Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN

PROJEK PENYELENGGARAAN DAN KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH


GELANGGANG SUKAN SK PETRA JAYA

1. PENGENALAN
Kertas kerja ini dibentangkan bagi memohon peruntukan dana untuk menjalankan projek
penyelenggaraan dan kerja-kerja membaik pulih gelanggang sukan sekolah yang sedia ada untuk
kegunaan murid-murid khususnya dan kepada semua staf yang berkhidmat di sekolah ini dan
komuniti kawasan setempat amnya, bagi menggalakkan kecemerlangan sukan di sekolah melalui
Dasar Sukan Negara.

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang- kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Dasar
1M1S ini agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk
generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. Bagi mendukung dasar
ini, pihak pentadbiran sekolah dan Persatauan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Petra Jaya telah
merangka pelbagai perancangan untuk memperkasakan program sukan di SK Petra Jaya. Aspek
kemenjadian murid dalam bidang sukan amat dititikberatkan bagi membentuk murid yang cerdas
pemikirannya setara dengan kecemerlangan akademik.

Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan
masyarakat dan ia hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan
Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua
adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid.
Bagi Sukan Untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus
dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah
serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah.

Jika dilihat dari struktur dan keadaan fizikal gelanggang sukan ini, amatlah dibimbangi kerana
ianya sudah tidak selamat lagi digunakan dan boleh mendatangkan bahaya dari aspek
keselamatan murid dan siapa sahaja yang menggunakannya. Keadaan lantai gelanggang yang
sudah rosak teruk, tidak rata serta pecah-pecah boleh mendatangkan kecederaan dan kecelakaan.
Apatah lagi, gelanggang sukan SK Petra Jaya telah digunakan sejak penubuhannya pada tahun
2005 yang lalu.

Oleh yang demikian, pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah berazam untuk mewujudkan
satu gelanggang yang serbaguna yang bukan sahaja dapat digunakan
untuk satu jenis sukan dan permainan sahaja tetapi boleh digunakan untuk pelbagai jenis sukan
dan permainan. Pihak sekolah juga berpendapat amat penting dan wajar penyelenggaraan dan
kerja-kerja membaik pulih gelanggang sukan sekolah SK Petra Jaya dijalankan memandangkan
sejak penubuhan dan pembukaan SK Petra Jaya, belum pernah ada sebarang kerja pembaikan dan
penyelenggaraan gelanggang dibuat. Ketiadaan prasarana dan kemudahan gelanggang sukan
yang sempurna boleh menyebabkan murid-murid tidak dapat mengembangkan potensi diri dalam
sukan dan permainan yang diminati. Amatlah menjadi harapan semua pihak dengan kewujudan
gelanggang serbaguna ini akan dapat memberi manfaat khususnya kepada murid dan komuniti
setempat amnya dan secara tidak langsung melahirkan bakat-bakat baharu dalam suatu
permainan.

2. OBJEKTIF
2.1 Menyelenggara dan membaik pulih tapak gelanggang sukan yang telah rosak dan tidak
selamat untuk digunakan.
2.2 Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan murid serta staf
sekolah beriadah.
2.3 Menyediakan kemudahan gelanggang yang serbaguna, sesuai, selesa, selamat dan
kondusif untuk menjalankan aktiviti sukan dan kokurikulum yang lain.
2.4 Program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baharu dalam sukan dan
permainan.

3. MATLAMAT
3.1 Menjamin keselamatan murid dan warga sekolah yang menggunakan gelanggang.
3.2 Kemudahan tapak gelanggang dapat menampung kapasiti enrolmen murid atau
masyarakat yang ramai dengan keadaan yang selesa dan kondusif.
3.3 Memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk memperkembangkan potensi diri
dengan menceburi pelbagai bidang sukan dan permainan yang lebih selesa dan selamat
3.4 Menjadi pemangkin kepada murid dalam permainan sukan Futsal, Bola Tampar, Bola
Baling, Bola Jaring dan Sepak Takraw.
3.5 Mewujudkan hubungan muhibah antara murid, guru, ibu bapa dan komuniti setempat
melalui penganjuran sukan dan permainan berbentuk pertandingan dan perlawanan
persahabatan
4. RASIONAL
Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga
yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan
kokurikuum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari aspek kesejahteraan minda dan
jasmani. Walau bagaimanapun aspek keselamatan murid haruslah menjadi keutamaan bagi
mengelak sebarang kecederaan. Setiap murid seharusnya dididik untuk melakukan aktiviti
bersukan dengan cara yang berkesan dalam persekitaran yang selamat. Antara rasional cadangan
pelaksanaan projek ini adalah seperti berikut:
4.1 Meningkatkan semangat pengajaran dan pembelajaran serta sukan dan
kokurikulum dalam kalangan murid dan guru.
4.2 Menjadikan gelanggang sukan sekolah sebagai pusat sukan dan permainan bagi komuniti
dan masyarakat setempat.
4.3 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan keselesasan
murid di samping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa dan
komuniti setempat terhadap sekolah.
4.4 Menggalakkan penyertaan dan penglibatan komuniti serta masyarakat setempat
khususnya di kawasan perumahan Matang Jaya di bawah DUN N.06 Tupong.

5. SKOP DAN BIDANG KERJA


5.1 Membaik pulih dan meratakan lantai tapak gelanggang sukan yang telah rosak
5.2 Mengecat lantai gelanggang dan membuat garisan mengikut jenis sukan /
permainan dalam kawasan gelanggang
5.3 Membina tiang berserta pagar keselamatan di sekeliling kawasan gelanggang sukan.
5.4 Menyedia dan mendirikan pondok rehat dalam kawasan berpagar gelanggang.
5.5 Menyediakan laluan khas bersimen dari jalan utama di sekolah ke kawasan
gelanggang.

6. ANGGARAN KOS

7. SUMBER KEWANGAN
7.1 Peruntukan Dana pihak PPD / Jabatan / Kementerian
7.2 Sumbangan YB Parlimen
7.3 Sumbangan YB ADUN
7.4 Sumbangan Orang Perseorangan
8. LAMPIRAN BERGAMBAR KEADAAN FIZIKAL GELANGGANG SEDIA ADA

Laluan Ke Gelanggang Sukan

Keadaan Lantai Tapak Gelanggang Bersimen


Pemandangan Dari Sudut KananTepi Gelanggang Sukan

Pemandangan Dari Sudut Penjuru Gelanggang Sukan


9. CADANGAN PELAN LANTAI TAPAK GELANGGANG SUKAN SERBAGUNA
10. PENUTUP
Adalah menjadi hasrat pihak pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK
Petra Jaya ingin melihat pembinaan sebuah gelanggang sukan serbaguna baharu yang kondusif,
sesuai dan selamat ini menjadi kenyataan hasil daripada sokongan kewangan pihak-pihak yang
terlibat. Sememangnya masalah kewangan merupakan cabaran terhebat dalam menjadikan
matlamat projek ini dapat dicapai dan pihak sekolah percaya dengan keprihatinan pihak-pihak
berwajib, hasrat untuk melihat pembangunan dan perkembangan sukan serta bakat murid di SK
Petra Jaya akan menjadi kenyataan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………. …………………………..
( ) ( )

Disahkan oleh,

…………………………..
( )

Anda mungkin juga menyukai