Anda di halaman 1dari 2

TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI MAKMAL/BENGKEL

Perhatian: Perlu dibacakan oleh pensyarah sebelum pelajar dibenarkan masuk ke makmal/bengkel.

Setiap pelajar diwajibkan:

a) Menepati jadual latihan/kelas yang telah ditetapkan seperti berada di luar makmal/bengkel 10
minit lebih awal.
b) Makan, minum, merokok dan bersolek adalah dilarang di dalam makmal/bengkel.
c) Pakai baju makmal/bengkel (coverall) dan kasut bertutup/kasut keselamatan semasa berada
dalam makmal/bengkel.
d) Aksesori yang terjuntai atau tergantung (barang kemas) adalah dilarang sama sekali dipakai oleh
pelajar.
e) Meminta kebenaran sebelum melakukan tugas yang berkaitan dengan penggunaan mesin.
f) Memastikan segala kelengkapan seperti mesin berada dalam keadaan yang memuaskan melalui
khidmat pengajar.
g) Gunakan peralatan dengan betul mengikut prosedur keselamatan (SOP) yang ditetapkan.
h) Sentiasa memastikan makmal/bengkel dalam keadaan yang bersih dan teratur.
i) Menyimpan peralatan yang telah digunakan di tempat yang disediakan.
j) Menggunakan peralatan yang betul melalui khidmat pengajar ketika kerja-kerja yang hendak
atau sedang dijalankan.
k) Sentiasa prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku di sekeliling makmal/bengkel dan membuat
aduan/laporan jika difikirkan perlu.
l) Laporkan sebarang kejadian, kemalangan dengan segera secara lisan kepada pensyarah/
pembantu makmal/ pegawai sains atau penunjuk ajar diikuti laporan bertulis kepada JKK KV
Sandakan.
m) Meninggalkan makmal/ bengkel dengan seberapa segera sambil mempraktikkan apa yang telah
dipelajari ketika loceng kebakaran dibunyikan. Dengan adanya peraturan ini, para
pelajar/pengguna makmal/bengkel hendaklah mematuhi arahan-arahan tersebut. Gagal
mematuhi arahan menyebabkan salah laku yang boleh diambil tindakan.

Anda mungkin juga menyukai