Anda di halaman 1dari 1

SJK(C) KUO MIN SEREMBAN

TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS

SEMASA MENJALANKAN TUGAS

1.Guru yang bertugas pada waktu pagi dikehendaki berada di sekolah padapukul
6.50 pagi untuk menjalankan tugas. Manakala guru yang bertugas selepaswaktu
persekolahan dibenarkan meninggalkan sekolah selepaspukul2.00 petang. Bagi
guru yang bertugas pada waktu rehat boleh bersarapansebelum atau selepas
waktu rehat. Guru tidak dibenarkan berada di dalam bilik gurusemasa bertugas.

2.Guru bertugas dikehendaki membuat rondaan di sekitar kawasan sekolahdan


melarang murid melakukan perbuatan seperti menjerit, kejar-
mengejar,bergaduh,melakukan perbuatan yang berbahaya atau perbuatan yang
melanggar peraturansekolah.

3.Sekiranya terdapat murid yang cedera atau sakit, guru yang bertugashendaklah
merekodkan kes kejadian dan menghubungi ibu bapa murid. Laporkan
keskecederaan kepada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Besar.

4.Guru bertugas harus sentiasa mengawal kebersihan kawasan sekolah dan bilik
darjah.Guru bertugas boleh menyuruh murid membersihkan kawasan sekolah
atau bilik darjahpada masa yang sesuai.

5.Guru yang bertugas selepas waktu persekolahan mesti


bertanggungjawabmembawa murid melintas jalan raya sekiranya perlu.Selain
itu,guru bertugas mestisentiasa berwaspada terhadap keselamatan jalan raya.

6. Sekiranya guru bertugas mendapati murid yang melanggar peraturan


sekolah.Gurubertugas boleh merekodkan perbuatan tersebut.

7.Guru bertugas mesti berada di tempat bertugas tepat pada masanya.


Keselamatanmurid sentiasa diutamakan.

8. Jika guru bertugas tidak dapat melaksanakan tugas kerana sakit atau
menghadirimesyuarat,mesti maklumkan kepada GPK HEM atau bertukar dengan
guru lain.

9. Guru bertugas mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan mengawal


disiplin murid.Oleh itu,guru bertugas perlu mematuhi segala arahan di atas.

Anda mungkin juga menyukai