Anda di halaman 1dari 31

GARIS PANDUAN DAN RUJUKAN

DASAR SEKOLAH
SK ST CHRISTOPHER DEBAK

ycb2402@moe.edu.my / 083 - 464190


ISI KANDUNGAN
PRA KATA --------------------------------------------------- m/s 03

PENGURUSAN KURIKULUM ---------------------------------- m/s 04

A. DASAR PENGURUSAN KURIKULUM ----------------------- m/s 05

B. MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KURIKULUM ------- m/s 13

C. STRATEGI PELAKSANAAN MENCAPAI MATLAMAT -------  m/s 13

PENGURUSAN  HAL  EHWAL  MURID -----------------------  m/s 16

A. DASAR PENGURUSAN HAL  EHWAL  MURID -------------  m/s 17

B. MATLAMAT STRATEGIK HAL  EHWAL  MURID ------------- m/s 18

C. STRATEGI PELAKSANAAN MENCAPAI MATLAMAT ------   m/s 23

PENGURUSAN  KOKURIKULUM ----------------------------- m/s 27

A. DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM ------------------- m/s 28

B. MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM ---  m/s 30

C. STRATEGI PELAKSANAAN MENCAPAI MATLAMAT ------   m/s 31


pra kata

SYABAS SALAM SEJAHTERA,


SALAM 1 MALAYSIA

DAN
Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa
mengalami perubahan selari dengan
peredaran zaman dan tuntutan
keperluan negara. Oleh kerana sistem
pendidikan ini tidak statik, maka

TAHNIAH
perubahan itu sering menimbulkan isu
yang menarik perhatian umum. Namun
fenomena ini bukan perkara asing
kepada kita bergelar pendidik kerana
isu pendidikan adalah isu rasional.
Selaras dengan itu dasar dan polisi sekolah telah dirangka dan
dibentuk oleh Jawatankuasa Pengurusan Sekolah sebagai garis
panduan dan rujukan bersama semua warga SK St Christopher Debak.
Melalui buku panduan ini diharap dapat memberi panduan kepada
warga sekolah berkenaan peraturan dan arahan yang seragam dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
     Diharapkan dengan wujudnya buku ini, akan dapat memberi
manfaat kepada semua warga sekolah SK St Christopher Debak. Serta
memantapkan lagi sistem pengurusan sekolah dan keberkesanan
kepimpinan dalam mencapai matlamat organisasi. Ucapan syabas dan
tahniah kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan buku
ini. Sekian, terima kasih.

