Anda di halaman 1dari 2

6. Dilarang menconteng dinding,papan hitam atau kerusi meja.

7. Sentiasa menjaga kebersihan tandas. Jangan membazir semasa menggunakan


tandas.

8. Bersihkan tangan sebelum makan.

9. Murid-murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas atau di kaki lima kelas
semasa wakturehat atau selepas waktu kelas.

(D)Keselamatan

1. Jaga keselamatan diri semasa berada di jalanraya.

2. Dilarang merebut-rebut semasa naik atau turun dari bas atau kereta.

3. Murid-murid dikehendaki mengikut arahan guru bertugas semasa melintas


jalanraya.

4. Tidak dibenarkan berlari semasa waktu rehat atau selepas waktu kelas.

5. Murid-murid dikehendaki menunggu kereta masing-masing di kantin atau di


tempatmenunggu kereta dan tidak dibenarkan berlari ke mana-mana.

(E)Kesopanan dan Kelakuan Murid

1.Murid-murid mesti datang ke sekolah tepat pada masa yang ditetapkan.

2. Murid-murid mesti memberi salam semasa berjumpa dengan guru atau para
tetamu.

3. Dilarang bergaduh atau bertengkar dengan murid-murid yang lain.

4.Kelakuan mencuri atau perbuatan yang tidak senonoh mesti dilaporkan kepada
guru.

5. Dilarang mengambil barang orang lain.

6. Murid-murid mesti menumpukan sepenuh perhatian dalam proses


pembelajaran,hantarkerja rumah tepat pada masa dan jangan meniru semasa
peperiksaan.

7. Murid-murid yang telah 3 kali melakukan kesalahan akan didenda


membersihkan bilik-bilik khas.Hukuman tersebut akan dijalankan pada waktu
Pendidikan Jasmani. Murid-murid yang melakukan kesalahan berat akan
dicatatkan nama dalam sistem SSDM.

8. Murid-murid yang melakukan amalan baik juga akan dicatatkan nama dalam
sistemSSDM.Semua murid digalakkan melakukan amalan baik.

(F) Ponteng Kelas


1.Murid-murid tidak dibenarkan ponteng kelas tanpa sebab.

2. Murid-murid yang tidak hadir mesti ada sijil sakit daripada doktor atau surat
daripadaibubapa.

(G)Ketua Kelas dan Pengawas

1. Ketua kelas dan pengawas menjadi contoh yang baik kepada murid yang lain.

2.Ketua kelas dan pengawas mesti menjaga kebersihan kelas dan disiplin pada
setiapmasa.

Anda mungkin juga menyukai