Anda di halaman 1dari 28

TATACARA KESELAMATAN PERGI DAN BALIK SEKOLAH

1. Anda mesti memastikan kenderaan yang anda naiki ke sekolah adalah selamat.

2. Anda mesti mematuhi arahan pihak yang mengawal kenderaan seperti

pemandu dan polis.

3. Anda mesti memahami dan mengamalkan peraturan mengenai keselamatan

diri dalam perjalanan ke sekolah.

4. Anda hendaklah sepanjang masa mengamalkan langkah-langkah keselamatan

seperti yang berikut :-

 Sentiasa sedar dan peka tentang kemungkinan berlakunya perbuatan

jenayah ke atas diri anda.

 Berjalan dalam kumpulan dan menggunakan laluan yang selamat.

 Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran seni

mempertahankan diri.

5. Mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.

6. Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sesuatu yang

mencurigakan berlaku.

7. Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.


TATACARA KESELAMATAN SEMASA MENUNGGU&
MENAIKI BAS
1. Kenalpasti kenderaan yang biasa dinaiki sama ada melalui nombor plat,
pemandu, kelindan atau identiti khas.
2. Memastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum anda turun atau naik.
3. Berbaris dan tidak berebut-rebut.
4. Tunggu giliran untuk naik dan turun dari bas dan tidak bertolak-tolak dengan
rakan.
5. Sekiranya duduk di kerusi, duduklah dengan tertib.
6. Sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa berdiri, pastikan berdiri dalam
keadaan stabil dengan memegang pemegang yang disediakan dan jangan
berdiri di tangga.
7. Jangan bergurau senda, bermain, melambai tangan keluar, mengeluarkan
atau menjengukkan kepala, mencampak barang keluar atau lain-lain
perbuatan yang boleh membahayakan diri dan orang lain.
8. Setelah tiba di destinasi, turunlah setelah bas betul-betul berhenti.
9. Terus menuju ke rumah/sekolah sebaik sahaja turun dari bas.
10.Sekiranya perlu menyeberang jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan
kanan.
11.Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan tatacara kemalangan.
TATACARA KESELAMATAN PERGI DAN BALIK
MENGGUNAKAN BASIKAL
1. Pastikan anda mahir menggunakan basikal dan basikal anda berada di

dalam keadaan baik.

2. Jangan bawa pembonceng

3. Jangan berlumba-lumba khususnya di dalam kawasan sekolah dan jalan

raya.

4. Jangan bergurau-senda.

5. Jangan mengayuh terlalu laju.

6. Jangan bersaing-bersaing atau menunggang basikal secara bergandingan.

7. Setelah tiba di sekolah, sila ikut peraturan lalu lintas sekolah.

8. Sekiranya berlaku kemalangan, ikut prosedur kemalangan yang berlaku.


TATACARA KESELAMATAN PERGI DAN BALIK DENGAN
BERJALAN KAKI
KETIKA MELINTAS JALAN

1. Pastikan anda cari tempat yang terdekat dan selamat untuk melintas jalan.
2. Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan.
3. Undur ke belakang dua langkah apabila melihat kenderaan besar.
4. Ikut arahan warden trafik jika ada.
5. Apabila hendak melintas jalan, sila lihat ke kanan, ke kiri dan ke kanan
semula. Melintas apabila sudah pasti tiada kenderaan lagi.

TEMPAT YANG SELAMAT MELINTAS JALAN RAYA

1. Lintasan pejalan kaki (lintasan zebra)


2. Laluan bawah.
3. Jejantas
4. Dekat lampu isyarat.
5. Di tempat-tempat yang terdapat anggota polis, warden trafik dan pengawal
lalu lintas.
6. Jangan melintas di celah-celah kenderaan.

CARA MELINTAS DI LINTASAN PEJALAN KAKI

1. Nampakkan diri anda kepada pemandu kenderaan.


2. Setelah semua kereta berhenti , barulah melintas dengan cermat.

CARA MELINTAS JALAN DI LAMPU ISYARAT

1. Melintas apabila lampu pejalan kaki bewarna hijau.


2. Apabila lampu hijau berkelip-kelip, jangan melintas. Jika sedang melintas,
teruskan melintas secepat mungkin.
BERJALAN KAKI DI KAWASAN AWAM

