Anda di halaman 1dari 5

POLISI KESELAMATAN MURID PERGI DAN BALIK SEKOLAH

1.0 PEJALAN KAKI


Sebagai pejalan kaki muridmurid/pelajar‐pelajar haruslah menjaga keselamatan diri dengan
mengamalkan peraturan yang sepatutnya apabila menggunakan jalan raya seperti:

1.1 Melintas Jalan


Perkara penting yang patut didkuti ketika melintas jalan:
a.Cari tempat yang terdekat dan selamat untuk melintas.
b.Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan.
c.Awasi lalu lintas sekeliling. Lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan sekali lagi. Pastikan tiada
kendaraan dan melintaslah apabila selamat.
d.Undur kebelakang, 1 meter apabila melihat kenderaan besar.
e.Ikut arahan trafik waden jika ada.

1.2 Tempat‐tempat yang selamat untuk melintas Jalan raya.


a. Lintasan pejalan kaki
b. Laluan bawah
c. Jejantas
d. Dekat lampu isyarat
e. Menggunakan pemisah jalan atau pulau lalulintas
f. Di tempat – tempat yang terdapat angggota polis, waden trafik dan pengawal lalulintas
sekolah yang bertugas.

1.3 Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki


a. Berilah kesempatan untuk pemandu melihat anda dan memberhentikan kenderaannya
sebelum anda melintas.
b. Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalan dengan cermat bila melintas.

1.4 Cara melintas jalan di lampu isyarat.


a. Melintaslah apabila lampu untuk pejalan kaki menyeberang berwarna hijau.
b.Bila lampu untuk pejalan kaki menyeberang berkelip ia bererti lampu akan bertukar
kepada merah dan anda dinasihatkan berhenti daripada melintas. Jika anda sedang
melintas percepatkan langkah anda.

1.5 Berjalan kaki


a. Hendaklah berjalan kaki di atas kaki lima jika ianya disediakan.
b. Jika tiada kaki lima, hendaklah berjalan kaki di sebelah kanan jalan raya dan sentiasa
memandang lalulintas yang datang dari arah hadapan.
c. Anda hendaklah berjalan di tepi jalan dan janganlah sekali‐kali berjalan bergandingan
kecuali memimpin orang buta atau tua.

1.6 Berjalan kaki di waktu malam


Pejalan kai hendaklah memakai menggunakan alat‐alat berikut bagi membolehkan
pemandu melihat anda.
a.Pakaian cerah atau bersinar.
b.Membawa suratkhabar atau bendabenda yang putih.
c.Memakai pemantul cahaya.
d.Menggunakan lampu picit.
1.7 Berjalan kaki di waktu hujan
a.Diutamakan memakai baju hujan.
b.Jika pakai payung, pegang payung dengan betul supaya tidak menghalang pandangan
depan dan gunakan payung yang berwarna terang.
c.Berjalan dengan cermat kerana jalan licin dan mudah tergelincir.
d. Berjalan tengok hadapan.
1.8 Perkara‐perkara yang patut dielakkan
a.Menyeberang jalan di tempat tempat yang bukan dikhaskan seperti melompat atau
memanjat pagar pembahagi jalan.
b.Bermain atau bergurau senda di jalan raya.
c.Menggunakan jalan sibuk.
d.Tidak mematuhi arahan lampu isyarat.
e.Menyeberang di celah‐celah kenderaan.

2.Menaiki Bas/kereta
a.Jangan menaiki atau turun dari kenderaan ketika kenderaan masih bergerak.
b. Menggunakan pintu yang disediakan untuk masuk dan keluar.
c.Jangan sengaja menghimpit penumpang‐penumpang lain ketika menaiki atau turun dari
kenderaan.
d.Jangan merosakkan mana‐mana bahagian kenderaan.
e.Elakkan menggangu tumpuan pemandu tanpa sebarang sebab seperti berbual atau
bermain.
f. Jagalah kebersihan kenderaan.
g.Jangan membaling sesuatu keluar dari kenderaan.
h.Jangan meletakkan atau mengikatkan sebarang benda yang bergantungan atau
berjuntai pada badan kenderaan.
i.Hendaklah sentiasa bersopan dan beratur seperti tidak berebut‐rebut ketika menaiki
kenderaan.
j.Jangan membuka pintu kenderaan untuk keluar sehingga dipastikan selamat.
k.Sentiasa patuh undang‐undang dan peraturan lalulintas.
l.Ketika kenderaan sedang bergerak janganlah bermain‐main dalam kenderaan seperti
melambaikan tangan keluar, menghulurkan kepala dan sebagainya.

