Anda di halaman 1dari 5

FOKUS ASPEK LAKUAN MOTOR

Melalui amali ini, komposisi badan seseorang dapat diukur menggunakan peralatan
Tanita Body Composition Analyzer TBF-410. Peralatan ini mengukur komposisi
badan berdasarkan galangan bioelektrikal di mana kulit manusia kontak dengan
platform elektrod semasa ujian dilaksanakan. Kemudian, current AC yang sangat
minima akan melalui keseluruhan badan seseorang untuk mengukur galangan
bioelektrikal individu tersebut. Peratusan lemak badan dan jisim lemak seseorang
akan ditentukan daripada galangan bioelektrikal yang diukur dan maklumat peribadi
yang dimasukkan sebelum ujian (Komatsu, Y., & Sasaki, Y., 2004). Oleh itu, data
seperti maklumat badan perlu dimasukkan sebelum operasi pengukuran dimulakan.

PROSEDUR LATIHAN

1. Bagi memastikan ketepatan, bacaan boleh diambil tanpa pakaian dan di


bawah konsisten syarat penghidratan.
2. Tekan butang “ON / OFF” sehinnga muncul paparan seperti di gambar.

3. Tekan masuk berat pakaian (0.5kg) jika tidak menanggalkan baju.

4. Selepas itu, pilih jenis badan seperti “standard male”, “standard female” ,
“athletic male” atau “athletic female”
5. Masukkan umur dalam dua angka. Contoh 22 tahun. Tekan [2] dan [2].
Contoh 9 tahun. Tekan [0] dan [9]. Jika umur kurang daripada 16, mesin akan
tukar jenis badan kepada badan jenis standard walaupun memilih jenis badan
“athletic”.

6. Tekan masuk ketinggian. Contoh 172cm. Tekan [1], [7] dan [2].

7. Selepas tekan masuk tinggi, “GOAL” secara automatik akan berkelip pada
paparan.
8. Menggunakan kekunci numberical untuk tekan masuk nisbah lemak sasaran.
Contoh, 16%. Tekan [1] dan [6]

9. Selepas “88888” dipaparkan, satu petunjuk akan muncul di sebelah butang


“STEP ON”

10. Selepas itu, pelaku perlu tanggalkan kasut dan stoking serta memastikkan
tapak kaki bersih sebelum berdiri di atas platform pengukur. Pastikan tumit
kaki berada pada posterior electrodes, manakalan bahagian depan tapak kaki
berada pada anterior electrodes.

11. Peserta berdiri tegak dan memandang ke depan untuk mengambil ukuran
komposisi badan.

12. Komposisi badan akan diukur dalam beberapa saat, pelaku harus berada di
atas electrode sehingga langkah ukuran selesai.
13. Apabila ukuran komposisi badan telah selesai, peratusan lemak dan berat
badan akan ditunjukkan di atas paparan dan dicetak secara automatik.
14. Tekan butang “ON / OFF” untuk matikan mesin.

RAKAMAN VIDEO

ANALISA DATA

TAN KIAN ALINE TANG LUK TECK WONG MEI


HUA SING YEE BING HUA
JANTINA Lelaki Perempuan Perempuan Perempuan
UMUR (TAHUN) 21 22 22 21
TINGGI (CM) 168 155 170 166
BERAT (KG) 81.2 45.5 57.5 61.9
INDEKS JISIM BADAN
Body Mass Index (BMI) 28.8 18.9 19.9 22.5
Kadar metabolik basal 7059 KJ 4696KJ 5569KJ 5672KJ
Basal metabolic rate (BMR)
GALANGAN 444 523 511 490
Impedance
PERATUSAN LEMAK 30.5% 20.5% 22.2% 27.2%
Fat %
JISIM LEMAK 24.8KG 9.3KG 12.8KG 16.8KG
Fat Mass
JISIM LEMAK PERCUMA 56.4KG 36.2KG 44.7KG 45.1KG
Fat Free Mass (FFM)
JUMLAH 41.3KG 26.5KG 32.7KG 33KG
Total body weight (TBW)
IDEAL SKOP
Desirable Range
LEMAK % 14-20% 17-24% 17-24% 17-24%
Fat%
JISIM LEMAK 9.2-14.1KG 7.4-11.4KG 9.2-14.1KG 9.2-14.2KG
Fat mass