ILMU PENYULUH HIDUP

EDDY ANAK BRAOH


GURU BESAR
SK ST CHRISTOPHER DEBAK
21 OGOS 2017
a
PENGURUSAN
KURIKULUM
KURIKULUM
MERUPAKAN NADI
PENENTU KE ARAH
KEWUJUDAN
SESEBUAH INSTITUSI
PENDIDIKAN.
A. DASAR Kurikulum merupakan nadi penentu ke
PENGURUSAN arah kewujudan sesebuah institusi
pendidikan. Pengurusan Kurikulum yang
KURIKULUM mantap dan bersistematik menjamin
peningkatan prestasi akademik sesebuah sekolah. Dasar
Kurikulum yang jelas akan membantu sekolah mencapai objektif
dan matlamat penubuhannya. Penetapan dasar ini mengambil kira
kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pelajaran
Malaysia, aspirasi Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Pejabat
Pelajaran Daerah betong serta matlamat, hala tuju dan piagam
pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada warga
Sekolah Kebangsaan St Christopher Debak  dalam memberi
khidmat yang berkualiti kepada semua murid yang merupakan
pelanggan.
DASAR 1: TENAGA PENGAJAR
1.1 Semua guru deberikan tugas mengajar mengikut keutamaan
seperti berikut:
      1.1.1 Opsyen pengkhususan mereka
      1.1.2 Pengetahuan dan kepakaran
      1.1.3 Pengalaman bertugas
1.2 Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut syarat berikut;
      1.2.1 Satu hingga tiga subjek teras
      1.2.2 Mata pelajaran opsyen
      1.2.3 Pengalaman bertugas
1.3 Semua guru diberikan peluang untuk mengikuti pelbagai program
dan aktiviti bertujuan mempertingkatkan tahap kecekapan dan
kemahiran dalam pengurusan, akademik dan kokurikulum.
1.4 Semua guru dibenarkan dan digalak melaksanakan apa jua
pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran seperti:
      1.4.1 Meningkatkan minat pelajar
      1.4.2 Meningkatkan pencapaian pelajar
      1.4.3 Membina kemenjadian pelajar
      1.4.4 Melibatkan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 (PAK 21)
1.5 Semua guru digalakkan mencipta inovasi – inovasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum dan pengurusan melalui:
      1.5.1 Idea – idea individu
      1.5.2 Idea – idea rakan sejawat atau kumpulan lain – lain
DASAR 2: PENEMPATAN GURU – GURU
2.1  Pentadbir sekolah berhak untuk mengatur senarai tugas mengajar
bagi setiap guru berdasarkan kriteria berikut:
      2.1.1 Keperluan strategik sekolah
      2.1.2 Kepakaran yang dimiliki oleh guru
      2.1.3 Opsyen mengajar setiap guru
      2.1.4 Pengalaman mengajar setiap guru
      2.1.5 Minat atau permintaan seseorang guru (jika perlu)
DASAR 3: PENYEDIAAN BUKU REKOD
MENGAJAR
3.1 Semua guru diwajibkan menyediakan buku rekod mengajar secara
teliti dan terkini meliputi perkara berikut:
      3.1.1 Butiran peribadi
      3.1.2 Rancangan mengajar tahunan dan harian
      3.1.3 Rancangan pelajaran harian, objektif, ABM & BBM, jenis    
                 pentaksiran,refleksi, PAK 21
      3.1.4 Senarai buku rujukan dan senarai nama pelajar
      3.1.5 Maklumat aktiviti penilaian murid, pentaksiran dan markah
                 peperiksaan
3.2 Rancangan mengajar tahunan perlu disediakan mengikut kriteria
berikut:
      3.2.1 Ditaip dan dijilidkan
      3.2.2 Dalam format yang mengandunig (Minggu, Tarikh, Tajuk, 
                 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran , Catatan)
      3.2.3 Disediakan secara berperingkat mengikut Penggal
                 Persekolahan
      3.2.4 Diserahkan kepada Guru Besar atau PK Pentadbiran untuk
                 pengesahan (mengikut tarikh yang ditetapkan)
3.3 Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis setiap hari
pembelajaran mengikut kriteria:
      3.3.1 Nyatakan Minggu, Tarikh, Kelas, Waktu, Masa, Mata pelajaran
      3.3.2 Nyatakan tajuk, standard kandungan, standard
                 pembelajaranm, objektif pembelajaran.
      3.3.3 Nyatakan aktiviti, ABM & BBM, nilai, EMK, PAK21 dan refleksi
      3.3.4 Sediakan ABM & BBM yang berkualiti selaras dan sesuai
                 dengan tajuk yang diajar.
      3.3.5 Tuliskan refleksi selepas tamat sesi Pengajaran dan
                 Pembelajaran tersebut.
3.4 Penyerahan Buku Rekod Mengajar ke pejabat adalah seperti
berikut;
      3.4.1 Pada setiap hari Isnin (untuk disemak oleh PK Pentadbiran
                 atau Guru Besar)
      3.4.2 Sekiranya guru berkursus, rancang aktiviti untuk guru yang   
                 akan Teach in.Selitkan lembaran kerja yang disediakan dalam
                 Buku Rekod Mengajar.
      3.4.3 Bagi guru berkursus ataupun cuti, perlu lekatkan slip teach in
                 ke dalam buku rekodnya bagi tujuan rekod.
DASAR 4: PENEMPATAN MURID
4.1 Semua murid diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran yang
ditawarkan di sekolah
4.2 Semua murid ditempatkan di kelas yang disediakan ( 1 kelas
sahaja untuk setiap Darjah)
DASAR 5: LATIHAN DAN LEMBARAN KERJA
MURID
5.1 Semua murid dikehendaki menggunakan buku latihan yang
mempunyai kriteria berikut:
     5.1.1 Mempunyai 80 atau lebih muka surat.
     5.1.2 Ditulis nama, kelas dan mata pelajaran
     5.1.3 Tidak diconteng dan tidak dikoyakkan helaian
5.2 Setiap murid perlu  mempunyai sekurang – kurangnya 2 buku
latihan bagi setiap mata pelajaran teras.
5.3 Murid perlu menuliskan perkara berikut setiap kali membuat
latihan:
      5.3.1 Hari
      5.3.2 Tarikh
      5.3.3 Tajuk
5.4 Pemberian latihan murid perlu mengikut kriteria berikut:
      5.4.1 Setiap kali sesi P & P berlaku
      5.4.2 Ikut bilangan yang munasabah
      5.4.3 Pelbagai bentuk dan format
      5.4.4 Berkaitan dengan tajuk, kemahiran dan objektif pada hari
                 berkenaan
      5.4.5 Latihan diberikan mengikut kumpulan penguasaan murid     
                 lemah, sederhana dan cerdas
5.5 Pemeriksaan latihan murid perlu dilaksana oleh guru mengikut
panduan berikut;
      5.5.1 Latihan yang diberikan perlu disemak dengan kadar segera
      5.5.2 Rekodkan penghantaran murid
      5.5.3 Diperiksa dengan teliti, dikomen dan diberi markah.
      5.5.4 Dibetulkan oleh guru bagi jawapan yang salah atau bersama –
                 sama murid.
