Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN DAN PADANG SEKOLAH

SEK.JEN.KEB.TAMIL LADANG AYER TAWAR

1. PENDAHULUAN
Persekitaran kelas dan sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan
mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah.
Keceriaan dan kebersihan kawasan kelas dan sekolah adalah penting bagi meningkat
mutu pendidikan serta pembelajaran yang kondusif kerana mempunyai iklim kelas
dan sekolah yang ceria,tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.
Di masa yang sama semangat kecintaan terhadap kelas dan sekolah dapat dipupuk
dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan
lagi kelas.

2. RASIONAL
Keadaan sekolah yang tidak selamat serta tidak pernah diselenggara sejak dari mula
ditubuhkan iaitu dari tahun 1938.

3. OBJEKTIF
3.1 Menceriakan seluruh persekitaran sekolah.
3.2 Membaiki kerosakkan pada bangunan lama sekolah.
3.3 Membaiki padang sekolah dan memperluaskannya.
3.4 Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi seluruh warga sekolah.

4. KEPERLUAN DAN ANGGARAN KOS.

BIL KEPERLUAN ANGGARAN KOS


4.1 Mengecat keseluruhan bangunan Blok B iaitu bangunan RM 3,000
lama sekolah kerana warnanya telah pudar dan tidak
pernah dibaikpulih sejak sekolah ditubuhkan.
4.2 Membuat pendawaian semula di blok B bangunan
sekolah kerana pendawaian sekarang telah lama dan RM 2,500
selalu mengalami lintar pintas serta kebanyakkan suis
tidak boleh digunakan walaupun telah baiki banyak kali.
4.3 Menukar syiling dan bumbung di Blok B yang telah rosak RM 40,000
dan tidak pernah ditukar semenjak dibina.
4.4 Membaik pulih padang sekolah dan memperluaskannya. RM 4,500
Memerlukan 15 lori tanah merah dan 3 lori pasir.
4.5 Menanam rumput di padang sebanyak 60 keping. RM 1000
4.6 Menaik taraf sebuah bilik darjah kepada ‘smart calss’. RM 25,000
JUMLAH KEPERLUAN RM 76,000

5. GAMBAR SEKOLAH
5.1 Gambar bangunan dan padang yang perlu dinaik taraf disertakan di bahagian
lampiran untuk makluman dan rujukan.

6. PENUTUP
Kerja penyelenggaraan bangunan dan padang sekolah ini sangat diperlukan oleh
sekolah kami supaya persekitran yang kondusif sebagai keperluan yang penting
kepada semua warga sekolah. Diharapkan kerja penyelenggaraan bangunan dan
padang sekolah ini mendapat perhatian dari pihak Kementerian kerana dengan
terlaksananya kerja ini para pelajar akan lebih optimis dalam pelajaran serta menjadi
tempat menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani dan juga untuk melatih para murid
dalam sukan peringkat sekolah ,Zon,Daerah,Negeri dan Kebangsaan. Tanpa padang
yang sesuai sekolah telah melahirkan murid yang berjaya dalam bidang sukan
dengan mendapat tempat pertama dalam lontar peluru dan lompat jauh peringkat
daerah serta tempat ketiga peringkat negeri. Dengan menaik taraf padang atlit –atlit
yang pakar dapat dilahirkan dari sekolah ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………………. ………………………………………
MOHANA A/P MUNUSAMY KRISHNAN A/L NADARAJAH
S/U BADAN PIBG , GURU BESAR,
SJKT LADANG AYER TAWAR. SJKT LADANG AYER TAWAR.

Anda mungkin juga menyukai