Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

LIGA BOLA SEPAK 7 SEBELAH DAN


LIGA BOLA JARING
TAHAP 2

TAJUK : LIGA BOLA SEPAK 7 SEBELAH DAN LIGA BOLA JARING TAHAP 2,

SEKOLAH KEBANGSAAN JAYA GADING.

PENGENALAN

Program ini merupakan satu kaedah untuk meningkatkan tahap kemahiran dan
kecerdasan murid-murid di dalam sukan bola sepak dan bola jaring serta menanam
sikap kerjasama dan keyakinan diri secara berpasukan.

RASIONAL

Program ini peru dilaksanakan bagi melengkapkan murid-murid dengan sifat


kepimpinan, kerjasama dan toleransi dengan semangat kesukanan supaya mereka
lebih cerdas dan berkeyakinan di masa hadapan.

MATLAMAT

Melahirkan generasi bola sepak dan bola jaring sekolah masa hadapan yang lebih
berkemahiran, cerdas dan lebih bersungguh-bersungguh untuk mencapai kejayaan
untuk sekolah.
OBJEKTIF

Pada akhir program ini diharap murid-murid dapat :

 Meningkatkan kemahiran dan kecerdasan.


 Meningkatkan semangat kerjasama antara satu sama lain.
 Menggalakkan murid-murid mempertingkatkan usaha untuk mencapai
Kejayaan cemerlang dalam bidang sukan.
 Dipilih untuk mewakili sekolah pada tahun 2016.

TARIKH / MASA / TEMPAT

2, 3 dan 4 November 2015

8.00 pagi – 12.00 tengahari

Padang Sekolah Kebangsaan Jaya Gading,

25150 , Kuantan

KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahun 4 - 6

PERSONALIA

Semua guru penasihat sukan dan permainan.


STRATEGI PELAKSANAAN

 Perbincangan dengan penasihat,


penetapan tarikh, tempat dan sumber kewangan
 Menyediakan kertas cadangan
 Menyediakan AJK bertugas serta bidang tugas
 Taklimat jawatankuasa
 Mengadakan surat
 Persediaan program oleh AJK
 Pelaksanaan program
 Penilaian program

KEWANGAN

A. Kewangan daripada peruntukan kokurikulum

1. Perbelanjaan bagi kejohanan bola sepak dan bola jaring tahun 4,5 dan 6

BOLA SEPAK BOLA JARING


9 orang 1 pasukan 10 orang 1 pasukan
BUTIRAN RM BUTIRAN RM

Johan 3 X RM 80.00 240 Johan 3 X RM 80.00 240


Naib johan 3 X RM 60.00 180 Naib johan 3 X RM 60.00 180
Tempat ketiga 3 X RM 40.00 120 Tempat ketiga 3 X RM 40.00 120
Tempat keempat 3 X RM 40.00 120 Tempat keempat 3 X RM 40.00 120

Jumlah 660 Jumlah 660

Jumlah keseluruhan perbelanjaan hadiah 1320

Minuman RM 20 x 3hari 60

Pengurusan padang (minyak hitam) 100

Jumlah keseluruhan 1480


PENILAIAN

Penilaian dibuat secara pemantauan, pemerhatian dan melihat penglibatan

murid-murid semasa program dijalankan.

PENUTUP

Program ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua jawatankuasa dan
para peserta. Segala usaha amat dihargai dan semoga mendapat keberkatan Allah
s.w.t.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

_______________ ___________________

En. Md Nasri Yusoff En. Abdullah Pani b Ab Latiff

Penyelaras Sukan dan Permainan GPK Kokurikulum

Disahkan oleh,

___________________

Pn. Zuriati Bt Che Mohd

Guru Besar

S.K Jaya Gading

Anda mungkin juga menyukai