5.6 Penggunaan buku kerja tambahan perlu mematuhi syarat berikut;
      5.6.1 Mendapat kelulusan dan kebenaran daripada Guru Besar
      5.6.2 Mengikut cadangan ketua panitia atau guru mata pelajaran
      5.6.3 Tiada paksaan kepada murid yang tidak mampu
      5.6.4 Fotokopi digalakkan bagi menjimatkan kos
DASAR 6: PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
SEKOLAH
Penilaian dan pentaksiran sekolah bertujuan untuk mendapat
maklumat tentang pencapaian prestasi murid dan seterusnya
memperkembangkan sepenuhnya potensi diri murid selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
6.1 Berikut ialah ciri – ciri pentaksiran sekolah;
     6.1.1 Pentaksiran hendaklah adil kepada semua murid, terbuka dan 
                jelas denganmeliputi kandungan pembelajaran.
     6.1.2 Pentaksiran adalah secara berterusan sepanjang proses
                pembelajaran murid –  murid.
     6.1.3 Pentaksiran dilakukan untuk semua mata pelajaran yang diajar
                serta mencakupi kemahiran – kemahiran yang sudah diajar dan
                 dipelajari.
     6.1.4 Analisis pentaksiran secara kualitatif dan kuantitatif
     6.1.5 Maklum balas pentaksiran perlu diberikan kepada murid
6.2 Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan
sistem seperti berikut:
     6.2.1 Ujian 1 / Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 (Mac)
     6.2.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun (Mei)
     6.2.3 Peperiksaan Pertegahan Penggal 2 (Ogos)
     6.2.4 Peperiksaan Akhir Tahun (Oktober)
     6.2.5 Perkara 6.2.1 dan 6.2.3 hanya melibatkan Mata Pelajaran
                Teras sahaja.
     6.2.6 Perkara 6.2.2 dan 6.2.4 melibatkan semua Mata Pelajaran
     6.2.7 Rekod / Markah perlu diisi dalam sistem SAPS bagi
                memudahkan rekod disimpan dengan selamat dan
                mengurangkan beban guru kelas.
     6.2.8 Hanya perkara 6.2.3 sahaja yang tidak perlu diisi dalam SAPS.
                Sebaliknya guru kelas akan mengisi dalam template excel
                sekolah. Ini kerana SAPS tidak menyediakan tempat untuk
                mengisi ujian tersebut.
6.3 Ujian UPSR: 
     6.3.1 Pemerhatian berterusan
     6.3.2 Latihan praktikal dan ulangkaji
     6.3.3 Penghasilan kerja dan latihan amali
 6.4 Penggubalan kertas soalan mesti dirancang oleh ketua panitia
 mengikut kriteria berikut:
     6.4.1 Rancang sebulan sebelum ujian
     6.4.2 Merangkumi sukatan pelajaran yang telah diajar
     6.4.3 Mengikut format terkini
     6.4.4 Mengikut aras – rendah (30%), sederhana (50%) dan tinggi
                (20%)
     6.4.5 Sediakan skema jawapan yang relevan
     6.4.6 Disemak oleh ketua panitia
6.5 Semua murid diwajibkan menduduki ujian progresif dan
peperiksaan kendalian oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM.
6.6 Semua murid dikehadaki mematuhi peraturan yang ditetapkan
semasa peperiksaan dijalankan.
3.2 Rancangan mengajar tahunan perlu disediakan mengikut kriteria
berikut:
      3.2.1 Ditaip dan dijilidkan
      3.2.2 Dalam format yang mengandunig (Minggu, Tarikh, Tajuk, 
                 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran , Catatan)
      3.2.3 Disediakan secara berperingkat mengikut Penggal
                 Persekolahan
      3.2.4 Diserahkan kepada Guru Besar atau PK Pentadbiran untuk
                 pengesahan (mengikut tarikh yang ditetapkan)
DASAR 7: PROGRAM PENINGKATAN
AKADEMIK
7.1 Program enam Tahun kecemerlangan akademik perlu dirangka bagi
setiap kategori berikut:
     7.1.1 Bermula dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6
     7.1.2 Bagi setiap subjek utama
     7.1.3 Meliputi aspek TOV, objektif, sasaran, pelaksanaan dan
                penilaian
     7.1.4  Program didokumentasikan termasuk pelan operasi dan
                  taktikal
     7.1.5 Guru kelas mewujudkan fail – fail untuk analisis peperiksaan
7.2 Program Jangka panjang dan Jangka pendek perlu disediakan oeh
setiap panitia mata pelajaran utama dan merangkumi perkara berikut:
     7.2.1 Objektif
     7.2.2 Sasaran (Kualiti dan kuantiti)
     7.2.3 Huraian aktiviti utama dan sokongan
     7.2.4 Analisis Pencapaian
     7.2.5 Post Mortem dan Feedback
     7.2.6 Cadangan & penambahbaikan
DASAR 8: PENGANUGERAHAN DAN
PENGHARGAAN
8.1 Anugerah Cemerlang Akademik diberikan kepada 3 orang murid
terbaik bagi setiap kelas.
8.2 Anugerah Cemerlang Kurikulum bagi murid yang lulus penuh
8.3 Anugerah bagi murid yang meningkat di dalam peperiksaan
8.4 Anugerah terbaik mata pelajaran utama
8.5 Anugerah Cemerlang Kokurikulum diberikan kepada murid yang
berjaya mencapai pencapaian tertinggi di dalam sukan, persatuan atau
unit beruniform.
8.6 Anugerah Cemerlang Sahsiah
8.7 Anugerah Khas diberikan oleh PIBG kepada murid yang mendapat
pencapaian UPSR seperti berikut:
     8.7.1 Lulus penuh
     8.7.2 Mendapat A
     8.7.3 Mendapat semua A
8.8 Sijil penghargaan kepada murid yang telah berkhidmat kepada
sekolah.
8.9 Hari Kecemerlangan diadakan pada bulan Oktober setiap tahun. 
B. MATLAMAT Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum
STRATEGIK Sekolah telah menggariskan beberapa
matlamatsebagai panduan dan hala tuju
PENGURUSAN yang perlu dan hendak dicapai oleh
KURIKULUM pihak sekolah. Seperti:
1. Penguasaan Kemahiran Asas (3M) dalam semua mata pelajaran
diakhir persekolah tahap satu.
2. Pelajar berkebolehan menggunakan kemahiran yang dipelajari
untuk memenuhi keperluan mencari ilmu.
3. Menguasai seberapa banyak perbendaharaan kata Bahasa
Inggeris di akhir tahap dua.
4. Menguasai sifir dengan baik di akhir tahap satu.
5. Menunjukkan peningkatan bermula dari tahun satu.
6. Mencatat keputusan cemerlang di dalam UPSR. Lulus penuh
dan mendapat 6A.
7. Murid melepasi ujian saringan LINUS di akhir tahap satu.
8. Semua murid lulus PEKA sains.
9. Kelas Pemulihan membantu murid menguasai kemahiran asas
10. Kelas Bimbingan Petang untuk tahap 2.
11. Program bimbingan dan kaunseling untuk murid yang
menghadapi masalah dan memerlukan bantuan. 

