Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA KEBITARAAN SUKAN ASRAMA

SMK SERI SEPANG

2019

PENGENALAN

Kebitaraan asrama adalah salah satu program yang terdapat dalam Transformasi Asrama Harian yang
dilancarkan pada tahun 2013. Matlamat utama transformasi ini adalah untuk menjadikan asrama
sebagai kediaman yang menjamin kejayaan murid. Sehubungan dengan itu juga, Asrama Harian
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang akan melaksanakan program ini sejajar dengan matlamat
Transformasi Asrama Harian tersebut.

RASIONAL

Bidang kebitaraan yang dipilih adalah Sukan dan Permainan Bola Tampar. Sukan Bola Tampar dipilih
kerana terdapat kemudahan untuk latihan dan pelaksanaan program, mempunyai jurulatih yang
berkelayakan dan berpengalaman serta dapat melibatkan sebahagian besar penghuni asrama SMK
Seri Sepang.

MATLAMAT

Matlamat utama kebitaraan sukan ini adalah untuk mewujudkan satu identiti atau imej asrama yang
dikenali sebagai “Kebitaraan Asrama”. Selain itu, kebitaraan dapat membentuk perwatakan
cemerlang murid dalam bidang kokurikulum.

OBJEKTIF

1. Memperkembangkan pertumbuhan intelek, rohani, jasmani dan emosi


murid agar dapat membantu murid menjadi insan yang berdisiplin,
berdikari, dan bernilai murni tinggi.
2. Mengembangkan bakat murid dalam bidang yang diceburi secara maksimum
3. Menjadikan asrama harian SMK Seri Sepang sebagai asrama pilihan ibu bapa dan murid
4. Mempertingkatkan peranan guru yang mempunyai kepakaran bagi memantapkan asrama
kebitaraan

TARIKH PELAKSANAAN

Januari 2019 – Oktober 2019

KUMPULAN SASARAN

Semua penghuni asrama SMK Seri Sepang

LATAR BELAKANG KUMPULAN SASARAN

Majoriti penghuni asrama SMK Seri Sepang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas sukan bola
tampar.
JAWATANKUASA PELAKSANA

1. Penasihat : Zaini bt Mohd Shah

2. Penyelaras :

1. Hjh. Saadiah bt Salim

2. Hjh. Sabaria bt Darut

3. Noor Marhamah bt Mohd Shamlan

3. Noor Shariza bt Noor Kamar

4. Azyanah bt Termudi

5. Hjh. Rozana bt Saadon

6. Salwani bt Adnan

7. Maziah bt Mohamed Bahran

3. Setiausaha : Nurzulailey bt Hamzah

4. Penolong Su : Ayuwati bt Saidi

5. Ajk :

1. Sharifah Zara’ah bt Syed Alwi

2. Mohd. Nizam b. Abu

3. Azimin b. Abd Halim

4. Mudzaffar Shah b. Ali

5. Hjh. Noraini bt Abu Hassan

6. Hjh. Kasmawati bt Salleh @ Yong

TAKWIM PROGRAM KEBITARAAN

BIL BULAN TARIKH/HARI AKTIVITI/PROGRAM


15 JAN Mesyuarat Kali 1 Kebitaraan Asrama
1 JAN
SELASA
23 APRIL Mesyuarat Kali 2 Kebitaraan Asrama
2 APRIL
SELASA
JUN 22 JUN Lawatan Penanda Aras ( Masuk) dan Perlawanan Persahabatan
4
SABTU dengan Asrama Harian SMK Bandar Baru Salak Tinggi
5 JUN 27 JUN Mesyuarat Kali 3 Kebitaraan Asrama
KHAMIS
JULAI 13 JULAI Lawatan Penanda Aras (Keluar) dan Perlawanan Persahabatan
6
SABTU dengan Asrama Harian SMK Bandar Baru Salak Tinggi
7

PENUTUP

Diharapkan dengan pelaksanaan program kebitaraan ini dapat memenuhi matlamat Transformasi
Asrama Harian untuk menjadikan asrama sebagai kediaman yang menjamin kejayaan dan
kecemerlangan murid serta membawa impak yang positif kepada warga penghuni asrama SMK Seri
Sepang.

Disediakan oleh,

…………………………………………….
( NURZULAILEY BT HAMZAH )
Setiausaha
Kebitaraan Asrama,
SMK Seri Sepang

Cadangan kertas kerja ini telah disemak dan dinilai cadangannya, maka dengan itu cadangan kertas
kerja ini diluluskan.

Diluluskan oleh,

………………………………………………
(Pn. Zaini Bt Mohd Shah )
Pengetua
SMK Seri Sepang
Bandar Baru Salak Tinggi
43900, Sepang, Selangor

Anda mungkin juga menyukai