, memperoleh
makanan, pakaian dan perubatan.
vi.           Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea dan mendirikan penempatan sementara.

Keahlian PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dengan syarat mereka bersetuju
menerima Piagam PBB.  Badan-badan PBB yang utama ialah:

(1)          Majlis Perhimpunan Agung


(2)          Majlis Keselamatan
(3)          Majlis Amanah
(4)          Majlis Ekonomi dan Sosial
(5)          Mahkamah Pengadilan Antarabangsa
(6)          Sekretariat

Ketua PBB ialah Setiausaha Agung. Setiausaha Agung PBB yang pertama ialah Trygve Lie dari
Norway. Keputusan Perhimpunan Agung mengenai perkara-perkara yang mustahak dibuat
berasaskan sokongan 2/3 daripada ahli-ahli yang hadir. Keputusan mengenai perkara-perkara
lain hanya memerlukan sokongan lebih suara.
Persekutuan Tanah Melayu menyertai PBB pada tahun 1957 dan meneruskannya selepas
pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Malaysia merupakan penyokongnya yang
kuat.

Bagi menjamin dan memastikan peranan Malaysia yang aktif dalam PBB, Malaysia melalui
Kementerian Luar Negara, khususnya melalui Jabatan Bahagian Politik Pelbagai Hala bertindak
merumuskan pendirian dan peranan Malaysia di pertubuhan tersebut[13].

Selaku ahli PBB, Malaysia menyertai secara aktif dalam perbincangan PBB dengan
menyuarakan pendirian mengenai pelbagai isu yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia
dan negara-negara membangun.
Bukti komitmen Malaysia terhadap perkembangan dunia yang aman dan adil ialah penyertaan
Malaysia dalam sembilan misi pengaman PBB seperti di Congo, Bosnia-Herzegovina, Angola,
Timur Leste dan lain-lain. Selain itu, Malaysia juga telah dilantik untuk menganggotai Majlis
Keselamatan PBB dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB.
 Kesimpulan

Pengenalan sesebuah dasar terutamanya dasar politik di Malaysia sesungguhnya telah


memberi kesan ke atas sikap penduduk Malaysia, budaya kerja, mutu kerja dan kedudukan
Malaysia di mata dunia melalui dasar luar Malaysia. Kesemua perkara ini boleh dikatakan telah
memenuhi matlamat  dan hasrat Wawasan 2020. Usaha kerajaan untuk membangunkan
negara melalui usaha-usaha yang dijalankan tidak harus dipandang ringan memandangkan
dengan adanya dasar inilah yang telah membentuk perpaduan negara, keamanan dan
kekayaan negara kita yang dimiliki sekarang

Anda mungkin juga menyukai