C: STRATEGI 1. Pengurusana Tenaga Pengajar


PELAKSANAAN      1.1 Memilih guru yang sesuai dengan
opsyen, kemahiran dan pengalaman
BAGI untuk sesuatu mata pelajaran.
MENCAPAI      1.2 Mengalakkan guru menggunakan
MATLAMAT pelbagai strategi, kaedah dan sumber
KURIKULUM
untuk proses PdP.
     1.3 Memberikan guru – guru peluang untuk mendalami atau
mempelajari ilmu baru berkaitan pendidikan melalui bengkel,
kursus dan taklimat.
     1.4 Mengadakan kursus dalaman setiap kali selesai menghadiri
kursus, bengkel dan taklimat.
     1.5 Meminimakan bilangan mata pelajaran utama yang diajar
oleh seorang guru.
       1.6 Mengagihkan tugas mengajar secara seimbang dan adil kepada
semua guru
2. Pengurusan Murid
     2.1 Memastikan guru melaksanakan proses PdP secara maksimum
     2.2 Memastikan proses PdP tetap berjalan semasa ketiadaan guru
            (teach in)
     2.3 Proses PdP tidak boleh diganggu oleh mesyuarat sekolah
     2.4 Menggalakkan guru menetapkan kuantiti latihan yang diberikan
     2.5 Menyediakan RPH mengikut kesesuaian murid
     2.6 Melaksanakan pelbagai program berterusan
     2.7 Melaksanakan pembelajaran berteraskan Frog VLE
            (1bestarinet)
     2.8 Memantapkan pembelajaran secara maya
     2.9 Memantapkan PdP beteraskan Pembelajaran Abad Ke 21
             (PAK21)
3. Pengurusan Fizikal dan Keceriaan
     3.1 Memanfaatkan kemudahan fizikal dan perlatan pembelajaran
            yang ada
     3.2 Memanfaatkan bilik pembelajaran khas (bilik Bahasa Inggeris)
     3.3 Menambahkan bahan – bahan PdP melalui perancangan dan
            maklumat dari ketua panitia
     3.4 Mewujudkan sudut  - sudut mata pelajaran di kawasan sekolah
             dan kelas.
     3.5 Memastikan kelas disusun dan dirancang sesuai dengan
            PAK21. 
4. Penyediaan Konsep dan Matlamat
     4.1 Konsep – semua murid yang belajar di sekolah ini ditetapkan
             sasaran tertentu untuk meraka capai bagi semua mata
             pelajaran dari Tahun 1 hingga Tahun 6 berdasarkan kebolehan
             individu.
     4.2 Matlamat – Semua murid berusaha seberapa daya upaya untuk
             mencapai tahap yang ditetapkan. Sebagai satu Sasaran Kerja
             Tahunan bagi semua guru dengan harapan guru sedar dan tahu
             hala tuju yang hendak dicapai semasa menjalankan proses PdP. 
              Sebagai salah satu program yang membabitkan ibubapa atau
              penjaga supaya lebih memberi perhatian terhadap pencapaian
              anak mereka. 
5. Pemantapan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran.
Panitia Mata Pelajaran merupakan elemen pentinga dalam pengurusan
kurikulum yang berkesan. Oleh itu peranan panitia mata pelajaran perlu
digerakkan secara aktif dan berfokus melalui aktiviti – aktiviti atau
perancangan berikut:
     5.1 Mengadakan mesyuarat secara berkala. Secara formal dan tidak
            formal.
     5.2 Mempunyai perancangan tahunan yang memfokuskan kepada
            aktiviti – aktiviti pemantauan keilmuan guru – guru.
     5.3 Menyelaraskan aktiviti – aktiviti utama dan program – program
             berterusan yang dirancang.
     5.4 Membuat kajian tindakan berdasarkan kajian kes – kes yang
            dialami.
     5.5 Mengesyorkan apa – apa program baru yang perlu dilaksanakan
            untuk peningkatan minat dan kebolehan murid dalam sesuatu     
            mata pelajaran. 
PENGURUSAN
HAL EHWAL
MURID
"Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak
bergantung kepada bagaimana sekolah
menguruskan hal - hal berkaitan disiplin,
sahsiah dan komitmen murid - muridnya"
A. DASAR Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah
PENGURUSAN sekolah banyak bergantung kepada
bagaimana sekolah menguruskan hal-hal
HAL EHWAL berkaitan disiplin, sahsiah dan
MURID komitmen murid-muridnya. Sehubungan 
dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid telah
menyediakan beberapa dasar sebagai garis panduan serta
tindakan yang diambil.
DASAR 1: PERANAN PENGAJAR
1.1 Semua guru dan kakitangan sekolah adalah ibubapa kedua kepada
semua murid.
1.2 Sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan murid dalam
semua bentuk dan aspek tindakan dan keputusan yang dibuat.
1.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama,
bertimbang rasa dan kasih sayang.
DASAR 2: KEMASUKKAN MURID
2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum, tanpa
sekatan.
2.2 Setiap murid di sekolah ini akan didaftarkan ke dalam Buku Rekod
Pendaftaran
2.3 Setiap murid akan ditempatkan di kelas masing-masing.
2.4 Setiap murid diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah”
pada setiap masa.
2.5 Setiap murid dikehendaki hadir pada Hari Pendaftaran Sekolah dan
Perhimpunan rasmi Sekolah