3.Semasa Menunggu Kenderaan


a.Semasa menunggu kenderaan muridmurid adalah dilarang bermain seperti kejar
mengejar dan sebagainya yang boleh mendatangkan bahaya.
b.Ibu bapa pemandu kenderaan hendaklah memimpin murid‐murid ke kenderaan mereka
sekiranya murid‐murid itu menunggu diseberang jalan.
POLISI KESELAMATAN KESELAMATAN FIZIKAL DAN BANGUNAN SEKOLAH

KESELAMATAN PENDAWAIAN DAN PERALATAN ELEKTRIK


Laporkan dengan kadar segera kepada pentadbir guru/pekerja.
Jangan ubah suai peralatan elektrik yang rosak.
Jangan cuba baiki/menyentuh alatan elektrik yang terdedah dan merbahaya.
Memaklum dan melabelkan serta menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan larangan
sementara.
Jangan hampiri tempat yang berlabel atau bertanda ”BAHAYA/AWAS”.
Patuh kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan dan dikeluarkan.

TANDAS
• Memahami peraturan penggunaan yang telah ditetapkan.
• Pastikan telah menjalani latihan menggunakan tandas jika perlu.
• Jika didapati sebarang kerosakan, jangan cuba perbaiki atau menyentuhnya, sila
laporkan dengan segera kepada guru, pegawai bertugas atau pihak pentadbir.
• Pastikan tandas digunakan dengan betul dan mengikut peraturan.

KESELAMATAN PERALATAN
• Murid hendaklah memaklumkan kepada pihak pentadbir, guru ,pekerja jika terjumpa atau
mendapati pemegang besi dan tingkap yang pecah atau rosak.
• Murid hendaklah menjauhi kawasankawasan yang dikategorikan sebagai merbahaya.
• Murid hendaklah mematuhi peraturan dan arahan yang dikeluarkan atau ditetapkan oleh
pihak sekolah.
• Murid jangan sentuh dan cuba memperbaiki bahagian yang pecah atau rosak itu.

MANUAL KESELAMATAN DI KAWASAN SUNYI DAN GELAP


Murid mestilah mengenalpasti kawasan yang sunyi dan gelap.
• Pastikan meurid menggunakan kawasan tersebut berkumpulan(melebihi 3 orang).
• Jika terjumpa orang yang diragui / mencurigakan atau sebarang masalah hendaklah
segera
menggelakkan diri dan melaporkan kepada pihak pentadbir / guru /pegawai bertugas.

MANUAL KESELAMATAM SEMUA BANGUNAN DALAM KAWASAN SEKOLAH ( 24 JAM )


Laporkan segera kepada guru jika didapati berlaku pencerobohan.
• Jangan mengambil tindakan secara bersendirian untuk menyelesaikan masalah
pencerobohan.
• Jangan cuba memperbaiki manamana kerosakan akibat pencerobohan.
• Jika kerosakan teruk akibat pencerobohan, elak daripada menggunakan kawasan
tersebut.
• Patuh arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
• Murid dilarang/dicegah sama sekali menyentuh, mengusik dan mengubah alatan/bahan
yang sedia ada tanpa arahan/kebenaran guru.

MANUAL KESELAMATNA PADANG DAN GELANGGANG PERMAINAN


Penggunaan padang atau gelanggang permainan mestilah mendapat kebenaran guru
atau pegawai yang diamanahkan/pentadbir sekolah.
• Memastikan alatan yang digunakan selamat dan berkeadaan baik.
• Sebarang aktiviti di apdang ”MESTI” dalam pengawasan guru/jurulatih dan pegawai yang
diamanahkan.
• Menjalankan aktiviti semasa apabila cuaca mengizinkan.
• Selesai permainan padang perludibersihkan, meletakkan kembali alatan di tempat yang
ditetapkan.

MANUAL KEROSAKAN PERABOT KELAS


• Pastikan tidak menggunakan perabot kelas yang rosak dan merbahaya.
• Melaporkan kepad guru atau pentadbir jika terdapat perabot kelas yang rosak dan tidak
dapat digunakan.
• Jangan cuba memperbaiki perabot kelas yang rosak atau tidak dapat digunakan.
• Murid hendaklah patuh kepada peraturan dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke
semasa.
• Murid hendaklah patuh kepada tatcara penggunaan yang betul.