1. Gunakan kaki lima jalan sebelah kiri.


2. Jika tiada kaki lima, gunakan bahu jalan sebelah kanan.
3. Jangan jalan bergandingan.

BERJALAN KAKI DI KAWASAN AWAM

1. Gunakan kaki lima jalan sebelah kiri.


2. Jika tiada kaki lima, gunakan bahu jalan sebelah kanan.
3. Jangan jalan bergandingan.

BERJALAN KAKI PADA WAKTU HUJAN

1. Sila pakai baju hujan.


2. Jika menggunakan paying, pegang dengan betul supaya tidak menghalang
pandangan hadapan.
3. Berjalan dengan cermat terutama di tempat-tempat yang licin.
4. Sekiranya hujan terlalu lebat, tumpang berteduh di tempat selamat seperti
di pondok menunggu bas atau lain-lain bangunan. Jangan berteduh di
bawah pokok.
5. Jangan menggunakan paying jika ketika hujan rebut dan angin kencang.
6. Jangan bermain-main dalam hujan.
TATACARA KESELAMATAN PERGI DAN BALIK DENGAN
DIHANTAR OLEH IBU/PENJAGA
1. Jika menggunakan kereta atau van pastikan pintu kenderaan ditutup

sempurna sebelum kenderaan bergerak.

2. Gunakan tali pinggang keledar atau topi keledar.

3. Jangan bermain dan bergurau semasa kenderaan bergerak.

4. Memastikan kenderaan betul-betul berhenti sebelum turun atau naik

kenderaan.

5. Jika perlu melintas jalan, pandang kanan, kiri dan kanan semula sebelum

melintas.
1.1 ARAHAN KESELAMATAN
MURID DARI ASPEK PERGI DAN
BALIK SEKOLAH
1.2 ARAHAN KESELAMATAN
MURID SEMASA PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN DAN WAKTU
REHAT
ARAHAN KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS
1. Penggunaan makmal mestilah mendapat kebenaran daripada pegawai yang

bertugas.

2. Berhati-hati menggunakan bahan kimia berlabel (beracun).

3. Peralatan yang digunakan hendaklah di dalam keadaan baik dan selamat.

4. Melapor segera kepada Pembantu Makmal tentang kerosakan alatan.

5. Penggunaan bahan-bahan kimia mestilah dengan pengetahuan dan

kebenaran guru.

6. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, jangan panik, patuhlah kepada

arahan keselamatan yang telah ditetapkan.

7. Murid dicegah dan dilarang sama sekali menyentuh, mengusik dan

mengubah alatan/ bahan yang sedia ada tanpa arahan atau kebenaran

guru.

8. Murid juga dilarang bermain, membuat bising atau berkelakuan yang tidak

senonoh semasa berada di makmal.

9. Murid dinasihatkan sentiasa mematuhi peraturan ketika berada di makmal

sains.
10. Jika berlaku kebakaran, murid mestilah menggunakan alat pemadam

kebakaran yang tersedia.

ARAHAN KESELAMATAN DI BENGKEL


1. Murid mestilah mendapat kebenaran sebelum menggunakan bengkel.

2. Murid hendaklah melaporkan kepada guru jika peralatan yang digunakan

tidak berfungsi dan tiada di dalam simpanan seperti yang dipamerkan.

3. Penggunaan sebarang peralatan, mestilah mengikut prosedur dan tunjuk

ajar guru.

4. Jika berlaku sebarang kecemasan,jangan panik dan patuhlah kepada arahan

keselamatan yang telah dikeluarkan.

5. Murid hendaklah mematuhi peraturan dari semasa ke semasa.

6. Murid hendaklah memastikan tangan dibersihkan selepas aktiviti

dijalankan.

7. Murid adalah dilarang dan dicegah sama sekali menyentuh, mengusik dan

mengubah alatan/ bahan yang sedia ada tanpa arahan / kebenaran guru.

8. Murid juga dilarang bermain, membuat bising atau berkelakuan tidak

senonoh semasa berada di bengkel.

9. Jika berlaku kebakaran, murid mestilah menggunakan alat pemadam api

yang tersedia.
ARAHAN KESELAMATAN DI PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Sebarang penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) mestilah mendapat

kebenaran guru PSS terlibat.

2. Pastikan peralatan yang digunakan berada di dalam keadaan baik dan selamat.

3. Laporkan segera kepada guru PSS bertugas jika terdapat sebarang kerosakan.

4. Pengguna mestilah patuh kepada peraturan/ penggunaan sedia ada dan yang

dikeluarkan dari semasa ke semasa.

5. Jika berlaku sebarang kecemasan, jangan panik, patuhlah kepada peraturan

keselamatan yang telah ditetapkan.