2.6 Bagi murid-murid yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab
tertentu, mestilah memaklumkan dan menyertakan dokumen seperti
berikut sebagai bukti:
     2.6.1 Sakit - mesti ada surat pengesahan doktor/pegawai
                perubatan  (sijIl sakit)
     2.6.2 Kecemasan - surat pengesahan/makluman daripada  
                ibubapa/penjaga.
2.7 Murid tidak dapat hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau
10 hari berselang dalam sebulan ke sekolah/aktiviti kokurikulum/kelas
tambahan/kelas amali dan lain-lain aktiviti sekolah dengan tanpa apa-
apa maklumat daripada ibu/bapa/penjaga, surat makluman akan
dikeluarkan. Jika tiada tinfakan ibubapa/penjaga selepas 7 hari surat
makluman akan dikeluarkan.
DASAR 3: DISIPLIN MURID
3.1 Murid yang sering atau melebihi 3 kali melanggar “Peraturan
Sekolah akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin
3.2 Ibubapa atau penjaga murid yang dihadapkan  ke Lembaga Disiplin
akan dipanggil untuk hadir ke sekolah.
3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan  “Nasihat dan Bimbingan
dalam menangani masalah disiplin.
3.4 Murid yang tidask dapat hadir ke sekolah perlu menghubungi
 sekolah atau menulis dan  menghantar surat kepada Guru Kelas
DASAR 4 : KESELAMATAN MURID
4.1 Keselamatan murid akan sentiasa dilindungi sepenuhnya
sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari jan 0700 pagi
hingga tamat sesi persekolahan.
4.2 Semua murid akan dilindungi dengan Skim Insuran Takaful
4.3 Polisi sekolah selamat digunakan sepanjang murid-murid berada di
kawasan s ekolah.
DASAR 5: KESIHATAN MURID
5.1 Sekolah akan mempastikan tahap kesihatan murid sentiasa baik
melalui program-program yang dirancang seperti:-
     5.1.1 Pemeriksaan Gigi dan Mata
     5.1.2 Pemeriksaan Kesihatan Sekolah
     5.1.3 Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
     5.1.4 Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan
                Kesihatan
     5.1.5 Ceramah dan kempen kesihatan.
     5.1.6 Pencengahan wabak HFMD, H1N1, Denggi
5.2 Kebenaran diberikan kepada penjaga untuk membawa anak-anak
yang sakit balik serta mendapatakan rawatan doktor.
5.3 “Buku Pergerakan Murid” disediakan untuk penjaga merekod nama
murid yang dibawa pulang atau ke hospital. Ada pengesahan dari guru
yang bertugas atau guru yang bertanggungjawab.
5.4 Murid yang sakit semasa berada di sekolah akan diberikan rawatan
SEGERA dan penjagaan yang sempurna di bilik rawatan. Penajaga wajib
dihubungi. Pihak sekolah akan terus berurusan edngan pihak hospital
serta menghubungi penjaga jika  ada kes-kes kecemasan yang kronik.
5.5   Pemeriksaan kesihatan seperti giri, rambut, kuku dan sebagainya
akan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa HEM.
5.6 Pihak sekolah akan berusaha  membantu murid-murid yang
mempunyai masalah kesihatan.
DASAR 6: KEBAJIKAN MURID
6.1 Murid yang menghadapi pelbai masalah akan sentiasa dibantu.
6.2 Pihak sekolah akan sentiada mengalu-alukan mana-mana individu
kumpulan yang ingin meberikan apa jua betuk bantuan kerpasa murid
di sekolah ini.
6.3 Pihak sekolah tidak akan menghebahkan kepada mana-mana pihak
dalam apa jua bentuk hebahan terhadap sebarang keburukan setiap
individu murid di sekolah ini.
6.4 Pihak sekolah akan cuba membantu murid-murid cemerlang untuk
mendapatkan pendidikan yang lebih baik di tempat yang lebih
sempurna.
6.5 Kemasukkan ke asrama.
DASAR 7: PENGAWAS SEKOLAH
7.1 Pengawas sekolah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih
daripada murid- murid yang mempunyai peribadai baik, dapat memikul
tanggungjawab denga jujur, dedikasi  dan berani menjalankan tugas.
7.2 Semua Pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas
boleh dilucutkan jawatan jika melanggar peraturan atau tidak
berkeupayaan menjalankan tugas dengan baik.
7.3 Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi
dan mempastikan setiap peaturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh 
semua murid.
7.4 Pengawas -pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah
 dan peraturan khas pengawas. Pengawas-pengawas hendaklah
melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak sekolah dari semasa
ke semasa.
7.5 Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik serta imej
Pengawas dan Sekolah sepanjang  masa.
7.6 Kebenaran ibubapa/penjaga perlu diambilkira dalam proses
pengambilan pengawas. Sekiranya murid yang dipilih menolak tawaran
menjadi pengawas atas alasan tidak mendapat kebenaran ibubapa
kerana tidak mampu  untuk menyedikan  pakaian pengawas, maka
pihak sekolah perlu memberi bantuan sepatutnya.
DASAR 8: KONSEP SEKOLAH SELAMAT
8.1 udaya selamat di dalam kawasan sekolah perlu diwujudkan secara
