Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN

Kurikulum merupakan nadi penentu ke arah kewujudan sesebuah


institusi pendidikan. Pengurusan Kurikulum yang mantap dan
bersistematik menjamin peningkatan prestasi akademik sesebuah
sekolah. Dasar Kurikulum yang jelas akan membantu sekolah mencapai
objektif dan matlamat penubuhannya.

DASAR 1 :

1.1 Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan seperti


berikut :-

 Opsyen pengkhususan mereka.


 Pengetahuan dan kepakaran.
 Pengalaman bertugas.

1.2 Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih dari 3 mata
pelajaran berikut :-

 Mata pelajaran opsyen


 Dua mata pelajaran elektif

1.3 Semua guru diberikan peluang mengikuti pelbagai program dan


aktiviti bertujuan mempertingkatkan tahap :-

 Kelayakan akademik dan ikhtisas


 Pengetahuan
 Pengalaman
 Kemahiran

1.4 Semua guru dibenar dan digalak melaksanakan apajua pendekatan


proses pengajaran & pembelajaran yang boleh meningkatkan :-
 Minat pelajar
 Pencapaian pelajar

1.5 Semua guru digalakkan mencipta inovasi-inovasi dalam proses


pengajaran dan pembelajaran melalui :-

 Idea-idea individu
 Idea-idea rakan sejawat atau kumpulan-kumpulan lain.

DASAR 2 :

2.1 Semua murid diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran yang


ditawarkan di sekolah.

2.2 Semua pelajar Tahun Satu akan ditempatkan ke kelas-kelas


secara rambang tetapi seimbang dari aspek :-

 Jantina
 Bangsa dan agama

2.3 Semua pelajar Tahun Dua hingga Tahun Lima akan ditempatkan ke
kelas seperti berikut :-

 Kelas pertama bagi pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi


menghasilkan kecemerlangan, berdasarkan pencapaian Penilaian Akhir
Tahun sebelumnya.
 Kelas-kelas berikutnya bagi menempatkan pelajar secara
seimbang yang mempunyai tahap potensi baik, sederhana dan
kritikal. Namun demikian kes-kes berkaitan perbezaan pengambilan
mata pelajaran Moral dan Agama juga diambil kira.

2.4 Semua pelajar Tahun 6 yang terlibat dengan Peperiksaan Awam


ditempatkan ke kelas mengikut criteria :-
 Kelas Projek Kecemerlangan bagi pelajar yang cemerlang dan
potensi cemerlang. ( Ke arah Pencapaian Kualiti )
 Kelas Projek Sumbangan bagi pelajar yang berprestasi baik dan
sederhana. ( Ke arah Pencapaian Kuantiti )
 Kelas Projek Harapan bagi pelajar yang berprestasi lemah dan
kritikal. ( Dipulihkan untuk membantu pencapaian kuantiti )

2.5 Semua pelajar yang baru bertukar masuk dari sekolah lain akan
ditempatkan ke kelas berdasarkan kriteria berikut :-

 Pencapaian akademiknya
 Keseimbangan jantina dalam sesuatu kelas
 Keseimbangan jumlah pelajar dalam sesuatu kelas

DASAR 3 :

3.1 Pentadbir sekolah berhak mengaturkan senarai tugas mengajar


bagi setiap guru berdasarkan kriteria berikut :-

 Keperluan strategi sekolah


 Kepakaran yang dimiliki setiap guru
 Pengalaman mengajar setiap guru
 Minat atau permintaan seseorang guru

DASAR 4 :

4.1 Semua guru diwajibkan menyediakan buku rekod mengajar secara


teliti dan terkini, meliputi perkara berikut :-
 Butiran Peribadi
 Rancangan Pengajaran Tahunan
 Rancangan Pengajaran Harian
 Senarai Buku Rujukan
 Senarai Nama Pelajar
 Maklumat Aktiviti Penilaian

4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan mengikut


kriteria berikut :-
 Hendaklah ditaip.
 Disediakan mengikut format ( Minggu / Tajuk / Objektif /
Kemahiran / Catatan ).
 Disediakan secara berperingkat mengikut Penggal Persekolahan
 Sesi penggal pertama perlu disediakan sebelum minggu ketiga
bulan Januari.
 Diserahkan kepada Guru Besar untuk pengesahan.
 Sesi penggal kedua perlu disediakan pada minggu ketiga bulan
April. Diserahkan kepada Guru Besa untuk pengesahan.

4.3 Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis setiap hari


pembelajaran mengikut kriteria :-
 Nyatakan kelas, masa dan mata pelajaran
 Nyatakan tajuk, objektif pembelajaran pada hari berkenaan,
kemahiran dan aktiviti
 Tuliskan Refleksi pada setiap sessi pengajaran dan
pembelajaran

4.4 Penyerahan Buku Rekod Mengajar ke pejabat adalah seperti


berikut :-
 Pada setiap hari Jumaat
 Sekiranya guru berkursus melebihi 3 hari
 Menggantikan kelas, guru perlu lekatkan slip jadual pengganti
ke dalam buku rekodnya

DASAR 5 :

5.1 Semua murid dikehendaki menggunakan buku latihan yang seragam,


yang boleh diperolehi dari :-

 Kedai Koperasi Sekolah


 Dibalut dengan pembalut plastik
 Ditulis nama, kelas dan mata pelajaran
 Tidak diconteng atau ditampal dengan pelbagai stiker

