Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN BANGI

BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN


A. BIDANG TUGAS UMUM
1. Guru bertugas mingguan hendaklah datang ke sekolah lebih awal,
sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu guru lain dan pulang lebih
lewat,sekurang-kurangnya 15 minit setelah guru lain balik.
2. Mengawasi murid agar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah,
masa rehat dan masa pertukaran guru.
3. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah, mengawal
keselamatan murid semasa pergi dan balik sekolah (lalu lintas) dan
mengawas harta benda sekolah.
4. Mengawasi disiplin dan sopan santun murid di luar waktu belajar
seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan dan
mengambil tindakan segera dan munasabah, jika perlu.
5. Memastikan murid sentiasa dalam keadaan berdisiplin, senyap dan
teratur sewaktu meninggalkan bilik darjah / sekolah selepas sesi
persekolahan tamat.
6. Memastikan bilik-bilik darjah, tandas, dan kawasan sekolah sentiasa
dalam keadaan bersih.
7. Memastikan bilik-bilik darjah dalam keadaan bersih, lantai disapu,
sampah sarap dibuang, lampu dan kipas dipadamkan selepas setiap sesi
persekolahan. Tingkap dan pintu ditutup setelah tamat persekolahan.
Tindakan segera perlu diambil terhadap kelas-kelas yang tidak mematuhi
peraturan.
8. Bekerjasama dengan guru kelas dan Unit Kesihatan dalam
menguruskan hal ehwal murid yang sakit dan menghubungi ibubapa
mereka .
9. Membawa murid mendapatkan rawatan di klinik / hospital (jika perlu).
10. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang
(bekerjasama dengan Unit Disiplin).
12. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuanpersatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
13. Membuat catatan harian dan mingguan mengenai perkara-perkara
penting yang berlaku di dalam Buku Laporan Bertugas Mingguan. Perkaraperkara tersebut adalah seperti:

AGENDA PERHIMPUNAN MINGGUAN


KAWASAN PADANG DAN DATARAN SEKOLAH
KANTIN SEKOLAH
KELAS DAN TANDAS
UNIT H.E.M 2015

KES KECEDERAAN / KEMALANGAN / PERGADUHAN / KECURIAN / PELAJAR


SAKIT
KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH
ADUAN IBUBAPA
PROGRAM SEKOLAH (MINGGU TERSEBUT)
HAL-HAL LAIN

14. Perhimpunan (membantu Unit Disiplin):


Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan.
Memastikan bendera-bendera dan tempat duduk guru disediakan.
Memastikan P.A. Sistem berfungsi dengan baik.
Memastikan murid beratur dan bergerak ke tapak perhimpunan
dengan senyap.
Perhimpunan Rasmi (setiap hari Isnin) :
a. Bacaan doa.
b. Nyanyian nasyid Asma-ul-Husna.
c. Nyanyian Lagu Negaraku.
d. Nyanyian Lagu Sekolah (B. Melayu atau B. Arab).
e. Bacaan Ikrar.
f. Ucapan alu-aluan Guru Bertugas Mingguan.
g. Laporan Bertugas Guru Bertugas Minggu sebelumnya.
h. Ucapan Gru Besar atau wakil daripada Penolong Kanan.
i. Pengumuman daripada guru-guru lain.
j. Majlis bersurai.

Memastikan murid bergerak ke bilik darjah dalam keadaan teratur


dan senyap selepas setiap kali perhimpunan .

B. BIDANG TUGAS KHAS


1.)
KAWASAN KUNING (PINTU PAGAR, DATARAN
PERHIMPUNAN)

Guru hendaklah berada di pintu hadapan sekolah (5 minit


sebelum loceng berbunyi) dan mengawasi pergerakan masuk
murid ke sekolah.
Bekerjasama dengan Unit Disiplin untuk memastikan murid
hadir pada masa yang ditetapkan.
Memastikan kebersihan di sekitar pintu pagar utama dan
dataran perhimpunan dalam keadaan baik.
Mengawasi pergerakan masuk ibubapa / pelawat ke dalam
kawasan sekolah (ibubapa tidak dibenarkan menghantar anak
ke dalam kawasan sekolah selepas jam 8.00 pagi).
UNIT H.E.M 2015

2.)

Guru mengawasi pergerakan masuk murid sehingga


jam 8.10 pagi.

KAWASAN MERAH (KANTIN SEKOLAH DAN PADANG)

3.)

Bekerjasama dengan Unit Kantin dan Makanan dalam


memastikan murid berada di kawasan kantin pada masa yang
dibenarkan sahaja.
Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah
(bekerjasama dengan Unit Kantin & Makanan).
Memastikan kebersihan di sekitar kantin sekolah dan padang
dalam keadaan baik.
Membuat laporan atau aduan kepada pihak sekolah atau
pihak kantin jika berlaku sebarang insiden / perkara yang
tidak diingini.
KAWASAN BIRU (BANGUNAN TAHAP 1 DAN 2)

4.)

Memastikan kebersihan di sekitar kelas dalam keadaan baik


semasa dan selepas waktu persekolahan.
Memastikan pergerakan keluar murid ke tapak perhimpunan /
kantin (semasa rehat) dalam keadaan berdisiplin, teratur dan
senyap.
Memastikan kipas dan lampu ditutup jika tidak digunakan.
Memastikan pintu kelas dikunci selepas waktu persekolahan.
Membuat laporan atau aduan kepada pihak sekolah jika
berlaku sebarang insiden / perkara yang tidak diingini.
KAWASAN HIJAU (KOPERASI SEKOLAH & MASA BALIK)

Memastikan kebersihan di sekitar koperasi sekolah dalam


keadaan baik.
Perlu berada di kawasan Dataran Perhimpunan semasa waktu
pulang (jam 3.30 petang) dan mengawasi pergerakan keluar
murid selepas waktu persekolahan.
Memastikan hanya murid yang dibenarkan sahaja keluar
daripada kawasan sekolah selepas waktu persekolahan:
a. Murid yang tinggal berdekatan kawasan sekolah
(dibenarkan pulang oleh ibubapa)
b. Murid yang perlu berada di Pusat Transit.
c. Murid
yang
diminta
oleh
ibubapa
untuk
menunggu di luar kawasan sekolah.

UNIT H.E.M 2015

Selain daripada senarai di atas, murid-murid tidak dibenarkan


untuk keluar daripada kawasan sekolah (walaupun dengan
alasan untuk membeli makanan atau minuman).
Murid-murid yang menaiki bas atau van sekolah juga MESTI
menunggu di dalam kawasan sekolah.
Membuat laporan atau aduan kepada pihak sekolah jika
berlaku sebarang insiden / perkara yang tidak diingini.
Guru mengawasi pergerakan keluar murid sehingga
jam 4.00 petang.

UNIT H.E.M 2015

Anda mungkin juga menyukai