Anda di halaman 1dari 3

TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS

1.
Guru bertugas harian hendaklah datang ke sekolah lebih awal,
sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu guru lain dan pulang lebih
lewat,sekurang-kurangnya 15 minit setelah guru lain balik.
2. Mengawasi murid agar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah,
masa rehat dan masa pertukaran guru.
3. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah, mengawal
keselamatan murid semasa pergi dan balik sekolah (lalu lintas) dan
mengawas harta benda sekolah.
4. Mengawasi disiplin dan sopan santun murid di luar waktu belajar
seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan dan
mengambil tindakan segera dan munasabah, jika perlu.
5. Memastikan murid sentiasa dalam keadaan berdisiplin dan senyap
sewaktu meninggalkan bilik darjah / sekolah selepas sesi persekolahan
tamat.
6. Memastikan bilik-bilik darjah, tandas, bilik-bilik khas dan kawasan
sekolah sentiasa dalam keadaan bersih.
7. Memastikan bilik-bilik darjah dalam keadaan bersih, lantai disapu,
sampah sarap dibuang, lampu dan kipas dipadamkan selepas setiap sesi
persekolahan. Tingkap dan pintu ditutup setelah tamat persekolahan.
Tindakan segera perlu diambil terhadap kelas-kelas yang tidak mematuhi
peraturan.
8. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke
hospital/ ke rumah.
9. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama
murid tersebut.
10. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
11. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
12. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuanpersatuan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.

13. Laporan dan Catatan


Membuat catatan harian dan mingguan mengenai perkara-perkara
penting yang berlaku di dalam Buku Laporan Bertugas. Perkara-perkara
tersebut adalah seperti:13.1 Keadaan dan kebersihan bilik darjah.
13.2 Kebersihan kantin, tandas murid, tandas guru, kawasan sekitar
sekolah dan tempat pembiakan nyamuk.
13.3 Nama murid sakit.
13.4 Kehadiran pelawat.
13.5 Ucapan / pengumuman dalam perhimpunan.
13.6 Hal-hal lain.
13.57 Pemantauan Infrastruktur Sekolah seminggu sekali (Rabu)
**Guru perlu mengambil tindakan segera dan jika perlu boleh melaporkan
terus kepada Guru Besar.

14. Perhimpunan
14.1 Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan.
14.2 Memastikan bendera-bendera dan tempat duduk guru disediakan.
14.3 Memastikan P.A. Sistem berfungsi dengan baik.
14.4 Memastikan pengawas bertugas dan pembaca doa bersedia.
14.5 Memastikan murid beratur dan senyap.
14.6 Perhimpunan Rasmi/ Hari Isnin
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Nyanyian Lagu Sekolah
- Bacaan Ikrar
- Doa
- Pengenalan Guru Bertugas Minggu
- Peristiwa Semasa
- Pengumuman
- Ucapan Guru Besar / Penolong Kanan.

14.7 Perhimpunan Tidak Rasmi (Kerohanian )


- Ucapan Guru Bertugas
- Baccan Yassin
- Pengumuman boleh dibuat jika mendapat kebenaran secara bertulis
daripada Guru
Besar.
**Peringatan atau teguran mengenai disiplin murid boleh dibuat pada bilabila masa mengikut keperluan.

14.8 Memastikan murid bergerak ke bilik darjah dalam keadaan teratur


dan senyap selepas setiap kali perhimpunan (Salah seorang guru bertugas
perlu berada di tingkat atas untuk mengawal murid).
14.9 Semua guru matapelajaran waktu pertama hendaklah berada di
kelas masing-masing pada pukul 7.55 pagi dan pengajaran dan
pembelajaran bermula pada pukul 8.00 pagi .

Anda mungkin juga menyukai