Jadual data ini merupakan data yang dikumpul daripada 4 orang responden iaitu Tan
Kian Hua, Aline Tang Sing Yee, Luk Teck Bing dan Wong Mei Hua. Merujuk jadual
data yang dikumpul, boleh didapati jantina, umur, berat dan tinggi adalah tidak sama.
Jadi, Body Mass Indeks (BMI) atau dikenali sebagai Indeks Jisim Badan mereka
adalah tidak sama. Contohnya, BMI bagi responden Tan Kian Hua ialah 28.8. Nilai
BMI dihasilkan daripada formula mengira BMI iaitu 81.2KG / 1.682 . Mengikut
norma yang ditunjukkan dalam lampiran, responden Tan Kian Hua adalah lebih berat
badan.Manakala tiga orang responden yang lain adalah mempunyai berat badan
yang unggul. Kadar metabolism basal dikenali sebagai basal metabolism rate (BMR)
didapati bergubah mengikut nilai BMI masing-masing. Maksudnya, semakin tinggi
BMI semakin tinggi kadar BMR. Hasil ukuran daripada responden, didapati
peratusan lemak responden Tan Kian Hua dan Wong Mei Hua adalah lebih daripada
ideal peratusan lemak manakala responden Luk Teck Bing dan Aline Tang Sing Yee
mempunyai dalam ideal peratusan lemak.

PERBINCANGAN DAPATAN AMALI

Nilai BMI senang untuk dikira dan ia digunakan secara meluas sebagai petunjuk
unutk mengenal pasti sama ada seseorang itu kurang berat, berat badan normal
atau obesiti. Semakin tinggi nilai BMI, semakin tinggi risikonya menghidap penyakit
jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit lain. Salah satu faktor
yang mempengaruhi nilai BMI seseorang individu adalah pemakanan. Amalan
pemakanan berkait rapat dengan jenis, proporsi dan kombinasi makanan yang
dimakan oleh seseorang individu. Kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang
adalah untuk membantu dalam tumbesaran manusia. Akan tetapi, jika seseorang
mengambil kalori yang lebih daripada kadar pengambilan kalori norma sehariannya
akan menyebabkan peningkatan berat badan. Makanan yang berminyak atau
berlemak mendatangkan kesan yang ketara terhadap tubuh badan. Hal ini demikian
kerana makanan berminyak akan menyebabkan storan tenaga yang berlebihan di
samping menyebabkan seseorang mengalami obesity. Selain itu, amalan kehidupan
seharian juga akan mempengaruhi komposisi badan seseorang. Pengamalan
kehidupan yang sedentari akan menyebabkan peningkatan berat badan manakala
pengalaman aktiviti fizikal yang aktif dapat menjaga kesihatan tubuh badan. Latihan
terutama latihan jenis aerobik seperti berjogging dapat membantu menurunkan berat
badan. Hal ini demikian kerana sistem tenaga ini melibatkan pembakaran lemak
dalam tubuh badan serta meningkatkan denyutan jantung manusia.

LAMPIRAN

Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, BMI boleh dikategorikan

1. BMI bawah 18.5= Kurang berat badan


2. BMI antara 18.5= Mempunyai berat badan yang unggul
3. BMI antara 25-30 = Lebih berat badan
4. BMI antara 30 atau lebih= Obes

Rujukan daripada : https://siraplimau.com/cara-kira-bmi-gemuk-obes/

Komatsu, Y., & Sasaki, Y. (2004). U.S. Patent No. 6,782,340. Washington, DC: U.S.
Patent and Trademark Office.

Anda mungkin juga menyukai