berterusan. Semua guru adalah bertanggungjawab memastikan hak
individu selamat, sihat dan ceria. Semua warga sekolah perlu
melaksanakan dan mengikuti semua dasar keselamatan dan tatacara
tindakan dengan efisyen dan sistematik.
8.2 Keselamatan Dalam Kelas - guru-guru dan murid;
       8.2.1 Sentiasa memahani dan mematuhi arahan keselamatan
       dalam kelas
       8.2.2 Sentiasa mematikan kelas kemas, bersih dan teratur
        sepanjang masa.
       8.2.3 Sentiasa akur dengan kebersiah  kelas dan TIDAK dibenarkan
       makan atau minum semas proses P&P dijalankan.
       8.2.4 Sentiasa memastikan inventori kelas dalam keadaan
       selamat.
       8.2.5 Sentiasa menguatkuasakan peraturan keselamatan sekolah.
       8.2.6 Sentiasa melapor dengan SEGERA kepada guru kelas jika ada
       kerosakan.
8.3 Keselamtan di Bilik-bilik Khas - guru-guru dan murid-murid
       8.3.1 Wajib memahami dan mematuhi tatacara keselamatan bilik
       khas
      8.3.2 TIDAK dibenarkan berada dalam bilik-bilik khas tanpa
      kehadiran guru, penyelaras bilik dan guru bertugas
      8.3.3 Jangan jalankan atau memulakan sebarang aktiviti tanpa
      arahan atau kebenaran daripada guru-guru
      8.3.4 TIDAK dibenarkan membawa beg, makan atau minuman di
      dalam semua bilik khas
      8.3.5 Tidak dibenarkan bersembang-sembang di dalam bilik-bilik
      khas semasa waktu terluang atau “Free Period”
      8.3.6 Memastikan semua inventori di dalam keadaan baik dan
      sempurna.
      8.3.7 Melapor dengan SEGERA kepada penyelaras bilik jika ada
      sebanrang kerosakkan atau ketidaktentuan di dalam bilik khas.
8.4 Keselamatn Waktu Rehat - murid-murid
      8.4.1 Sentiasa memahami dan mematuhi peraturan dewan.
      8.4.2 Tidak dibenarkan murid-murid berada di dalam kelas waktu
       rehat.
      8.4.3 Sentiasa beratur, tertib dan mengamalkan disiplin yang tinggi
      ketika mengambil makanan.
      8.4.4  Mengumpul dan membuang sisa ke dalam tong sampah yang
      disediakan.
      8.4.5 Duduk di tempat yang disediakan jika makan, cuci tangan
      setiap kali makan.
8.5 Keselamatan Waktu Datang dan Pulang  - murid-murid
      8.5.1 Sentiasa mematuhiperaturan jalan raya
      8.5.2 Berjalan dengan betuk dan jangan berlari di jalan raya
      8.5.3 Masuk ke kelas masing-masing apabila sampai di kelas.
8.6 Semua guru bertanggungjawab terdahap keselamatan murid-murid
sepanjang mereka berada di dalam kawasan sekolah. Melapor dengan
SEGERA kepada GURU BESAR  jika ada kemalangan serta meberi
rawatan awal di Bilik Rawatan
8.7 Merekod laporan dan mencatat butir-butir kemalangan atau
insiden yang berlaku di dalam buku rekod Pelaporan di Bilik Kesihatan
8.8 Guru Bertugas  perlu menghubungi pihak ibubapa, hospital atau
polis dengan  segera dan melapor tindakan awal yang telah diambil.
8.9 Mengisi borang/dokumen insuran (Takaful) dan menyerahkan
kepasa pihak yang berkaitan dengan segera.
B. MATLAMAT 1. Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal
STRATEGIK Murid telah menetapkan beberapa
matlamat yang
PENGURUSAN  Matlamat-matlamat tersebut adalah
hendak dicapai.
HEM sepeerti di bawah:-
      1.1 Mempastikan murid di sekolah ini mempunyai data
      maklumat peribadi yang lengkap dan dikemaskini.
      1.2 Mempastikan murid di sekolah ini sentiasa mamatuhi
      Peraturan Sekolah.
      1.3 Mempastikan murid di sekolah ini mengamalkan “Budaya
      Hidup Sihat”
      1.4 Mempastikan murid sekolah ini mendapat layanan yang adil
      dan seimbang daripada guru-guru.
2. Mempastikan murid sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-
kegiatan yang tidak bermoral seperti berikut:-
      2.1 Ponteng Sekolah
      2.2 Terlibat Dalam Pergaduhan
      2.3 Kelakuan Lucah
      2.6 Merokok
      2.7 Kurang Ajar atau Biadap
      2.8 Merosakkan Harta Awam atau
      2.9 Harta Benda Sekolah
3. Pihak Sekolah dan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid SK St
Christopher, Debak perlu sentiasa:-
      3.1 Mamastikan murid-murid yang kurang bernasib baik
      mendapat bantuan dan pertolongan sewajarnya.
      3.2 Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai  
      aktiviti yang dirancangkan oleh sekolah.
      3.3 Mempastikan murid-murid sentiasa menjaga keselamatan
      diri, keluarga dan harta benda sekolah.
      3.4 Menggalakkan murid-murid sentiasa berusaha menjaga dan
      menaikkan nama sekolah.
C: STRATEGI 1. Sistem Pendaftaran Pelajar
1.1. Sekolah mengadakan
PELAKSANAAN Pendaftaran Murid secara serentak dari
Hari
BAGI Pra Sekolah hingga Tahun Enam setiap
MENCAPAI tahun.
1.2 Hari Pendaftaran ini dijalankan 1 hari
MATLAMAT  sebelum sesi persekolahan
      1.3 Murid-murid diminta membawa Borang Maklumat Murid sebenar.