6. Jika berlaku kebakaran, murid mestilah menggunakan alat pemadam api yang

tersedia.
ARAHAN KESELAMATAN DI PADANG DAN
GELANGGANG PERMAINAN

1. Penggunaan padang atau gelanggang permainan mestilah mendapat

kebenaran guru atau pegawai yang diamanahkan/pentadbir sekolah.

2. Memastikan alatan yang digunakan selamat dan berkeadaan baik.

3. Sebarang aktiviti di padang permainan “ MESTI” dalam pengawasan

guru/jurulatih yang diamanahkan.

4. Menjalankan aktiviti semasa atau apabila cuaca mengizinkan sahaja.

5. Padang dan gelanggang perlu dibersihkan sebaik sahaja selesai sesi latihan

ataupun permainan.

6. Semua peralatan sukan yang telah digunakan perlu diletakkan kembali di

tempat yang telah ditetapkan.


ARAHAN KESELAMATAN DI DALAM KELAS

1. Murid-murid dilarang bising, bermain-main, bergurau, dan mengganggu

ketenteraman kelas.

2. Murid-murid tidak boleh makan atau minum di dalam kelas.

3. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan tempat duduk kecuali dengan izin

guru.

4. Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan kelas pada setiap masa.

5. Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur.

6. Bakul sampah mesti dikosongkan pada waktu pertama sebelum dan selepas

rehat, serta sebelum balik.

7. Papan tulis mesti sentiasa dibersihkan sebelum bermulanya waktu mata

pelajaran yang berikutnya.

8. Murid-murid mesti menjaga dengan cermat semua maklumat yang

dipamerkan di papan kenyataan kelas.


9. Murid-murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan tempat duduk di dalam

kelas tanpa kebenaran guru.

10.Murid-murid dilarang membawa alatan berbahaya seperti gunting, pisau, dan

sebagainya tanpa kebenaran dan arahan guru.

11.Murid-murid dilarang membawa marker dan cecair pemadam.

12.Jika menggunakan peralatan yang berbahaya seperti gunting, alatan geometri,

pisau dan sebagainya semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-

murid mestilah mengikuti sepenuhnya arahan guru. Murid-murid dilarang

bergurau-gurau dan bermain-main semasa menggunakannya.

13.Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik dengan tangan

yang basah.

14.Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik seperti lampu,

kipas, suis, dan punca elektrik yang rosak. Laporkan kepada pihak pejabat

dengan segera jika terdapat sebarang kerosakan.

15.Laporkan dengan serta-merta, sebarang keadaan kecemasan yang berlaku di

dalam bilik kelas kepada guru untuk diambil tindakan.

16.Murid-murid mesti mematuhi arahan guru dari semasa ke semasa supaya

keselamatan dan kebersihan di dalam kelas sentiasa terpelihara.


KAWASAN LARANGAN SEWAKTU REHAT

1. Murid-murid dilarang berada di dalam kawasan-kawasan berikut ketika rehat :-

i. Kelas

ii. Stor Sukan

iii. Bilik guru (Jika tiada urusan)

iv. Tandas tingkat 1 dan 2

v. Surau

vi. Makmal sains

vii. Bengkel

viii. Bilik Geografi dan Sejarah

ix. Bilik Bahasa

x. Bilik Matematik

xi. Makmal Komputer

xii. Bilik Tayangan


xiii. Bilik Multimedia

xiv. Semua tangga

2. Semua murid juga dilarang membawa makanan dan minuman ke semua

kawasan yang dinyatakan di atas.

1.3 ARAHAN KESELAMATAN


MURID SEMASA AKTIVITI
KOKURIKULUM, SUKAN DAN
PERMAINAN
ARAHAN KESELAMATAN KETIKA MENJALANKAN
AKTIVITI KOKURUKULUM
AM

1. Melaporkan taraf kesihatan diri kepada guru.

2. Mengikut arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.

3. Melaporkan degan segera sebarang masalah yang timbul sepanjang aktiviti

dijalankan.

4. Mengikuti aktiviti yang dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan.

UNIT BERUNIFORM

1. Anda mestilah sihat untuk menjalankan aktiviti dan memakai pakaian yang

sesuai.

2. Hendaklah berada si lokasi aktiviti pada tempat dan masa yang ditentukan.

3. Ketua Pasukan merekodkan kedatangan ahli.


4. Ahli yang tidak hadir mestilah dilaporkan segera kepada guru penasihat Unit

Beruniform.

