Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM TUNAS GEMILANG - KLINIK BOLA SEPAK

1. Pendahuluan

Kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada kualiti pemain yang

dilahirkan. Pemain yang berkualiti mempunyai kemahiran bolasepak yang tinggi yang

lahir daripada latihan yang sistematik daripada jurulatih yang benar-benar

berpengetahuan dan berpengalaman. Semoga apabila mereka meningkat dewasa,

mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dan mampu bermain dengan baik.

Namun, pemain mestilah mempunyai kualiti permainan yang tinggi untuk

mencapai matlamat tersebut. Justeru itu, pihak sekolah melalui Kelab Bola Sepak

berharap untuk mengadakan Bengkel dan Klinik Bola sepak di sekolah ini. Melalui

bengkel dan klinik ini diharapkan murid-murid akan dapat menimba ilmu yang amat

berguna daripada jurulatih. Pihak guru-guru juga akan mendapat manfaat daripada

pendedahan teknik latihan di dalam program ini. Semoga program ini menjadi satu

usaha awal ke arah melahirkan pemain yang berkualiti terutamanya di daerah Petaling

Jaya.
2. Objektif

a. Memberikan pendedahan kemahiran bola sepak secara sistematik dan betul


kepada pelatih dan guru berminat

b. Menanamkan minat terhadap bola sepak kepada pelajar dan masyarakat di


sekitar Seksyen 7 Kota Damansara.

c. Mendedahkan pelajar dan guru tentang teknik latihan dan aspek pemakanan,
disiplin dan persediaan mental seorang pemain bola sepak

d. Mmenjalin kerjasama antara pihak sekolah, PIBG, masyarakat dengan PKNS


sebagai satu bentuk 'Smart Partnership" dalam membantu kecemerlangan sekolah

e. Menanamkan minat dan kecintaan masyarakat dan peminat terhadap pasukan


bola sepak negeri.

3. Sasaran

Program ini mensasarkan kumpulan berikut:

a. 40 orang murid SK Seksyen 7 Kota Damansara yang mempunyai bakat dalam


bola sepak
4. Aktiviti Program

Aktiviti program ini akan merangkumi aspek:

- Latihan asas fizikal/ kecergasan

- Kemahiran asas bolasepak

- Undang-undang bolasepak

- Aspek pemakanan dan kesihatan dalam bolasepak

- Taktikal bolasepak

- Ujian kecergasan dalam bolasepak


5. Tempat Program / Jadual Latihan

- Padang SK Seksyen 7 Kota Damansara

- Dewan Harmoni SK Seksyen 7 Kota Damansara

- Penginapan murid dan jurulatih : Dewan harmoni SK Seksyen 7 Kota Damansara

TENTATIF PROGRAM

11 FERUARI 2012 ( SABTU )

7.30 pagi : Pendaftaran peserta dan sarapan pagi


8.00 pagi : Perhimpunan dan Taklimat program
8.30 – 10.00 : Sesi 1 ( Asas Bola Sepak / Pemanasan Badan )
10.00 – 10.30 : Rehat / Minum pagi
10.30 – 12.00 tghari : Sesi 2 ( Perkembangan Kemahiran )
12.00 – 2.00 ptg : Rehat / Pengurusan diri
2.00 – 3.00 ptg : Sesi 3 (Undang-undang dan peraturan permainan bola sepak )
3.00 – 4.30 ptg : Sesi 4 ( Perkembangan Kemahiran )
4.30 – 5.00 ptg : Rehat / minum petang
5.00 – 6.00 : Sesi 5 (Perkembangan Kemahiran )
6.00 – 7.00 : Rehat / Pengurusan Diri
7.00 – 11.00 malam : Rombongan ke Stadium MBPJ – menyaksikan perlawanan
Liga Super ( PKNS vs Selangor )
12.00 malam : Rehat / Pengurusan Diri
12 FEBRUARI 2012 ( AHAD )

7.30 pagi : Sarapan pagi


8.00 – 9.00 : Sesi 6 ( Pemanasan Badan )
9.00 – 10.00 : Sesi 7 ( Pertandingan bola sepak 9 sebelah – 4 penjuru )
10.00 – 10.30 : Rehat
10.30 – 11.30 : Pertandingan bola sepak 9 sebelah – 4 penjuru
11.30 - 12.00 tghari : Sesi beramah mesra bersama pemain-pemain Liga Super
PKNS , Harimau Muda dan Skuad Olimpik
( Bekas-bekas pelajar SKS7 KD )
12.00 – 1.00 tghari : Majlis Penutup
Penyampaian Sijil & Hadiah ( Ibu bapa dijemput hadir )
Jamuan makan tengahari
Bersurai
6. BAJET PROGRAM TUNAS GEMILANG - KLINIK BOLA SEPAK

1. Makanan dan minuman


a. 6 sajian ( RM 22 x 45 peserta ) = RM 990

2. T-shirt peserta dan Jurulatih


a. ( 40 peserta X rm10) + (5 jurulatih X rm15) = RM 475

3. Hadiah pertandingan
40 Hadiah X rm 4 = RM 160

4. Sijil penyertaan
a. 45 X rm 1.00 = RM 45

5. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah


a. ( Jamuan ibu bapa ) = RM 400

6. Saguhati jurulatih = RM 200

7. Runcit = RM 100
_____________
RM 2, 370.00

Sumber Kewangan

1. Yuran penyertaan
a. ( RM 35.00 X 40 peserta ) = RM 1400.00

2. Sumbangan PIBG = RM 970.00

_____________
RM 2370.00

7. Kesimpulan
Adalah menjadi harapan agar program Tunas Gemilang ini akan menjadi perintis

kepada pembentukan program yang sama di setiap daerah khususnya Petaling Jaya

dalam membentuk insan yang aktif, sihat dan bersatu dan dalam masa yang sama

berupaya melahirkan atlet yang cemerlang pada masa akan datang. Seterusnya

diharapkan ia akan membuka mata pihak tertentu akan pentingnya kemahiran dan ilmu

bola sepak yang betul dan sistematik. Semoga ia menjadi satu persiapan yang jitu ke

arah melahirkan pemain yang bermutu bermula dari peringkat kanak-kanak dan

seterusnya menjadi pemain yang serba lengkap apabila dewasa.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………. ……………………………………
(EN CHE RAMLI BIN TAUSA) (PN HJH ZOHRIN BT MOHAMED SOM)
Penyelaras Pengerusi
Program Tunas Gemilang Program Tunas Gemilang
Sk Seksyen 7 Kota Damansara Sk Seksyen 7 Kota Damansara

Disahkan oleh,

…………………………..
(PN NOR AIMI BT ABDUL LATIF)
Penasihat
Program Tunas Gemilang
Sk Seksyen 7 Kota Damansara

Anda mungkin juga menyukai