Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN ASRAMA

SMK SULTAN YUSSUF


TAHUN 2017

Tarikh
29 September 2017

Masa
12.00 tengah malam- 1.00 pagi

Rasional
Latihan pengungsian bangunan asrama perlu dalam mempersiapkan warga asrama
dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil
sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana,
kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua
warga asrama perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu
di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara
spontan.

Matlamat
Mendidik murid-murid dan warga asrama agar mengutamakan keselamatan dengan
mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran.

Objektif
1. Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga asrama agar sentiasa
bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.
2. Melatih warga asrama agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranya
berlaku kebakaran.

Tentatif Program
11.57 malam : Loceng kecemasan dibunyikan.
: Semua warga asrama bergerak ke tempat berkumpul di padang
sekolah mengikut laluan yang telah ditetapkan dalam pelan kebakaran
12.02 pagi : Warden mengambil kedatangan murid dan melapor kepada Pegawai
Operasi.
12.05 pagi : Ulasan Penolong Kanan HEM.
12.10 pagi : Taklimat oleh Pegawai Bomba.
12.30 pagi : Murid bergerak ke dorm masing-masing
Ulasan dari Pegawai Operasi

Bil. Pemerhatian Tindakan yang perlu dilakukan


1. Murid bergerak ke tempat Pergerakan pantas dan senyap bagi
berkumpul dalam keadaan bising membolehkan arahan didengar dengan
jelas
2. Pergerakan murid tidak teratur Ketua dorm perlu mengarahkan murid
semasa keluar beratur berdua-dua dan keluar dengan
pantas.
3. Apabila sampai ke tempat Murid perlu senyap dan fokus bagi
berhimpun, murid bising memudahkan kehadiran murid diambil
oleh warden.
Pengiraan kehadiran perlu pantas dan
tepat bagi membantu proses
menyelamat.
4. Kipas dan lampu tidak ditutup Punca elektrik atau punca api perlu
ditutup sebelum mengosongkan
bangunan.

Disediakan oleh Disahkan oleh

NOR NAZIFA BINTI MOHD KAMRAN


AJK 3K Asrama
SMK Sultan Yussuf

Anda mungkin juga menyukai