5.2 Setiap murid perlu mempunyai 3 buah buku latihan pada sesuatu
masa, bagi setiap mata pelajaran utama berikut :-
 Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris
 Matematik
 Sains
 Agama Islam / Moral

5.3 Murid perlu menuliskan perkara berikut setiap kali membuat


latihan bertulis :-
 Hari ( Dalam Bahasa Melayu dan Inggeris )
 Tarikh ( Dengan lengkap)
 Arahan Latihan
5.4 Pemberian latihan kepada murid perlulah mengikut kriteria
berikut:-
 Setiap kali sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku
 Bilangan yang munasabah dengan kemampuan pelajar
 Kepelbagaian bentuk dan format latihan
 Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari berkenaan
 Latihan Kerja Rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi
setiap mata pelajaran utama
 Latihan dalam lembaran kerja perlu ditampal ke dalam buku
latihan pelajar

DASAR 5 :

5.5 Pemeriksaan Latihan Murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru


mengikut garis panduan berikut :-

 Setiap kali latihan diberikan dengan kadar segera


 Diperiksa dengan teliti
 Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah
 Diberikan komen yang membina
 Dipastikan murid membuat pembetulan sebelum latihan baru
diberikan
 Dicatitkan tarikh pemeriksaan
 Buku latihan murid perlu dihantar ke pejabat pada setiap 3
bulan untuk pengesahan Guru Besar atau Guru Kanan
5.6 Penggunaan Buku Kerja Tambahan perlu memenuhi syarat berikut:-
 Mendapat kelulusan dan kebenaran khas dari Guru Besar
 Kepada pelajar-pelajar tahap pencapaian Cemerlang sahaja
DASAR 6 :

6.1 Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan


system seperti berikut :-

 Ujian 1 dilaksanakan pada bulan Mac ( Meletakkan Target )


 Ujian 2 dilaksanakan pada bulan Mei / Jun ( Pertengahan
Tahun )
 Ujian 3 dilaksanakan pada bulan Ogos
 Ujian 4 dilaksanakan pada bulan Oktober
 Setiap pelajar akan diberikan peluang menetapan sasaran
pencapaian mereka bagi setiap mata pelajaran utama
 Pencapaian dalam Ujian 1 dan Ujian 3 akan diambil kira bagi
tujuan pelaporan prestasi Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun

6.2 Penilaian-penilaian lain akan dilaksanakan secara berterusan


melalui kaedah berikut :-
 Pemerhatian
 Penghasilan Kerja Buku Latihan

DASAR 7 :

7.1 Program Enam Tahun Kecemerlangan Akademik perlu dirangka bagi


setiap kategori berikut :

 Bermula dari Tahun Satu hingga Tahun Enam


 Bagi setiap mata pelajaran utama
 Meliputi aspek TOV, Sasaran dan Pencapaian Sebenar
 Diwujudkan fail bagi setiap kelas
7.2 Program Jangka Panjang dan Jangka Pendek perlu disediakan oleh
setiap Panitia Mata Pelajaran Utama, yang merangkumi perkara
berikut :
 Matlamat dan Objektif
 Sasaran Pencapaian dari aspek Kuantiti dan Kualiti
 Huraian Projek / Aktiviti Utama dan Sokongan
 Analisis Pencapaian
 Post Mortem dan Penambahbaikan

DASAR 8 :

8.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik diberikan kepada 5 orang


pelajar bagi setiap kelas berdasarkan pencapaian mata pelajaran
utama.

8.2 Anugerah Kecemerlangan Kurikulum diberikan kepada 1 orang


pelajar terbaik secara keseluruhan bagi setiap aliran.

8.3 Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran diberikan kepada 2 orang


pelajar yang mendapat markah purata tinggi bagi setiap mata
pelajaran utama.

8.4 Anugerah Galakkan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar


yang menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan.

8.5 Anugerah Kecemerlangan Sukan diberikan kepada 2 orang pelajar


yang mencapai pencapaian tertinggi dalam pernyataan aktiviti
sukan.

8.6 Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diberikan kepada 2 orang


pelajar yang aktif dalam aktiviti persatuan dan beruniform.
DASAR 8 :

8.7 Anugerah Kecemerlangan Ko Akademik diberikan kepada 2 orang


pelajar atau pasukan yang mencapai tahap tertinggi ( peringkat
negeri atau kebangsaan ).

8.8 Anugerah Kecemerlangan Sahsiah diberikan kepada 2 orang


pelajar yang mempunyai kriteria berikut :-

1. Disiplin yang tinggi


2. Berbudi bahasa
3. Rajin ke sekolah
4. Berketrampilan sebagai pemimpin

8.9 Anugerah Khas Bestari diberikan kepada setiap pelajar yang


memperolehi keputusan Cemerlang dalam Peperiksaan Awam ( UPSR ).

8.10 Sijil Penghargaan akan diberikan kepada individu-individu


berikut:-
1. Semua Penerima Anugerah
2. Pengawas Sekolah yang akan meninggalkan alam
persekolahan rendah
3. Pengawas Pusat Sumber yang akan meninggalkan alam
persekolahan rendah
4. Ketua Kelas yang akan meninggalkan alam persekolahan
rendah
5. Guru-guru, staf sokongan yang menaburkan bakti cemerlang
8.11 Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan pada bulan Januari
setiap tahun.

Anda mungkin juga menyukai