5. Aktiviti perlu dijalankan secara berkumpulan.

6. Sila tunggu arahan daripada guru penasihat.

7. Sentiasa mematuhi arahan guru penasihat.

8. Pastikan alatan yang hendak digunakan tidak rosak,dan sekiranya rosak jangan

gunakan sebaliknya segera laporkan kepada guru.

9. Sekiranya berlaku kemalangan, sila ikut tatacara menghadapi kemalangan.

Rawatan perlu diberikan bergantung kepada jenis kemalangan yang berlaku.

KELAB/PERSATUAN

1. Murid perlu berada di bilik/tempat perjumpaan pada masa yang ditetapkan.

2. Setiausaha perlu merekodkan kehadiran ahli.

3. Murid perlu memaklumkan sebab/alasan kepada guru sekiranya tidak dapat

hadir.

4. Murid hendaklah memakai pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan

guru penasihat.

5. Murid hendaklah mengikut arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.

6. Sekiranya berlaku kemalangan/kecemasan,segera maklumkan kepada guru

supaya rawatan kecemasan dapat dberikan dengan kadar segera.


7. Sekiranya murid tidak dapat meneruskan aktiviti, guru penasihat hendaklah

melaporkan kepada ibu bapa/penjaga dan menghantar murid pulang ke rumah

atau mendapatkan rawatan di hospital.

SUKAN DAN PERMAINAN

1. Sebelum menjalankan aktiviti anda hendaklah melaporkan taraf kesihatan

yang terkini sekiranya anda mempunyai penyakit-penyakit tertentu seperti

sakit jantung, asma, lelah dan lain-lain penyakit dari semasa ke semasa kepada

guru yang berkenaan.

2. Anda hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu aktiviti

dijalankan.

3. Anda perlu segera melaporkan perubahan tahap kesihatan anda sekiranya

merasa ketidakselesaan sewaktu menjalankan aktiviti.

4. Anda hendaklah beratur di tapak perhimpunan sebelum bergerak ke kawasan

sukan.

5. Anda hanya boleh bergerak ke kawasan sukan setelah diberi arahan oleh guru.

6. Anda dikehendaki memastikan kawasan yang selesa dan selamat digunakan.

7. Tidak boleh memulakan aktiviti fizikal tanpa arahan guru.


8. Anda tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru.

9. Anda mesti mengikut arahan guru semasa melakukan kemahiran asas

pergerakan atau permainan.

10.Sekiranya anda rasa tidak selesa atau di luar kemampuan diri semasa aktiviti

pergerakan , anda perlu berhenti serta-merta dan maklumkan kepada guru

sukan anda.

11.Anda mesti menjalankan aktiviti dalam kawasan yang ditentukan.

12.Anda hendaklah melaporkan segala kerosakan alat kepada guru yang bertugas

jika ada alat yang rosak selepas digunakan. Jika terdapat alatan yang rosak,

jangan gunakan dan segera laporkan kepada guru.

13.Anda hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru yang

bertugas.

14.Anda hendaklah berbaris selepas tamat aktiviti dan berjalan dalam barisan

menuju ke tapak perhimpunan.


ARAHAN KESELAMATAN KETIKA MENGGUNAKAN
PERALATAN SUKAN
1. Anda perlu menerima arahan yang tepat daripada guru sebelum mengambil

peralatan yang diperlukan.

2. Anda perlu merekodkan semua peralatan sukan yang di bawa keluar dari stor

sukan.

3. Anda perlu memastikan tiada kerosakan kepada alatan sebelum menggunakan

peralatan tersebut. Jika terdapat sebarang kerosakan, segera maklumkan

kepada guru yang berkenaan.

4. Gunakan peralatan yang diambil dengan berwaspada dan berhati-hati.

5. Elakkan bergurau-senda menggunakan peralatan sukan bersama rakan-rakan

yang lain.

6. Pastikan anda mengetahui tatacara penggunaam peralatan dengan betul

sebelum menggunakannya.
PERATURAN BERPAKAIAN SEMASA MENJALANKAN
AKTIVITI
1. Murid-murid perlu memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari rabu

setiap minggu pada waktu persekolahan.

2. Pakai pakaian Unit Beruniform yang lengkap ataupun sebahagian darinya

seperti memakai T-shirt berkolar yang melambangkan pasukannya.

