Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Antara cadangan penambahbaikan adalah guru pelatih boleh mengadakan projek


permainan TGfU yang melibatkan peserta yang lebih banyak dan memberi penerangan
kepada guru-guru di sekolah mengenai projek ini. Projek yang melibatkan peserta yang lebih
banyak dapat memberi manfaat dan pembelajaran kemahiran secara serentak kepada
semua murid-murid. Antaranya aktiviti yang melibatkan semua murid Tahun 4 dan bukannya
12 murid sahaja. Saya juga boleh memberi penerangan mengenai TGfU kepada guru-guru
di sekolah yang akan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pendekatan TGfU
memberi tumpuan kepada pendekatan pengajaran melalui bermain yang menekankan
konsep, taktik, strategi dan penyelesaian masalah. Saya mendapati bahawa guru di sekolah
hanya memberi murid belajar teknik-teknik permainan seperti melambung bola dan
membaling pundi kacang yang menekankan teknik sahaja. Penerangan pendekatan TGfU
kepada guru-guru dapat mempelbagaikan cara penyampaian pengajaran Pendidikan
Jasmani di sekolah iaitu pengajaran teknik melalui pertandingan mini. Ini dapat
menggalakkan merancang aktiviti yang lebih menarik dan menyenorokkan.

Selain itu, guru boleh mengelolakan aktiviti yang lebih mudah difahami oleh murid
bagi permainan kategori serangan. Contohnya, permainan bola keranjang atau bola sepak
adalah lebih mudah bagi murid Tahun 4 berbanding dengan aktiviti sebenar iaitu permainan
rugbi. Ini dapat meningkatkan lagi keseronokan yang diperoleh oleh murid berbanding
permainan rugbi di mana murid tidak mampu mendapat mata walaupun masa untuk
permainan tersebut telah tamat. Kemenangan yang didapati dalam permainan dapat
menambah keseronokan bagi sesuatu aktiviti. Pemilihan permainan yang lebih mendekati
murid-murid dapat meningkatkan keberkesanan aktiviti dan pencapaian objektif mengenai
teknik-teknik permainan bagi murid-murid Tahun 4 berbanding dengan permainan yang
kurang mendapat explore oleh murid.

Cadangan penambahbaikan yang lain adalah meningkatkan kemahiran-kemahiran


guru dari segi pengelolaan dan menyelesaikan masalah. Contohnya, dalam permainan hit
the balloon, saya menghadapi masalah kerana belon tersebut telah pecah walaupun saya
telah menyediakan 3 belon. Guru pelatih seharusnya menyediakan lebih banyak belon bagi
menghadapi masalah yang berlaku secara spontan. Guru haruslah dapat berfikir masalah
yang akan berlaku dalam permainan dan menyediakan pelan tindakan yang sesuai untuk
menghadapi masalah tersebut. Guru juga telah memberi arahan secara spontan dengan
mengarahkan murid memukul belon dengan muka yang rata dan tidak terlalu kuat.
Seterusnya, guru juga harus sentiasa meningkatkan kemahiran menyampaikan penerangan
dan peraturan permainan kepada murid-murid. Ini dapat melancarkan pelaksanaan program
kelak hari.

Anda mungkin juga menyukai