Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INTAN PERDANA

BATU 9, JALAN PANTAI


71050 SI RUSA, PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
Tel : 06-6625075 Faks: 06-6621014
Ruj Kami : 01/SMKIP/19
Tarikh : 11 April 2019

Pengurus Operasi Wilayah,


SWM Environment Sdn Bhd,
364 & 365, Jalan Haruan 7,
Oakland Industrial Park,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH KE KEMPEN ‘JOM KITAR SEMULA’
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
Saya mewakili pihak SMK Intan Perdana, Port Dickson, dengan berbesar hati ingin
menjemput En. Daniel Sahrill sebagai penceramah jemputan ke majlis kami sempena
Pelancaran Program Kempen ‘Jom Kitar Semula’ peringkat sekolah. Maklumat ceramah
adalah seperti berikut:
Tarikh : 24 April 2019 (Rabu)
Masa : 7.40am hingga 8.40am
Tempat : Dewan Serbaguna, SMK Intan Perdana

2. Objektif utama program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan
melakukan kitar semula serta memupuk minat dalam kalangan pelajar untuk melakukan aktiviti
kitar semula untuk menjaga alam sekitar.
3. Untuk makluman pihak tuan, ceramah kesedaran kitar semula ini adalah salah
satu aktiviti tahunan sekolah. Tentatif program seperti dalam Lampiran 1.
4. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan untuk memberi ceramah saya dahului dengan
ucapan terima kasih.

Yang benar,

(PUAN POZIAH BINTI AB JALIL)


Pengetua SMK Intan Perdana

*surat bercetak tidak memerlukan tandatangan


ATURCARA PROGRAM JOM KITAR SEMULA
PERINGKAT SEKOLAH

24 April 2019
____________________________________________________________________

7.30pg - Ketibaan para pelajar SMK Intan Perdana ke dewan

7.45pg - Kata- kata Aluan Pengerusi Majlis

7.50pg - Nyanyian Lagu ‘Negaraku’

7.55pg - Bacaan Doa

8.00pg - Ceramah

8.40pg - Penyempurnaan Gimik Pelancaran Kempen Jom Kitar Semula

Demonstrasi Kitar Semula

8.50pg - Penyampaian Cenderamata

9.00PG - Bersurai

Anda mungkin juga menyukai