      dan Borang Maklumat Penjaga semasa hadir Hari Pendaftaran.
      1.4 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari Pendaftaran
      adalah seperti berikut:-
          1.4.1 Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan Borang
          Maklumat Murid dan Borang Maklumat Penjaga
          1.4.2 Pembayaran Sumbangan Persekolahan (jika perlu)
          1.4.3 Pengagihan Buku Teks atau Buku Aktiviti
          1.4.4 Taklimat Program Transisi dan Pengurusan Sekolah
          kepada ibubapa
          1.4.5 Mengisi maklumat dalam Jadual Kedatangan Murid
          1.4.6 Memasukkan data murid dalam Buku Rekod
          Pendaftaran
2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah
      2.1 Peraturan Sekolah ditampal di setiap kelas.
      2.2 Pelantikan Pengawas Sekolah terdiri daripada murid Tahun
   5&6
      2.3 Bilangan Pengawas Sekolah dilantik seramai 16 orang
      2.4 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid
      yang sering melanggar peraturan
3. Pelaksanaan Program-Program Kesihatan
      3.1 Mempastikan pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan
      (RMT) menepati sasaran dan matlamat pelaksanaannya
      seperti berikut:-
          3.1.1 Bilangan murid yang tepat
          3.1.2 Pemilihan murid yang tepat
          3.1.3 Penyediaan menu yang berkhasiat
          3.1.4 Cukup masa menjamu selera
          3.1.5  Berinteraksi dengan kawan-kawan
          3.1.6  Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya.
       3.2 Membuat pemeriksaan secara berkala seperti:-
           3.2.1 Pemeriksaan Mata, Telingan, Gigi
           3.2.2 Pemeriksaan Suhu Badan
           3.2.3 Pemeriksaan Kuku dan Rambut
4. Pengurusan Dewan Makan
      4.1 Mempastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa      
      bersih.
      4.2 Tukang Masak mendapatkan suntikan dan sijil dari Jabatan
      Kesihatan
      4.3 Jenis-jenis hidangan  di dewan makan adalah berkhasiat dan
      berkualiti
      4.4 Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri dan bersih.
      4.5 Tong-tong sampah disediakan mencukupi dan dibersihkan.
5. Mewujudkan tasbiat sukankan kebersihan  melalui aktiviti berikut:
      5.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
      5.2 Gotong-royong atau Program Jiwa Murni
6. Mempertingkatkan Peran Guru-Guru Bertugas Harian
      6.1Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua
      murid dalam sebarang tindakan yang diambil.
      6.2 Tindakan guru adalah dalam konsep MENDIDIK dan
      MENGHUKUM
      6.3 Semu guru perlu  memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN
      6.3  Tingkahlaku murid0muris di Dewan Makan dan Pondik RMT
       perlu diawasi dan dipantau setiap hari.
7. Mewujudkan Sesi Kaunseling Dan Motivasi
      7.1 Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah
      akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling melalui aktiviti berikut:
           7.1.1 Perjumpaan Khas   dengan Guru Kaunseling
           7.1.2  Lawatan Khas Guru Kaunseling ke rumah pelajar (jika perlu)
           7.1.3  Pelaksanaan Sekolah Selamat
           7.1.4  Meltih murid-murid Latihan Kecemasan seperti kebakaran
8. Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pihak tertentu berkaitan
pekara-pekara berikut:
    8.1 Keselamatan Jalan Raya (JPJ)
     8.2 Polis Diraja Malaysia  (Kes Jenayah Juvana)
     8.3 Agensi Dadah Kebangsaan (ADK)
     8.4 Bomba dan Penyelamat
9. Penggalakan Penyertaan Aktiviti Luar
     9.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah yang
     dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti:
          9.1.1 Menyertai Pertandingan Melukis dan Mewarna
          9.1.2  Menyertai Pertandingan MSSR /ASATperingkat zon, daerah,
          bahagian
          9.1.3 Menyertai Rombongan atau Lawatan Belajar
PEGURUSAN
KOKURIKULUM
"Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan satu aspek
yang ditekankan dalam sistem pendidikan"
A. DASAR Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di
sekolah merupakan
PENGURUSAN ditekankan dalam sistem pendidikan.
satu aspek yang
KOKURIKULUM Murid - murid diwajibkan melibatkan diri
dalam ketiga - tiga bidang yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti
kokurikulum ini. Sehubungan dengan itu, dasar pelaksanaan aktiviti
kokurikulum di sekolah diwujudkan seperti yang berikut:-
DASAR 1: TENAGA PENYELARAS
1.1 Guru – guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum
dikenali dengan gelaran Guru Penasihat.
1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi
setiap bidang berikut:
     a) Persatuan
     b) Beruniform
     c) Sukan dan Permainan
1.3 Semua guru yang terlibat dalam kegiatan KK perlu melaksanakan
aktiviti – aktiviti berikut:
