Anda di halaman 1dari 2

PK 21

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KUALA LANGAT


2018

Nama Institusi : SJK (T) PUSAT TELOK DATOK

Tajuk : Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kuala Langat 2018

1.0 PENDAHULUAN
Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kuala Langat 2018 merupakan satu kejohanan
yang dilangsungkan setiap tahun mengikut takwim PPD Kuala Langat. Sukan memainkan
peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid
bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-
kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas
kesedaran inilah, maka SJK (T) Pusat Telok Datok akan menghantar satu pasukan atlet
olahraga Trek dan Padang yang menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang.
Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri atlet terpilih SJK
(T) Pusat Telok Datok sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

2.0 RASIONAL
I. Melalui Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini, diharapkan guru pelatih dapat:
II. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
III. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
IV. Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
V. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
VI. Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
peringkat yang lebih tinggi.

3.0 MATLAMAT

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kuala Langat 2018 ini berfokus untuk
mendedahkan murid-murid SJK (T) Pusat Telok Datok dengan acara-acara sukan olahraga
serta memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan
ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga bagi
mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

4.0 OBJEKTIF

Melalui kejohanan ini, diharapkan atlet sekolah dapat:


I. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat.
II. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
III. Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
IV. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
V. Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
peringkat yang lebih tinggi.

No. keluaran Tarikh keluaran No. pindaan Tarikh pindaan Tarikh Kuatkuasa
00 31 Mac 2015 00 00 15 April 2015
Hak Cipta Terpelihara @JPNSel 2015
5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 26 Feb – 02 Mac 2018


Masa : 8.00 Pagi – 6.00 Petang
Tempat : Kolej Matrikulasi Selangor.

6.0 SASARAN
20 orang atlet sekolah yang terpilih.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Makanan dan Minuman


(Sarapan pagi, Makan tengah hari dan minum petang)
1) RM 7.00 sehari x 20 murid x 5 hari RM 700.00

2. Yuran Pendaftaran RM 150.00

3. Peralatan Perubatan RM 60.00

JUMLAH RM 910 .00

8.0 JURULATIH (GURU PENGIRING)

1. EN. N. PASUPATHY (Pengurus pasukan)


2. PN. M. RAAJASVAREE (Jurulatih)

9.0 PENUTUP
Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kuala Langat 2018 ini diharapkan dapat
memberikan peluang kepada atlet SJK (T) Pusat Telok Datok merasai sendiri pengalaman
menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan
semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk
mewakili daerah dalam acara-acara olahraga.

Disedia oleh: Disahkan oleh:

………………………… …………………………
(EN. N. Pasupathy)
Pengurus Pasukan Olahraga
SJK (T) Pusat Telok Datok

No. keluaran Tarikh keluaran No. pindaan Tarikh pindaan Tarikh Kuatkuasa
00 31 Mac 2015 00 00 15 April 2015
Hak Cipta Terpelihara @JPNSel 2015

Anda mungkin juga menyukai