Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR

PENGURUSAN PEMBANGUNAN SUKAN


MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH
TAHUN 2021
( KRIKET )
________________________________

disediakan oleh

PENGERUSI TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SUKAN


MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH
( KRIKET )
2021

1
1. PENGENALAN

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor akan melaksanakan Pengurusan Pembangunan Sukan


MSSD Petaling Perdana yang akan diadakan pada sepanjang bulan September hingga Disember 2021
yang melibatkan atlet murid sekolah di seluruh daerah Petaling Perdana. Program ini melibatkan atlet
murid untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan atlet murid sekolah di peringkat daerah,
negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.
Pengurusan peruntukan bagi program ini juga adalah sebagai satu persediaan dan persiapan
awal atlet murid MSSD Petaling Perdana bagi mengharungi Kejohanan MSSS pada tahun 2022 dalam
memantapkan pasukan dan mempertahankan kejuaraan keseluruhan di peringkat Majlis Sukan Sekolah
Selangor (MSSS). Peruntukan ini juga meliputi keseluruhan pengurusan program dan pembelian
peralatan sukan khusus untuk kegunaan latihan serta program yang akan dilaksanakan.
MSSD Petaling Perdana sentiasa berusaha dan berikhtiar dengan menyesuaikan diri
berdasarkan peruntukan, ruang dan peluang yang telah disediakan walaupun dengan keadaan pandemik
wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh negara. Walaupun dengan keadaan semasa yang tidak
menentu, namun MSS Selangor sangat komited di dalam membangunkan potensi serta bakat pada murid
di seluruh negeri Selangor.

2. TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan dan persetujuan Unit Pembangunan
Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana bagi meluluskan peruntukan Pengurusan
Pembangunan Sukan ( KRIKET ) MSSD Petaling Perdana bagi tahun 2021.

3. MATLAMAT
3.1 Menyediakan pasukan/ kontinjen yang mantap bagi menghadapi saingan dalam kejohanan
peringkat negeri dan Kebangsaan agar penyediaan program pembangunan atlet murid bagi
tahun 2021 berada di landasan yang terbaik terutamanya di dalam persediaan pasukan
( KRIKET ) ke Kejohanan MSSS pada tahun 2022.
3.2 Menyediakan kemudahan peralatan yang mencukupi mengikut spesifikasi keperluan latihan dan
pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

4. OBJEKTIF

4.1. Mencungkil dan mengetengahkan bakat yang dimiliki oleh atlet murid di peringkat akar umbi
menerusi program dan pertandingan yang dilaksanakan melalui pengurusan pembangunan
sukan bagi setiap sukan yang dipertandingkan di peringkat MSSS khususnya.
4.2. Memberi pendedahan awal kepada atlet murid dalam situasi pertandingan yang sebenar bagi
memperkukuhkan lagi persediaan atlet murid dari segi fizikal dan mental untuk bersaing di
peringkat yang lebih tinggi terutamanya di peringkat MSSS khususnya.
4.3. Mewujudkan persaingan positif dan ruang bertanding antara atlet murid dalam peringkat akar
umbi dalam bentuk pertandingan bertaraf kompetitif.

5. KATEGORI YANG TERLIBAT.

5.1 Kategori umur 10, 11, 14 dan 16 tahun


5.2 Lelaki dan Perempuan

6. KATEGORI PENYERTAAN PROGAM PEMBANGUNAN SUKAN ( KRIKET ) MSS SELANGOR

2
LELAKI PEREMPUAN
BIL SUKAN
10 11 14 16 10 11 14 16
1 KRIKET √ √ √ √ √ √ √ √

7. MAKLUMAT PROGRAM

BIL PROGRAM SEKOLAH PENGELOLA TARIKH KATEGORI UMUR

1 E - TRAINNING KRIKET 2021 SMK TAMAN DESAMINIUM JULAI - DISEMBER 14 & 16


SK SEKSYEN 9, SHAH
2 E - TRAINNING KRIKET 2021 ALAM
JULAI - DISEMBER 10 & 11

8. TARIKH PROGRAM
01 September hingga Disember 2021

9. SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan), Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana

10. ANGGARAN PERBELANJAAN


Seperti dalam Lampiran 1.

11. PENUTUP
Diharapkan peruntukan ini akan memberi manfaat kepada semua atlet murid dan dapat
melahirkan individu yang mempunyai fizikal sihat dan minda cergas serta mampu bersaing sehingga ke
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Melalui peruntukan ini juga akan dapat memupuk semangat
kesukanan dalam kalangan generasi muda sekolah serta dapat menghasilkan atlet murid bagi persiapan
Kejohanan MSS Selangor pada tahun 2022 dan seterusnya MSSD Petaling Perdana akan menjadi Juara
Keseluruhan pada tahun 2022

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh; DIsemak oleh; Disluluskan oleh;

MOHD HAFIZI BIN MOHD BAHAWI


Pengerusi Teknik & Pembangunan Sukan ( Penolong PPD Timbalan PPD
Kriket ) Unit Pembangunan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid
Majlis Sukan Sekolah Daerah Petaling Perdana Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana

LAMPIRAN

3
ANGGARAN BELANJA MENGURUS
PENGURUSAN PEMBANGUNAN SUKAN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SELANGOR TAHUN 2021
( SUKAN KRIKET )

BIL PROGRAM SEKOLAH PENGELOLA TARIKH JUMLAH (RM)


E - TRAINNING KRIKET 2021
1 SMK TAMAN DESAMINIUM JULAI - DISEMBER 1,000.00
( MENENGAH )
E - TRAINNING KRIKET 2021
2 SK SEKSYEN 9, SHAH ALAM JULAI - DISEMBER 1,000.00
( RENDAH )

JUMLAH KESELURUHAN 2,000.00

ASAS PENGIRAAN JUMLAH


BIL PERKARA
KUANTITI RM (RM)
PROGRAM E-TRAINNING KRIKET 2021 ( MENENGAH )
1 Springback Stump 1 120.00 120.00
2 Soft Field Markers ( 50 pcs ) 1 80.00 80.00
3 Dimple Ball 10 18.00 180.00
4 Agility Ladder ( 6M ) 1 50.00 50.00
5 Pop Up Net 1 150.00 150.00
6 Adjustable Mini Hurdles Set Of 6 With Bag 1 270.00 270.00
7 Fusion Target Stump 1 150.00 150.00
JUMLAH KESELURUHAN 1,000.00

ASAS PENGIRAAN JUMLAH


BIL PERKARA
KUANTITI RM (RM)
PROGRAM E-TRAINNING KRIKET 2021 ( RENDAH )
1 Springback Stump 1 120.00 120.00
2 Soft Field Markers ( 50 pcs ) 1 80.00 80.00
3 Dimple Ball 10 18.00 180.00
4 Agility Ladder ( 6M ) 1 50.00 50.00
5 Pop Up Net 1 150.00 150.00
6 Adjustable Mini Hurdles Set Of 6 With Bag 1 270.00 270.00
7 Fusion Target Stump 1 150.00 150.00

JUMLAH KESELURUHAN 1,000.00

Anda mungkin juga menyukai