MANUAL KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Penggunaan makmal mestilah mendapat kebenaran daripada pegawai yang bertugas.
• Berhati‐hati menggunakan bahan kimia berlabel (beracun).
• Peralatan yang digunakan hendaklah di dalam keadaan yang baik dan selamat.
• Melaporkan segera kepada pembantu makmal tentang kerosakan alatan.
• Penggunaan bahan‐bahan kimia mestilah dengan pengetahuan dan kebenaran guru.
• Sekiranya berlaku sebarang kecemasan , jangan panik patuhlah kepada arahan
keselamatan yang telah ditetapkan.
• Murid adalah dicegah/dilarang sama sekali menyentuh, mengusik dan mengubah
alatan/bahan ayng sedia ada tanpa arahan/kebenaran guru.
• Murid juga dilarang bermain, membuat bising atau berkelakuan yang tidak senonoh
semasa berada di makmal.
• Murid dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan ketika berada di makmal sains.
• Jika berlaku kebakaran, murid mestilah menggunakan alat pemadam kebakaran yang
tersedia.

MANUAL KESELAMATAN BENGKEL


• Murid mestilah mendapat kebenaran sebelum mengggunakan bengkel.
• Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan tidak berfungsi
dan tiada dalam simpanan yang dipamerkan.
• Penggunaan sebarang peralatan, mestilah mengikut prosedur dan tunjuk ajar guru.
• Jika berlaku sebarang kecemasan, jangan panik dan patuhlah kepada arahan
keselamatan yang dikeluarkan.
• Murid hendaklah mematuhi peraturan dari semasa ke semasa.
• Murid hendaklah memastikan tangan dibersihkan selepas aktiviti dijalankan.
POLISI KESELAMATAN PELAJAR SEMASA BENCANA ALAM

D. Tatatcara Ketika Banjir Kilat


o Jangan panik
o Tutup atau matikan semua suis
o Guru hendaklah membawa pelajar ke tempat yang selamat
o Guru/ketua memastikan bilangan pelajar yang mencukupi
o Pelajar yang tiada hendaklah dicari
o Bawa barangan peribadi yang perlu sahaja
o Ikut arahan guru
o Lapor diri kepada guru sewaktu di tempat perpindahan
o Guru dikehendaki menghubungi pihak waris/penjaga
o Guru dikehendaki menghubungi pihak bomba dan penyelamat serta unit pertolongan
cemas
o Pelajar tidak perlu ke sekolah sekiranya banjir membahayakan diri pada hari berikutnya.

F. TATACARA KETIKA KEBAKARAN


• Jangan panik dan lapor kepada guru sekiranya kelihatan tanda‐tanda kebakaran.
• Tutup suis utama
• Susun kerusi meja supaya ada ruang laluan
• Pelajar diminta meninggalkan kelas apabila mendengar loceng kecemasan.
• Ikut laluan kecemasan yang diberikan/disediakan.
• Guru memastikan bilangan pelajar yang mencukupi.
• Menghubungi pihak bomba
• Menjerit meminta pertolongan sekiranya terperangkap
• Guru/pasukan bomba sekolah boleh menggunakan alat pemadam api sekiranya
kebakaran kecil
• Hantar pelajar ke hospital sekiranya mengalami kecederaan
• Hubungi waris pelajar yang terlibat
• Buat laporan polis sekiranya kecederaan serius.
• Buat tuntutan Insuran kebakaran takaful dengan menyediakan
‐ slip hospital
‐ laporan polis
‐ borang takaful lengkap

H. PENYAKIT BERJANGKIT TATACARA PELAJAR , IBU BAPA/SEKOLAH


• Lapor kepada guru bertugas
• Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat daripada doktor
• Minum seberapa banyak air masak
• Dapatkan surat kebenaran rawatan daripada sekolah
• Segera ke hospital atau pusat kesihatan
• Buat aduan ke pejabat kesihatan
• Maklumkan kepasa penjaga
• Pelajar dinasihatkan supaya berehat / hospital senhingga di rumah/hospital
• Kantin/dewan makan hendaklah ditutup atas arahan Pengetua

Anda mungkin juga menyukai