Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN DAN LANGKAH KESELAMATAN APABILA

BERLAKU KEBAKARAN / KECEMASAN


Tanda Kecemasan:

 Loceng kecemasan dibunyikan berpanjangan (berterusan) selama beberapa minit .


Langkah Keselamatan :
1) Pelajar hendaklah mendengar arahan guru yang berada di dalam kelas.
2) Jangan cemas. Hentikan semua aktiviti.
3) Tutup semua suis elektrik.
4) Semua beg dan barang-barang lain hendaklah ditinggalkan di dalam kelas kecuali
dompet duit dan kad pengenalan di bawa bersama ke tempat berkumpul.
5) Berbaris segera di luar bilik darjah dan guru mengiringi murid ke tempat berkumpul.
6) Guru kelas akan membawa buku rekod kedatangan kelas kecuali buku rekod itu ada
di pejabat.
7) Guru akan memberi arahan supaya berjalan dengan pantas dengan mengikut laluan
kecemasan ke tempat berkumpul yang telah di tetapkan.
8) Murid-murid hendaklah mengikut laluan yang paling dekat dengan mereka untuk
pergi ketempat berkumpul.
9) Jika laluan yang paling dekat di dapati tidak selamat, murid-murid bolehlah
menggunakan laluan pilihan kedua yang paling hampir dengan mereka.
10) Jangan berlari-lari, menjerit-jerit, membuat bising, cemas dan kelam kabut. Jangan
masuk semula ke kelas untuk mengambil barang yang tertinggal.
11) Murid yang berada di luar kelas, hendaklah terus ke tempat berkumpul.
12) Guru kelas hendaklah memastikan semua murid di dalam kelasnya sama dengan
jumlah kedatangan murid pada hari itu.
13) Semua warga sekolah diwajibkan berkumpul di tempat yang telah di tetapkan bila
loceng kecemasan dibunyikan.
14) Mendengar arahan selanjutnya dari pihak Pengetua/ Guru Penolong Kanan /pihak
bomba.

Anda mungkin juga menyukai