Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7S

TAHUN 2019

Tajuk : Pertandingan Bola Sepak 7S (Program Selepas UPSR)

1. Pengenalan
Pertandingan Bola Sepak ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji
ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Kejohanan yang diadakan ini juga menerapkan sifat
kerjasama dalam setiap peserta supaya ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.
Kejohanan ini juga dapat memberikan peluang kepada setiap pasukan untuk merancang strategi bagi
memperoleh sesuatu kejayaan.
Selain itu, pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak akan dapat
menonjolkan bakat mereka dalam kejohanan ini. Kejohanan ini juga akan dapat memberikan peluang
kepada setiap sekolah bagi menyediakan pasukan bola sepak untuk pertandingan pada tahun hadapan.

2. Objektif
Berikut merupakan objektif dalam pelaksanaan Pertandingan Bola Sepak 7S,
iaitu :
3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah
pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam
sesebuah pasukan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah
pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang memerlukan
daya ketahanan fizikal yang tinggi.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam sesebuah pasukan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan
diri sendiri.
3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.
3. Sasaran Peserta
Murid-murid Tahun 4,5, & 6

4.Tempoh Pelaksanaan
28 September 2019

KAEDAH PELAKSANAAN
Ahli jawatankuasa ditubuhkan dan sediakan kertas kerja.
Membentang kertas cadangan dalam mesyuarat pengurusan dan dapatan kelulusan guru besar.
Kenalpasti tempat pelaksanaan pertandingan Bola Sepak.
Mendapatkan kelulusan penempahan tempat dari padang asrama.
Setelah itu, membuat kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan guru besar.
Menghantar surat kelulusan ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk kelulusan pihak PPD.
Sediakan surat pekeliling kepada ibubapa dan dapatkan kebenaran secara bertulis.
Mengadakan mesyuarat AJK dan agihkan tugasan.
AJK induk semak persiapan oleh AJK kecil dari masa ke semasa.
Sediakan peralatan yang diperlukan serta lain-lain persiapan yang sewajar.
Menjalankan program.
Membuat dokumentasi.
Mengadakan mesyuarat post mortem
Membuat cadangan penambahbaikan bagi tahun akan datang.

5. Jawatankuasa Pengelola
Guru-guru SJK Tamil Jalan Tajul
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN KABADI
TAHUN 2019

Penasihat : En.Bala Subramaniam A/L Gopal


Guru Besar
Pengerusi : En.Selvamani
GPK Ko-Kurikulum
Setiausaha : En.M.Yuthish Dheeran
Penyelaras Pertandingan Bola Sepak

Hadiah
Persiapan tempat Pn.S.Janaki
Pn.M.mages
Juru gambar
Makanan murid Cik.G.Darshini
Cik.C.Deenadevy

Dokumentasi/laporan
En.M.Yuthish Dheeran

Sumbangan
Bidang Kokurikulum

Kos Perbelanjaan
BIL PERARA JUMLAH (RM)

Medal Johan
1 RM 120.00
RM 15.00 x 7 buah

Medal Naib Johan


2 RM 104.00
RM 13.00 x 7 buah (lelaki)

Medal Tempat Ketiga RM 104.00


3
RM 13.00 x 7 buah (lelaki)

Medal Sagu Hati RM 104.00


4
RM 13.00 x 7 buah (lelaki)

Makanan (Nasi Ayam)


5
RM 5.50 x 28 orang RM 198.00

JUMLAH BESAR RM 646.00

7.Tentatif Program

Masa Aktiviti

7.30 pg Aktiviti senam robik

7.45 pg Taklimat Pertandingan Bola Sepak 7S

8.00 pg Pertandingan Bola Sepak 7S bermula

10.20 pg Rehat

11.00 pg Penyampaian hadiah


9.0 Penutup
Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai. Segala
kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.

Disediakan oleh, Diluluskan / Tidak diluluskan / Dipindah oleh,

……………………………….. ………………………………………………..
(En.M.Yuthish Dheeran) (EN.G.BALASUBRAMANIAM)
Penyelaras Guru Besar,
Pertandingan Bola Sepak 7S SJK Tamil Jalan Tajul SJK Tamil Jalan Tajul

Anda mungkin juga menyukai