3. Memakai T-shirt yang seragam ketika melaksanakan semua aktiviti sukan dan

kokurikulum yang lain.

4. Memakai kasut sukan yang sesuai jika terlibat dengan latihan sukan di sebelah

petang.

5. Memasukkan baju ke dalam seluar bagi pelajar lelaki.

6. Tidak memakai barang kemas atau kerongsang yang berbahaya ketika

menjalani latihan sukan.

7. Tidak menyimpan kuku panjang ketika hendak menjalani sebarang aktiviti

kokurikulum terutamanya sukan dan permainan.


1.4 ARAHAN KESELAMATAN
MURID SEMASA AKTIVITI
LAWATAN DAN
PERKHEMAHAN
ARAHAN KESELAMATAN KETIKA PROGRAM LAWATAN

1. Murid perlu melengkapkan borang kebenaran ibu bapa dan deklarasi

kesihatan yang disediakan dan menyerahkannya kepada guru yang berkenaan.

2. Pakai pakaian dan gunakan peralatan yang sesuai.

3. Pastikan ada pengenalan diri dan sekolah masing-masing seperti pas lawatan

yang sentiasa dipakai.

4. Bawa peti kecemasan yang lengkap.

5. Rekodkan kehadiran dan naik kenderaan yang telah ditetapkan dengan

mengutamakan keselamatan

6. Setelah tiba ke tempat yang dituju, ikut arahan guru/pemandu pelancong di

tempat lawatan.

7. Bergerak di dalam kumpulan dan jangan berpecah daripada kumpulan besar

tanpa kebenaran guru pengiring.


8. Sekiranya terpisah dari kumpulan, jangan panik, tunggu di satu tempat dan

minta bantuan sehingga bantuan sampai.

ARAHAN KESELAMATAN KETIKA PROGRAM


PERKHEMAHAN

LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN HUTAN

1. Lengkapkan Borang Kebenaran Ibu Bapa dan serahkan kepada guru penasihat.

2. Lengkapkan juga borang perakuan kesihatan dan serahkan kepada guru

penasihat.

3. Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.

4. Pakai baju lengan panjang dan kasut sukan.

5. Dirikan khemah di kawasan yang sesuai dan bukan di laluan air atau di bawah

pokok berdahan reput/di lereng bukit yang boleh berlaku tanah runtuh/

berhampiran tebing sungai/tempat curam/tanah lembut di kawasan lembah

dan lain-lain tempat berbahaya.


6. Tabur serbuk belerang/garam di sekeliling khemah untuk mengelakkan

binatang merayap yang berbisa seperti ular dan serangga.

7. Bersihkan kawasan sekeliling khemah.

8. Jangan terbang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana ia mungkin

beracun.

9. Ketua kumpulan perlu mengawal dan memastikan semua ahli kumpulan

menjalankan aktiviti di dalam kumpulan.

10.Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk akan berlaku.

11.Sekiranya digangggu oleh haiwan liar, jangan panik, menjeritlah minta

pertolongan dan lari selamatkan diri.

12.Sekiranya terkena getah beracun, gatal-gatal, gigitan binatang berbisa, gigitan

serangga atau luka, dapatkan pertolongan kecemasan dengan segera daripada

guru pengiring.

13.Sekiranya sakit berterusan, keluar dari kawasan perkhemahan dan dapatkan

rawatan di klinik/hospital berdekatan.

14.Bawa peralatan yang lengkap termasuk peti kecemasan.

LOKASI PERKHEMAHAN DI KAWASAN BERAIR

1. Lengkapkan Borang Kebenaran Ibu Bapa dan serahkan kepada guru penasihat.
2. Lengkapkan juga borang perakuan kesihatan dan serahkan kepada guru

penasihat.

3. Kawasan yang berair sperti sungai,laut, lombong,tasik, loji penapisan air,

empangan, bakau dan lain-lain.

4. Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru penasihat.

5. Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru pengiring, pegawai

bertugas, guru teknikal air dan anggota penyelamat.

6. Mesti memakai jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.

7. Dapatkan kebenaran guru untuk sebarang aktiviti.

8. Jika ternampak sebarang bentuk kecemasan seperti lemas, menjeritlah untuk

mendapatkan pertolongan.

9. Jangan cuba memberi pertolongan kecuali anda mempunyai kelayakan

menyelamat di air.

10.Laporkan segera kepada guru, pegawai bertugas dan anggota penyelamat.


PENGURUSAN
AKTIVITI
MURID

Anda mungkin juga menyukai