Anda di halaman 1dari 2

Guru Penyelaras Kelab Bola Keranjang,

SJKC Chi Wen,


Jalan OKK Abdullah,
87000 WP Labuan.

Kepada:
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SJKC Chi Wen,
Jalan OKK Abdullah,
87000 WP Labuan. 2 November 2022

Melalui dan salinan:


Guru Besar,
SJKC Chi Wen,
Jalan OKK Abdullah,
87000 WP Labuan.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PERLAWANAN PERSAHABATAN
BOLA KERANJANG DI KOTA KINABALU, SABAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk,


2. Sukacita dimaklumkan bahawa tiga orang murid dari SJKC Chi Wen akan
menyertai Perlawanan persahabatan yang dijadualkan pada 11 hingga 13 November
2022 (Jumaat hingga Ahad). Perlawanan persahabatan ini melibatkan tiga sekolah di
Kota Kinabalu iaitu SJKC Chung Hwa Likas, SJKC Shan Tao dan SJKC Yue Min
Penampang. Perlawanan persahabatan ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan
pengalaman yang lebih luas bagi murid sekolah rendah di Labuan. Selain itu,
perlawanan persahabatan ini juga diharapkan dapat memupuk dan menyemai
semangat kesukanan di kalangan murid.

3. Sehubungan itu, saya memohon sumbangan dalam bentuk wang tunai daripada
pihak tuan. Maklumat murid dan sumbangan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Nama Murid Kelas Wang Saku Pakaian


Kevin Chan Kah Hong 6 Ai RM100.00 RM60.00 RM160.00
Evam Lam Jun Jet 5 Cheng RM100.00 RM60.00 RM160.00
Ethan Gerard Cyril Abah 5 Jing RM100.00 RM60.00 RM160.00
JUMLAH RM480.00

4. Semoga permohonan ini dapat dipertimbangankan oleh pihak tuan. Kerjasama


dan keprihatinan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

_____________________________
( WONG MEI HUA )
Guru Penyelaras Kelab Bola Keranjang
SJKC Chi Wen, WP Labuan

Anda mungkin juga menyukai