    1.3.1 Melantik Jawatankuasa
    1.3.2 Merekod kehadiran pelajar
     1.3.3 Melaksanakan aktiviti harian
     1.3.4 Membuat penilaian
     1.3.5 Menyediakan laporan
DASAR 2: PENYERTAAN MURID
2.1 Semua murid Tahap Dua diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan
bagi ketiga – tiga bidang berikut:
     2.1.1 Persatuan
     2.1.2 Unit Beruniform
     2.1.3 Sukan dan Permainan
2.2 Semua murid diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang
ingin disertai berdasarkan pilihan – pilihan yang ditawarkan oleh
sekolah
2.3 Semua murid diwajibkan hadir pada hari – hari kegiatan dijalankan
(Rabu & Khamis)
2.4 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ini akan dimasukkan
ke dalam Rekod Pelaporan Murid.
DASAR 3: PENJADUALAN KEGIATAN
3.1 Kegiatan akan diadakan mengikut ketetapan jadual (sepanjang
tahun tersebut)
3.2 Semua kegiatan bermula dari 3.45 petang hingga 4.45 petang
3.3 Kegiatan KK hanya akan dibatalkan atas sebab – sebab berikut:
     3.3.1 Cuaca buruk
     3.3.2 Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah
     3.3.3 Ada kebenaran atau arahan dari Guru Besar
DASAR 4: PENYERTAAN KEGIATAN LUAR
SEKOLAH
4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam semua kegiatan diperingkat
Zon, Daerah atau Negeri.
4.2 Sekolah aakn turut serta dalam semua kegiatan termasuk
kegiatan tertentu yang dijadikan Program Sasaran, iaitu :-
     4.2.1 Bola Jaring
     4.2.2 Futsal
     4.2.3 Hoki
4.3 Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat murid
melalui :-
     4.3.1 Latihan yang sistematik, intensif dan berterusan.
     4.3.2 Kelengkapan dan peralatan sempurna dan mencukupi
     4.3.3 Pertandingan dalaman melalui Rumah Sukan
     4.3.4 Penyertaan yang aktif
DASAR 5: PENGHARGAAN
5.1 Memberi pelbagai bentuk penghargaan kepada murid yang
mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum
seperti:
     5.1.1 Cenderamata, Piala atau wang tunai
5.1.2 Sijil Penghargaan sekolah
5.2 Mewujudkan Anugerah Khas bagi murid yang cemerlang dalam
pencapaian Kokurikulum
B. MATLAMAT 1. Penyertaan 100% murid Tahap Dua
STRATEGIK dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
2. Menjadikan
PENGURUSAN memperlihatkan kebolehan bakat dan
sekolah tempat murid
KOKURIKULUM kemahiran serta memupuk semangat 
juang yang tinggi.
3. Memastikan murid – murid bijak menggunakan masa lapang ke
arah kegiatan yang berfaedah
4. Memastikan murid – murid mempunyai kemhairan yang tinggi
dalam pelbagai jenis permainan
5. Memastikan murid dapat bergaul dan memupuk semangat
perpaduan yang erat.
6. Memastikan murid – murid dapat menyesuaikan diri dalam
mengharungi kehidupan seharian dalam masyarakat majmuk
melalui penyertaan dalam aktiviti – aktiviti berikut:-
     6.1 Sukan dan rekreasi
     6.2 Kegiatan Badan Sukarela
     6.3 Program – program kemasyarakatan
7. Menggalakkan seberapa ramai aktif kegiatan kokurikulum
diperingkat daerah, negeri atau kebangsaan.
8. Memastikan sekolah menyertai semua aktiviti kokurikulum
diperingkat zon, daerah dan negeri dengan harapan memperolehi
pencapaian terbaik.
C. STRATEGI 1. Agihan tugas tenaga pengajar.
PELAKSANAAN 1.1 Semua guru diberikan tugas dan
tanggungjawab dalam mengendalikan
BAGI MENCAPAI salah satu daripada ketiga – tiga
MATLAMAT bidang KK berikut:
KOKURIKULUM a) Sukan dan Permainan
     b) Unit Beruniform
     c) Persatuan / Kelab
1.2 Fail KK diberikan kepada setiap guru untuk melaksanakan
aktiviti, merancang, merekod dan menilai kegiatan KK di sekolah.
1.3 Guru digalakkan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
mengenai sesuatu aktviti melalui:
     a) Menyertari kursus – kursus
     b) Pengelibatan aktif dalam sesuatu kegiatan
2. Penawaran aktiviti bagi bidang kegiatan kokurikulum adalah seperti
berikut:
     2.1 Kelab Mata Pelajaran utama (BM, BI, SN, MT)
     2.2 Unit beruniform (Pengakap, TKRS, PBSM)
     2.3 Sukan Permainan (Olahraga, Bola Sepak, Bola Jaring, Hoki)
     2.4 Kelab kebudayaan, Kelab pusat sumber
3. Penyediaan Peralatan Sukan Berkualiti
     3.1 Menyediakan peralatan dan kemudahan fizikal yang sempurna:
            3.1.1 Padang yang selesa dan selamat
            3.1.2 Gelanggang permainan yang selesa dan selamat
            3.1.3 Peralatan yang mencukupi dan bermutu tinggi
4. Penganugerahan Kokurikulum Sekolah
     4.1 Bagi menarik perhatian semua murid, sistem penganugerahan
             kokurikulum perlu diadakan mengikut kriteria berikut:
             4.1.1 Olahragawan / Olahragawati
             4.1.2 Juara Sukan Tahunan Sekolah
      4.2 Penganugerahan ini disampaikan semasa Hari Sukan & Hari
              Kecemerlangan 
Sekian, terima kasih

DASAR SEKOLAH
21 OGOS 2017
SK ST CHRISTOPHER DEBAK

Anda mungkin juga menyukai